Followers

Wednesday, February 24, 2010

Interview

Ada interview dengan KPT hari ni....
Penin nak pakai baju ape...
Tak boleh nak update~

Monday, February 22, 2010

Pendek

Esok Mie ade test
Kalau Mie sempat
Esok Mie nak post entri baru

1) Nilai diri - Mekanisme pertahanan diri
2) Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan (Part III - Finale)
3) Mie...
4) Kesenyapan lalu
5) Sambutan terlarang
6) Cukuplah dosaku

Nyte...
Ingat ni facebook ke?
Ni bloglah...
=)

Sunday, February 21, 2010

FH

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam...

Terberhenti lama sebenarnya. Mie pandang ruangan putih yang kosong tak bertulis ni. Tangan dah di atas papan kekunci mula nak mengetuk-ngetuk kotak-kotak hitam yang mewakili huruf-huruf, tapi idea tak datang nak menaip bait-bait kata untuk Mie ludahkan dalam entri kali ni. Serasa bosan bila nak menaip asik terpaksa dipadamkan. Mie bukak facebook, Mie tengok apa yang ada sebab dah agak lama Mie biarkan bersawang. Mie baca gelagat-gelagat orang yang bahagia, baca kata-kata orang yang happy, belek-belek gambar orang... last-last Mie senyum sendiri. Itupun tak banyak yang Miekadar menekan cursor pada ruangan-ruangan tertentu kenalan-kenalan Mie. Menaip sedikit sepintas yang lalu...

Mie bukak lagi blog. Kali ni nekadkan sedikit hati. Mie mesti taip sesuatu jugak sebab dalam hati berkecamuk memikirkan orang. Orang yang tak pernah nak fikir Mie, tak pernah nak tahu apa yang Mie rasa. Ayat pertama Mie ludahkan... Tak sampai sebaris perenggan ayat, Mie berhenti lagi. Idea memang tak ada. Mie biarkan kejap. Mie bukak portal pelajar Mie. Download semua lecture note sambil buat Bankruptcy Notice and draft for Request for Issuance of Bankruptcy Notice. Dah siap satu, Mie bukak blog. Pandang apa yang Mie dah taip dan cuba menyambung. Tapi tak boleh...

1) Sebab esok nak balik TERENGGANU (dalam hati Lillahi Ta'ala. Tak suka dah... Sparks tu dah hilang 3 minggu lalu)
2) Terbaca blog orang... Jantung Mie laju. Sakit hati atau sedih, Mie pun tak tau
3) Nak menentukan hala tuju, jadi atau tak...

Lelap...
='(

Friday, February 05, 2010

Bacalah olehmu...



Salam Jumaat

Hurm, hari ni Mie teringin nak berkongsi dengan kalian sesuatu berkenaan tentang bacaan ayat suci al-Quran. Apa yang Mie nak kongsikan kali ni sebenarnya Mie dapat dari kelas Evidence and Procedure in Syariah Court. Lecturer Mie yang mengajar subject ni secara tak sengaja bukan aje dah ajar kami satu kelas subject Evidence, tapi beliau turut mengajar kami sesuatu yang amat berguna hingga Akhirat nanti.

Mie nak kongsikan satu laman sesawang yang amat sesuai untuk mereka yang suka travel, yang tak tahu nak membaca al-Quran, dan mereka yang tercari-cari definasi ayat-ayat indah dalam al-Quran itu sendiri iaitu -> www.quran.com.

Laman sesawang ni sangat mesra pengguna. Selain dari kita dapat mendengar bacaan suci ayat-ayat al-Quran dari 114 surah itu sendiri, kita dapat juga mendalamai maksud ayat al-Quran itu sendiri yang didatangkan dalam 33 jenis bahasa yang kita boleh pilih sendiri di pautan sebelah kiri laman sesawang berkenaan. Selain itu juga, laman sesawang yang mesra pengguna ni membolehkan kita menceraikan ejaan al-Quran itu sendiri menjadi lebih ringkas untuk memudahkan bagi pembaca-pembaca amatur mengeja ayat-ayat al-Quran ini. Selain mudah untuk dicopy dan paste dalam assignment khususnya bagi 'budak sekolah' macam Mie ni, persoalan tentang "Alah lecehlah nak bawak al-Quran ni dalam beg, kang terlangkah pulak, besar dah sebelah..." takkan timbul lagi. Campaklah anda ke mana sahaja kawasan did alam dunia ni, selagi anda boleh mengakses internet dengan mudah, anda masih boleh melakukan amalan membac al-Qura dengan mudah.

Tak percaya, cubalah. Anda pasti terpukau dengan keindahannya...
=)

Seadanya Aku...

