Tersentak...
Terpana akan kehidupan yang bagaikan roda
Terkapai-kapai melawan ombak di lautan
Namun kekuatan diri hanyut
Bersama derasnya air yang mengalir
Hanya pasrah dan kejujuran dalam diri
Kental diiringi imbauan kembali
Mereka yang telah pergi
Rindu...
Rindukan kesempurnaan hidup
Pilunya hati dikelilingi suasana berliku
Walaupun tersergam di sisi
Mahligai istana lengkap segala
Ia hanyalah pelengkap diri yang tiada makna
Ketidaksenangan hati tetap menghantui
Menyesalkah?
Kesepian...
Kehampaan...
Kerinduan...
Bagaikan teman saban hari
Tiada siapa yang mengerti
Hati nan terluka
Sentiasa tercari-cari
Apakah sebenarnya yang tersirat
Apakah itu yang tersurat
"...sebab tu siapa yang bercinta dengan orang famous ni kena sedar. Dia tak boleh bercinta macam orang normal yang lain. Macam artist and politicianlah. Tengok pasangan masing-masing macam dikebelakangkan aje demi peminat and penyokong. But, hakikatnya... Pasangan itu still istimewa dengan caranya yang tersendiri..."
Badrul Hisham @ Bart
Thursday, August 27, 2009
Ombak rindu
Labels:
My Perogative,
Relaks,
Sendiri
| Reactions: |
Kasihan deloh
Kadang-kadang Mie tak sempat nak buat, tapi kalau kalian terbukak blog Mie, jangan lupa ye bagi la anak Mie yang cumel sebelah ni makan ye. Mie macam nak berehat la. Nak siapkan kerja. Insya-Allah, kalau dah stabil Mie akan kembali dengan cerita baru ye. Muahahahahahahaha.
Sayang kalian
Semuga dirahmati Allah ye
Jangan putus puasa
Yang tak boleh
Buat-buatlah macam boleh ye
Yakin boleh
Sayang kalian
Semuga dirahmati Allah ye
Jangan putus puasa
Yang tak boleh
Buat-buatlah macam boleh ye
Yakin boleh
Labels:
Comey Domey,
My Perogative,
Relaks
| Reactions: |
Beauty comes again
Para hakim telah bersuara, dan inilah keptusannya
Labels:
Beuty Queen,
Entertainment,
My Perogative
| Reactions: |
Periuk tekanan
Ya Allah ya tuhanku, banyaknya dugaan pada Mie bulan puasa ni. Semuanya menguji kesabaran dan ketabahan Mie sebagai manusia. Baru seminggu berpuasa, macam-macam hal yang berlaku. Bukan sebab makanan yang banyak. Alhamdulillah, tu sedikit pun tak menggugat Mie, sebaliknya Mie ambil langkah bersederhana sahaja. Nak jaga badanlah katakan. Hahahahaha. Tapi ni semua fasal manusia-manusia sekeliling Mie ni.Sebenarnya Mie sangat berkecil hati dengan segelintir kawan-kawan Mie yang macam nak main-mainkan Mie, nak memperlekehkan usaha Mie dan cuba nak menjatuhkan Mie dari belakang. Kalau nak dikira secara betul, dah tak sampai sebulan lagi Festari akan berlangsung. Tapi persiapan peserta Mie, masih hancur. Last-last minit, ada yang nak tarik diri. Padahal pecahan dah di buat, langkah dah diatur, gerak dah dipadu, irama dah beralun. Tapi bila kurang orang ni, terasa canggungnya. Mie bukan nak memaksa, tapi mintak difahami dan belajar menghormati perasaan dan minat orang lain. Tapi, apa yang Mie mampu lakukan, cuma memujuk, berdoa pada Allah agar dipermudahkan perjalanan usaha Mie, dan agar dibuka hati orang yang nak tarik diri tu agar berpatah semula dalam kumpulan dan membantu Mie dan rakan-rakan untuk meneruskan perjuangan. Amin... Sabar Fauzzan, itu dugaan namanya.
Tu tak masuk lagi dengan tekanan Mie nak ujian, nak sipakan task dan assignment yang melambak-lambak. Minggu depan pula, budak-budak MRSM dah memulakan sesi persekolahan mereka, maksudnya Mie kenalah berulang-alik untuk mengajar mereka demi mencari rezeki dan sesuap nasi. Hurm... Bukan senang nak jadi Fauzzan Helmy. Mengambil berat atas setiap semua benda, dan terlampau obses pada kesempurnaan dan ada kalanya terlampau baik hinggakan memberi ruang untuk orang mengambil kesempatan. Tapi, biarlah. Mie percaya, setiap inci kebaikna yang kita lakukan, Tuhan tu Maha Mengetahui dan Dia sahajalah yang akan membalasnya. Mie tau, orang yang dah tahu perangai Mie ni akan terus memperlekehkan Mie dan memberikan senyuman sinis yang penuh hina, tapi Mie percaya itu. Kalaulah setiap kebaikan tu Tuhan nak balas serta merta, buat baik hari ni, dapat duit selepuk dari langit, mahunya semua orang nak jadi macam Mie. Tapi Mie percaya, kalau tidak di dunia, di Akhirat sana pasti ada ganjaran untuk Mie.
Biarlah orang bertepuk tangan dan ketawa ketika kita berduka, tapi janganlah kita memperlakukan perkara yang sama pada mereka. Tak rugi, tapi biarlah berpada. Argh... Tekanan betul! Teruslah tersenyum kerana setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya...
Labels:
My Perogative,
Sendiri,
Serabut
| Reactions: |
Wednesday, August 26, 2009
Susahnya memahami si dia
Susahnya nak faham lelaki nikan? Pelik la lelaki ni. Apa lagi yang kurang pun, tak tahulah. Nak kata tak buat, apa yang disuruh, semua dah buat, tapi macam tak cukup lagi... Inilah keluhan yang Mie selalu dengar daripada gadis-gadis di luar sana berkenaan dengan lelaki. Tapi Mie sendiri akui yang lelaki memang payah untuk dimengertikan. Even Mie sendiri lelaki, tapi Mie masih tak faham lelaki. Mungkin sebab kerap dikeruminu ramai wanita membuatkan Mie lebih selesa untuk memahami cara wanita daripada lelaki.
Bila dah timbul isu macam ni, Mie cuba la melayari internet dan mencari bahan ilmiah untuk memahami kehendak lelaki. Mungkin ini juga boleh membantu kawan Mie untuk menambahkan koleksi cerita dalam blog beliau. Kalau nak copy, silakanlah. Tapi Mie kurang pandai buat kopi, kalau teh tu, biasalah. Hahahahaha.
Untuk memahami lelaki
1) Sama seperti gadis yang tidak mahu dinilai berdasarkan penampilan fizikal, lelaki juga tidak mahu dinilai dari segi material semata-mata. Malah si jejaka juga sedar bahawa kebanyakan gadis turut memandang lelaki dari segi kewangannya.
2) Cemburu tentang perkara yang remeh-temeh memang boleh menimbulkan suasana romantis dalam hubungan. Namun sikap cemburu si gadis ada kalanya agak keterlaluan sehinggakan si dia merasakan kamu tidak mempercayainya.
3) Jika si gadis marah kerana merasa pasangannya tidak mengetahui apa yang diingininya, nyata si gadis hanya membuang masa sahaja. Memang benar, lelaki menag tidak tahu apa yang si gadis inginkan. Jika si gadis inginkan sesuatu, lebih baik berterus terang sahaja kepada si dia.
4) Disebabkan si lelaki suka menjeling kepada perempuan seksi, ia tidak bermaksud lelaki itu ingin bercinta dengan perempuyan tersebut. Percayalah, mereka hanya mengagumi ciptaan tuhan.
5) Lelaki sangat menghargai jika kamu boleh memasak sesuatu hidangan khusus untuknya walaupun ia hanya sekeping sandwich.
6) Pasangan lazimnya tidak terlalu mementingka pakaian yang kekasihnya sedang pakai itu sedang 'in' atau tidak sebaliknya pasangan itu hanya ingin buah hatinya itu selesa dengan dirinya sendiri.
7) Lelaki sangat menjaga ikatan persahabatannya. Jadi, jika ada hal-hal peribadi yang seharusnya kamu berdua sahaja yang tah, maka biarkanlah hal tersebut menjadi rahsia antara kamu.
8) Percayalah pada teman-teman kekasih kamu. Mereka adalah sumber yang boleh kamu percayai kerana mereka lebih memahami si dia. Ini kerana mereka berbicara dalam bahasa yang sama.
9) Untuk insan yang bernama lelaki, ungkapan aku cinta padamu itu mampu membawa maksud yang besar dalam seluruh kehidupannya. Jadi sebahagian lelaki akan tertunggu-tunggu kekasihnya melafazkan ungkapan tersebut terlebih dahulu.
Hurm, walaupun ni bahan yang Mie dapat, tapi Mie masih kurang berpuas hati. Kalau kalian ada bahan yang nak dikongsi dengan Mie, jangan lupa post some comments ok.

