Sewaktu entri ni Mie taip, Mie tengah makan nasi baryani semalam. Tengok, kan dah cakap Mie jugak yang kena jadi DBKL, tukang menghabiskan makanan dekat rumah ni. Wa... Kenapalah Mie yang selalu jadi mangsa keadaan... [Motif? Hakikat sebenar disebalik ayat ni -> Mie tengah bersedih dan sedikit terusik sebab memikir seseorang yang Mie baru kenal. Entahlah... Mie cuma tak nak buat orang rasa susah sebab Mie... Hahahahahaha. Keep smiling. So stupid isn't?]Sebenarnya Mie sendiri tak tahu apa yang Mie fikir sekarang. Banyak benda yang Mie fikirkan pasal dia ni. Ada sedikit kegusaran di hujung tangkai hati ini sebenarnya, memikirkan apa yang dia fikirkan. Ish! Apa ni, Mie dengan dia pun baru kenal, baru nak masuk dua bulan kenal, jumpa pun tak pernah lagi, gambar pun tak tengok lagi, dah nak fikir macam-macam. Selalu keep in touch pun dengan YM, dengan phone. Ape ni, OMG!!! What's going on with me ni? Bencinya...
Tapi tulah fact sebenar. Sekarang ni Mie tengah fikir apa yang dia fikir. Tak selesakah dengan Mie ataupun cara Mie. Kata-kata Mie menyakitkan hatinyakah? Ish, kenapalah dengan Mie ni. Dia tukan kawan aje, tak lebih. Nak kata declare pun tak, tiba-tiba nak fikir macam-macam. Paling-paling basi pun, relation kami atas dasar kekasih gelap aje. Selesa begini aje kot... Tak lebih dari tu. Tapi kenapalah pulak Mie nak fikir pasal dia. Aiyoo... Rindukah padanya? Urm, a lil bit maybe... Mie akui, semasa Mie menghadapi saat-saat sedih hari tu, dia selalu ada di sisi Mie saat-saat Mie memerlukan seseorang untuk Mie bercerita. Dengan kata-katanya, dengan lawak-lawaknya, dengan sifatnya, Mie akui Mie selesa berkawan dengannya walaupun kami tak pernah berjumpa apatah lagi nak bertukar-tukar gambar. Mungkin Mie takut keselesaan tu hilang kot. Tapi, entahlah. Mie tak tahu mana silapnya sekarang ni. He acted weird. Macam nak larikan diri. Mie pun tak faham. Kata-katanya hari ni di YM tu betul ataupun sebahagian dari alasan nak larikan diri.
Aiyoo sayang... Kenapalah nak jadi complicated macam ni? Bila nak stop ni fikir benda yang bukan-bukan? Tapi nilah hakikat hidup Mie. Walaupun dengan kawan, Mie seboleh-boleh nak jaga everything dan tak mencacatkan apa-apa. Nilah kesan sebahagian apa yang Mie pernah lalui dulu. Kesian dia, tak tahu apa-apa tapi terpaksa jadi mangsa keadaan pulak dengan sikap Mie yang unpredict ni. Sebab tu Mie kena cari couple yang ada tahap kesabaran yang tinggi, Mie ni unpredict sebab tiba-tiba boleh jadi manja, jadi gedik-gedik, jadi serius, jadi pemarah, jadi sweet, jadi budak-budak. So, ubatnya -> Pujuk. Ceh, merevealkan kelemahan sendiri. Tapi pujuk yang munasabah la. Ingat pujuk dengan BMW 7 Series tu boleh jalan ke? Tak ok... Pujuk kenalah dengan hati. Wah... Memunge-munge...
Argh... Tensionlah! Macam nak setup kelab baru dengan Ash -> Kelab Janda-janda Sepi ataupun Kelab Single Sampai Mati. Hahahahahahah. Mie tak suka dengan environment yang Mie rasa sekarang. Mie bukan orang yang complicated, tapi keadaan dan orang yang memaksa Mie jadi complicated. Agaknya, Mie kena fahamkan betul istilah berkawan tu apa. Mie tak nak ambil tahu apa-apa yang penting, cukuplah sekadar tahu. Boleh? Tapi kesian pulak...
Dah tak boleh fikir. Nak nanes, sambil makan nasi baryani. Dengarkanlah lagu seterusnya pilihan Mie -> Teruskanlah[Agnes Monica] dan I Surrender [Celine Dion]
=) -> ='(


