Tak dapat ku kotakan Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik bintang
Yang jauh nampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan Mimpi di luar jangkaan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasaku
Dengan cinta Tak seperti dulu

Istana yang ku bina Biarpun kali ke dua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasaku
Dengan cinta
Tak seperti dulu

Thursday, February 04, 2010

Bicara lucah

"Ish, aku tengok korang berdua ni, rapat semacam aje. Korang couple eh?" serkap si Sham yang memang terkenal dengan mulut umpama Lancang Kuning. Apa yang rasa dia nak cakap, akan disebutnya tanpa memikirkan perasaan orang yang dengar.

"Tak adalah, setahu aku mana ada lelaki yang rapat gila dowh dengan kawan dia macam korang berdua ni ha. Tengok, siap bermadah-madah sayang bagai. Meremang dowh aku dengar... Korang biar betik."

Entah bahasa planet mana yang dah dirojakkan budak Sham ni pun, Khai pun tak tahu. Dia hanya mendengar aje sambil mengerutkan dahi sehingga menampakkan garis-garis ketuaannya. Nasiblah telinganya dah lali dengan bahasa yang bukan-bukan ni. Pernah jugak sekali dua Khai menegur rakan sekuliahnya itu untuk tidak merojakkan bahasa, takut-takut kawannya terbawa-bawa semasa menjawab soalan peperiksaan.

"Hahahahahahaha. Kau ni macam-macam la Sham. Lawaklah kau ni."

Tawa Iskandar memecahkan ketegangan malam akibat soalan berapi Shamsul tadi. Iskandar tahu, Khai tidak suka seandainya soalan-soalan berbaur peribadi itu dibincangkan di hadapan orang yang asing bagi dunia mereka berdua yang sememangnya sudah rapat sejak dari kecil. Malalui karut dahi yang jelas ketara di dahi Khai, Iskandar sedar dia perlu melakukan sesuatu sebelum Khai mula bersuara. Jika silap dan tak kena denga gayanya, boleh melayang gelas besar yang berisi jus tembikai laici di depannya itu.

"Eleh, mulalah kau tu Iesz, nak larikan cerita aku pulak. Eleh, dah puas korang 'lawan pedang', main 'tikam labu', tak nak mengaku pulak. Cakaplah korang berdua ni gay couplekan? Betul tak? Betul tak?"

"Kau ni Sham, mana ada... Memandai ajelah," sinis Iskandar sambil menjeling 'kekasih' di sebelahnya itu.

"Best tak 'labu' si Khai ni Iesz?" Tanya Sham sambil diiringi gelak tawa yang menjengkelkan.

Tak cukup dengan tu, "Tajam ke 'pedang' kau?" sambung si Sham mula mencarut.

Tiba-tiba...

Korang rasa apa yang jadi?
Nak sambung ke tak nak?
Hurm...

Sambung

"Woi! Apa ni. Kau dah gila ke Khai?"

Habis lencun si Sham hari tu. Suasana luar yang tenang dengan cahaya bulan dan ditabiri bintang bekerdipan, tak sepadan dengan susana kedai yang 'basah'. Habis si Sham hari tu bermandikan tembikai laici. Seminggu juga dia menjadi bahan umpatan kolej kediamannya kerana sewaktu kejadian 'mandi tembikai' itu berlaku, bnyak mata yang memandang. Iskandar hanya memandang Sham sambil ketawa terkekeh-kekeh. Memang dia sendiri sudah sedia maklum tentang perangai Khai yang satu itu, tidak bercakap lucah di hadapannya. Bagi Khai, perkara itu terlalu peribadi dan sensitif untuk dibincangkan.

Dah dah...
Khai Iskandar... Khai Iskandar... Macamlah wujud dua orang tu. Hehehehehe. Tapi sedap pulak nama Khai Iskandar... Khairul Iskandar... Hurm, nak reserve la nama tu untuk baby yang kedua lepas Yusoff Yuzaili. Nanti Yusoff adalah adik... Hehehehehehe. Sudah!!! Ghentikan berangan!

Kang cerita pasal family planning ni, sampai ke sudah tak habis sebab tuan tanah ni memang high taste katanya. Memang pun. Hahahahahaha. Nak yang standard anak-anak raja kayangan. Siapa dia? Tatau...

Mie nak bercerita kali ni tentang bercakap benda-benda yang lucah. Mie personally pun setuju dengan Khai. Siapo ontah Khai tu? Budak mano ontah? Hehehehehehe. Mungkin sebab Mie
nikan 'boys next door', budak lelaki yang dikatakn ala-ala baik ibarat Cinderella yang selalu kena dera dengan mak tiri dia yang berangan kuat tu. Membesar hidup dalam suasana kampung yang masyarakatnya sopan santun, lemah lembut, tertib lentik, elok letak. Jadi bila nak bercakap pun kena sopan santun jugak. Ni kalau bercakap benda-benda lucah ni, bapak yang tengah duduk berehat tu, menjeling kita macam nak telan. Mak kita apa lagi, berbekas tangan kena cubit sebab cakap benda-benda lucah. Apa ni melalut? Huhuhuhuhu. Dah pagi, tak tidur-tidur lagi, melalutlah...
=)