Personality,
Relaks
| Reactions: |
Kembali lagi
Dah lama rasanya Mie tak menulis, ceh padahal baru berapa hari je menyenyapkan dirikan? Hehehehe. Macam ni la keadaan Mie bila dah balik ke Terengganu, tak ada life langsung. Nak buat macam-macam pun tak boleh, ye la mana ada apa-apa dekat Terengganu ni. Nak menonton wayang pun kena lari ke Kuantan. Tak nak jauhkan? Sabar je la. Sebab tu Mie buat blog. Sekurang-kurangnya ada jugalah benda yang Mie nak buat. Tapi masalahya, bila dah buat blog, tak ada bahan menarik nak diisi pula. Mana taknya, siang sibuk dengan kelas, malam sibuk dengan latihan tarian pula. Ye la, pertandingan pun tak sampai sebulan lagi kalau tak silap Mie. Pendek kata lepas raya la. Tu je la life Mie dekat sini. Tu tak masuk lagi task-task and assignment yang melambak. Hurm, busan. Ape la Mie nikan? Nampak tak bersyukur. Orang berlumba-lumba nak masuk universiti, tapi Mie macam tak hargai aje. Hehehehehe. Tapi yang penting, kalau diizinkan Allah tempoh ni dah tak lama. Hanya menghitung waktu sahaja. Insya-Allah. Mudah-mudahan cita-cita Mie nak buka firma sendiri bakal tercapai. Tapi nak ke tak nak tu bergantung pada keadaan jugalah...
Mie dengan mama pun dah ok. Sebelum balik hari tu sempat la minta maaf. Sebagai anak, kita kena ingat. Mana pun kita pergi, syurga masih di bawah tapak kaki ibu. Kalau wanita, selepas mendirikan rumah tangga, syurga di bawah tapak kaki suami. Tapi kalau lelaki bersuami, syurga di mana ye? Ahakzs. Tak kuasa nak jawab soalan ituew... Penin... Meroyan mak nak jawab nyah. Hahahahaha.
Apa-apa pun, semasa menulis entri ni, Mie sangat la kegatalan sebab diserang nyamuk. Tapi apa yang penting, Mie happy. Hahahahaha. Teruskan berpuasa ye. Selamat menyambut puasa hari yang ke lima.

Colors,
My Perogative,
Serabut
| Reactions: |
Sunday, August 23, 2009
Jiwa kacau
Masa Mie menulis entri ni, entah kenapa... Mie rasa sayu, tak tenang, berkecamuk, dan tak happy. Bukan sebab letih berpuasa hari ni. Tapi, entahlah. Rasa berdosa yang teramat sangat. Mie dah kecilkan hati mama agaknya sebab Mie merajuk tadi dengan angah. Tu pun fasal benda yang remeh, baju raya. Aduh! Macam budak-budak. Bukan apa, siapa tahan dengan mulut lahar angah tu. Mie malas nak bertekak, cuma duduk memerap dalam bilik. Hari ni pun Mie tak makan Big Apple yang Cik Husna pesan tadi petang sebelum berbuka dengan yang lain-lain. Mie lebih senang duduk di bilik mengemas pakaian dan barang-barang sebelum berangkat pulang ke Terengganu esok. Hurm, lagilah menambahkan kekecamukan dan kemurungan di hati ni. Tak bestnya nak balik Terengganu walaupun Mie tahu, kegembiraan ada di sana. Gembira ke? Tak maulah komen...
Lepas mengemas barang-barang yang patut diletakkan dulu dalam bagasi, Mie tak tahu nak buat
apa melainkan menyambung semula membaca novel baru karya Aisya Sofea yang bertajuk Selagi Ada Dia. Mie dengan mama memang ada minat yang sama, membaca. Kalau orang bertandang ke rumah ni, mesti tanya kami anak beranak novel dan cerita yang terbaru. Hehehehe. Dah dekat seminggu Mie habiskan membaca novel ni. Bagi Mie, jalan ceritanya sngatlah menarik. Dari sepuluh, Mie bagi sembilan bintang la. Bukan bias sebab meminati karya-karya Aisya Sofea, tapi bagi Mie ia sebuah buah tangan yang berkualiti dari Aisya Sofea. Mungkin bagi mereka yang tak meminati membaca bahan seperti ini, ia dianggap sebagai bahan bacaan picisan, tapi bagi Mie, tidak. Dalam kita tak sedar, hidup kita ini pun sama seperti novel. Semakin kita baca, semakin bewarna-warni. Semakin lama kita hidup, semakin banyak warna yang merentang di hadapan kita, semakin bermacam ragam yang kita jumpa. Cuma penilaian kita sendiri yang menetukan hala tuju hidup kita samada untuk memilih menjadi baik atau sebaliknya.
Sejujurnya, Selagi Ada Dia menyentuh sedikit tentang keperibadian Mie. Mie tertarik dengan satu rangkap di dalam novel ini
"You ni sebenarnya perlukan seseorang. Boleh dijadikan teman bila you sedih, bila you rasa nak ketawa. I kesian dengan you."
"Kenapa nak kesian? Selain dari luka di sini..." Aku menunjukkan dahiku, "dan luka di sini,"lantas aku membawa jari dan meletakkannya di dadaku, "semua yang lain okey. Selagi boleh bernafas, selagi boleh berfikir, bercakap, selagi buat kerja... Insyaallah I sihat."
Betapa Mie tahu kepura-puraan Arianni dalam watak ini, belajar menjadi tenang dan gembira sedangkan hatinya berduka mendambakan seseorang yang boleh dipanggil sahabat untuk mendengar kesediahannya dan berkongsi kegembiraan dengannya. Tapi novel, semuanya indah belaka. Cuma ayat-ayat ini meninggalkan sedikit kesan di hati Mie. Hehehehe. Sudahlah, terlampau terbawa-bawa sangat dengan watak. Mie ni sepatutnya jadi pelakon sebab berjaya menjiwai watak dengan berkesan sampai kadang-kadang tu terbawa dalam kehidupan biasa. Hahahaha. Patutlah kawan Mie panggil Mie ni kompleks.
=P
Lepas mengemas barang-barang yang patut diletakkan dulu dalam bagasi, Mie tak tahu nak buat
apa melainkan menyambung semula membaca novel baru karya Aisya Sofea yang bertajuk Selagi Ada Dia. Mie dengan mama memang ada minat yang sama, membaca. Kalau orang bertandang ke rumah ni, mesti tanya kami anak beranak novel dan cerita yang terbaru. Hehehehe. Dah dekat seminggu Mie habiskan membaca novel ni. Bagi Mie, jalan ceritanya sngatlah menarik. Dari sepuluh, Mie bagi sembilan bintang la. Bukan bias sebab meminati karya-karya Aisya Sofea, tapi bagi Mie ia sebuah buah tangan yang berkualiti dari Aisya Sofea. Mungkin bagi mereka yang tak meminati membaca bahan seperti ini, ia dianggap sebagai bahan bacaan picisan, tapi bagi Mie, tidak. Dalam kita tak sedar, hidup kita ini pun sama seperti novel. Semakin kita baca, semakin bewarna-warni. Semakin lama kita hidup, semakin banyak warna yang merentang di hadapan kita, semakin bermacam ragam yang kita jumpa. Cuma penilaian kita sendiri yang menetukan hala tuju hidup kita samada untuk memilih menjadi baik atau sebaliknya.Sejujurnya, Selagi Ada Dia menyentuh sedikit tentang keperibadian Mie. Mie tertarik dengan satu rangkap di dalam novel ini
"You ni sebenarnya perlukan seseorang. Boleh dijadikan teman bila you sedih, bila you rasa nak ketawa. I kesian dengan you."
"Kenapa nak kesian? Selain dari luka di sini..." Aku menunjukkan dahiku, "dan luka di sini,"lantas aku membawa jari dan meletakkannya di dadaku, "semua yang lain okey. Selagi boleh bernafas, selagi boleh berfikir, bercakap, selagi buat kerja... Insyaallah I sihat."
Betapa Mie tahu kepura-puraan Arianni dalam watak ini, belajar menjadi tenang dan gembira sedangkan hatinya berduka mendambakan seseorang yang boleh dipanggil sahabat untuk mendengar kesediahannya dan berkongsi kegembiraan dengannya. Tapi novel, semuanya indah belaka. Cuma ayat-ayat ini meninggalkan sedikit kesan di hati Mie. Hehehehe. Sudahlah, terlampau terbawa-bawa sangat dengan watak. Mie ni sepatutnya jadi pelakon sebab berjaya menjiwai watak dengan berkesan sampai kadang-kadang tu terbawa dalam kehidupan biasa. Hahahaha. Patutlah kawan Mie panggil Mie ni kompleks.
=P
Labels:
Entertainment,
My Perogative,
Serabut
| Reactions: |
Saturday, August 22, 2009
Seusai Tarawikh
Mie sangat seronok hari ni, sebab dapat mngerjakan tarawikh secara berjemaah di masjid. Hari esok dah puasa. Yahoo!!! Tapi awas, jangan lupa baca niat untuk berpuasa. Lebih elok kalau diniatkan puasa itu untuk sebulan. Tak la terkeluar alasan, "Aku lupalah baca niat malam tadi." Kalau budak-budak bolehlah bagi alasan lupa. Ni bapak dengan mak budak pun nak tumpang kaki, melampaulah tu. Huhuhuhu.
Tadi semasa menunggu Isya', Imam di masjid kampung Mie ada mengingatkan. Dia kata menurut satu hadith, puasa seorang muslim itu akan menjadi sempurna jika melakukan solat sunat tarawikh, dan solat itu akan menjadi sempurna jika dilakukan berterusan. Allah telah menjanjikan barang siapa yang melakukan hal yang demikian itu, maka Allah memberikan jaminan Syurga padanya dan menjauhkan Neraka.
Selain tu juga, imam turut berpesan, sedaya upaya dapatkanlah pahala takbiratul ihram. Iaitu takbir pertama selepas niat. Barang siapa yang lambat, tidaklah dia memperolehi pahala tersebut tapi tiadalah pula ia sebahagian dosa.
Oklah, tu je dulu Mie nak kongsi. Esok berpuasalah dengan penuh kegembiraan dalam kesederhanaan ye. Jangan ikutkan nafsu. Semuannya nampak sedap, semua nak beli. Akhir kelak, kita sendiri yang rugi. Puasa jangan tak puasa.

