Sangat penat sebenarnya nak menghabiskan kerja yang ada lagi berbaki tiga hari lagi ni. Tak sabar rasanya nak balik dan berehat sebentar sebelum meneruskan kuliah. Ruang senggang yang ada ni, ingat nak mengisi masa lapang dengan menghabiskan cerita Mie tentang -> Hambik senyum plastik ni! : Zapin FEStKUM (Antara Dia Dia Dia Dia dan Dia). Maybe, ni part yang terkhir kot. Kalau Mie sempat nak bercerita sampai habis. Lagipun cerita dah dekat dua minggu berlalu, tapi tak sedap pulak nak bercerita separuh jalan ni. Tapi takut orang tak larat nak baca kan Pojie? Hehehehehehe. So, mana partner berangan Mie Si Pena ni? Meh dok depan sini! Mie nak sambung cerita. Kuaci hari tu ada lagi tak? Tetibe... Hahahahaha.
Episod yang lalu, ceh macam panjang la sangat cerita nikan? Haruslah... Nak melahar orang ni bukan cerita pendek. Ni movie tau. Bukan drama propa ok. Hahahahahaha. Cerita lalu -> Hambik senyum plastik ni! : Zapin FEStKUM (Antara Dia Dia Dia Dia dan Dia) Part II, sila baca sendiri ye. Lalu, Mie diingatkan yang senyuman yang akan dilemparkan adalah senyuman plastik semasa di atas pentas. Actually banyak yang mereka cakap, tapi yang paling meninggalkan kesan, ayat inilah. Ekoran kejadian tersebut, Mie biarkan aje. Malas nak layan cakap-cakap perempuan yang tak tahu duduk asal perkara sebenar yang mendakwa kononnya tahu dan kenal Mie sangat padahal... Biarlah. Tuhan aje yang membalas mulut-mulut mereka. Sebenarnya Mie dok bertangguh menaip entri tentang ini sebab kuasa Tuhan tu memang sudah terbukti semasa hari pertandingan. Nanti Mie ceritakan... Asyik bernanti ajekan... Huhuhuhuhu.
Malam tu, lepas kejadian, masa latihan pun Mie tak bertegur dengan mereka semua. Mie buat bodoh aje. Mie buat macam tak ada apa yang berlaku, dan gelak-gelak dengan orang yang tahu menghargai kehadiran Mie sebagai ahli kumpulan tersebut. Kejadian tu berlarut terus-terusan hinggalah ke hari kami nak bertolak. Cuma Mie mula bertegur dengan seorang ahli perempuan-perempuan mulut cantik tu sebab dia tahu yang dia pun ada buat silap dan mengakui kesilapan dirinya. Syukur... Sedar jugak seorang. Bagi Mie, bukan maaf yang Mie mintak. Cukuplah sekadar sedar kesilapan kita dan berazam tak akan melakukannnya lagi. Konsep taubat nasuha sungguh! Kalau setakat buat salah, mintak maaf, lepas tu ulang lagi, sorry to saylah eh, dah tak ada nilai maaf KAU tu pada mata aku. Kalau nak mohon maaf, pastikan yang kita benar-benar sudah insaf dan sedar, barulah mahon maaf. Ini kalau setakat maaf, ulang lagi, sampai bila tak sedar, tak guna...
Malam sebelum bertolak tu, kawan-kawan Mie, Si Sein, Ikhwan, Syarif, Sherry, Nick, Saiful, dengan Syukri ajak Mie pergi dinner. Its sounds interesting sebab Mie boleh gelak-gelak tanpa memikirkan sangat tentang DIA. Tapi sedang bersiap-siap tu, tiba-tiba Mie nampak kelibat DIA yang sedang bersiap. Hampeh!!! Mie terus mintak maaf pada semua dan balik ke bilik. Ya, Mie mengecewakan kawan-kawan Mie... Kenapa? Sebab Mie tak nak rosakkan mood Mie sendiri dan kawan-kawan. Ya, mungkin macam bodoh sedikit. Kalau Ash tau, mesti kena bebel punya. Tapi, ketika tu, memang Mie tak boleh berfikir dengan waras. Sedihnya... Balik bilik, Mie berfikir sejenak tentang hal ini sampailah tertidur.
Keesokan paginya, alhamdulillah. Mie dapat nak tangani masalah tu dengan sokongan kawan-kawan yang cukup memahami. Semangat kawan-kawan tu, Mie jadikan azimat nak biarkan DIA. Tepat 10 pagi kami bertolak keluar dari universiti. DIA dengan perempuan-perempuan tu duduk di seat belakang dan Mie dengan awan-kawan yang memahami memenuhkan ruang depan. Tapi, tak sampai separuh jalan, jadi isu... Group seat belakang, Si Diva-diva tulah, termasuk Si DIA tak nak ada penumpang lain naik bas kami. Kalian bayangkanlah, pergi dengan tiga bas panjang dan satu van, dan bas tarian yang ada empat puluh empat seat tu cuma dipenuhi dengan dua puluh orang. Bas berhenti dan pegawai-pegawai berbincang untuk memenuhkan bas kami. Perempuan-perempuan tu pun turut sama turut. DIA pun sama turun yang kononnya merangkap ketualah bagi kumpulan pom-pom tu untuk berbincang dengan pegawai-pegawai tersebut. Nasiblah masa kejadian, Syarif kawan Mie tu pandai. Dia meyakinkan pegawai tarian kami dan pegawai tarian membenarkan peserta lain yang terpaksa berhimpit untuk berkongsi bas dengan kami. Mie bukan tak nak bertindak, tapi Mie bukan ketua lagi. Nanti kalau Mie bercakap, orang kata Mie hamak sangat nak jadi ketua. Semasa pegawai Mie memberi kebenaran menumpang bas, mujurlah salah seorang pom-pom girl yang dah mula berbaik dengan Mie mendengar arahan tu. Mie dengan dia ke tempat perbincangan dan Mie cuma cakap, "Encik, pegawai kami dah bagi kebenaran berkongsi bas. Cuma dia mintak asingkan tempat duduk lelaki dan perempuan, serta budak tarian pindah ke belakang. Tak percaya tanya perempuan ni". Terdiam. Mie terus naik bas semula. Lepas tu Mie tak tahu. Pom-pom girl tu naik dengan muka yang cemberut. Lantaklah. Lepas tu, seorang pegawai untuk nyanyian yang agak tegas terus buat pengumuman dan siap bertanya, "Ada apa-apa masalah?" Nak tergelak Mie tengok mereka-mereka yang terdiam. Hahahahaha. Suka-suka...
Di dalam bas sepanjang perjalanan, Mie asyik dok gelak dengan kawan-kawan Mie yang sekepala. Berhenti makan pun, jumpa kawan-kawan yang berlainan bas tu sambil keluar makan dan gelak-gelak. Havoc satu kedai kami kerjakan. Hahahahaha. Puas! DIA dan pom-pom girl tu, Mie langsung tak kisahkan. Kalau dulu, pergi aje pertandingan, berhenti makan, Mielah yang akan bayar segala makan minum DIA. Ya, memang DIA tak mintak, tapi tu cara Mie nak hargai apa yang Mie ada. Lagipun awal-awal Mie dah warningkan DIA, cuma memang DIA sengal ubi, tak faham bahasa. Patutlah kawan Mie pernah cakap. DIA cakap siapa yang couple dengan Mie, gemuklah nanti sebab asyik dapat makan. Hahahahahahaha. Sampailah dekat UPM pun Mie buat bodoh. Sepanjang latihan dekat UPM, Mie sikit pun tak betulkan gerak tari DIA. Budak-budak perempuan yang dok bertanya, baru Mie betulkan gerak tari mereka. Tapi bukan DIA. Kenapa? Sebab Mie nak buktikan pada DIA, yang Mie betul-betul tak kenal DIA macam arahan yang pernah dikenakan dan jugak pom-pom girl tu yang Mie menegur mereka bukan sebab Mie jealous mereka rapat dengan DIA. Lagipun Mie bukan ketua kumpulan tu lagi. Hello!!! Aku tak hamak nak jadi ketualah! Benda ni berlarutlah sampai balik sebenarnya... Memang Mie tak tegur DIA apatah lagi pom-pom girl tu sekadar mengikut kesesuaian. Nak ke mana-mana pun, Mie tak ajak. Lagi seronok bila DIA dan DIA datang saksikan persembahan Mie malam pertandingan tu. Dan DIA pun ada temankan Mie keluar dua malam berturut-turut. Hahahahaha. Mie perasan yang DIA terbakar. Hahahahahaha. Suka... suka... Tapi lantaklah. Dah malas nak fikir pasal DIA. I just wanna having fun!!! Hahahahaha.
Malam tu, persembahan kumpulan kami. Sebelum pertandingan, kami semua berkumpul dan sepakat menyuruh DIA membacakan doa. Tapi sikit pun Mie tak mengaminkan doanya, sekadar propa menadah tangan. Masa nak bertolak, DIA baca doa dalam bas, Mie makan. menjeling aje. Ada aku kisah? Kenapa? Kalau Mie baik dengan DIADIA, mungkin lepas tu Mie kena maki dengan DIA. Hahahahaha. Ya mungkin tindakan Mie ni salah tapi nak mengaminkan doa orang yang hipokrit, dok bercakap tu halal yang ni haram, tapi DIA sendiri yang melakukan yang haram tu, haruskah? Tak sanggup rasanya. Biarlah orang pandang serong. Mie sekadar membaca doa sendiri. Lepas tu, jurulatih kami meminta kami untuk bersalam-salaman. Mie salam semua orang tapi bukan DIA. Lantaklah. Tak hingin rasanya... Ya, tangan itulah yang dok dipegang selalu suatu ketika dulu, tapi untuk kali ni, TIDAK sama sekali. Sementara menunggu giliran kami dipanggil, Mie ambil air mineral yang belum di buka. Mie bacakan selawat Nabi sebanyak tiga kali dan al-Fatihah dan Asma' al Husna sekali sambil Mie tiupkan pada air tersebut. Itulah amalan Mie sejak dari bangku sekolah untuk tiap-tiap kali pertandingan. Alhamdulillah, ianya berhasil untuk menghilangkan gemuruh Mie dan rakan-rakan. Mie mintak semua kawan-kawan Mie untuk pertandingan pada malam tu menjamah air tersebut dan niat yang terbaik di dalam hati. Ha kau!!! Betul-betul jadi Mak Esah aku malam tu... Cuma tak pakai sanggul lintang aje. Kena pakai songkok. Hahahahahaha. Mie bagi semua, tapi ada dua orang yang tak menjamah. Sudah semestinya DIA dan ada seorang perempuan yang enggan. Entah, takut dibomohkan agaknya... Biarkanlah. Nanti tahulah sendiri.
