Followers

Thursday, December 16, 2010

Ku relakan kepergianmu

10/12/2010
8.30 pagi
Mie takkan lupakan tarikh ni sampai bila-bila.

Orangnya biasa-biasa pada mata Mie, tapi ada daya tarikan yang tersendiri. Sukar tersenyum membuatkan dia sukar didekati pada awalnya. Mungkin siapa yang tidak mengenalinya akan melabel dia sebagai seorang yang sombong. Tapi hakikatnya, itu bukalah dirinya. Dia selalu membuatkan orang lain senang dengannya. Kepalanya yang gila-gila selalu buat Mie tak kering gusi. Walaupun ayat yang diguna agak keterlaluan, tapi secara jujur Mie senang. Gurauan, sakat-menyakat, uji-menguji tu dah jadi sebahagian resam dalam perkenalan kami yang hampir setahun umur. Perkenalan Mie dengan dia dimulakan secara tidak sengaja di laman sosial Facebook. Perkenalan kami pun atas sebab orang...


Fyzan Azym aka Fyzan Othman. Itulah nama yang dia gunakan. Entahlah... Nama Fyzan tu yang buat Mie tertarik nak mengenali dia dengan lebih dekat. Nama Fyzan itu sendiri mempunyai gabungan nama Mie dan dia; Fauzzan Helmy, Hafizan. Pendek kata, dalam nama Mie ada nama dia, dalam nama dia ada nama Mie.



Berkulit hitam manis, jambang yang tersusun kemas mencantumkan janggut dan side burn di kiri dan kanan wajahnya, badan sedikit berisi, muka bulat, suka bertopi, jarang senyum membuatkan wajahnya ketat sentiasa tapi umurnya masih muda. Muda dari Mie sendiri. Pernah sekali dua Mie giat dia dengan panggilan Pak Cik. Bukan main lagi dia marah. Tapi Mie balas kemarahan dia dengan tawa manja yang Mie buat-buat supaya marahnya reda. Termakan juga sekali dua rengekan Mie.



Mengongkong, agak tegas, selalu nak menang, tak suka dikawal, pantang dicabar, tu antara sifat dia yang Mie tak akan lupa sampai sekarang. Mie tak nafikan, kadang-kadang Mie rasa jengkel dengan sifat dia yang itu. Mie sampai melabelkan die pembengis hanya kerana sikapnya yang suka memaksa dan memerintah Mie itu dan ini. Bukan tak mau melawan, tapi tak mahu mengecilkan hati mana-mana pihak nak tak nak Mie turutkan. Pernah juga Mie malawan, akibatnya masing-masing diam membawa haluan.

Tapi Mie tahu haluan yang terpisah itu tidak akan berpanjangan. Disebalik ketegasannya itu, terselit satu sifat yang jarang dimiliki oleh lelaki. Manja. Dia sebenarnya seorang yang sangat manja dan nakal. Dek kerana manjanya dia, Mie akan tewas. Tak sampai hati nak mengecilkan hati dia. Takut merajuk lagi. Dia juga seorang yang sangat sensitif. Pernah sekali hampir dua jam Mie melayan dia menangis gara-gara dirinya ditipu oleh seseorang yang benar-benar dia harapkan. Tapi, dia bukanlah jenis orang yang makan nasihat. Puas Mie bercakap, asyik menangis aje. Terpaksalah Mie jadi baby sister melayankan kerenahnya hampir tiga hari. Eloklah tu, sorang sensitif sorang cepat kasihan pada orang.


Mungkin dia tak mahu menyusahkan Mie. Suatu hari dia beritahu Mie yang dia sudah dimiliki. Sunyi... Tapi Mie tumpang happy. Paling tidak dia temui juga apa yag dicari. Terus kami membawa haluan kami sendiri. Mie jumpa dengan yang lain, dia terus bersama yang baru dimiliki.