Friday, August 21, 2009
Fadhilat sembahyang Tarawikh
Malam tadi, bersungguh betul Mie tunggu pengisytiharan tarikh untuk mula berpuasa macam nak tunggu keputusan perminangan. Memang berdebar-debar. Alhamdulillah, akhirnya telah ditetapkan tarikh mula berpuasa bagi semua orang-orang Islam satu Malaysia jatuh pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009. Maksudnya esok la. Tak sabar rasanya. Jadi, memandangkan kita semua akan menjalani ibadah puasa pada esok hari, makanya pada malam ini, seusai solat Isya', orang-orang Islam akan mula mengerjakan solat sunat Tarawikh, bukan Tawarikh tau.
Tapi, sedar tak kita, kenapa orang ramai berebut-rebut untuk melakukan ibadah yang satu ni? Nak kata solat tarawikh ni wajib, sembahyang yang lima waktu sehari tu pun kita terkial-kial nak buat. Kadang-kadang nak luangkan lima minit bersama Allah Ta'ala pun kita seperti berkira. Tapi, kita tak sedar yang Allah tu sentiasa memerhatikan kita. Cuma kadang-kadang saja kita yang lupa. Tapi, bila dah susah, barulah nak merangkak menadah tangan memohon doa pada Allah. Macam tu jugalah kita sesama manusia. Bila dah susah, bari kita mengaku dia tu kawan kita.
Hehehehe, dah la. Banyak membebel. Mie sebenarnya nak berkongsi satu rahsia. Kalu dulu, Mie rajin hari-hari hantar pesanan ringkas pada kawan-kawan nak bagitau fadhilat sembahyang terwaikh pada tiap-tiap malam. Tapi, tahun ni, malas. So, pandai-pandai la. Orang kata buat baik berpada-padakan? Tapi kalau tak dihargai, nak buat baik untuk apa. Jadi untuk kesempatan ni, kira bertuahlah siapa yang bukak dan jadi pengikut setia blog Mie. Dah-dah, merapik lagi. Ni la fadhilat sembahyang 'sunat' tarawikh.
Malam pertama - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama ini sepertimana ia baru dilahirkan dan mendapat keampunan Allah.
Malam kedua - Diampunkan dosa-dosa orang-orang mukmin dan kedua ibu bapanya sekiranya mereka beriman.
Malam ketiga - Berserulah malaikat di bawah Arasy' supaya orang-orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh untuk terus menerus melakukan ibadah ini agar segala dosanya diampunkan.
Malam keempat - Memperolehi pahala seperti orang-orang yang mebaca empat kitab iaitu Taurat, Zabur, Injil, dan al-Quran.
Malam kelima - Allah mengurniakan pahala kepadanya seperti orang-orang yang bersembahyang di tiga masjid, Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa, dan Masjid al-Madinah.
Malam keenam - Allah kurniakannya pahala para malaikat. Batu-batu dan tanah mendoa kepada Allah agar diampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan solat tewaikh pada malam tersebut.
Malam ketujuh - Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa dan menolong Baginda menentang musuh baginda iaitu Fira'un dan Hamman.
Malam kelapan - Allah mengurniakan pahala kepada yang mengerjakannya seperti mana Allah ganjarkan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam kesembilan - Allah kurniakan pahala padanya dan dinaikkan mutu ibadahnya seperti Nabi Muhammad SAW.
Malam kesepuluh - Allah kurniakan padanya segala kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam kesebelas - Masa matinya kelak seperti orang yang baru dilahirkan, bersih dari segala dosa.
Malam kedua belas - Pada hari Qimat kelak, mukanya terang bercahaya.
Malam ketiga belas - Pada hari Qimat kelak, dirinya akan dibangkitkan dalam keadaan tenang.
Malam keempat belas - Malaikat datang kepadanya untuk menyksikan dia bersembahyang dan Allah tidak akan menyesatkannya pada Hari Kebangkitan.
Malam kelima belas - Semua malikat yang menanggung Arays dan Kursi akan berselawat kepadanya dan mendoa kepada Allah agar diampunkan dosa orang yang mengerjakan solat tarawikh [malaikat yang menanggung Arays dan Kursi Allah bukan 1 atau 2 tapi berjuta banyaknya kerana Arays dan Kursi Allah besar dan berat tak terhingga].
Malam keenam belas - Allah tulis baginya agar dilepaskan dari Neraka dan ditempatkan di Syurga.
Malam ketujuh belas - Allah mengurniakan segala pahala nabi-nabi padanya.
Malam kelapan belas - Seru para malaikat, Hai hamba Allah! Allah telah meredhakan kepada kau dan ibu bapamu samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
Malam kesembilan belas - Allah tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus [Syurga lapisan tertinggi daripada lapan syurga yang ada].
Malam kedua puluh - Allah kurnikan pahala orang-orang yang Syahid dan para solihin.
Malam kedua puluh satu - Allah binakan Syurga buatnya daripada nur.
Malam kedua puluh dua - Allah lindunginya daripada kekacauan dan huru hara di Padang Mahsyar.
Malam kedua puluh tiga - Allah berikan bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam kedua puluh empat - Allah buka 24 peluang berdoa yang mana doanya mustajab untuk dimakbulkan bagi sesiapa yang mengerjakan tarawikh pada malamnya.
Malam kedua puluh lima - Terlepas dari sebarang siksa kubur.
Malam kedua puluh enam - Pahala diganjarkan kepadanya seperti pahala orang yang 40 tahun beribadat.
Malam kedua puluh tujuh - Allah lancarkan perjalanan hisab di titian Sirot al-Mustaqim seperti lajunya pergerakan kilat.
Malam kedua puluh lapan - Allah berikan 1000 darjat padanya di akhirat.
Malam kedua puluh sembilan - Allah kurniakan padanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam ketiga puluh - Allah memberi penghormatan padanya pada malam yang istimewa sambil berseru "Hai hambaku! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau inginkau makan di dalam Syurga, dan mandilah engkau di dalam air Syurga yang bernama Salsabila, dan minumlah dari telaga yang dikurniakan pada Nabi Muhammad yang bernama al-Khautsar.
Malam ketiga puluh satu - Nak sembahyang terwakih apa lagi. Dah raya lah. Sembahyang fardhu balik.
Sumber ini dipetik dari hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali. Mie sendiri tak pasti hadith ni sahih ke do'ngif. Tapi sebagai hamba, tak salah rasanya kalau kita nak rebut peluang yang ada. Mie tak kata Mie ni orang yang baik, tapi sebulan dalam setahun. Ganjaran ni pun bukan selalu datang. Mie cuma nak berkongsi dengan kalian. Tu sahaja.
Bagi Mie, soal sempat tak sempat tu boleh ditolak ke tepi. Mie sendiri bukan la kaki masjid, sedangkan sembahyang lma waktu pun dalam bilik, padahal surau dekat aje. Tapi yang penting, niat kita tu kena betul. Di mana kita buat tu tak penting. Tu urusan Allah untuk menilai amalan kita. Tapi kita cuba. Soal sempat atau tak, tu pun bukan masalah. Ni cuma solat sunat. Kalau kita buat, dapat ganjaran. Tapi kalau tertinggal, tak menjejaskan apa-apa pun.
Cara nak mengejakan solat ni bukan susah. Kita boleh lakukan sendiri. Niatkan untuk solat sunat tarawikh, bukan solat khatan tau, dua rakaat kerana Allah. Tak pandai arab,rumi pun boleh. Allah tu faham, Diakan maha mengetahui. Rakaat pertama baca fatihah dan surah lazim dan rakaat kedua fatihah dan qulhuallahu ahad. Selesai satu rakaat. Solat ini ada 20 rakaat. So 10 kali la. Biasanya di masjid atau surau disertakan dengan solat sunat witir tiga rakaat.
Tapi, bergantung pada orang, samada nak buat atau tak. Orang kata sepanjang Ramadhan, Syaitan dibelenggu. So kalau nak tengok Syaitan yang betul bulan ni la. Kenapa Mie kata macam tu, esok nak puasa, malam ni gerenti tengok ramai anak-anak Melayu di kelab-kelab dan pub. Singgah La Queen la, BB la, Zouk la, Aloha la, karak ok la, macam-macam. Alasan, nak berhibur. Cuba la bulan ni kita hiburkan diri kita di masjid. Mungkin kita akan temui ketenangan yang sebenar. Mie bukan baik sangat, tapi sekadar mengingat. Kang kena panah petir. Kalau mati, malaikat tanya "Ko dari mana nok?" Takkan kita nak jawab "Mak baru keluar La Queen nyah! Banyak jantan." Ahakz... Kelas Mak Hayam.
+P
p/s: Marilah kita sama-sama buat ibadah ye. Jangan pergi Masjid sebab nak moreh. Hai, malatop perut tu kang. Ha, Mie ada terbaca, tapi tak ingat sumeber. Allah tak akan memandang puasa orang yang:
- Tak minta maaf sesama muslim.
- Tak meminta maaf pada kedua orang tuanya.
- Jadi di kesempatan ni, Mie mhon maaf pada semua orang ye yang terbaca blog Mie ni. Sesunggunya orang yang memebri kemaafan lebih mulia dari orang yang menerima. Peace! No War! Nak gaduh tarik-tarik rambut berebut jantan tunggu lepas raya ye.
Hahahahaha.