Masa persembahan pun berlangsung. Mie dengan gerak Mie dan berselisih sambil bertukar senyum dengan pasangan Mie. Mie sikit pun tak tahu apa yang berlaku cuma menangkap bunyi orang bersorak tiga kali. Bersorak bukan kagum atau menarik, tapi sorakan yang mengejek. Dalam hati, mesti ada yang berlaku. Turun aje pentas, Mie dapat tahu jugak akhirnya. Pertama, seoarang perempuan yang tak jamah air mineral tadi tu, terlanggar dengan pasangannya, dan yang kedua DIA mendapat malu besar di akhir persembahan bila pasangannnya menarik tangan DIA. Kejadian tu masih di atas pentas, dan semua orang boleh melihat dengan jelas. Turun, jumpa jurulatih, Mie tengok muka jurulatih tu monyok aje. Tahulah ada benda yang tak kena. Sekali lagi DIA terkena bila jurulatih Mie kata DIA tak senyum sepanjang persembahan sebaliknya tersengih. Hahahahahahaha. Padan muka. Suka sangat. Perempuan yang bertanggungajawab menarik tangan DIA pun salah seorang dari pom-pom girl tu dan paling gedik. Lepas kejadian tu, pegawai Mie dan orang yang menyaksikan persembahan tu selalu sound that girl to stopped being gewdick!!! Hahahahaha. DIA? Senyap aje... Ketua pom-pom girl tu? Tak tahu nak cakap apa dah... Sekarang? Mie yang salah ke, mereka dengan mereka-mereka? Tulah, Mie dah pernah cakap. Karma... Sekarang semua pay-cash... Jangan buat jahat dengan orang... Kan...
Kalau entri lepas tu, Miekan ada cakap yang mereka sebut soal-soal privasi ni. Mereka kata malu sebut depan budak-budak sekolah. Tapi kalian bayangkan, dalam bas, pom-pom girl yang gewdick tu dah tak tahan agaknya nak kencing, dia siap merengek-rengek dekat belakang sebab DIA bunyikan "Shhh..." Pulak tu anak imam tu boleh cakap, "Kalau dah tak tahan, kencing aje dalam botol." Perempuan tu jawab apa? "Tak muatlah..." Hello!!! Dalam bas tu penuh kot dengan budak yang bukan tarian, budak luar tu... Tak malu pulak eh? Kalian fikirlah... Orang tegur, tak nak terima. Tapi kuasa Tuhan. Tuhan tunjukkan apa yang sebenarnya... Siapa benar siapa salah...
Sampai sekarang ni, Mie dengan DIA tak bertegur. Pom-pom girl tu lagilah. Biarlah... Dah malas dah... Ha, kali ni jugak pegawai tarian kami menangis sebab kumpulan ni. Dulu, masa FESTARI pegawai Mie menangis jugak. Katanya sebab Mie buat perangai,tak nak bagi komitmen. Nak komitmen macam mana. dah sah-sah tarian sendiri terbarai, bila tengok persembahan orang ternganga. Orang dok berlatih sampai malam, kumpulan Mie nak berlengkar tidur lena. Alasan radio tak kuatlah, apalah. Ko nak pakai home teater buat latihan ke nok??? Kali ni, pegawai Mie menangis lagi sebab perangai budak-budak tarian. Sepatutnya 11 Disember kami dah diakarahkan pulang. Tapi kalian bayangkan, sampai malam sebelum pertandingan tu, pom-pom girl dengan DIA masih lagi sibuk nak menyucuk pegawai Mie suruh balik 14 Disember. Tu pun konnnya nak menyokong band group yang vokalisnya handsome gila. Kata oranglah... Tapi Mie tengok biasa aje. Tak suka sikap vokalis yang suka menjeling orang. Very the tak faham. Macam nak telan orang. Last-last berita tak nak balik sampai dekat pengatahuan pengarah melalui SMS pelajar tanpa melalui pegawai tarian. Akibatnya pegawai tarian tu kena marah... Bila dah tak tahan, menangis depan kami. Dah dia pun perempuan... nak buat macam mana... Mie pujuk ajelah. Sorang pun tak nak ke depan. Kesian pegawai Mie tu. Baik sangat... Sampai orang pijak kepala pun tak sedar... Mie dah cakap. Tapi dia nak jaga hati pelajar katanya.
Hurm... Isu mulut ni, takkan habis sampai sini aje. Banyak lagi. Nama pun mulut manusia. Mulut tempayan tu bolehlah ditutup. Mulut manusia? Entah balik unversiti nanti apa lagi cerita berkaitan Mie timbul, Mie pun tak tahu. Tak sabar... Hello!!! I kan artis... Off courselah asyik kena gosip aje. Kan kontroversi... Hai, tak sabar... Mungkin cerita ni ada part yang tertinggal. Tapi dah tak larat dah nak cerita. Ambil plot yang besar sudah...
p/s: Masa nak balik, orang semua dok kata DIA dah bercouple dengan orang baru, budak tarian jugak. Tapi entahlah. Mie yang kenal DIA setahun. Dah masak. Mie tak percaya. Bak kata kenalan Mie, DIA tu flirt. Maybe... Sekadar nak tumpang balik rumah aje. Sebab Mie nampak DIA dengan "couple" barunya tu naik kereta sama-sama nak balik. Peduliklah...
-TAMMAT-
Mungkin ada perubahan... Nanti Mie re-check balik ye
Kena bersiap!!!
"...sebab tu siapa yang bercinta dengan orang famous ni kena sedar. Dia tak boleh bercinta macam orang normal yang lain. Macam artist and politicianlah. Tengok pasangan masing-masing macam dikebelakangkan aje demi peminat and penyokong. But, hakikatnya... Pasangan itu still istimewa dengan caranya yang tersendiri..."
Badrul Hisham @ Bart
Sunday, December 27, 2009
Noktah
Kau di sana
Aku di sini
Menanti entah apa pun
Aku sendiri tak pasti
Mengerti
Apatah lagi
Laksana pesalah menunggukan mati
Berat, beban keluhan yang umpama belati
Menusuk jauh dalam tangkai hati
Aku di sini
Kau di sana
Mungkin kau tahu apa yang aku rasa
Dan mungkin sekadar dogengan lakonan cuma
Kau yang mengetuk pintu rasa
Menjengahkan rasa suasana
Gembira
Namun seketika
Meihatkan suka
Dimuka
Kau tetap di sana
Dan aku masih kaku di sini
Menantikan takdir
Untuk segalanya berakhir
Melatkkan di garisan yang akhir
Noktah...

Muharram...
Dalam kita semua tak sedar, esok dah masuk hari kesepuluh kita berada di dalam bulan Muharram. Diam tak diamkan? Cepat aje masa berlalu...
Entri kali ni, sebenarnya Mie nak kongsikan sedikit ilmu yang Mie ada dengan kalian-kalian yang sudi membaca hasil karya Mie ni. Bak kata pepatah, ilmu tanpa amal tu sia-sia ajekan? Jadi sebelum betul jadi sia-sia, baik Mie kongsikan. Mudah-mudahan ia boleh menjadi satu amalan kita bersama. Amin...
Sebenarnya, kalau dikaji semula sejarah Islam tentang 10 Muharram ni boleh dikatakan banyak sirah yang telah berlaku. Salah satunya, dikatakan bahawa bahtera baginda Nabi Allah Nuh A.S. telah mendarat dengan selamat di sebuah bukit yang dikenali dengan nama Bukit Jodi pada tarikh ini dan pada tarikh ini jugalah dikatakan bahawa bubur Asyura' telah dicipta ekoran kejadian banjir besar tersebut. Selain dari berbicara soal makan tu, sebenarnya banyak lagi amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Muharram ni.
Antara amalan yang disunatkan sepanjang bulan Muharram ini adalah:
1) Berpuasa kerana barang siapa yang berpuasa satu hari di dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa selama tiga puluh tahun. Barang siapa yang berpuasa selama tiga hari berturut iaitu hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu, Allah akan menulis pahala padanya sepertimana beliau telah beribadat selama dua tahun.
2) Perbanyakkan ibadat sunat seperti solat sunat, zikir, dan sebagainya.
3) Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak tiga kali.
4) Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib sebanyak tiga kali.
Empat belas perkara sunat yang dilakukan pada Hari Asyura' (10 Muharram):
1) Melapangkan masa berbelanja anak dan isteri - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun tersebut.
2) Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkannya di dalam kubur kelak.
3) Menahan marah - Di Akhirat kelak Allah akan menggolongknnya dikalangan orang-orang yang redha.
4) Menunjukkan orang yang sesat - Allah akan memenuhkan cahaya iman di dalam hatinya.
5) Menyapu atau mengusap kepala anak yatim - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di Syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya. Ha, nanti sat!!! Ni bukan kepala anak Pak Yatim ataupun yang dah tua bangka jadi anak-anak yatim tau. Mentang-mentanglah atuk tu dah tak ada bapak, korang usap kepala dia pulak. Memang makan penampaulah nanti.
6) Bersedekah - Allah akan menjauhkannya daripada Neraka sejauh jarak seekor burung gagak yang terbang tak henti-henti dari kecil sehingga burung itu mati dan diberi ganjaran pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia.
7) Memelihara kehormatan diri - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8) Mandi sunat - Tidak mengalami sakit berat pada tahun tersebut. Lafaz niatnya, "Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura' kerana Allah Ta'ala.
9) Bercelak - Tidak akan mengalami sakit mata pada tahun tersebut.
10) Membaca Qulhuallah dari awal sehingga selesai sebanyak seribu kali - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di Akhirat kelak.
11) Sembahyang sunat empat rakaat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama lima puluh tahun melakukannya. Lafaz niatnya, "Sahaja aku sembahyang sunat Asyura', kerana Allah Ta'ala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah, bacalah Qulhuallah sebanyak sebelas kali.
12) Mambaca "Has bi Allahu wa nikmal wakeel, nikmal maula, wa nikman naseer".
13) Menjamu orang berbuka puasa - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14) Berpuasa. Lafaz niat, "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura' kerana Allah Ta'ala". Akan diberikan pahala sebanyak seribu kali haji, seribu kali umrah, dan seribu kali syahid serta diharamkan dari Neraka.

Thursday, December 24, 2009
Happy Birthday Kelvin

Malam tadi, Mie sengaja tidur lewat sebab nak tunggu kenalan yang satu inilah. Nak jadi orang yang first wish katanya, walaupun hakikatnya yang ado... Kenalan Mie ni menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-??? Tataulah. Hahahahahaha.
Mie nak ucapkan
Selamat hari lahir
Semoga dipanjangkan umur
Dimurahkan rezeki
Mudah-mudahan dengan pertambahan umur ni, niatnya untuk menjadi seseorang yang lebih baik akan dimakbulkan
Mudah-mudahan... Amin
Happy Birthday Kelvin Dzuhairi bin Lazim!!!
p/s : Ingat senang ke nak cari Anuar Zain nak celebrate birthday DIA... Ish ish ish... Wish yang melampau!
