Followers

Monday, January 14, 2013

Instagram

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Hari ni menggigihkan diri lagi nak update blog. Tak apalah. Sikit-sikit Mie nak update jugak blog Mie ni. Tak nak biarkan bersawang walaupun entri yang Mie nak kongsikan ni pendek. Contohnya macam hari ni.

Sila follow instagram Mie di -> Instagram/Mie

 Ok sekian entri kali ni.

Bye

^_^

Saturday, January 05, 2013

Sebahagian Aku

Bismillahirrahmanirrahim

Lembaran jendela ini
Ku buka semula
Menyingkap satu persatu
Isi di dalamnya
Meninggalkan seribu satu kenangan
Pahit manis getir dalam kehidupan
Buat insan yang bergelar aku

Tawa
Marah
Rajuk
Tangis
Gundah
Gelisah
Menabiri warna lakaran kehidupan
Lalu aku termangu sendirian

Andai waktu bisa ku undur
Pasti banyak langkah terlanjur
Ku tarik lalu berundur
Tapi manakan bisa
Nasi yang menjadi bubur
Ingin ku tawar menjadi butir beras
Menggantikan tingkah culas

Aku cuba bangun
Bangkit mengisi kekosongan hati sendiri
Mencari penawar
Meraba-raba dalam terang

Selamat tahun baru 2013
Mie akan mula mencoretkan sesuatu
Bukan untuk orang
Tapi untuk diri kerana
Lama ini sebahagian
Dari hidup Mie...   

Monday, June 04, 2012

Apa ek?

Selepas dua bulan berlalu
Mie hanya mampu merenung skrin komputer dengan perasaan 
Kosong
Apa yang Mie ingin kongsikan lagi
Idea tak mari...
Tunggulah nanti



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...