Amalan,
My Perogative,
Umum
| Reactions: |
Thursday, August 20, 2009
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Dalam kita tak sedar, begitu cepat masa berjalan. Meninggalkan kita terkapai-kapai jauh ke belakang. Rasanya macam baru lagi Mie rasa kemeriahan Aidilfitri tahun lepas, penat menghias rumah rasanya masih berbaki lagi. Tapi pejam celik, pejam celik, kita dah terlalu hampir dengan bulan yang penuh dengan barakah dan rahmat dari Allah SWT, Ramadhan al-Mubarak; bulan untuk hamba.
Kenapa bulan untuk manusia? Kerana dalam bulan Ramadhan sahajalah Allah membukakan lapan pintu syurga seluas-luasnya untuk tiap-tiap hambanya yang tahu untuk merebut segala peluang yang diberi, menutup serapat-rapatnya ketujuh-tujuh pintu neraka jahanam, melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya, serta peluang untuk menggandakan amalan dan pahala setelah hampir 11 bulan kita melakukan kekhilafan dan kesalahan baik kepada diri sendiri, sesama manusia, sesama makhluk, dan kepada Allah SWT sendiri. Inilah satu-satunya masa yang sesuai untuk mempertingkatkan amal ibadat kita yang kita sendiri tak tahu samada kita masih berpeluang untuk melakukan banyak amal ibadat dan merasai kenikmatan dan manisnya Ramadhan itu.
Kesempatan ini juga, Mie nak menyeru sedikit la bagi perokok-perokok tegar di luar sana. Bulan Ramadhan nilah masa yang terbaik bagi kalian untuk menghentikan tabiat buruk kalian ni. Jika kalian dapat menahan gejolak nafsu pada waktu siang, kenapa tak cuba larutkan hingga ke malam? Larutkan hingga sebulan? Larutkan sehingga lepasnya Syawal? Cubalah untuk berubah. Merokok bukannya mendatangkan kebaikan, tapi keburukan. Sebenarnya ramai orang yang tak sedar bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengeluarkan bahawa rokok itu barang yang haram, jadi bukumnya berdosa. Tapi, ramai yang tak sedar, kalau sedar pun, hanya buat-buat tak sedar. Mie bukan nak kata Mie ni baik, tapi berusahalah. Mudah-mudahan berjaya.
Mie sebenarnya tak sabar-sabar nak tunggu kehadiran Ramadhan. Mie kalau boleh nak rebut semua peluang yang ada, nak merasai kenikmatan dan manisnya Ramadhan sebab Mie selalu ingatkan pada diri Mie, mungkin inilah Ramadhan terakhir yang Mie dapat raikan. Jadi, Mie akan cuba sehabis baik untuk mengaut semua ganjaran pahala yang Allah janjikan. Itulah ihsan namanya. Berbuat baik dan mengharapkan ganjaran pahala dari Allah [boleh rujuk panduan amalan Fardhu Ain tingkatan 5 ye]. Mie dah buat persediaan dari awal sebenarnya. Sepanjang Rejab dan Sya'ban yang lepas Mie kerap juga berpuasa sunat, jadi agak lali sebenarnya. Jadi tak la takut terjelopok tengah jalan sebab tak tahan. Alasan penyakit gastrik datang balik pun tak akan timbul sudah. Hehehehehe. Jangan terasa ye.
=)
Jadi, kalian yang membaca artikel Mie ni, cuba-cuba la ye untuk meraikan Ramadhan yang bakal menjelang dalam 2 atau 3 hari lagi sebaik dan sesempurna mungkin. Ganjaran pahala dan dosa itu terletak pada kekuasaan Allah SWT, tapi kita sebagai hamba hanya mencuba tanpa henti untuk terus menjadi hambaNYA yang terbaik dikalangan yang terbaik. Mungkin amalan kita tak sekencang orang-orang yang alim, tapi kita teruslah mencuba.

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Labels:
Amalan,
My Perogative,
Umum
| Reactions: |
Big and taste
Hari ni Mie pergi berjalan-jalan lagi dengan mama. Mana lagilah anak-beranak ni merayap eh. Ada je la tukan?
Lepas hantar mama pergi menyelesaikan urusan business jualan langsung barangan wanitanya, kami bertiga, termasuklah Cik Husna yang kepochi tu ke BP Mall. Apa lagi. Time 2 shopping la. Hahahaha. Tiba-tiba tengah dok sedap berjalan 'usha' barang-barang tu, kami terperasan ada satu kedai yang baru dibuka. BIG APPLE!!!. Wah, sukanya Mie bukan kepalang. Apa lagi, tanpa menoleh kiri dan kanan, Mie ajak mama masuk untuk buat pilihan, tak la nanti mama Mie digelakkan orang, mengata yang bukan-bukan. Do I care?
Sebenarnya, tu je yang Mie nak berlagakkan. Hahahahaha.

Merayap,
My beloved,
Rasa Lidah
| Reactions: |
Beauty with brains
Sebenarnya dah dekat seminggu Mie tengok iklan ni terpampang di kaca TV plasma Penasonic rumah Mie ni, tapi cuma hari ni saja Mie baru berkesempatan nak menulis pandangan Mie sendiri berkenaan dengan program ni; Miss Universe 2009. Secara peribadi, Mie tak boleh nak berkata tidak pada program ini dan Mie tak nak menipu yang sebenarnya Mie suka sangat tengok pertandingan ni. Tiap-tiap tahun Mie takkan terlepas untuk mengetahui siapa juara pertandingan ini yang tidak hanya memaparkan kecantikan secara luaran tapi turut menitikberatkan kecantikan secara dalaman serta ketajaman akal fikiran seseorang wanita itu. So, tema utama program ini tidak lari, 'Beauty With the Purpose'.
Mungkin ada sesetengah individu berpendapat program ini seperti mengeksploitasi kaum wanita dengan menjadikan wanita sebagai subjek tontonan umum dengan mendedahkan anggota tubuh mereka untuk diratah setiap incinya. Memang benar, agama Islam sendiri meletakkan batas-batas tertentu khususnya dalam melibatkan hal-hal berkaitan lelaki dan wanita serta batas-batas aurat yang perlu dijaga. Tapi, bagi Mie sendiri, Mie melihat program ni dari satu sudut yang berbeza dan positif. Mie meletakkan wanita-wanita yang berdiri di dalam program ini bukan sebagai satu subjek pemuas nafsu atau bahan untuk dieksploitasi, tapi sebagai subjek yang mampu mengangkat taraf wanita itu untuk berdiri sama tinggi dengan lelaki. Ceh! Macam berkempen untuk jawatan Ketua Wanita UMNO cawangan pulak. Tapi, macam apa yang pernah Mie katakan. Ni cuma pandangan peribadi Mie. Orang lain berhak nak kata apa sahaja. Tapi Terpulanglah. Tepuk dada tanya selera. Lagipun kucing mana nak menolak ikan. Ngeh ngeh ngeh ngeh...
Cuma satu perkara je yang menjadikan Mie kurang berkenan untuk menonton program ni pada tahun ni. Sebabnya cuma satu sahaja; program ni dijalankan dalam bulan yang penuh dengan kaf, ba, ro, kaf, alif, ta, nun, kabarkatan bagi umat-umat Islam iaitu Ramadhan. So, bukan sebab menghormati bulan ini sahaja, tapi Mie lebih sayangkan pahala berpuasa daripada menonton rancangan ini yang mengurangkan sidikit la pahala puasa dan mencambahkan dosa kecil. So, Mie ambil keputusan untuk tidak menonton program ini pada tahun ni. Nanti lepas-lepas puasa la baru tengok. Lagipun dekat hostel mana la ada Star Wolrd. Hehehehe. Tapi, Mie tetap ambil tahu la sebab nak tahu juga siapa Beauty Queen yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi menangani AIDS di seluruh dunia tahun ni dan bakal merasai tempias dunia glamour seperti Dayana Mendoza, dan Riyo Mori serta entah la beberapa nama lagi yang Mie sendiri tak ingat sudeyh. Mie tak sabar-sabar nak tengok kezutan apa untuk pertandingan tahun ni.
So, di kesempatan ini juga Mie nak buat telahan Mie sendiri untuk siapa yang bakal menduduki lima tempat teratas petandingan tersebut seraya menjadi orang yang terpilih untuk menjawab final question dari pihak juri. Ni pendapat peribadi Mie. So terpulang la pada penilaian masing-masing.
Karla Carillo; Miss Mexico
Stefania Fenandez; Miss Venezuela
Emiri Miyasaki; Miss Japan
Tatum Keshwar; Miss South Africa

Wednesday, August 19, 2009
Santai lagi
Baju Cinta
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru sahaja berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu rumah dengan tanpa seurat benang pun di badannya.
Belumpun sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari bekerja ni nek".
"Yang hang telanjang bulat ni pasai pa!?", marah si nenek.
"Ini la baju cinta saya", balas si cucu perempuannya.
"Baju cinta?", si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang memakainya. Saya harap nenek baliklah dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai baju cinta ini dihadapan nenek", pinta si cucu perempuannya.
Si nenek yang faham dengan kehendak cucunya itu segera meninggalkan rumah cucu perempuannya itu. Dalam fikirannya mungkin itu kaedah terbaru untuk si isteri melayan suami. Di dalam perjalanan pulang, si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya itu, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atuk yang sudah berumur.
Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai wangian sewangi-wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atuk pulang.
Tidak lama selepas itu, si atuk pun tiba la di rumah. Sebaik sahaja pintu terkuak, si atuk mendapati si nenek berbogel di hadapan pintu.
"Awat hang ni, buang tebiat ka?", marah si atuk tadi.
"Inilah baju cinta saya bang", kata si nenek tadi bermanja-manja ala-ala Fasha Sandha.
"Baju cinta?".
"Kalau ya pun baju cinta, pi gosok la dulu baju tu. Nampak sangat kedutnya...".