Sepelaung jarak cuma
Biasanya, kita selalu dengar orang dok marathon tengok dua tiga movie satu hari. Yelah, hari Rabu, tiket pulak tengah murah. Esok mesti keluar cerita baru. Tu pun kalau betul-betul dah blank, dah tak ada idea nak buat apa. Tapi hari ni, Mie, Cik Husna dan ayah terpaksa temankan mama buat marathon lawat dua tiga Shopping Complex. Entah apa yang nak dibeli, tak tahu. Mungkin sekadar cuci mata. Maklumlah, sekarangkan fenomena 'M-YES', Malaysia's Year End Sale!
Balik dari melakukan tawaf market, lepas menyelesakan diri, sempat jugaklah berehat sambil melayan 'Twilight' and 'New Moon' entah untuk kali yang keberapa Mie sendiri tak ingat sudah. Very the suka cerita ni... Touching. Emo emo romantik manja-manja kejap malam ni. Hahahahahaha. Dalam dok melayan cerita ni, Mie sebenarnya ada tujuan lain. Sebenarnya Mie tunggu detik 12 malam untuk buat surprise for someone. Hehehehehehe. Sebenarnya saje aje tak nak bagi mata ni mengantuk. Kalau dibawak baring, maklumlah penat bertawaf, alamatnya belayarlah kapal membawa dagang. Tak dapat nak singgah ke pelabuhan. Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat jugak mengerjakan apa yang patut Mie kerjakan pukul 12 tengah malam tadi... Aktiviti menyakat orang. Hehehehehehe.
Lepas puas dok suka-suka menyakat kenalan Mie yang satu ni, yang mana umurnya dah
bertambah setahun lagi hari ni, Mie terfikir seorang kenalan Mie. "Tak janggalkah aku berkawan dengan seorang yang lebih tua dari usia aku dan rakan-rakan sebayaku yang lain? Bolehkah aku atau DIA sendiri menyelesakan diri dengan hubungan ni?" Hurm... Terdiam sekejap Mie.
Mie sebenarnya dah berkawan dengan DIA hampir dua bulan. Baru lagi kot. Mie sendiri tak pernah berjumpa dengannya, apatah lagi melihat gambarnya. Kami sekadar berhubung melalui blog masing-masing, saling bertukar e-mail, berchit-chat, bermessage, dan kami semakin dekat dengan antara satu sama lain bila dapat mendengar suaranya sendiri. Dalam tempoh perkenalan tu, jarang sekali Mie tanya tentang hal peribadinya termasuklah umurnya. Sebab sense Mie kata, DIA tak suka dan belum yakin sepenuhnya untuk menceritakan segalanya dengan Mie. Cuma semalam hati ni, bagai digaru-garu suruh bertanya berapa umurnya dan DIA memberikan jawapan yang jujur pada Mie. Gatalkan hati ni. Bak kata orang Mersing, "Tulah... Birah sangat!!!" Terkedu sejenak dengan jawapan DIA sebab bila Mie congak-congak, gap umur kami sangat besar... Besar tu taklah besar mana sebenarnya. Saje aje letak kata pengukuh, nak kalian fikir, Mie kawan dengan Dato' umur 60 lebih ke? Hahahahahahaha.
Mie tanya jugak dengan DIA pasal gap umur ni, dan DIA dengan selamba menjawab yang gap besar tu cuma angka. Huh! Statement Nasha Aziz sungguh... Walaupun dari ayat DIA yang macam tak boleh blah tu, sebenarnya sikit sebanyak buat Mie rasa selesa dan a lil bit easy to continue this relationship, relationship apo entah... Tatau!!! Tapi sebenarnya Mie masih ada sedikit kegusaran. Mie sendiri tak pasti apa yang Mie takutkan dan fikirkan. Mungkin kerana jarak yang umur tu agaknya. Nak menghilangkan kegusaran dalam kepala yang makin bersarang ni, Mie tanyalah dengan Ash. Terkejut jugak Ash pada mulanya sebab Mie tanya soalan yang macam tu. Jawapan Ash simple tapi cukup padat "Kalau U happy kawan dengan DIA, tak payah fikirlah soal umur tu. As long as U happy, cukup." Tak habis tu aje, Ash tambah lagi. "Lagipun benda ni depend pada orang dan situasi jugak."
Terdiam kejap. Bila Mie kaji balik, Mie tanya dengan diri Mie. Mie happy kawan dengan DIA? Jawapannya, YA. Mie selesa dengan keadaan sekarang even tak kenal dia banyak mana pun? Jawapannya, YA. Cukupkah nak berkawan macam ni aje, sekadar berhubungan dengan suara? Jawapannya, YA. Biarlah kalau masing-masing selesa dengan cara ni. Hurm... Lagipun, kalau
tengok 'Twilight' dengan 'New Moon' tu, dorang tak kisah pun. Gap umur Bella dengan Edward lagi jauh kot. Yang satu tu 18 tahun, yang satu tu, 109 tahun. Lagi jauh... Hahahahahahaha. Tapi kalau dapat yang 109 tahun, tak makan tua macam Edward tu, siapa yang tak nak kan? Haruslah berebut nak. Hahahahahahaha. Ceh, nak samakan jugak cerita sendiri dengan 'Twilight'kan? Nak jugak... Kalau di Jepun, mereka ada letak perbezaan umur. Kalau 10 tahun lebih tua, ada terma yang mereka gelarkan. Macam tu jugak dengan 10 tahun lagi muda.
Entahlah... Kalau nak difikirkan banyak soal umur dan hubungan ni, makin lama difikir, makin banyak benda yang kadang-kadang tak munasabah akan timbul. Kalau nak dikaji zaman Nabi dahulu pun, baginda berumur 25 tahun semasa mengahwini Siti Khadijah r.a. yang 15 tahun lebih berumur dari Baginda. Tak ada masalah pun. Tapi Mie manusia biasa. Kadang-kadang dalam hidup ni nak mencari jugak kesempurnaan. Tipulahkan kalau nak terima apa aje yang mendatang. Tapi macam Mie pernah cakap, 'nak berkawan ni pun, macam nak bercinta jugak'. Mie serahkan aje pada masa untuk menetukan segala. Kalau DIA sendiri rasa selesa untuk teruskan persahabatan dengan Mie, Insya' Allah...
Kalau kalian, macam mana eh?
Balik dari melakukan tawaf market, lepas menyelesakan diri, sempat jugaklah berehat sambil melayan 'Twilight' and 'New Moon' entah untuk kali yang keberapa Mie sendiri tak ingat sudah. Very the suka cerita ni... Touching. Emo emo romantik manja-manja kejap malam ni. Hahahahahaha. Dalam dok melayan cerita ni, Mie sebenarnya ada tujuan lain. Sebenarnya Mie tunggu detik 12 malam untuk buat surprise for someone. Hehehehehehe. Sebenarnya saje aje tak nak bagi mata ni mengantuk. Kalau dibawak baring, maklumlah penat bertawaf, alamatnya belayarlah kapal membawa dagang. Tak dapat nak singgah ke pelabuhan. Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat jugak mengerjakan apa yang patut Mie kerjakan pukul 12 tengah malam tadi... Aktiviti menyakat orang. Hehehehehehe.Lepas puas dok suka-suka menyakat kenalan Mie yang satu ni, yang mana umurnya dah
bertambah setahun lagi hari ni, Mie terfikir seorang kenalan Mie. "Tak janggalkah aku berkawan dengan seorang yang lebih tua dari usia aku dan rakan-rakan sebayaku yang lain? Bolehkah aku atau DIA sendiri menyelesakan diri dengan hubungan ni?" Hurm... Terdiam sekejap Mie.Mie sebenarnya dah berkawan dengan DIA hampir dua bulan. Baru lagi kot. Mie sendiri tak pernah berjumpa dengannya, apatah lagi melihat gambarnya. Kami sekadar berhubung melalui blog masing-masing, saling bertukar e-mail, berchit-chat, bermessage, dan kami semakin dekat dengan antara satu sama lain bila dapat mendengar suaranya sendiri. Dalam tempoh perkenalan tu, jarang sekali Mie tanya tentang hal peribadinya termasuklah umurnya. Sebab sense Mie kata, DIA tak suka dan belum yakin sepenuhnya untuk menceritakan segalanya dengan Mie. Cuma semalam hati ni, bagai digaru-garu suruh bertanya berapa umurnya dan DIA memberikan jawapan yang jujur pada Mie. Gatalkan hati ni. Bak kata orang Mersing, "Tulah... Birah sangat!!!" Terkedu sejenak dengan jawapan DIA sebab bila Mie congak-congak, gap umur kami sangat besar... Besar tu taklah besar mana sebenarnya. Saje aje letak kata pengukuh, nak kalian fikir, Mie kawan dengan Dato' umur 60 lebih ke? Hahahahahahaha.
Mie tanya jugak dengan DIA pasal gap umur ni, dan DIA dengan selamba menjawab yang gap besar tu cuma angka. Huh! Statement Nasha Aziz sungguh... Walaupun dari ayat DIA yang macam tak boleh blah tu, sebenarnya sikit sebanyak buat Mie rasa selesa dan a lil bit easy to continue this relationship, relationship apo entah... Tatau!!! Tapi sebenarnya Mie masih ada sedikit kegusaran. Mie sendiri tak pasti apa yang Mie takutkan dan fikirkan. Mungkin kerana jarak yang umur tu agaknya. Nak menghilangkan kegusaran dalam kepala yang makin bersarang ni, Mie tanyalah dengan Ash. Terkejut jugak Ash pada mulanya sebab Mie tanya soalan yang macam tu. Jawapan Ash simple tapi cukup padat "Kalau U happy kawan dengan DIA, tak payah fikirlah soal umur tu. As long as U happy, cukup." Tak habis tu aje, Ash tambah lagi. "Lagipun benda ni depend pada orang dan situasi jugak."Terdiam kejap. Bila Mie kaji balik, Mie tanya dengan diri Mie. Mie happy kawan dengan DIA? Jawapannya, YA. Mie selesa dengan keadaan sekarang even tak kenal dia banyak mana pun? Jawapannya, YA. Cukupkah nak berkawan macam ni aje, sekadar berhubungan dengan suara? Jawapannya, YA. Biarlah kalau masing-masing selesa dengan cara ni. Hurm... Lagipun, kalau
tengok 'Twilight' dengan 'New Moon' tu, dorang tak kisah pun. Gap umur Bella dengan Edward lagi jauh kot. Yang satu tu 18 tahun, yang satu tu, 109 tahun. Lagi jauh... Hahahahahahaha. Tapi kalau dapat yang 109 tahun, tak makan tua macam Edward tu, siapa yang tak nak kan? Haruslah berebut nak. Hahahahahahaha. Ceh, nak samakan jugak cerita sendiri dengan 'Twilight'kan? Nak jugak... Kalau di Jepun, mereka ada letak perbezaan umur. Kalau 10 tahun lebih tua, ada terma yang mereka gelarkan. Macam tu jugak dengan 10 tahun lagi muda.Entahlah... Kalau nak difikirkan banyak soal umur dan hubungan ni, makin lama difikir, makin banyak benda yang kadang-kadang tak munasabah akan timbul. Kalau nak dikaji zaman Nabi dahulu pun, baginda berumur 25 tahun semasa mengahwini Siti Khadijah r.a. yang 15 tahun lebih berumur dari Baginda. Tak ada masalah pun. Tapi Mie manusia biasa. Kadang-kadang dalam hidup ni nak mencari jugak kesempurnaan. Tipulahkan kalau nak terima apa aje yang mendatang. Tapi macam Mie pernah cakap, 'nak berkawan ni pun, macam nak bercinta jugak'. Mie serahkan aje pada masa untuk menetukan segala. Kalau DIA sendiri rasa selesa untuk teruskan persahabatan dengan Mie, Insya' Allah...
