Followers

Wednesday, September 30, 2009

Bertandang lagi

Ya Allah... Memang lame betul Mie tinggalkan blog ni. Nak mengisi bukan tak ada bahan nak isi. Banyak. Melambak-lambak nak cerita pada kalian. Tapi dek kesibukan ni, tak dapat la nak mengisi ruang yang ada dengan cerita yang makin sendat di kepala ni. Kepala atas, bukan bawah. Muahahahahahahahahahahaha. Nanti la kalian. Mie cerita nanti-nanti ye. Mie cuba sedaya Mie untuk kalian ye.
Owh ye, Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
Hehehehehe
Tengokla, teruk punya perangaikan?

Sunday, September 13, 2009

Kek lapis asam manis

Sebenarnya entri ni Mie pernah letakkan dalam blog Mie yang satu lagi tu. Tapi sebab Mie hiddenkan blog tu dari penglihatan orang ramai, so Mie buatkan sekali lagi entri yang sama ni dalam blog Mie yang baru ni. Kebetulan nak sambut Syawal tak lama lagikan? So, bolehlah tuan-tuan atau puan-puan yang rajin mencemar duli ke dapur tu mencuba resepi dalam entri Mie kali ni ye. Ops... Ni bukan nak menunjuk-nunjuk siapa pakar ataupun pandai, tapi sekadar berkongsi dengan kalian ye.
Untuk membuat kek laps asam manis ni, of course la kalian perlukan bahan-bahannyakan? So, bahan-bahan untuk kek lapis asam manis ni:
6 biji telur 'A' saiz
2 cawan gula halus
2 buku butter = 500 gram butter
2 cawan susu pekat
Vanila essence
Serbuk penaik
Tepung kek 'Blue Key'

3 pewarna yang bersaingan
Asam manis

Cara-cara membuatnya:
Mula-mula, pukulkan 6 biji telur yang diambil putihnya sahaja bersama dengan 2 cawan gula halus sehingga kembang.



So, inilah hasilnya setelah gula dan telur dipukul sebati.



Kemudian, ambil satu bekas bersih yang lain, pukulkan 6 biji kuning telur yang telah diasingkan putihnya bersama dengan 2 buku butter.




Setelah butter dan kuning telur itu diadun sebati, ambil dua cawan susu pekat dan dituangkan satu persatu di dalam adunan tadi dan disebatikan.



Inilah hasilnya setelah ketiga-tiga bahan itu disebatikan.



Kesemua bahan di bawah ini juga perlu disediakan dan dicampur ke dalam bancuhan kecuali pewarna.



Ingat tak tadi kita dah memukul putih telu bersama dengan gula halus? Adunan tadi tu perlulah dituangkan ke dalam adunan butter secara perlahan-lahan hingga habis. Setelah itu kedua-dua bahan perlu disebatikan.



Setelah disebatikan kedua-dua adunan tadi, masukkan dua cawan tepung kek Blue Key, kalau nak pakai tepung lain pun tak apa, asalkan bukan tepung ubi ye, gerenti baling dekat dinding bersepai dinding, bukan kek anda. Hahahahaha.



Kemudian, adunan yang telah disebatikan tadi dibahagikan kepada tiga bahagian. Jangan terkejut sebab adunan anda memang lembik pun. Jangan pandai-pandai tambah tepung ye. Keras makan sendiri. Kemudian, bahagian pertama dicampurkan dengan satu warna, contohnya hijau.



Merah



Kuning



Kemudian, acuan tadi dituangkan sedikit demi sedikit di dalam acuan dan hendaklah di susun secara berselang-seli. Seperti contoh di atas, kuning untuk layer yang pertama. setelah diratakan lapisan pertama, kukus untuk seketika hingga separuh masak. Setelah separuh masak, keluarkan acuan dari kukusan dan susunlah asam manis diatasnya sehingga penuh sebelum dituangkan lapisan ke dua, merah. Ulang proses yang sama, kukus separuh masak, keluarkan, susun asam manis, tuang layer seterusnya, warna hijau, sehingga ketiga-tiga bahan habis.

Peringatan:
Jangan lupa sapukan sedikit minyak atau butter pada permukaan acuan anda untuk mengelakkan kuih anada melekat dan tak boleh keluar dari acuan. Untuk hasil terbaik, gunakanlah kertas minyak sebagai alas.
Semasa mengasingkan kuning telur dan putih telur, pastikan tiada sedikit pun kuning telur di dalam putih telur. Jika tidak kuih anda bantat la. Tak boleh makan, dah membazir

So, selamat mencoba ye.

Sunday, September 06, 2009

Fenin

Salam Ramadhan yang ke-16... Pejam celik, pejam celik, dah masuk hari keenam belas kita berpuasa. Sekejapan masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedar bukan.
Aik... Tiba-tiba Mie muncul balik. Puik... Macam terkeluar tiba-tiba bunyinyakan. Tanpa khabar berita. Dah puas berkelana, nak muncul balik. Hehehehehe. Sebenarnya banyak kisah nak cerita ni. Tapi Mie nak ambil masa nak mengarang. Yelah, ayam selalu mematuk satu-satu. Mie nak mengetuk keyboard ni pun satu-satu. Tu yang lama. Tapi, Insya-Allah. Tunggu dan lihat sahaja okieys cerita Mie sepanjang kesenyapan membelenggu ni ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...