Santai
Kisah empat pengantin baru
Mak Minah dan Pak Mat mempunyai empat orang anak perempuan yang sangat mereka sayangi iaitu; Siti, Seri, Murni, dan Suri. Suatu hari mereka suami isteri berpakat untuk mengahwinkan keempat-empat anak gadis mereka serentak. Setelah selamat diijabkabulkan dengan pasangan masing-masing, bercadanglah keempat-empat pasangan ini untuk pergi berbulan madu. Siti bercadang untuk ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas, dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pergi berbulan madu, Mak Minah dan Pak Mat sempat berpesan kepada keempat-empat orang anak gadis mereka untuk menceritakan kisah bulan madu mereka. Mak Minah dan Pak Mat berpesan agar tidak perlu menceritakan kisah bulan madu mereka panjang-panjang. Cukuplah sekadar memberitahu kisah percutian mereka dengan menulis tag line iklan yang terkenal. Maka, pergilah keempat-empat anak mereka berbulan madu.
Seminggu selepas permergian anak-anak mereka, Mak Minah dan Pak Mat menerima surat daripada Siti yang bertulis 'Standard Chartered'. Maka, tercari-carilah Mak Minah dan Pak Mat tagline untuk 'Standard Chartered' tersebut. Apabila terjumpa sahaja dengan tagline tersebut, maka tersenyumlah keduanya kerana tagline tersebut berbunyi 'Besar, Teguh, dan Peramah'. Maka, tahulah mereka bahawa anak mereka Siti bahagia.
Keesokan harinya pula, mereka menerima surat dari anak mereka Seri yang berbunyi 'Nescafe'.
Maka sekali lagi tercarilah keduanya tag line untuk iklan tersebut. Setelah terjumpa dengan tag line iklan tersebut, maka tersenyumlah keduanya kerana iklan tersebut berbunyi 'Nikmatnya hingga ke titisan yang
terakhir'. Maka, tahulah mereka bahawa anak mereka Seri bahagia.
Selang beberapa hari kemuadian, mereka menerima surat dari anak mereka Murni yang berbunyi 'KFC'. Maka sekali lagi tercarilah keduanya tag line untuk iklan tersebut. Setelah terjumpa dengan tag line iklan tersebut, maka tersenyumlah keduanya kerana iklan tersebut berbunyi 'Sedapnya hingga menjilat jari'. Maka, tahulah mereka bahawa anak mereka Murni bahagia.
Seminggu berlalu sudah, namun mereka masih belum menerima sebarang surat dari anak bongsu mereka Suri. Mak Minah dan Pak Mat mulai risau. Masuk minggu kedua pun tiada sebarang berita dari anaknya itu. Masuk minggu ketiga, surat daripada Suri pun sampai ke tangan mereka
dengan tag line yang tertulis 'Air Asia'. Bergegas la Mak Minah dan Pak Mat untuk mencari tag line bagi iklan tersebut kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi pada Suri. Apabila terjumpa dengan iklan tersebut, terkulat-kulat Mak Minah dan Pak Mat. Tak tahu apa reaksi yang sepatutnya mereka berikan. Mahu tersenyumkah atau menangis. Tapi, apa tag line iklan itu?
'Tujuh kali seminggu, tiga kali satu jam, non-stop'
Mak Minah dan Pak Mat mempunyai empat orang anak perempuan yang sangat mereka sayangi iaitu; Siti, Seri, Murni, dan Suri. Suatu hari mereka suami isteri berpakat untuk mengahwinkan keempat-empat anak gadis mereka serentak. Setelah selamat diijabkabulkan dengan pasangan masing-masing, bercadanglah keempat-empat pasangan ini untuk pergi berbulan madu. Siti bercadang untuk ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas, dan Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum pergi berbulan madu, Mak Minah dan Pak Mat sempat berpesan kepada keempat-empat orang anak gadis mereka untuk menceritakan kisah bulan madu mereka. Mak Minah dan Pak Mat berpesan agar tidak perlu menceritakan kisah bulan madu mereka panjang-panjang. Cukuplah sekadar memberitahu kisah percutian mereka dengan menulis tag line iklan yang terkenal. Maka, pergilah keempat-empat anak mereka berbulan madu.
Keesokan harinya pula, mereka menerima surat dari anak mereka Seri yang berbunyi 'Nescafe'.
Maka sekali lagi tercarilah keduanya tag line untuk iklan tersebut. Setelah terjumpa dengan tag line iklan tersebut, maka tersenyumlah keduanya kerana iklan tersebut berbunyi 'Nikmatnya hingga ke titisan yang
terakhir'. Maka, tahulah mereka bahawa anak mereka Seri bahagia.Selang beberapa hari kemuadian, mereka menerima surat dari anak mereka Murni yang berbunyi 'KFC'. Maka sekali lagi tercarilah keduanya tag line untuk iklan tersebut. Setelah terjumpa dengan tag line iklan tersebut, maka tersenyumlah keduanya kerana iklan tersebut berbunyi 'Sedapnya hingga menjilat jari'. Maka, tahulah mereka bahawa anak mereka Murni bahagia.
Seminggu berlalu sudah, namun mereka masih belum menerima sebarang surat dari anak bongsu mereka Suri. Mak Minah dan Pak Mat mulai risau. Masuk minggu kedua pun tiada sebarang berita dari anaknya itu. Masuk minggu ketiga, surat daripada Suri pun sampai ke tangan mereka
dengan tag line yang tertulis 'Air Asia'. Bergegas la Mak Minah dan Pak Mat untuk mencari tag line bagi iklan tersebut kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi pada Suri. Apabila terjumpa dengan iklan tersebut, terkulat-kulat Mak Minah dan Pak Mat. Tak tahu apa reaksi yang sepatutnya mereka berikan. Mahu tersenyumkah atau menangis. Tapi, apa tag line iklan itu?'Tujuh kali seminggu, tiga kali satu jam, non-stop'
Tuesday, August 18, 2009
Matured VS Immatured
Tak tau la kenapa, tapi yang penting semua plan yang Mie dah rancangkan, satu pun tak jadi. Semuanya jadi benda lain yang Mie sendiri tak boleh nak jangkakan. Contohnya semalam. Sepatutnya lepas balik dari tengok Festival Zapin tu, Mie ada la buat rancangan dengan Shah nak pergi Muar, tengok baby baru Kak Yus; Dania Damisya binti Mohd. Khairul Nizam. Dalam kepala Mie nak pergi sekali dengan Hafiz, so boleh la dia hantar gambar kahwin Kak Yus yang dia dah siap edit dari tahun lepas lagi. So, bila dimessage, semuanya memberikan jawapan yang kurang memberansangkan. Mie dengan Shah memang dah on dengan plan tu, tapi bila Mie tanya Hafiz, dia dekat rumah orang, kena ambil gambar. Dah tu satu hal. Bila Mie message Kak Yus sendiri, dia cakap jangan datang malam. Dania masih kurang stabil, sebab baru baik demam. Lagipun takut nanti tersampuk. Ye la, Dania tu baru je berapa hari, sebulan pun tak sampai lagi kot. So, nak mengelakkan keadaan buntu, Mie temankan Shah pergi kedai baby, cari survenior untuk Dania. So, lepas selesai membeli-belah dan berkenalan dengan salesgirl kedai baby tu, kami berdua terus ubah rancangan. Dari Muar, kami terus ke McD. Hahahaha. So, terus melepak sampai pukul 1 pagi. Tu pun sebab nak tunggu Hafiz balik dari rumah orang yang dah tempah service dia tu. So, memang semalam tak ada mood la nak buat kerja-kerja meng'update' blog ni. Tu yang buat hari ni.
Hari ni pun keadaan yang sama. Benda yang Mie tak rancang, tiba-tiba jadi. Hari ni plan nak prgi bayar bil telefon, buat fotocopy untuk business phamplet dengan tukar kabel charger laptop. Tiba-tiba semua tu tak jadi melainkan pergi fotocopy. At the end, I'm hang out with Hafiz at Old Town. Tak tau kenapa. Buntu, blank, serabut yang mana secara tak langsung menjadikan Mie bosan. So duduk berborak la dengan Hafiz. Cerita somegthig yang kelakar-kelakar. So, boleh la hilangkan boring sikit-sikit. Sebenranya, dah lama tak berborak dengan Hafiz macam hari ni. Berdua and open discussions' topics. So macam-macam la cerita. Dalam dok bercerita dengan Hafiz, Mie tengok Hafiz dah berubah sikit. Dia dah tak macam Hafiz yang Mie kenal dulu; kelakar, periang, slumber, bongok =P. Mie tengok Hafiz sekarang lebih matang, ceritanya semua penuh bervisi nak memajukan diri. Ye la, umur dia pun dah 21 nak masuk 22. He should think of hiself and what he is going to be after this. Sedikit rasa bangga dengan Hafiz. Mie cuma berdoa agar cita-cita dia termakbul.
Lepas hantar Hafiz balik dekat salon rambut dia, Mie tiba-tiba teringatkan seseorang. Pelik! Mie betul-betul tak sangka yang orang tu sangat mudah tersentuh hatinya. Mungkin. Mie tak tau la mungkin juga sebab bahasa yang Mie guna pada dia kurang sesuai dan Mie pun tak habis-habis nak menggiat dia. Mie akui, kadang-kadang Mie silap dalam membuat percaturan. Tapi, biasalah adat berkawan. Lebih-lebih lagi dalam usia yang muda ni. Tambahan pula dalam dunia lelaki. Kutuk-kutuk, ejek-mengejek tu dah macam lumrah untuk mengeratkan hubungan. Tapi, entahla. Entah lagi kan? Hehehehe. Mie pun tak tau mana silapnya. Mie sangka yang dia dah matang fikirannya untuk menilai. Tapi, lain pulak yang jadi. Tiba-tiba dia menyepi. Merajuk agaknya sebab terasa dengan 'title' yang Mie bubuh pada pangkal nama dia, ataupun merajuk sebab Festival Zapin semalam. Mie pun tak tau kenapa. Mie tengok dekat blog dia, nama Mie dah tak tersenarai dalam kawan-kawan blog dia. Dia pun sekarang dah lain. Tiba-tiba rasa macam dia yang tak matured pulak. Macam kegagahan yang Mie labelkan pada dia sebagai lelaki hilang dalam rajuk dan senyap dia. Mie tak nak la dituduh meletakkan hukum pada orang lain sesuka hati, tapi atas dasar untuk membersihkan suasana dan keadaan, Mie ambil kesempatan dekat sini, Mie mintak maaf la kalau ayat-ayat yang Mie guna pada dia agak kasar sehingga dia berkecil hati pada Mie. Apa pun yang berlaku, Mie cuma ucapkan all the best untuk saudara yang cumel...
Hari ni pun keadaan yang sama. Benda yang Mie tak rancang, tiba-tiba jadi. Hari ni plan nak prgi bayar bil telefon, buat fotocopy untuk business phamplet dengan tukar kabel charger laptop. Tiba-tiba semua tu tak jadi melainkan pergi fotocopy. At the end, I'm hang out with Hafiz at Old Town. Tak tau kenapa. Buntu, blank, serabut yang mana secara tak langsung menjadikan Mie bosan. So duduk berborak la dengan Hafiz. Cerita somegthig yang kelakar-kelakar. So, boleh la hilangkan boring sikit-sikit. Sebenranya, dah lama tak berborak dengan Hafiz macam hari ni. Berdua and open discussions' topics. So macam-macam la cerita. Dalam dok bercerita dengan Hafiz, Mie tengok Hafiz dah berubah sikit. Dia dah tak macam Hafiz yang Mie kenal dulu; kelakar, periang, slumber, bongok =P. Mie tengok Hafiz sekarang lebih matang, ceritanya semua penuh bervisi nak memajukan diri. Ye la, umur dia pun dah 21 nak masuk 22. He should think of hiself and what he is going to be after this. Sedikit rasa bangga dengan Hafiz. Mie cuma berdoa agar cita-cita dia termakbul.Lepas hantar Hafiz balik dekat salon rambut dia, Mie tiba-tiba teringatkan seseorang. Pelik! Mie betul-betul tak sangka yang orang tu sangat mudah tersentuh hatinya. Mungkin. Mie tak tau la mungkin juga sebab bahasa yang Mie guna pada dia kurang sesuai dan Mie pun tak habis-habis nak menggiat dia. Mie akui, kadang-kadang Mie silap dalam membuat percaturan. Tapi, biasalah adat berkawan. Lebih-lebih lagi dalam usia yang muda ni. Tambahan pula dalam dunia lelaki. Kutuk-kutuk, ejek-mengejek tu dah macam lumrah untuk mengeratkan hubungan. Tapi, entahla. Entah lagi kan? Hehehehe. Mie pun tak tau mana silapnya. Mie sangka yang dia dah matang fikirannya untuk menilai. Tapi, lain pulak yang jadi. Tiba-tiba dia menyepi. Merajuk agaknya sebab terasa dengan 'title' yang Mie bubuh pada pangkal nama dia, ataupun merajuk sebab Festival Zapin semalam. Mie pun tak tau kenapa. Mie tengok dekat blog dia, nama Mie dah tak tersenarai dalam kawan-kawan blog dia. Dia pun sekarang dah lain. Tiba-tiba rasa macam dia yang tak matured pulak. Macam kegagahan yang Mie labelkan pada dia sebagai lelaki hilang dalam rajuk dan senyap dia. Mie tak nak la dituduh meletakkan hukum pada orang lain sesuka hati, tapi atas dasar untuk membersihkan suasana dan keadaan, Mie ambil kesempatan dekat sini, Mie mintak maaf la kalau ayat-ayat yang Mie guna pada dia agak kasar sehingga dia berkecil hati pada Mie. Apa pun yang berlaku, Mie cuma ucapkan all the best untuk saudara yang cumel...
Sunday, August 16, 2009
Penat
Hari ni, Mie betul-betul kepenatan. Macam nak pitam pun ada rasanya. Mana taknya, hari ni awal-awal pagi sekali lagi Mie telah dikejutkan, tapi kali ni bukan dari bunyi pesanan ringkas telefon bimbit, tapi dari mama. Gosh! Apa la pagi-pagi Cik Senah ni dah membebel. Ayo! Bingit! Hehehehe. Actually, hari ni rumah kami mengadakan majlis untuk kawan-kawan angah. Entah, Mie sendiri kurang periksa majlis apa, tapi yang pasti tentang society dia. Biarlah, janji kita dah tolong, tu cukup baik.
So, pagi-pagi lagi dah bersiap sedia la. Hari ni kena jadi assistant untuk Mama masak macam-macam untuk majlis malam ni dibantu oleh Cik Husna yang Mie rasa kalau tak ada lagi bagus. Nak suruh orang bebelkan dia je. Gerumph! Dari persiapan breakfast untuk kawan-kawan angah yang dah datang gotong-royong pagi-pagi dirikan bangsal, lunch, sampai la ke persiapan hidangan untuk majlis. Ayo... Memang tak menang tangan la dibuatnya. Tapi nasiblah kawan-kawan angah ni jenis ringan tulang. So, dapatlah kurangkan sikit beban. Penat tu memang la penat, tapi meriah sebab Mie rasa macam tiba-tiba Mie ada ramai adik-beradik. Kelakar la dengan budak-budak ni. At least, Mie dapat rasa happy macam dulu, even sikit la. Hehehehehe. Tiba-tiba rumah ayah ni terasa sempit pulak. Sempat Mie giat angah, kalau dia nak kahwin dengan Zila nanti, buat kat hotel je. Rumah sempit. Hehehehehe.
Tapi, yang part paling best hari ni adalah; hehehehe, Mie sempat pergi shopping dengan Mama hari ni. Hahahahaha. Nilah perangai kami anak-beranak yang maha pelik. Dalam orang dok sibuk-sibuk masak-masak buat persiapan, kami sempat sibuk bersiap nak keluar pergi shopping. So, sebagai habuannya hari ni melayang lagi duit Mie sebab Mie beli kasut baru. Hahahahaha. Bukan kasut kulit eh. Dah melambak satu drawer tu sampi tak tau lagi bila nak pakai lagi. Kasut yang boleh dikategorikan sebagai casual attire la. Hehehehe. Sayangkan duit, tapi Mie puas.
=P
Urm, penat la... Esok dalam kepala dah ada planning nak buat apa, cuma belum fixkan masa and dengan siapa Mie nak keluar esok. Bukan tak boleh jalan sorang-sorang, tapi the much are more marrier right?