Kalau kalian, macam mana eh?
Tuesday, December 22, 2009
Nafsu
Hurm, tajuk aje mesti ramai yang berebut-rebut nak baca. Propalah. Hahahaha. Yelah, Mie nikan suka kritik-kritik orang, suka bercakap pasal hatilah, agamalah, pasal golongan transisilah, chentalah, macam-macamlah sampaikan ada orang tu cakap nak cilikan mulut Mie. Huuuiii... Takutnya Mie. Tershampak jauh kejap ke Langkawi tahun depan. Hahahahahaha.
Ni bukan entri pasal kehidupan tau. Ha, oklah. Dah tak payah baca. Bukak aje facebook ke, myspace ke, buat blog sendiri ke, lagi elok. Hahahahahahaha. Sebenarnya , Mie cuma nak cakap, lately ni Mie suka sangat makan. Actually bukan nak makan sangat sebenarnya, perut tu kenyang dah tapi Mie rasa macam nak mengunyah sesuatu aje. Pendek kata macam nak aje ada something dalam mulut untuk dikunyah-kunyah dan ditelan melalui tekak ni. Hurm... Semalam masa Mie pergi jalan-jalan dekat tempat kerja lama, amoi-amoi kosmetik semua dok bercakap "Haiya!!! Lu sulah gemok leh..." Waaa... Mie GEMOK!!! "Gemok ke?" Tak puas hati... Tanya balik betul ke dah gemok. "Mukan mukan... Lu ah, nampak sikit isi lor..." Choi!!! Memang nak kena amoi-amoi ni... Menipu aje. Tak nak cakap betul-betul.
=(
Hurm... Kalian boleh tak bagi petua ke advice ke macam mana nak kawal nafsu makan ni. Takutnya... Ni semua kes Raya Haji hari tulah. Asyik makan tak beghenti-ghenti... Bagi advice sikit ley?

Sunday, December 20, 2009
Orang macam kami
Orang macam kami ataupun lebih dikenali dengan terms 'People Like Us', label yang sering digunakan untuk merujuk kepada golongan transisi di mana-mana sahaja.Mie keluarkan entri ni bukanlah nak menentang mahu pun menggalakkan lagi hubungan yang mana selalunya dipandang jelik oleh masyarakat kita sebabnya perkara ni memang umumnya sudah sedia maklum hukum halal haramnya, tapi sekadar nak membantu beberapa kenalan. Cuma bak kata orang, 'Tepuk dada, tanyalah hati'. Kalau itu jalan yang sudah dipilih, kalian sendiri sedia maklum apa yang kalian lakukan dan perlulah terima segala kesan dengan lebih matang dan terbuka. Mungkin selepas membaca entri ini, Mie akan dikecam dan dipandang serong oleh sesetengah pihak yang tak pernah nak membuka mata hati dan mengenali terlebih dahulu dan hanya tahu meletakkan hukum. Ya, memang Mie sendiri tak menafikan yang perkara ini sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan kisah-kisah umat terdahulu, tapi bagi Mie, soal halal haram memang kita boleh letakkan dihujung lidah macam yang selalu dilakukan oleh cerdik pandai agama kita sekarang. Tak ramai, tapi segelintir tulah yang mencacatkan. Kita boleh cakap yang itu halal dan yang ini haram bila-bila masa aje, tapi soal dosa dan pahala, taufiq dan hidayah, tu semua milik mutlak Allah SWT. Hanya DIA sahaja yang berhak meletakkan kedudukan kita pada penilaianNYA sendiri. Wallahualam...
Mie sebenarnya terpanggil untuk mengeluarkan entri ni sebab akhir-akhir ni ramai kenalan Mie yang meluahkan rasa sedih mereka sebab kerap dikecewakan dengan pasangan masing-masing atau kenalan masing-masing yang dok kerap memberi harapan yang menggunung dan akhirnya kenalan ataupun pasangan mereka itu sendiri yang menghancurkan. Kasihan Mie lihatkan mereka sampaikan dekat mana-mana ruang dalam alam maya ini yang boleh diluahkan apa yang tersirat di hati mereka, mereka akan coretkan. Kenapalah pengkhianatan dan perpisahan harus berlaku dalam satu-satu hubungan? Tak bolehkah mereka yang walaupun hidup dalam alam transisi merasa bahagia dengan insan yang mereka pilih dan mereka suka? Mengapa nak test market sendiri dengan mempertaruhkan perasaan orang lain? Apa lagi yang kurang? Apa lagi yang tak kena?
Ya, Mie sendiri tak nafikan yang hubungan dalam alam transisi ni tak akan kekal lama dan tak mungkin bertahan hingga akhir hayat seperti pasangan normal biasa. Mana hala tujunya? Apa yang ingin dicapai? Tapi, takkanlah mereka tidak layak langsung untuk disayangi dan menyayangi orang yang mereka mahu? Mie sendiri tak menidakkan, mungkin ada yang akan bertanya, "Kenapa tidak cuba menjalani kehidupan seperti lelaki normal yang lain kalau kebahagiaan yang dicari?" Ya, tapi untuk apa menipu, lebih-lebih lagi nak menipu diri sendiri? Menjadikan seorang yang tidak bersalah sebagai mangsa untuk membuktikan kelakian sendiri, dan untuk apa jika hanya jasad sahaja yang mampu diberi tapi hati dan jiwanya pada orang lain. Bagi Mie, tak perlu nak menyusahkan orang lain dan menyeksa orang lain yang tak bersalah semata-mata untuk kecacatan batin yang kita tak pernah mintak.
Sebenarnya bukan senang untuk Mie taip entri kali ni. Entah berapa kali Mie mundar-mandir, duduk bangun semata-mata nak cari ayat yang sesuai dan terbaik untuk meluahkan apa yang Mie fikir. Mie tak nak ada yang terasa walaupun hakikat kebenarannya pahit untuk diterima. Sebenarnya, dalam dunia transisi ni, perkara pokoknya yang kurang dalam setiap hubungan adalah ikatan sah yang mengikat hubungan antara keduanya. Jika hubungan normal, pasangannya akan terikat dengan goncangan akad melaului gengaman tangan wali, tapi bagi hubungan transisi, apa yang mengikat antara keduanya? Tak ada yang mengikatnya selain rasa sayang dan kehendak nafsu yang tinggi. Hanya itu sahaja yang dapat mengikat pasangan transisi dalam melayari satu hubungan.
Selain tu, bila nafsu yang tinggi menjadi pengemudi diri, mulalah rasa apa yang dimiliki tu tak pernah puas. Tak pernah cukup dengan hubungan terlarang yang satu. Pantang nampak yang cando, nampak yang cumel, nampak yang ala-ala segak perkasa seri pahlawan, mulalah menggerak lirikan mata dan senyuman minta diperhatikan padahal tangan menggenggam tangan si pasangan. Perlukah? Kalau boleh apa yang lalu di depan mata semua nak dirasa masa tu juga. Cukup-cukuplah... Cubalah rasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang, hargai apa yang kita ada. Bukan mudah untuk orang menyayangi kita dan menghargai kita seadanya. Buruk baik kita, kurang lebih kita. Mengapa nak butakan mata semata-mata untuk mengejar sesuatu yang belum pasti sedangkan depan mata tu sendiri dah memang pasti sedia menanti dan bekorban untuk kita. Ya, hubungan transisi sendiri bukan sesuatu yang pasti, tapi sekurang-kurangnya belajarlah untuk menghargai...
Mulut manis dan kerap menabur harapan yang pelbagai sepanjang awal perkenalan semata-mata kononnya ingin mendapatkan kasih sayang. Padahal ada niat lain yang dihajatkan. Bila apa yang dihajatkan tak kesampaian, mulalah mencari alasan mintak diputuskan hubungan. Bila yang dihajatkan kurang indah dari kejadian yang diimpikan, macam-macam alasan. Jika dah sendiri tak pasti, untuk apa menabur kata sakti? Inginkan belas simpatikah? Ataupun inginkan layanan batin tak bertepi. Ha, tanyalah hati... Bagi Mie, jangan impikan sangatlah nak mendakap bulan jika yang dok mendambakan tu umpama seriagala jadian. Ni bukan cerita New Moon eh. Kalau serigala New Moon tu, kalau dapat tak keluarlah bilik sebulan... Huhuhuhuhu. Jangan suka menabur janji, menanam tebu di tubir bibir jika diri tak sempurna kejadian. Kadang-kadang pelik, bila bercakap asyik nak berjanji bagai. Tak pernah nak kalah. Cubalah beralah, bersederhana dalam semua hal, cukup-cukuplah... Pengalaman Mie sendiri dah cukup. Serik dah...
Mie tahu, Mie sendiri bukan orang yang sempurna dan baik untuk menasihatkan orang. Kalau tak takkanlah memegang title Mak Jans Muda macam sekarang nikan? Cuma kadang-kadang Mie terkilan dengan sikap orang-orang yang macam ni. Dalam setahun, entah berapa pasang baju dok tukar-tukar. Tak pernah cukup dengan satu. Kejap dengan si polan, nanti pulak dengan si polan. Mie tak nafikan yang punya rupa dan kedudukan akan jadi keutamaan pilihan, tapi kenapa nak jadikan orang lain sebagai mangsa dan sasaran? Kita ni masih duduk dalam Malaysia, masih ada adat ketimuran. Janganlah nak contoh orang barat pulak. Life partner lain, sex partner lain. Nak buat apa? Kalau kena HIV, lain-lain ke? Life partner kena, sex partner tak? Sama-sama jugak yang kenakan? So, fikir-fikirkanlah. Mie tak bernai nak cakap. Bagi yang terasa dengan entri Mie ni kali ni, Mie mohon kemaafan. Bukan niat nak memalukan atau menyakitkan hati orang, tapi sekadar berkongsi kesedihan dengan kenalan transisi yang Mie tahu, dalam diam pun mereka masih perlukan sokongan.