Mie teruskan hidup Mie dengan cara Mie. Suatu hari dia beritahu, kasih yang dia semai tak sempat dituai. Mie tumpang simpati. Dia terus bercerita dengan Mie. Sekali lagi Mie jadi bahu tempat bersandar meluahkan cerita dukanya yang terpendam. Mie hanya mampu memandang, tapi sedaya upaya membuatkannya kembali girang seperti dahulu. Puasa kami sambut bersama, raya juga. Cuma tak sempat berkunjung kerana jarak dan masa mencemburui kemesraan yang kami bina. Dia jauh di utara, Mie di selatan. Walaupun jambatan cuba dibina apabila Mie dapat tawaran bekerja di utara. Dia girang mendengarnya. Harapan dia dan Mie agar persahabatn kami yang lebih utuh dapat dibina. Gembira.


Tapi sayang, harapan tidak menjadi nyata. Mie tolak tawaran bekerja di utara. Bekerja terus di selatan menjadi pilihan. Dia tidak berkata apa. Mungkin kecewa. Tapi Mie cuba yakinkan persahabatan kami lebih elok begini lakunya. Kami akan lebih gembira. Tapi sayang luahan yang diberi tidak diterima. Dia tetiba menyepi dan terus menyepi. Sepi. Hubungan persahabatan kami langsung terhenti... Mie nak tanya tak berani. Walaupun pesanan ringkas pengganti diri kerap Mie beri. Balasannya hanya senyap sepi. Sekali dua dia beriaksi. Kemudian kembali sepi.

Minggu ini hajat Mie besar nak ke utara, mengunjungi tempat pengajiannya. Angan mula dipasang gembira. Ingat nak buat kejutan semula dengan menghantar pesanan di facebooknya. Tapi kegembiraan yang Mie jangka, duka yang tidak dipinta menjenguk tiba.


Dia telah meninggalkan Mie, rakan-rakannya yang lain buat selamanya. Dia meninggalkan alam fana ini. Mie baru dapat tahu hari ni sedangkan pemergiannya sedah masuk ke enam hari. Patutlah Mie rasa ada yang tak kena. Kelopak mata bawah berkedip tak henti tanda air mata bakal mengalir. Rupanya dia yang pergi. Mie tak sangka. Umurnya muda lagi. Patutlah selama ini dia menyepi menyembunyikan sesuatu dari Mie. Dia tidak mahu Mie manangisi pemergiannya nanti. Hakikatnya, entri ini dikeluarkan, air mata tidak dapat diseka untuk berhenti. Semua kenalannya Mie hebahkan termasuk sang kekasih hati yang telah ditinggalkan. Semua bagaikan tidak percaya, tapi itulah hakikatnya. Allah lebih menyayanginya lebih dari kami semua menyayanginya.


Sekarang Mie rasa satu kehilangan yang besar. Mie rasa lost, Mie rasa empty. Sebagai orang yang rapat dengan arwah, Mie tak dapat berkongsi kesedihan dan kesengsaraannya. Menurut kakak arwah, jenazah dikebumikan pada hari yang sama 7.15 pm di kampung arwah di Kampung Sungai Dara, Tanjung Malim, Perak. Kakak arwah bagitahu Mie, arwah pergi disebabkan septicemea.


Mie mintak jasa baik bagi yang baca blog Mie untuk sama-sama menyedakahkan al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Hafizan bin Osman. Semoga arwah tenang di sana. Semoga segala amalan baik arwah, amal ibadahnya diterima Allah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan ketelanjuran Allahyarham. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


al-Fatihah...


Ku janji takkan merinduimu~

Sampai saat dan ketika ini, Mie masih gagal nak yakinkan diri Mie yang dia dah tak ada...
Semasa raya haji, arwah demam tak kebah-kebah. Dia balik ke UUM untuk ambil final exam. Dua minggu dia ditahan di wad. Doktor kata dia dijangkiti bakteria. Doktor ada tanya, ada tak dia pergi ke tempat yang ada air dan tanah. Dia kata ada, Dia ambil air tasik masa malam BBQ dengan kawan-kawannya. [Klik]

18 comments:

Lelaki Ini said...

ya ALLAH..
sabar la..
xmo sedeyh2 tow!
alfatihah!

fRaGiLe gLaSSes said...

Ya Allah. Yeke? AKu kenal mamt nie.Pnah chat ngan aku kt fb. X th lak aku. Astaghfirullahalazim. Orang ny mmg sgt2 baik2.

Fauzzan Helmy Anuar said...