Saturday, August 15, 2009
Festival zapin
Hari ni Mie telah berjaya membuat Pak Cik Ikram merajuk dengan Mie. Hahahahaha. Dia jeles dengan Mie sebab dia tak dapat datang Batu Pahat tengok Festival Zapin Daerah Batu Pahat. So, kepada sesiapa yang ada di sekitar Batu Pahat dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya, dan nak mengelakkan kalian merajuk macam Pak Cik Ikram tu, ada dua events yang Mie nak kongsi dengan kalian semua.
1) Festival Zapin Daerah Batu Pahat
Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 8.00 am - 5.00 pm (waktu tak rasmi, tapi sumber boleh dipercayai)
Tempat : Dewan Jubli Intan, Batu Pahat
* Masuk adalah percuma
2) Marhaban di Astro 2009
Tarikh : 15 dan 16 Ogos 2009
Masa :
Tempat : BP Mall, Batu Pahat
* Jom marhaban bersama-sama artis terkenal tanahair

Friday, August 14, 2009
Cuti
Bosannya hari ni. Mie dah tak tau nak buat apa lagi hari ni. Dari pagi tadi asyik online, cek myspace, tambah entri dalam blog, tengok-tengok kalau ada aksesori yang boleh ditambah sebagai penghias blog ni, tengok youtube, download-download lagu, sampai dah tak tahu nak buat apa lagi. Tadi sebelum mama pergi kerja petang ni, Mie dah online lagi. Memang cuti ini macam ni la Mie selalu buat. Sungguh bosan.
Pagi tadi seusai Subuh, Me dah tak boleh nak tidur lagi. Tu pun sebab dikejutkan dengan pesanan dari orang tu, hantar nombor akaun untuk business dia. Malas nak reply. Sakit hati. Nak kena bomoh juga sesekali dia ni. Hehehehehe. Tapi bagus juga, kalau bukan sebab pesanan dia tu, agaknya hari ni Mie terlajak bangun tidur agaknya. Silap-silap kena buat Subuh dinasour.
+P
Lepas tu tak tahu nak buat apa. Husna dah sibuk nak bersiap pergi sekolah. So, Mie yang ada dekat rumah kena la take over kerja mama pagi-pagi sekejap; buat breakfast untuk satu rumah. Mama kalau Mie ada dekat rumah macam tu la. Time orang nak mengulit-ngulit atas katil, time tu la dia panggil, suruh buat breakfast la, tengok pokok-pokok dia la. Tapi, I'm happy coz I still can helping her. The one and only women that I love in my life. Lepas buat breakfast, Mie panggil ayah dengan mama breakfast sebelum masing-masing meninggalkan rumah untuk ke kantor. Husna, mana dia nak makan dekat rumah ni. Makan dengan kawan-kawan dia dekat sekolah kot. Entah, memang jarang ambil port perempuan yang sorang ni. Klebang bukan main. Lepas tu... Lor, sorang-sorang lagi dekat rumah. Adoh... Memang buhsan! Lepas tu, dah tak tau nak buat apa. So, apa lagi, Mie pergi la basuh baju, kemas rumah, mop lantai, sidai baju, etc la. Pendek kata dari tak ada apa-apa sampai la ada apa-apa. Dari kotor-kotor sampai la jadi bersih. Dah puas tengok semua ok, Mie pergi la mandi.
Lepas mandi tengok jam, aiyoo dah pukul 10 lebih. Tak dapat tengok kartun Avatar. Dah lama dah miss cerita Ang dengan kawan-kawan dia tu.
Dah tak dapat tengok Avatar, apa lagi. Online la. Hehehehehe. Lama gak la online pagi tadi tu. Lepas tu tergerak nak tengok dekat dapur ada apa. Yosh!!! Nasib perasan. Nasi tak masak lagi, lauk pun ada sikit je. So, sambil online tu, tangan ni sibuk jugak la dekat dapur, bersilat. Bukan apa, kesian dekat mama nanti. Kalau Mie tak tolong, siapa nak tolong dia settlekan hal-hal rumah ni. Habis masak yang patut, alah masak apa je; ikan kembung masak lemak cili api dengan kacang panjang berlada. Lauk semalam yang tak habis tu, panaskan sikit. So, jadi la banyak. Tak baik membazir, berdosa. Mie teruskan online sampai la pukul 12. Mandi-mandi lagi, pergi la solat Jumaat dekat kampung ni.
Balik solat, makan makan makan, basuh basuh pinggan, online lagi. Hahahahaha. Boringkan? Kalau ada dekat Selayang sekarang ni, maunya malam nanti keluar balik pukul 3 dengan Abang Amat and Dayan. Tapi bila dah dekat Batu Pahat ni, nak balik pukul 3? Nak suruh ayah parang kaki, buat la. Hahahahahaha.
Eh, angah sepatutnya dah sampai rumah. Tak sampai-sampai lagi ni. pelik betul la. Kata nak wat party dengan kawan-kawan dia dekat rumah esok. Tapi tak balik-balik lagi. Jauh sangat ke Bangi dengan Batu Pahat ni. Party? Lor, inti karipap Mie tak buat lagi. Nanti mama balik kije mesti kena perli ni. Ayo... Tu la, leka online je sampai terlupa. Bersilat lagi la Mie dekat dapur hari ni. Nak masak inti karipap!