Labels:
Carut,
My Perogative,
Personality
| Reactions: |
Friday, December 18, 2009
Happy birthday Fayiszwan
A simple entry for someone that had been stick with me once before. Tiba-tiba teringat sebab anak cina depan rumah ni nyanyi lagu 'Happy Birthday'. Yup, today 18th...
Happy 20 something birthday to Mohd Fayiszwan bin Hamzah. I wish U to have a long and happy life.
There's nothing to be said...
Just feeling sick!!!
Dah tau sick, nak cerita jugakkan...
Gatal!!!
Hahahahahahaha.

I surrender
There's so much life I've left to live
And this fire is burning still
When I watch you look at me
I think I could find the will
To stand for every dream
And forsake this solid ground
And give up this fear within
Of what would happen if they ever knew
I'm in love with you
'Cause I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We'd make it through
A thousand dreams I still believe
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go
I surrender
I know I can't survive
Another night away from you
You're the reason I go on
And now I need to live the truth
Right now, there's no better time
From this fear I will break free
And I'll live again with love
And no they can't take that away from me
And they will see...
I'd surrender everything

Every night's getting longer
And this fire is getting stronger, baby
I'll swallow my pride and I'll be alive
Can't you hear my call
I surrender all
I'd surrender everything
To feel the chance to live again
I reach to you
I know you can feel it too
We'll make it through
A thousand dreams I still believe
I'll make you give them all to me
I'll hold you in my arms
and never let go
I surrender
Right here, right now
I give my life to live again
I'll break free, take me
My everything, I surrender all to you
Right now
I give my life to live again
I'll break free, take me
My everything, I surrender all to you
I surrender, nyanyian Celine Dion. Penyanyi wanita yang tak payah disebut kehebatan vokalnya. Kagum.
Kalau bukak blog Mie ni, kalian akan dengar lagu ni berkumandang. Lagu ni, Mie pilih untuk dua benda, untuk sesuatu yang Mie sendiri tak pasti. Entahkan betul atau pun tidak dan mengimbau hidup dalam kenangan yang sedikit pahit. Maybe... Sikitlah. Tapi Mie percaya, untuk kedua-duanya -> Dalam secangkir kopi yang pahit, masih ada terselit kemanisannya. Dalam tu maksudnya.
=)
So, Mie dah sediakan lirik. Pastikan anda mempunyai capaian jalur lebar yang tiada batas. Takut tersekat-sekat. Hahahahahaha. Kan Pojie!!!

Wednesday, December 16, 2009
Desperado : Avatar
Finally, after being together for almost a year, I come with my own decision to being single again. Hurm, dah tak larat rasanya nak meneruskan hubungan ni dan terus menanti DIA lagi. Cukuplah segala penderitaan yang Mie dah lalui selama ni dengan DIA. Tak tertanggung zahir dan batin Mie. Biar pun sepatutnya DIA yang mengucapkan kata perpisahan ni sebab zahirnya Mie tak pernah nak memulakan hubungan ni.Ya... Get into crush bukanlah suatu benda yang menyeronokkan. Tapi sesuatu yang memeritkan dan tak mustahil kalau Mie katakan yang ia berlaku pada Mie dengan penuh tragis dan banyak linangan air mata. Kenapa Mie nak menangis? Kenapa perlu lemah untuk orang seperti tu? Mungkin ini sebahagian soalan yang kalian yang bakal tanyakan. Tapi Mie ada sebab tersendiri. Sebabnya Mie bukanlah orang yang keras hati. Ya, mungkin Mie orang yang selalu bertanyakan itu dan ini, argue segala yang ada depan mata even benda yang kecik sekalipun, tapi nak menentang sama sekali tidak. Bagi Mie, selagi mana Mie mampu sabar, Mie akan sabar. Dah tak boleh sabar, tu yang menangis. Tapi once I've come with my own decision, I'll not turning back. Tak ada orang yang akan dapat mengubah keputusan Mie. Macam sekarang, even DIA tak memutuskan hubungan kami, dan DIA mungkin juga tak tahu, tapi Mie dah nekad. Biarlah berpatah arang berkerat rotan sekalipun, nak terima DIA balik dalam hidup ni, tidak.
Zalimkah Mie? Biarlah orang kata Mie berdosa sebab memutuskan sillaturrahmi sesama Muslim, lagi-lagi Awal Muharram ni, tapi dari terus menanggung amarah dan rasa sedih ni sendiri, biarlah Mie berdosa pada mata masyarakat. Mie percaya dosa pahala tu semua di tangan Allah. DIA sahaja yang berhak menentukan.
Introduction yang sangat penuh dengan melankolik dan metafora yang menyerabutkan bukan? Hehehehehe. Hakikatnya bukan itu yang Mie nak perkatakan. Entri kali ni, Mie sebenarnya sekarang tengah mengimpikan untuk dimiliki oleh seseorang dan mengimpikan untuk memiliki seseorang. Wah!!! Baru lagi kot putus dah nak salin tikar ke Jah? Tetibe aje kan? Hahahahaha. Entahlah. Ni mungkin effect besar akibat dari terpengaruh dengan Twilight, New Moon, and Avatar. Hahahahaha. Aiyoo... Fikir ape tu? Buang dulu fikiran kunin yang bersarang dalam otak kalian ye.
Hari Rabu lepas, sepulangnya cousin Mie dari Hospital Selayang, dah habislah shift dia tu, kami duduk melepak dekat rumah aje sambil makan mini pandan cup cake. Entah mana dia rembat benda tu pun Mie tak tahu. Makan ajelah, dah orang beli. Sambil makan cup cake yang tak serupa dengan gambar luar kotak tu, motif terpengaruh dengan gambar sangat, kami duduk sambil re-watch dua movie iaitu Twilight dengan New Moon. Nampak dekat rumah ni memang tak ada kerja. Dah pun namanya rumah bujang. Penuh dengan bujang-bujang ajelah. Masa menonton tu, hai... rasa terawang-awang kejap tengok pasangan yang bahagia bercinta ni. Sambil-sambil tu, kepala dah berangan ni -> bestnya kalau dapat couple yang sangt memahami diri ni, yang caring, penuh dengan sifat kasih sayang, kelakar, sweet... Hai... Tapi tu semua mimpi aje kot. Ada ke orang yang macam tu dalam dunia ni... Kalau Mie dapat pontianak jadi couple pun tak apalah asalkan dia ada ciri-ciri macam tu. Lagipun kalau couple dengan pontianak ni, boleh dapat extra service, dapat kene geget dekat leher hari-hari. Hahahahahahaha. Boleh?
=P
Dah habis menonton tayangan ulangan dua movie tu, kesepian melanda kitorang dekat rumah ni. Memang bosan!!! So, kami padamkan lampu... dan merangkak perlahan-lahan... sebab tak boleh bising, nanti ramai yang tahu. Bahaya! Kami perlahan-lahan... Ke Jusco Kepong sekali lagilah! Aiyoo... Motiflah! Dah gendus sangat ke? Mentang-mentanglah janda. Hahahahahaha. Mie dengan cousin Mie, Che Amat ni, pergilah ke TGV Jusco Kepong menonton midnight sebab dia provoke Mie katanya tiket malam Rabu murah... So, dengan hati yang tengah bosan ni, pergi jugaklah. Sampai dekat sana, ya ampun... Ramai gila umat manusia. Masing-masing nak menonton katanya. Dalam sibuk-sibuk macam tu, malas dah nak fikir, terus masuk Q. Tengok
Tapi, nasiblah Mie tak salah pilih cerita. Avatar satu cerita yang cukup menarik bagi Mie. Bukan sebab kesan khas atau 3D yang orang dok heboh perkatakan, tapi moral of the story yang sangat bagus. Dari aspek kesungguhan si cacat yang tak mahu mengenal erti kalah walaupun du kutuk macam-macam lakonan Sam Worthington, sifat kecintaan yang tinggi si makhluk pelik Neytiri sesama makhluk lakonan Zoe Saldana, kepercayaan, percintaan, sifat penerimaan seadanya dan yang paling penting kesedaran kita untuk menjaga ekosistem dan kestabilan alam semulajadi ni. Terharu sangat tengok cerita ni. Suka!!! Kesan khas dia memang bestlah. Producer Malaysia ni bukan tak mampu, Mie percaya mereka mampu satu hari nanti untuk membikin filem yang sama standard dengan filem-filem yang menggunakan kesan khas dari luar negara ni. Tapi masalah yang menentukan. Dalam dok sedap-sedap menonton ni, cerita yang memakan masa selama tiga jam ni tiba-tiba blank masa 5 minit terakhir sebelum tamat. Nak tahu apa yang jadi?Gamat panggung!!! Orang semua marah. Mana taknya, cerita yang lagi lima minit nak habis tiba-tiba putus macam tu aje. Endingnya tak dapat tengok. Orang mula merungut, cakap main lepas dan meninggalkan panggung. Tapi Mie masih stay lagi. Tiba-tiba aje, cerita ditayangkan semula. Masa tu dapat tengok roh Jack Sully dah masuk dalam avatarnya... Sengalkan. Geram sangat. Abang yang dok cakap cumel tu suruh main sekali lagi. Gila!!! Masa tu dah pukul 1 pagi dah. Hahahahaha. Tiba-tiba teringat FEStKUM bila orang ramai 'boo'kan kontijen UKM. Tak faham... Hahahahahaha. Tapi kelakarlah jadinya sebab masing-masing bercakap dalam panggung sambil keluar ayat bodoh yang boleh jadikan orang gelak pagi-pagi. Well done!!! Hahahahahaha.
Dari sepuluh, Mie rasa nak bagi sembilan bintang. Sukalah!!! Kalau kalian nak tahu, pergilah tonton ye. Tak menyesal!!!
Labels:
Carut,
Entertainment,
Merayap
| Reactions: |
Santau : Dengki sampai mati
14 hb hari tu, sepulangnya Mie dari UPM, Mie terus ambil tren ke Selayang rumah cousin Mie. Malam tu, dengan penat tak hilang lagi, cousin Mie menggatal ajak Mie tengok movie. Dia kata nak datang dengan kawan, nak tengok cerita My Spy... Erk!!! Tak ada cerita lainkah?
Alhamdulillah, kawannya tu tak jadi datang. Penat katanya. Siapa entah kawan dia tu, Mie sendiri tak tahu. So, kami berdua sepakat nak tengok cerita Santau dekat Jusco Kepong. Nak tengok cerita hantu katanya. Ni kalau pergi dengan balak ni best ni, sebab dapat jerit-jerit pelok tangan balak sambil cengkam kuat-kuat. Nanti dapat pelok free. Hahahahaha. Veranganlah kau!!! Tershampak sebab kau kan dah janda. Hahahahahahaha. Tetibe... Cerita apa ni. Dah lari tajuk sudah...