Umar: Terima kasih eh, Mie tengah cuba. Tapi Mie takut Mie tak mampu...

Fauzzan Helmy Anuar said...

Syakir: Memang susah nak percaya, tapi hakikatnya macam tulah. Memang dia dah tak ada lagi... Semoga kebaikan dia akan dibalas dengan perkara yang baik di sana. Mudah-mudahan... al-Fatihah

fazzlies said...

al-fatihah~

Fauzzan Helmy Anuar said...

Fazzlies: Terima kasih...

lavender said...

Salam Fauzzan,
Numpang simpati bile baca entri awk kali ni...

Erm...sy kawan abg Faiz yg ikut korang berlatih masa kat dataran batu pahat tu (Fatah).

~al-Fatihah buat arwah~

lavender said...

Salam Fauzzan,

Numpang simpati bile baca entri awk kali ni... :(

Saya kawan abg Faiz yg ikut masa korang berlatih kat dataran batu pahat tu..sound man.. hikhik (fatah)

~al-Fatihah buat arwah~

lavender said...

Salam Fauzzan,

Numpang simpati bile baca entri awk kali ni.. :(

Sy kawan abg Faiz yg ikut korang berlatih kat dataran batu pahat tu..sound man..hikhik.. (fatah)

~al-fatihah buat arwah~

lavender said...

Salam Fauzzan,

Numpang simpati bile baca entri awk kali ni.. :(

Sy kawan abg Faiz yg ikut korang berlatih kat dataran batu pahat tu..sound man..hikhik.. (fatah)

~al-fatihah buat arwah~

lavender said...

Salam Fauzzan,

Numpang simpati bile baca entri awk kali ni.. :(

Sy kawan abg Faiz yg ikut korang berlatih kat dataran batu pahat tu..sound man..hikhik.. (fatah)

~al-fatihah buat arwah~

lavender said...

Salam Fauzzan,

Numpang simpati bile baca entri awk kali ni.. :(

Sy kawan abg Faiz yg ikut korang berlatih kat dataran batu pahat tu..sound man..hikhik.. (fatah)

~al-fatihah buat arwah~

Penapenis said...

INNALILLAH..T____T.. SEDEYH, KALAO PP DI TEMPAT U, PP MENANGIS SAMPAI BENGKAK2..

Fauzzan Helmy Anuar said...

PP: Dah lama Pena tak datang berkunjung melawat blog Mie. Terima kasih sebab baca ayat yang panjang-panjang ni. =)

Mie kalau boleh tak mahu menangis Pena. Mie tak nak dia dekat sana mendrita sebab Mie banyak menangis, sedih sebab dia. Ada orang pesan dengan Mie, kalau arwah masih ada, dia tentu tak nak Mie menangis tengok keadaan dia. So, Mie dah decide Mie tak nak menangis. Mie nak sedekahkan al-Fatihah, Yasin untuk arwah. Tu tanda Mie tak pernah lupakan dia, persahabatan yang kitorang bina.

Biarpun senyum diukir, namun hati meruntun hiba, biarkanlah ia berlalu dengan masa.

Terima kasih
al-Fatihah untuk arwah

Fauzzan Helmy Anuar said...

Fatah: Terima kasih untuk enam komen tu. Saya hargai sangat. Terim kasih jugak sedekahkan Fatihah untuk arwah. Awak banyak tolong saya hari ni. Dari usaha cari contact number saya, sampailah message malam tadi. Time kasih sebab bagi saya sokongan. Insya Allah, saya cuba ye.

syahme said...

Innalillah .... But i know him ,walaupun x pernah jumpa i pernah chat dan balas - balas msg dengan dia last year .. x sangka sebab virus kencing tikus dia meninggal..
macam x percaya je dia dah tiada.
Al-Fatihah ...Thanks kerana siarkan info tentang permergian si arwah Fauzzan

Joe_Hans said...

Ya, Allah..sedih. Tapi yang hidup pasti akan Mati.. Al-Fatihah..

Adam Haiqal said...

entry yg menarik hati sy utk membacanya..banyakkan bersabar dan jgn henti2 menyedekahkan alfatihah tatkala anda rindu pada arwah.semoga roh arwah dicucuri..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...