Islam di rupa

Setelah lama menunggu, hari ni Mie baru dapat tengok cerita 'Syurga Cinta' lakonan Awal Asha'ari, Heliza AF, dengan Hadziq 'Tom-tom Bak' tu. Jalan ceritanya bagus. Bervisi dan bermisi. Bolehlah Mie katakan kat sini dari sepuluh bintang, Mie bagi lapan bintang je la. Bukan sebab tak best, tapi ade certain-certain part yang pengarah abaikan dan orang kurang perasan tapi Mie perasan. Antaranya scene Awal dengan Heliza dekat kadai buku. Masa tu Heliza belikan Awal tafsir al-Quran. Ok lagi, tak de masalah sangat. Tapi selepas beli buku tu, dekat restaurant, ada ke patut Awal letakkan plastik yang berisi tafsir al-Quran tu dekat punggung. Tak patut la macam tu. Pengarah kena la awas sikit benda-benda macam ni. Takut-takut nanti mengundang isu dan kontroversi yang berpanjangan, al-maklumlah Malaysia ni ramai sangat orang yang sanggup berjihad pada jalan Allah. Baguslah macam tu. Tanda sanggup berkorban dan sayangkan agama Allah yang satu. Syukur.
Tapi, sebelum tu Mie nak mintak ampun dan maaf kalau apa yang Mie nak sampaikan ni mengguris hati mana-mana pihak. Tak pernah terniat dan terlintas di hati Mie nak memperkecilkan niat murni orang-orang Islam yang nak berjuang pada jalan Allah sendiri. Secara jujurnya, Mie kagum. Sekarang ni, Mie tengok semua orang nak menegakkan agama Allah, tapi sayang... Orang-orang Islam kita hanya tahu meletakkan hukum hakam tu di hujung lidah sahaja. Melabel orang tu berdosa, orang ni berdosa, ni haram, ni tak boleh, tu tak boleh. Tapi, bila ditanya apa yang sebenarnya diperjuangkan? Mereka sendiri mengangkat bahu, menggeleng kepala, tak tahu. Jadi, apa matlamat mereka?
Sebenarnya, Mie terpanggil nak menulis entri ni sebab perkara inilah yang terjadi pada Mie dan rakan-rakan pada 8 Ogos yang lepas. 8 Ogos lepas, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar kampus Mie, kami mengadakan satu majlis; Majlis Kesenian dan Kebudayaan (MAKES). Mie sebagai orang yang terlibat dalam acara tu nak atau tak nak, atas dasar persahabatan, Mie jayakan juga majlis tu bersama rakan-rakan Mie yang lain walaupun kami sedar kami tak banyak masa sebab ada keutamaan lain yang sepatutnya didahulukan. Dengan tempoh masa seminggu, Mie dapat koreograf sesuatu untuk tarian pada malam tu. Sepanjang seminggu tak adalah perkara yang memualkan kecuali isu kumpulan tarian yang diminta jangan campurkan lelaki dan perempuan dan kumpulan band yang mana vokalisnya wanita. Kami sebagai orang yang profesional cuba memberi rasional yang memberansangkan bagi menerangkan duduk perkara sebenar. Alhamdulillah, isu tersebut berjaya kami tepis. Kedua-dua kumpulan yang dikatakan bermasalah ini terus meneruskan latihan seperti biasa untuk MAKES yang dah tak berapa hari.
Sampai la masa yang dinantikan. Malam tersebut merupakan sejarah untuk Mie. Mana taknya. Tak pernah lagi Mie menari tak ada penonton. Tapi alangkah terkejutnya Mie sebab dewan yang sebesar-besar alam tu, cuma 1/3 tempat duduk yang penuh. Itupun dipnuhi dengan wanita-wanita berjilbab labuh mencecah punggung. Jam menunjukkan pukul 8.30 pm. Penonton masih belum sampai-sampai. Tepat 8.45 pm bahagian kiri dewan dipenuhi dengan kaum adam yang berketayap, berkain pelekat dan berselipar. Terdetik di hati Mie, "Ni kan majlis formal, takkan la tak tau adab?". Kami biarkan. Tepat jam 9.15 pm, masa yang Mie kira agak lewat untuk sesuatu majlis rasmi dimulakan. Kami sebagai kumpulan tarian memulakan majlis tersebut dengan tarian pembukaan. Dengan 5 orang penari lelaki dan 22 penari wanita, segalanya lancar. Keadaan masih seperti biasa. Penonton yang hadir hanya menyaksikan persembahan tersebut.
Selepas persembahan tarian, persembahan diteruskan dengan kumpulan band. Mereka membawakan lagu 'Alhamdulillah' yang mana kandungan dimulakan dengan memuji Allah. Tapi, belum sempat lagu habis dinyanyikan, kelihatan jemaah tudung labuh dan ketayap bangun meninggalkan majlis. Terkejut. Majlis masih berjalan. Kenapa mereka keluar? Apa yang berlaku? Masing-masing terpaku. Dewan semakin kosong. Pelajar yang berminat untuk melihat acara mampir ke depan memenuhi ruang. Tersentap seketika. Mereka berkumpul di luar dewan. Setelah band habis menyanyikan lagu, kumpulan nasyid yang pertama dipanggil untuk membuat persembahan. Mereka masuk memenuhi dewan kembali. Eh? Kenapa pula? Kami biarkan sahaja. Mungkin ada yang tak kena.
Setelah itu, kumpulan tarian mengambil giliran untuk persembahan. Allahu Rabbi... Lawak apa yang nak dipertontonkan pada kami. Sekali lagi mereka keluar meninggalkan dewan. Perkara itu berterusan beberapa kali. Setiap kali persembahan berunsurkan nasyid, mereka akan masuk dan memenuhi dewan dan apabila persembahan tarian, band, dan nyanyian solo, mereka keluar. Langsung tak menghormti majlis dan VIP yang ada di dalam dewan berkenaan. Apabila Mie selidik sendiri, mereka sebenarnya dari Fakulti Kontemporari Islam (FKI). Mereka sebenarnya sedang menunjukkan protes tanda tidak pua hati terhadap alasan ini. Mie sendiri terkejut mereka sanggup menyebarkan pesanan ringkas pada semua mahasiswa dan mahasisiwi untuk memboikot majlis berkenaan. Jadi, Mie tahu la kenapa bilangan penonton kurang. Atas dasar tak puas hati, Mie tanya kenapa mereka bertindak sedemikian. Menurut sumber yang Mie dapat, mereka katakan kami pembawa maksiat di dalam kampus dan menggalakkan bala yang datang sekarang ini (h1n1). Terkejut Mie mendengar berita tu. Nampak seperti tak masuk akal. Pelajar yang hadir yang menyaksikan persembahan dari awal hingga habis juga menunjukkan raa tak puas hati. Kalau benar tak suka, kenapa datang? Kenapa hati busuk merosakkan majlis orang? Jangan fikir bertudung labuh, berketayap tu dapat menutup bau busuk hati tu. Tuhan maha mengetahui.
Bukan apa, mereka yang datang dari FKI menuduh kami melakukan maksiat. Sedar tak mereka apabila mereka menjejakkan kaki ke dalam dewan dan menonton persembahan kami juga sudah dikira maksiat? Sedar tak mereka, mereka sibuk menjaga aurat orang lain, tetapi mereka bersolek tebal-mengenakan bauan, memakai kasut tumit tinggi, turut menimbulkan syahwat, itu tak berdosa namanya? Sedar tak mereka, mereka haramkan telinga mereka mendengar aurat perempuan tapi di bilik masing-masing? Mereka dengar lagu berunsurkan percintaan yang membawa kepada galakkan nafsu, dan yang lebih teruk lagi mereka sendiri menonton cerita lucah? Itukah aurat pada mereka? Mereka menghalang percampuran antara lelaki dan perempuan, khuatir kemesraan akan menimbulkan syahwat. Tapi sedar tak mereka siapa yang selalu makan semeja, membonceng semotor, berpeluk sakan di tepi pustaka? Bukan orang-orang mereka? Kalau Mie ada bukti nak dipaparkan, Mie akan bentangkan satu persatu. Mie cuma malas nak ambil tahu hal orang. Masing-masing ada hak masing-masing. Tapi, bila sampai tahap macam ni, nak berdiam diri lagi? Mie rasa tak... Cukuplah kalau Mie dengar sendiri orang mereka sendiri, mengajar mengaji di masjid, tapi buat rakaman video lucah. Layakkah mereka untuk menghukum kami kerana terlibat di dalam bidang seni.
Memang benar, Mie tak boleh samakan mereka semua hanya kerana ulah golongan yang sedikit. Namun, mereka turut kena sedar dan perhatikan secara jelas, adakah kami punya masa nak memikirkan syahwat kami di atas lantai tari padahal gerak langkah masih sumbang. Mie dah tak kuasa nak memburukkan orang. Tapi tu la hakikatnya sekarang ni. Sedangkan Allah pun turut berfirman bahawa Dia tidak akan melihat iman seseorang itu melalui rupa atau pakaiannya, tetapi Allah akan menilai iman seseorang itu melalui amalan dan ketaqwaan hambanya sahaja.
Renung-renungkanlah...
p/s: Maaflah kalau anda terbaca dengan ejaan yang tunggang terbalik ye.
=)
Thursday, August 13, 2009
Huruf a.k.a. Abjad
Hari ni, Mie pergi klinik wat medical check-up. Secara tak semena-mena Mie rasa kurang selesa di bahagian tekak dan hidung. Mungkin kerana terdedah pada orang ramai, pulak tu dalam keadaan berhawa dingin di dalam flight dari Kuala Terengganu ke Batu Pahat. Dalam kepala ni dah bermacam yang datang. Encik posititive kata lain, encik negative berbisik lain. Macam-macam. Dek kerana risau gagahkan juga la diri pergi ke klinik. Alhamdullillah, doktor kata Mie tak apa-apa. Cuma demam biasa. Tapi doktor ada bagi warning pada Mie. Kalau demam tak kebah dalam masa tiga hari, doktor akan keluarkan surat untuk Mie ke hospital. Cuak juga dengar ugutan doktor tu. Tapi, Mie harap segalanya akan ok.
Lepas tu Mie singgah sekejap dekat kedai buku. Mie cari-cari bahan yang boleh dibaca di rumah nanti. Mata Mie tertancap pada majalah yang suatu masa dulu pernah menjadi kegilaan Mie; Remaja edisi 1 Ogos. Dek kerana tak ada bahan bacaan lain, Mie pun beli aje lah, asalkan ada something yang boleh dibuat nanti. Belek punya belek, Mie tertarik dengan satu artikel, berkaitan peronaliti dan huruf. Mie rasa nak kongsi dengan kalian sikit ilmu psikologi yang masa sekolah dulu punyalah gemar nak mendalami.
A-Kamu jauh dari romantis. Lebih tertarik pada tindakan. Maka tidak ada tempat bagi seseorang yang malu-malu kucing, manis, berlagak sopan, atau control ayu. Secara penampilan luaran, ternyata bahawa kamu seorang yang seksi.