So, lepas Maghrib, kami berdua masuklah tengok movie tu, Ya ampun, panggung kosong. Barisan seat kami aje yang penuh dengan dua baris budak-budak belasan tahun lelaki dan perempuan. Bagus!!! Lelaki dan perempuan duduk berasingan mengikut baris. Siapa cakap boleh jadi maksiat kalau masuk wayang. Niat kalian yang masuk tulah kena betulkan. Ni tak, belum-belum dah verangan nak pelok-pelok segala. Kononnya takut, padahal dekat wayang tu hantu tengah ketawa. So, kalian pun ketawalah. Hahahahaha. Cerita pun bermula... Mula-mula tu, memang agak kena renjatan jugaklah sikit-sikit sebab dah namanya cerita hantu. Banyaklah yang suspen. Tapi sampai dekat tengah-tengah cerita, Mie rasa macam dah tak logik. Opening bagus gila. Tapi isinya pulak yang hampeh. Entah, macam tak masuk dek akal. Orang santau ni, biasanya kena busung katak ke, kaki bengkak ke, dah katanya nak dengki sampai mati. Tapi cerita yang katanya di ambil dari pengalaman sebenar ni, macam tak logik. Adakah orang santau sampai keluar hantu segala? Dah tu, pelakon wanita utamanya bagai dirasuk. Sekejap berubah jadi hantu, sekejap jadi orang. Sangat tak faham...
Dah tu pulak, ha ni la part yang sedap nak sentuh. Tentang bacaan ayat-ayat al-Quran. Mintak tolong dan jasa baik semua producer-producer pilem, lepas ni kalau nak buat filem ke, drama ke yang menggunakan ayat-ayat al-Quran, tolong make sure pelakon kalian dapat membacakan mengikut tajwid yang betul. Contohnya dalam Santau, bacaan ayat Kursi Mak Andak tu very the tak betul sangat. Fissamawa, dengar macam Pissamawa...Ayat suci tu abang-abang oi. Tolong ya... Jangan ambil mudah. Lagi satu bab penggunaan surah al-Fill dalam cerita tu nak halau hantu. Surah al-Fill tu maksudnya gajah tak silap Mie. Kenapa nak guna halau hantu. Sangat the tak faham. Sampaikan dalam panggung kitorang yang menonton ni gelak tak sudah. Ha, nak halau hantu dengan tangan segala, macam dah cliche aje. Cari alternatif lainlah...
Tapi, apa-apa pun, Mie personally puji lakonan wanita yang kena rasuk tu. Tak silap namanya Mardiah. Macam tulah. Boleh dikatakan bagus lagi-lagi part bila dia merangkak-rangkak masa kena rasuk tu. Eh, nak jadi pengulas pulak kan. Nanti apa pulak orang kata, ilmu tak cukup dah pandai nak kritik orang. Bukan kritik, tapi Mie sayangkan industri filem negara. Sebab tu Mie kritik. Hurm, dari 10, Mie bagi 5 setengah bintanglah.
p/s : Kalau Mie dapat santaukan DIA ni bagus jugak. Muahahahahaha... Nak bagi kaki DIA bengkak lagi!!!

Merayap,
Relaks
| Reactions: |
Memulakan dan mengakhirkan
Pening Mie fikirkan pasal hubungan Mie dengan seorang kawan alam maya yang Mie baru kenal dalam dua bulan lepas. Entah, tak fahamlah dengan sikap dia... Perubahannya mendadak...Yes! Kawan... He is one of my boyfwens, tak lebih, tak kurang, and no more terms kekasih gelap segala. Yes, it is. He... Dia memang lelaki. Salahkah Mie nak berkawan rapat dengan seorang lelaki yang Mie boleh percayai dan Mie sandarkan segala beban padanya tak kir ketika suka ataupun duka? Menganggapnya sebagai kekasih? Ya... kasih. Sebab kasih sayang tu universal untuk Mie. Kita masing-masing punya cara tersendiri untuk meluahkan rasa kasih kita. Bagi Mie, Mie sayangkan semua kawan-kawan Mie baik yang lelaki mahupun perempuan. Kalau boleh, Mie tak nak salah seorang dari kawan Mie berkurangan. Tapi, Dia ni pelik dan agak menyerabutkan kepala Mie.
Secara tiba-tiba, perangainya berubah. Tak mahu dihubungi, tak mahu bermessage. Apa yang Dia mahu, hanya berhubung dengan YM. Eh eh, Dia yang nak mintak no telefon segala, nak buat apa? Sebenarnya Mie risau. Apa yang berlaku padanya. Kena HIVkah sampai nak bersembunyi segala. Ada masalah besarkah sampai terpaksa melarikan diri daripada Mie. Sebagai kawan, Mie tak nak bersamanya ketika suka aje, tapi ketika duka. Kalau Dia bermasalah, berterus terang biar Mie faham. Ni tak. Jawapan yang selalu Dia bagi, suka hatilah nak fikir apa pun. Dah macam tu pulak... Kecik hati betul dengan perangai Dia. Tampor nak tampor?
Entahlah, kalau diikutkan awal perkenalan kami, Mie tak pernah tahu pun kewujudannya yang selalu membaca hasil nukilan Mie dalam blog ni sampailah suatu hari Dia berani ke depan dan nak berkenalan dengan Mie. Dah orang hulur cara baik, Mie sambut cara baik. Takkan nak bekeng pulok. Ye dok mu? Kemesraan tu ada antara kami. Walaupun singkat tapi alhamdulillah kami saling memahami. Tapi entah kenapa, sejak cuti semester ni perangainya berubah. Tak faham. Dah berpunyakah Dia sampai khuatir untuk ditelefon, Mie yang telefon tau bukan Dia sebab perangai kedekutnya Mie memang dah maklum. Nak bermessage pun tak boleh. Ai, kalau dah berpunya, terangkanlah kedudukan sebenar hubungan ni pada Sang Kekasih. Takkanlah Mie ni hamak sampai nak caras orang punya? Tak faham... Sangat pening.
Kepada Dia, Mie tak pernah nak memulakan hubungan ni dan Mie tak ada niat sekelumit nak mengakhirkan. Kalau Mie ada buat silap sebagai kawan, Mie mintak maaf. Memang Mie tak nafikan kadang-kadang Mie ni agak menggedik dan suka bermanja-manja sikit. Kalau itu yang menjadi masalah, just speak it loud and clear bagi aku faham. Ha, ayat pun Mie dah ubah dengan Dia. No more U and I, tapi kau dan aku. Kalau dia rasa Mie menyusahkan dan tak nak berkawan dengan Mie, it's ok. Tak marah pun. Cakap jelah. So, jangan segan silu nak tekan butang merah dekat atas tu. Tapi apa yang penting... Hoi! Bukan kerjasamalah! Hahahahaha. Apa yang penting, let me know first. Taklah aku kat sini jadi kucing rindukan ikan. Ayam tak boleh nak pnajat tiang letrik ok! Ko fahamkanlah sendiri. Penat aku nak fikir. Masalah aku pun banyak lagi.
Tulah, kalian yang lain tu, lain kali jangan gatal-gatal tau ikut pe'el macam Dia. Orang nak berkawan, nak jugak ikut. Tapi langsung tak tau nak appreciate kawan. Tak faham sangat... Kalau nak sangat Mie ni, cakap ajelah. Ceh!!! Gitiew... Verangan kuat eh. Ingat kau shantekkah Mie? Illi, Mie shantekkah? Hahahahahaha. Bak kata sayang Mie, Si Shima tu, fwenship just same as romance. Hurm, betul jugk cakap sayang Mie tu. Kalau nak berkawan pun, kita kene terima buruk baik kawan kita seadanya. Takkanlah nak berkawan kita nak ubah dia jadi kita pulakkan?
Eh, malaslah. Fikirkan sendiri... Especially U!!! Ha! Entri ni bukan nak memalukan kau yang memang aku tak pernah kenal dan jumpa. Sekadar nak melepaskan geram sebab fikirkan perangai kau.
Labels:
Amalan,
Carut,
My Perogative
| Reactions: |
Tuesday, December 15, 2009
Hambik senyum plastik ni! : Zapin FEStKUM (Antara Dia Dia Dia Dia dan Dia) Part II
Sebenarnya entri ni adalah kesinambungan entri Mie yang lepas yang bertajuk -> Hambik senyum plastik ni! : Zapin FEStKUM (Antara Dia Dia Dia Dia dan Dia). Hajat di hati memang nak sambung entri ni, tapi sekarang baru dapat Mie sambung atau dalam bahasa mudahnya memang sengaja lambat nak sambung sebab...Kalau kalian scroll balik tujuh ke lapan entri ke bawah, kalian akan dapat baca kepala cerita ni. Buat entri kali ni Mie nak buat badannya dan kalau berkesempatan tak meragam Cik Mata ni, mungkin boleh sampai ke ekornya juga. Episod yang lalu, Mie terkujat dengar betapa biadapnya perempuan-perempuan tersebut dan sangat cantik bahasa yang mereka gunakan sampaikan Mie rasa masa tu nak aje tampor aje sekor-sekor. Geram yang teramat sangat. Mie cuba bersabar masa kejadian tu berlaku. Mie senyapkan diri sehari. Sehari tu jugaklah Mie tak bercakap dengan betina-betina tu. DIA apatah lagi, memang Mie tak usik langsung. DIA dengan betina-betina tu sama aje rejaknya, melebih-lebih lagi dari betina-betina yang ada. Tapi Mie masih bersabar. Segala arahan DIA Mie masih ikutkan. Permintaan DIA untuk buat tak kenal pun Mie lakukan juga. Sebab masa tu masih lagi bawah pengaruh kebodohan.
Mie manusia biasa. Kadang-kadang sebagai yang tua, Mie harus nasihatkan yang muda agar mereka tak leka dengan permainan dunia dan nafsu yang bermaharajalela. Bukan minta dihormati atau disanjungi, tapi sekadar beringat kepada yang lupa. Lagipun, dalam Islam pun kita digalakkan untuk saling mengingatkan antara satu dengan yang lain. Mie sendiri akui, Mie bukanlah orang yang baik. Mie keluar rumah masih pakai short pants, pergaulan Mie dengan perempuan masih bebas, masih bersalaman dengan bukan muhrim, kadang-kadang nak hiburan Mie suka-suka clubbing, masih dok berlaga pipi dengan lelaki... Ops!!! Ni dosa jugak ke? Tataulah... No komen! Saya tak nak jawab soalan tu. Soalan lain??
So, beberapa hari sebelum bertolak ke UPM, Mie pun buatlah sedikit briefing untuk team tarian ni. Mie nasihatkanlah sedikit pada mereka dan sambil-sambil tu meluahkan jugalah rasa kekecewaan di dada. Dah alang-alang meluah ni, Mie gunakan kesempatan yang ada memperli DIA yang kononnya anak bekas Tok Imam, dekat satu taman dalam daerah Rawang kawasan Batu Arang. Ha, terang aku bagi ni. Kalau tak faham jugak, memang patut kau aku tinggalkan. Maklumlah, bila hati dah sakit ni, banyak perli orang bagi terasa. Sebenarnya briefing ni ada puncanya. Kalau tak ada yang menyucuk, takkanlah ada briefing ye tak? Pagi tu, Mie jumpa Rifdi, Tok Juara Dikir Barat universiti Mie. Habis Mie diperli Rifdi. Kami bukan bergaduh. Mungkin Rifdi meluahkan rasa kecewanya pada Mie dengan perangai budak-budak tarian. Memang betul Mie bukan ketua Rentak Imantri untuk FEStKUM, tapi dah muka ni aje yang selalu aktif menari dan mungkin yang berpengalaman dari yang lain, sebab tulah muka ni juga yang kerap menanggung malu akibat salah anggap orang luar terhadap budak-budak tarian. Rifdi sampai cakap dengan Mie, dalam loghat Kelantannya yang pekat yang bermaksud, sebak ambo dok panda kecek kelate, ambo kecek luar deh -> "Fauzzan, kau tak payahlah risau. Aku akan pastikan budak-budak aku bila diaorang masuk ruang tarian, diaorang takkan buat benda yang bukan-bukan. Kitaorang takkan usik apa-apa, takkan buat bising dan takkan pandang apa-apa. Kalau diaorang buat, tahulah aku ajar". Nah kau, sampai macam tu sekali Rifdi cakap. Tershampak sampai London. Mie sampai fikir, kenapa pulak tak nak pandang bagai ni... Jahat sangatkah budak tarian sampai orang luar berasa hati.
So, bila dah macam tu, masa briefing mulut ni laju ajelah bercakap. Rupanya ada cerita. Salah seorang perempuan dalam tu bukak cerita yang budak-budak dikir barat ambil gambar punggung mereka masa menari. Kesian, tapi geram. Nak tergelak pun ada dengan jawapan bodoh perempuan tu. Kot ye pun nak bagi alasan tak berapa pandai ataupun kau memang bodoh, simpan-simpanlah sikit bodoh tu, jangan tunjuk dengan orang. Geram sangat. Apa lagi, Mie terus carutkan, "Memang salah korang jugak, yang pakai baju pendek-pendek siapa suruh? Pegawai suruh pakai sarung lengan, baju lebar-lebar korang jawab apa? None of your business... Mak bapak aku pun tak bising. Padanlah muka korang". Sedap aje Mie cakap time tu. Bertambah geram lagi bila mengingatkan mereka bercakap tentang breastlah, punggunglah, pehalah. Ya ampun, siap lukis segala dekat board. Mie tahulah, tu sekadar gurauan... Benda normal. Kalau alam kerja tu, setakat gurau-gurau berbau seks tu memang dah biasalah... Tapi beringatlah sikit. Mereka cakap depan budak-budak sekolah yang kebetulan sama-sama nak belajar zapin baru tu. Tu tak masuk lagi cerita sorang betina dok main hempap-hempap dengan DIA dalam bilik tarian tu. Tu pun Mie hamburkan. Nak tahu reaksi DIA. Ketawa... Memang dasar anak Pak Imam yang bodoh... Bukan bapak DIA yang bodoh, cara bapak DIA memang Mie puji. DIA yang tak betul. Memang DIA pernah kata DIA tak berapa suka perangai bapak DIA, tapi kalau dah perangai DIA macam tu, bapak mana yang nak biarkan anaknya hanyut. Lagi-lagi dengan sifat flirt DIA tu. Tak kira perempuan, lelaki pun DIA nak...
So, Mie pun soundlah jangan suka menggedik dan jangan nak jadi hipokrit... Sebenarnya tu untuk DIA. Dulu DIA pernah cakap tak suka Mie tinggalkan solat, tak suka Mie beraksesori macam rantai, tak suka Mie pakai short. Mie ikut aje. Tapi, DIA yang buat perangai macam tu. Haruskah Mie ikut contoh yang macam tu. Depan kita ibarat lebai, belakang, mengalahkan Syaitan! Tapi lain pulak jadinya...
Kenapa? Masa kejadian malahar budak-budak ni, dua orang perempuan tak ada. Tapi petang tu, Mie dapat call suruh Mie turun blok sebab empat orang diva yang kononnya shantek nak jumpa Mie pasal hal-hal melahar termasuklah dua orang yang tak ada masa kejadian. Mie laharkan dua orang sebelum tu, cakap depan umum. Masa mereka panggil Mie tu, dah nak Maghrib. Ya Allah, memang terkejut dengan kata-kata mereka. Mereka kata Mie memalukan mereka semua, Mie nak balas dendam sebab FESTARI yang lepas, Mie jealous sebab DIA rapat dengan perempuan-perempuan tu, Mie berangan nak jadi ketualah, macam-macam. Sampaikan salah seorang dari mereka cakap pun dah tak hormat Mie, terus sound -> "Sekarang aku nak tanya kau, apa yang kau tak puas hati sangat hah!!!?" Nak kau, tershampak lagi... Panggilan hormat macam abang selama ni hilang macam tu aje. Yang lagi sorang siap tuduh Mie ego sebab tak nak mengaku silap sendiri. Masalahnya silap apa Mie buat? Memalukan merekakah bila Mie cakap dalam kumpulan sendiri? Mie libatkan semua kontijenkah? Salahkah Mie menegur sikap mereka untuk kebaikan. Ada perempuan yang bercakap, memang dah lama orang pandang buruk pada tarian, tapi tak bolehkah sama-sama ubah persepsi orang pada tarian, biar orang pandang elok lebih-lebih lagi pada warga universiti sendiri? Kalau Mie nak balas dendam, dah Mie buat awal-awal masa join latihan FEStKUM. Tapi Mie tak buat apa-apa. Berangankah Mie nak jadi ketua bila semua urusan tentang kumpulan pegawai-pegawai atasan masih mencari Mie, bukan DIA yang perempuan-perempuan tu dok protect 24/7 dari Mie ataupun perempuan-perempuan tu sendiri. Tahukah perempuan-perempuan tu yang Mie dengan DIA dah diambang kehancuran? Memang dah tak boleh diselamatkan? Tak nampakkah mereka yang Mie tak bercakap dengan DIA sepanjang latihan dan Mie selalu mengelak dari DIA termasuk nak bersalaman semasa pulang menyambut Aidil Adha dulu? Tak cukupkah bukti yang ada sampaikan Mie dituduh yang sedemikian? Yang lagi pedih, bila salah seorang dari mereka cakap -> "Ingat Fauzzan, kalau aku menari atas pentas dengan kau, dan aku senyum, senyuman tu plastik". Macam kena panah petir!
Tapi, petang tu Mie hanya bersabar dan dengar mereka bercakap. Sebab Mie yakin dan percaya masa petang-petang Maghrib tu, Syaitan banyak berkeliaran dan mungkin yang bercakap tu bukannya mereka, tapi bisikan Syaitan. Lepas kejadian tu, sedikit pun Mie tak tegur mereka apatah lagi nak membantu. Bila buat latihan, Mie alihkan pandangan setiap kali mata bertentang. Mie alihkan ke dagu ataupun ke brooch tudung mereka. Apa yang penting Mie tak pernah lemparkan senyuman palsu. Sebab bagi Mie ikhlas atau tak senyuman orang boleh dilihat dengan jelas. Berturutlah hinggakan ke hari yang kami nak bertolak...Penatlah... Mie nak break kejap ok... Terpaksa juga buat ekor pada entri lain...
| Reactions: |
Kipas susah mati
Dalam kesibukan Mie, rupa-rupanya Mie ada buat silap yang Mie sendiri tak perasan, cuma hari ni baru tergerak dan nak perasan tentang perkara ni. Ya ampun, berdosa rasanya...
Angka sebelum ni, rasanya baru belasan aje. Rasanya tak bertambah. Berkurang tu tak tahulah boleh ke tidak. Tapi, hari ni dah tak ada kerja sangat, Mie pun checklah blog Mie dengan lebih teliti. Satu-satu Mie check sampai spelling error pun baru nak betulkan hari ni. Nampak sangatlah yang Mie ni dah tak ada kerja kan? Tiba-tiba, masa dok membelek satu-satu, barulah Mie persan yang followers Mie dah jadi 26 orang. Bila jadi 26 ni? Mie sendiri tak tahu.
Mie cakap betul, selama dok sibuk dengan latihan, Mie taklah check blog Mie dengan teliti macam biasa. Mie sekadar log-in, check pada dashboard pada entri-entri yang baru dipost oleh bloggers yang Mie dah follow blog mereka. Tu pun tak secara menyeluruh. Cuma pada blog-blog yang biasa Mie lawati. Erk!!! Rasa sedikit berdosa kerana tak ucapkan terima kasih pada followers baru Mie.
Mie mintak maaf banyak-banyak sebab tak alert pada followers baru dan terima kasih kerana sudi follow blog Mie yang Mie sendiri rasa tak ada istimewanya. Cuma seorang hamba Allah pernah cakap, "Tak semua orang suka warna pink". Hehehehehe. Terima kasih kalian.
Terharunya...
=')
Angka sebelum ni, rasanya baru belasan aje. Rasanya tak bertambah. Berkurang tu tak tahulah boleh ke tidak. Tapi, hari ni dah tak ada kerja sangat, Mie pun checklah blog Mie dengan lebih teliti. Satu-satu Mie check sampai spelling error pun baru nak betulkan hari ni. Nampak sangatlah yang Mie ni dah tak ada kerja kan? Tiba-tiba, masa dok membelek satu-satu, barulah Mie persan yang followers Mie dah jadi 26 orang. Bila jadi 26 ni? Mie sendiri tak tahu.
Mie mintak maaf banyak-banyak sebab tak alert pada followers baru dan terima kasih kerana sudi follow blog Mie yang Mie sendiri rasa tak ada istimewanya. Cuma seorang hamba Allah pernah cakap, "Tak semua orang suka warna pink". Hehehehehe. Terima kasih kalian.
Terharunya...
=')
Menunggu di Ambang Syurga
11 Disember yang lepas di Universiti Malaya telah berlangsung Pertandingan Irama Malaysia FEStKUM 2009. Mie berkesempatan pergi menyaksikan sendiri pada belah petang yang mana perserta-peserta lelaki sahaja yang membuat persembahan. Ketika Mie sampai, peserta dari UM iaitu Saudara Faizul sedang membuat persembahan. Tapi, tiba-tiba sahaja beliau berhenti menyanyi kerana sistem audio yang entah hape-hape entah. Mie jugak jadi tertanya-tanya, kenapa menyanyi dengan minus-one? Kata kawan Mie syarat diubah tetibe yang mana semua penyanyi dikehendaki menyanyi dengan iringan live-band.