B-Aduh, romantisnya. Bukankah kamu suka suasana makan yang indah hanya kamu berdua? Kamu ingin dimanja dan ingin tahu bagaimana memanjakan si dia. Kamu memerlukan sensasi dan pengalaman baru bagi menyesuaikan keinginanmu yang suka bereksperimen.
C-Hebat! Kamu pandai bersosial. Bagi kamu objek kasih sayang haruslah diterima secara sosial, dan untuk itu dia haruslah kacak ataupun cantik. Kamu termasuk dalam golongan remaja yang seksi dan sensual.
D- Sangat bersemangat dalam mengejar sesuatu yang diinginkan. Tapi kamu sangat prihatin dan suka membantu masalah orang lain. Luarannya, kamu sangat seksi, setia dan penuh semangat dalam membina hubungan.
E-Pandai bercakap. Jika pasangan kamu bukan pendengar yang baik, hubungan boleh jadi berantakan. Apabila sudah jatuh cinta, kamu sangat setia. Tapi kesetiaan itu tidak cukup beerti bagi kekasih kamu itu jika dia bukan seorang yang pintar.
F-Kamu terlalu memuja pasanganmu. Apa yang kamu cari adalah pasangan hisup yang terbaik. Di depan orang ramai, kamu suka menunjuk-nunjuk sikap romantis yang kamu miliki.
G-Kamu orang yang sangat pemilih. Kamu hanya mengaggap orang-orang yang ada status serta intelek lebih sesuai untukmu. Malah kamu juga pandai menggoda.
H-Kamu mencari pasangan yang mampu menaikkan reputasi dan ketrampilan. Kamu sangat baik terhadap kekasih dan sanggu memberi komitmen.
I-Kamu memiliki kualiti untuk dicintai, bahkan dipuja. Kamu tidak tertarik pada orang amatur kecuali mereka yang mahu belajar memperbaiki kekurangan dirinya. Kamu cerewet dan menghabiskan banyak tenaga kamu untuk memenuhi keinginanmu.
J-Kamu sangat romantis dan terpengaruh dengan kemewahan cinta. Kamu menagih cinta, merayu untuk disayangi, memerlukan suasana yang mewah, dan yang penting dirimu dihargai.
K-Tak ada kata lain, kecuali kamu benar-benar luar biasa dan mengkagumkan.
L-Kamu sangat romantis, ideal dan kadang-kadang percya bahawa mencintai seseorang itu bermakna sanggup berkorban. Kamu sanggup mengakhiri satu perhubungan atau berhenti mencintai si dia, jika si dia memberi kamu banyak masalah.
M-Emosional yang bersemangat. Kamu sanggup berhabis-habisan untuk meraih cinta. Kamu juga senang bertindak sebagai 'ibu' kepada pasanganmu.
N-Maaf, kamu ada masalah dengan hubungan sosialmu.
O-Jiwa kamu penuh dengan kasih sayang. Malah kamu turut berhara pasanganmu juga begitu.
P-Kamu faham dan sedar apa itu lingkaran sosial. Kamu tidak akan berfikir untuk melakukan sesuatu yang boleh membahayakan reputasi kamu. Bagimu, penampilan itu penting. Kamu bukan sahaja memerlukan pasangan yang kelihatan kacak atau cantik, tapi juga pandai.
Q-Kamu memerlukan aktiviti dan sokongan berterusan. Kamu sentiasa bertenaga secara fizikal. Bukan mudah bagi seorang pasangan itu untuk kekal bersama kamu.
R-Kamu seorang yang sangat realistik dan berorientasi pada tindakan. Kemu memerlukan seseorang yang dapat mengikuti langkah kamu, dan secara intelektual sama standard dan lebih cerdas.
S-Kamu jenis yang sangat tertutup, suka mengasingkan diri, dan malu. Padahal kamu memiliki daya penarik yang cukup tinggi. Kamu patut dipuji kerana memiliki kesabaran yang tinggi.
T-Kamu sangat sensitif dan perahsia. Kamu menyukai pasangan yang pandai mengawal keadaan.
U-Kamu menggunakan kewarasan fikiran ketika jatuh cinta. Kamu kalah pada orang-orang yang memuja kamu.
V-Kamu sukakan kebebasan dan sukar memberi komitmen. Bagi kamu, mengenal seseorang bererti kamu menjiwainya.
W-Kamu sangat bangga, tekun, dan menolak cabaran jika kamu sedang mengejar cinta. Ego kamu dipertaruhkan. Kamu romantis, ideal dan sering jatuh cinta dengan cinta itu sendiri dan tidak melihat pasangan sebagai dirinya sendiri.
X-Apa dah jadi? Kamu ceat bosan! Kamu boleh bercinta dengan lebih dari seorang dengan mudah. Kamu tak suka berselindung dan tak pandai menyimpan rahsia.
Y-Wow... Kamu seksi, sensual, dan berdikari. Bila tak mendapatkan apa yang dihajati dengan cara kamu sendiri, kamu akan merajuk dan berhenti. Kamu mahu mengawal hubungan, dan selalunya tidak selalu berjalan baik.
Z-Bagi kamu, pekerjaan harus didahulukan berbanding perkara lain. Jika urusan karier atau kewangan kamu terganggu, kamu akan stress. Kamu ideal dan romantis terhadap tanggungjawab.
Ha, apa lagi. Mulalah mengira-ngira nama kamu dan mungkin pasangan atau sahabat kamu yang terdekat. Mie sekadar suka-suka letakkan benda ni dalam blog Mie dan berkongsi dengan kalian. Tapi dalam masa yang sama, Mie ada kira juga nama seseorang tu dan buat perbandingan sendiri dengan perangai dia. Apa yang berlaku, kalau betul, mungkin hanyalah satu kebetulan. Terpulang pada penilaian kalian sendiri. Nak percaya bulat-bulat, nasihat Mie; tak perlulah.

Warna
Mesti ada antara kalian yang tertanya-tanya kenapa Mie pilih kombinasi warna hitam, merah samar, hijau, dan putih untuk blog Mie kali ni. Kalau dulu, Mie hidangkan pada kalian blog yang berlatarkan putih, merah dan biru bukan? Ada sebabnya kenapa Mie memilih empat kombinasi warna ni. Mie tak hairan kalau ada yang tergelak-gelak melihat kombinasi warna blog Mie. Mungkin ada antara kalian yang awal-awal dah fikirkan macam-macam pasal personaliti Mie. Itu hak kalian. Sekelumit pun tak terbekas di hati ini.
Tapi, Mie ada alasan sendiri. Mie memilih kombinasi empat warna ni kerana tiga warna yang terkandung di dalamnya merupakan warna kegemaran Junjungan Besar SAW. Tak silap Mie, seorang sahabat pernah bertanyakan pada Baginda tentang warna kegemaran Baginda.
Lantas Baginda menjawab, baginda sukakan Putih kerana putih tu suci [Mie pun sukakan putih, nampak telus]. Baginda menambah lagi Baginda sukakan hijau, tapi sayang Mie tak ingat kenapa Baginda sukakan hijau. Satu lagi merah samar. Baginda sukakan merah samar kerana tapak tangan manusia dan bibir manusi warnya merah samar. Tambahan pula, baginda menggelar isteri Baginda Siti Aishah sebagai "si merah jambu".
Itulah sebab kenapa Mie memilih meletakkan tiga kombinasi warna tu itu blog Mie kali ni. Tapi, Mie sengaja lakarkannya atas bidang hitam. Kenapa? Sebab sebagai manusia, kita dilahirkan seputih kanvas. Tapi bila meningkat dewasa, dalam kekhilafan kita banyak sudah dosa dan noda yang terpalit. Secara tak langsung, bidang hitam sebagai latar ini hanyalah sebagai simbolik pada diri Mie sendiri, untuk mengingatkan diri Mie sendiri betapa banyaknya dosa dan khilaf yang telah Mie lakukan sepanjang Mie hidup sebagai khalifah Allah.
Tapi walau apa pun, mungkin ini juga secara kebetulan. Mungkin warna-warna itu melambangkan sesuatu, tapi percayalah, kita apa yang telah ditentukan.

Permulaan sebuah ceritera
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
Itulah perkataan yang paling elok untuk Mie mulakan sesuatu, lebih-lebih lagi untuk entri yang pertama ni dan untuk permulaan blog yang baru ni. Bagi yang dah mengenali Mie, tak perlu rasanya Mie terangkan dengan panjang lebar siapa diri Mie yang sebenarnya. Tapi, untuk yang baru nak mengenali siapa Mie, tak ada apa yang menarik untuk Mie terangkan siapa diri Mie yang sebenarnya, Mie hanya insan biasa seperti kalian yang tak betah mencari kesempurnaan dalam hidup yang cuma sementara ni. Cuma apa yang Mie boleh katakan, ambillah masa secara perlahan-lahan, kenalilah Mie, nescaya suatu hari nanti kalian akan tahu siapa Mie sebenarnya...
Salam perkenalan
Fauzzan Helmy bin Anuar

Subscribe to:
Posts (Atom)