Tak tahulah pulak kenapa pihak penganjur menukar syarat sesuka hati dan suka membebankan peserta. Tak faham...
Tapi apa yang penting memang meriah. Bagi Mielah sebab Mie sendiri suka dengan lagu-lagu tradisional kita. Penonton pulak, yang ado... Sekejap penuh, sekejap kurang. Langsung tak supportive. Sabar aje. Urm, dalam banyak-banyak lagu yang dipertandingkan hari tu, lagu 'Menanti di Ambang Syurga' nyanyian asal Ahmad Jais menjadi pilihan ramai peserta. Lagu ni terngiang-ngiang di telinga Mie sampaikan Mie sanggup cari. Last-last jumpa juga. Nak download lagu ni? Kalian boleh surf -> http://www.4shared.com/file/61752228/7167c9db/Ahmad_Jais-Menanti_DiAmbang_Syurga.html
Universiti Mie yang diwakili Sherry tak ketinggalan dalam acara ni. Sherry mendendangkan lagu Zapin Budi. Satu-satunya peserta yang membawakan lagu Zapin Budi. Penat jugaklah sebelum ni mengajarkan gerak silat tu pada dia. Last-last tak tahu apa entah yang dia buat. Kawan Mie, si Megat yang lebih dikenali dengan nama Afiq dari UiTM turut membawakan lagu ni. Maksud Mie lagu dekat bawah ni. Dia menggunakan Fifi, peserta OIAM sebagai props. Boleh? Hehehehehe.
Menanti di Ambang Syurga.
Duhai kasih pujaan kekanda
Dengar ku mengeluhkan rindu
Marayu, setiapnya waktu sayang
Padamu duhai kekasihku
Tapi sungguh malangnya nasibku
Hajatku kini telah terganggu
Kini aku rasanya hidupku, sayang
Tinggallah ku menanggung rindu
Tapi ku kan tetap bersama
Namun hatiku takkan bertukar
Walau laut jiwaku terkorban, sayang
Pada Tuhan saja kuserahkan
Namun ku takkan putus asa
Duhai kasih pujaan kekanda
Di dunia kita tak berjumpa, sayang
Ku menanti di ambang syurga

Entah
Salam...
Akhirnya Mie dapat juga menitipkan sesuatu buat tatapan kalian setelah lama otak Mie berehat memikirkan perkara yang Mie boleh taip dan kongsikan dengan kalian walaupun banyak. Dek kerana kesibukan melakukan persiapan bagi kategori Tarian Melayu - Zapin FEStKUM 2009 dan digelumangi dengan aktiviti-aktiviti yang agak padat hampir seminggu di UPM walaupun tak padat mana, sebenarnya banyak letih dan penat aje, aktiviti Mie untuk ber'blog' terpaksalah Mie hentikan sekejap. Tapi hari ni Mie kembali dengan entri baru bertajuk 'Entah'. Ceh, macam nak berpidato pulak.
Kenapa Mie memilih tajuk entri 'Entah'. Mestilah kalian pun akan jawab entah jugakan? So sebelum entah entah entah dan entah ni makin panjang, biar Mie teruskan jelah cerita Mie ni. Dah nama pun blog Mie, so Mielah yang kena cerita, takkan kalian pulak. Kalian tukang baca aje eh.
'Entah' sebenarnya title yang Mie gunakan untuk blog Mie sebelum ni. 'Entah' Mie lahirkan
kira-kira empat bulan sebelum blog 'Fauzzan Helmy Anuar' muncul. Kenapa tajuknya 'Entah'? Entah! Hahahahaha. Sebab masa Mie buat blog tu, Mie tak pasti mana sebenarnya hala tuju blog tu, apa yang menjadi keutamaan Mie dan pada siapa Mie nak sasarkan pun Mie tak pasti. So, sebab tak pasti, orang selalu akan kata entah. So, Mie pun boh la nama 'Entah'. Lagipun masa tu, Mie tertarik sangat dengan lagu nyanyian Afgan, dan tajuknya pun 'Entah'. Kalian boleh dengar dengan jelas di blog 'Fauzzan Helmy Anuar' ataupun di blog milik 'Syukcurz'.
Memang Mie akui, ramai yang tak sedar dengan kehadiran 'Entah' sebabnya Mie sendiri restricted blog Mie tu dari di akses oleh mana-mana pihak yang tak berwajib, yang tahu ambil kesempatan pada Mie dengan hasil tulisan Mie kerana dalam 'Entah' Mie akan meluahkan apa juga yang Mie rasa tanpa selindung. So, dengan kuasa mulut, mereka yang dah mengakses blog Mie akan menyebarkan pada orang yang tak berkenaan dan akan berlakulah main tarik rambut. Sebab tulah Mie block blog Mie yang satu itu. Lagipun, dalam usaha mencarutkan orang dalam blog 'Entah' tu, Mie tak lupakan DIA.
Salah satu sebab Mie lahirkan 'Entah' pun sebab DIA. Dalam 'Entah' Mie tak lupa untuk coretkan apa yang berlaku antara Mie dan DIA. Dari awal kami berjumpa, kisah awal percintaan kami dan termasuklah kisah tentang keluar ber'dating' berdua, makan malam romantis kami, kisah 1001 malam kami, dan pendek katalah macam-macamlah kisah antara kami Mie coretkan dalam tu. Sebenarnya DIA sendiri tak tahu yang Mie lahirkan 'Entah' ni dan salah satu penyebabnya DIA. DIA memang tak tahu apa-apa sampailah ke hari ni. Kononnya, kalau jodoh antara kami panjang, Mie nak jadikan 'Entah' sebagai satu kezutan untuk DIA untuk ulang tahun kami yang pertama. Tapi, takdir dah menentukan. Jodoh kami kekal selama 10 bulan aje. Tapi... Ish, cerita dah menyimpang pulak. Nak balik cerita asal.
Cerita asalnya ialah, setelah berfikir panjang dan waras, hari ni Mie dengan secara rasminya menutup blog 'Entah' dari pembacaan mereka-mereka yang Mie dah berikan kebenaran untuk mengakses maklumat tersebut. Bukan apa, dah tak laratlah nak hidup dalam kenangan aje. Mie nak teruskan hidup ni tanpa kenangan lalu lebih-lebih lagi berkenaan DIA. Cukuplah apa yang dah berlaku dan penyeksaan yang Mie lalui dengan DIA selama 10 bulan ni. Walaupun zahirnya Mie nampak gembira dengan DIA, tapi batinnya Tuhan sahaja yang tahu. Mie percaya ada hikmah disebalik tiap-tiap yang berlaku tu. Tapi, Mie nak terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. So, dengan secara rasminya, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Mie menutup rasmi blog 'Entah' dari pembacaan orang ramai.
Sekian terima kasih...
Tepuklah sikit... Hehehehehe.
Akhirnya Mie dapat juga menitipkan sesuatu buat tatapan kalian setelah lama otak Mie berehat memikirkan perkara yang Mie boleh taip dan kongsikan dengan kalian walaupun banyak. Dek kerana kesibukan melakukan persiapan bagi kategori Tarian Melayu - Zapin FEStKUM 2009 dan digelumangi dengan aktiviti-aktiviti yang agak padat hampir seminggu di UPM walaupun tak padat mana, sebenarnya banyak letih dan penat aje, aktiviti Mie untuk ber'blog' terpaksalah Mie hentikan sekejap. Tapi hari ni Mie kembali dengan entri baru bertajuk 'Entah'. Ceh, macam nak berpidato pulak.
Kenapa Mie memilih tajuk entri 'Entah'. Mestilah kalian pun akan jawab entah jugakan? So sebelum entah entah entah dan entah ni makin panjang, biar Mie teruskan jelah cerita Mie ni. Dah nama pun blog Mie, so Mielah yang kena cerita, takkan kalian pulak. Kalian tukang baca aje eh.
'Entah' sebenarnya title yang Mie gunakan untuk blog Mie sebelum ni. 'Entah' Mie lahirkan
Memang Mie akui, ramai yang tak sedar dengan kehadiran 'Entah' sebabnya Mie sendiri restricted blog Mie tu dari di akses oleh mana-mana pihak yang tak berwajib, yang tahu ambil kesempatan pada Mie dengan hasil tulisan Mie kerana dalam 'Entah' Mie akan meluahkan apa juga yang Mie rasa tanpa selindung. So, dengan kuasa mulut, mereka yang dah mengakses blog Mie akan menyebarkan pada orang yang tak berkenaan dan akan berlakulah main tarik rambut. Sebab tulah Mie block blog Mie yang satu itu. Lagipun, dalam usaha mencarutkan orang dalam blog 'Entah' tu, Mie tak lupakan DIA.
Salah satu sebab Mie lahirkan 'Entah' pun sebab DIA. Dalam 'Entah' Mie tak lupa untuk coretkan apa yang berlaku antara Mie dan DIA. Dari awal kami berjumpa, kisah awal percintaan kami dan termasuklah kisah tentang keluar ber'dating' berdua, makan malam romantis kami, kisah 1001 malam kami, dan pendek katalah macam-macamlah kisah antara kami Mie coretkan dalam tu. Sebenarnya DIA sendiri tak tahu yang Mie lahirkan 'Entah' ni dan salah satu penyebabnya DIA. DIA memang tak tahu apa-apa sampailah ke hari ni. Kononnya, kalau jodoh antara kami panjang, Mie nak jadikan 'Entah' sebagai satu kezutan untuk DIA untuk ulang tahun kami yang pertama. Tapi, takdir dah menentukan. Jodoh kami kekal selama 10 bulan aje. Tapi... Ish, cerita dah menyimpang pulak. Nak balik cerita asal.
Cerita asalnya ialah, setelah berfikir panjang dan waras, hari ni Mie dengan secara rasminya menutup blog 'Entah' dari pembacaan mereka-mereka yang Mie dah berikan kebenaran untuk mengakses maklumat tersebut. Bukan apa, dah tak laratlah nak hidup dalam kenangan aje. Mie nak teruskan hidup ni tanpa kenangan lalu lebih-lebih lagi berkenaan DIA. Cukuplah apa yang dah berlaku dan penyeksaan yang Mie lalui dengan DIA selama 10 bulan ni. Walaupun zahirnya Mie nampak gembira dengan DIA, tapi batinnya Tuhan sahaja yang tahu. Mie percaya ada hikmah disebalik tiap-tiap yang berlaku tu. Tapi, Mie nak terus berjalan ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. So, dengan secara rasminya, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Mie menutup rasmi blog 'Entah' dari pembacaan orang ramai.
Sekian terima kasih...
Tepuklah sikit... Hehehehehe.
| Reactions: |
Subscribe to:
Posts (Atom)