Mie sebenarnya tak berapa suka, bukan tak suka, beza ye... sangat nak bercakap benda-benda peribadi ni terutamanya bab-bab yang sulit-menyulit selit-menyelit ni. Memang tak suka. Sebab bagi Mie banyak lagi benda lain yang boleh nak diceritakan daripada bercakap benda-benda yang macam ni. Lagi satu, macam nampak sangat dah kemarok nak benda-benda tu. Seruis, Mie rimas. Entahlah, mungkin sebab dalam family Mie bercakap macam tu pun dah melampau, lagi nak jadikan bahan cerita. Even Mie yang dah tua bangka ni, nak bercerita pasal bab-bab tu dengan ayah sendiri pun malu. Serius. Mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat Mie. Ni blog Mie, suka hati Mielah. Kalau tak suka, tulis dalam blog sendiri. Bagi anonymous, tulislah dalam surat khabar ke, majalah tahunan sekolah ke... Hehehehehe. Jahatkan? Mulut ni, nak kena cili...

Mungkin sesetengah tu ada yang berpendapat, "Relaxlah. Normallah lelaki cakap benda-benda macam tu." Ya, memang normal. Tapi ni asyik cakap mencarut aje, dapat ape? Dapat ke kalian benda yang kalian sebut-sebutkan tu. Kalau sebut 'santan kelapa' dapat ke kalian 'santannya'? Kalau sebut 'labu', dapat betulkah 'labunya'? Silap-silap labunya membesar, macam mana tu? Ha... Siapa nak jawab? Terpaksa dah panggil Ibu Peri sumpah labu jadi kereta kuda... Cakaplah
benda yang berfaedah sikit. Cakap macam mana nak bagi orang suka dekat kita ke? Macam mana nak tumpaskan Mak Esah Jingga hujung kampung yang bomohkan hang ke? Cakap macam mana nak tarik semua lelaki pergi Sembahyang Jumaat ke... Jangan asyik kata uzur, padahal main Facebook, buat blog, yang lagi haru, buat taik mata dalam surau opis. Baik buat taik mata kat masjid. At least dapat jugak pahala iktikaf masuk masjid walaupun imam dekat mimbar dok seronok berkhutbah, yang dekat bawah bukak lagu Ghazal Pak Ngah Balik. Tak pun fikir macam mana nak jawab soalan kalkulus ke... Ada jugak faedahnya. Terbuka sikit minda. Taklah gelap hati. Huhuhuhuhuhu.

Dekat rumah pernah sekali, Mie termelatah, MELATAH ok, benda yang berlaku di luar jangkaan kita. Masa tu 'terung' terjatuh. Terung masaklah! Aiyoo... Penin nak explain ni. Terung terjatuh, Mie terlepas, "Owh pxxxxt kau!" depan mama. Bengang tak. Mama terus sound sambil gelak-gelak. Nasiblah dia faham anak dia yang sorang ni. Kalau kena dengan ayah, mau kena bebel. Tulah, menyakat lagi budak-budak pusat Rakan Muda yang kuat melatah, kan dah kena badi. Tapi nasiblah sekarang dah berubah, dah tak sebut dah benda tu. Sekarang ni melatah aje, selalu sebut "Owh mak kau binatang" Hahahahahahaha. Ya Allah, bilalah nak berubah ni. Malu. Kena salam tangan Tok Kadi kot baru boleh berubah. Tetibe mention To Kadi~

Tapi, Mie tak cakaplah tak boleh nak berbual benda tu. Tapi ikutlah kesesuaian environment, maksud Mie dengan siapa kalian bercakap. Kalau dengan kawan-kawan baru, baik toksahlah. Nanti kawan-kawan baru kalian akan fikir, budak ni memang sangap sangat dah. Siapa yang malu. Kalian gak yang malu... Tapi kalau kalian dah duduk semeja dengan kawan comolot kalian, ceritalah sebab kawan-kawan comolot kalian tu lebih memahami sebab memang korang sekepala pun. Kalian lahar kawan kalian, kawan kalian laharkan kalian 10 kali ganda. Tak dapat balas... nanes~ Hahahahahaha.

Hari ni hari Jumaat. Tak ada istilah uzur ye bagi lelaki. Jangan lupa pergi Sembahyang Esa...

Dah ada labu, dan ada santan, apa lagi, masak ajelah lauk lemak labu hari ni Jah. Terung tu masak aje pajeri terung. Sedap jugak makan dengan sambal belacan.
=)

Kita hanya mampu merancang, Tuhan sahaja yang menetukan (Percutian singkat II)

Salam...

Semenjak terjebakkan diri secara tak sengaja dalam laman sembang sosial yang paling hangit sekarang ni -> Facebook, Mie jadi malas sedikit nak mengupdate blog ni. Mie lebih suka melihat blog ini bersawang dari untuk membersihkannya sebab melalui Facebook Mie dapat update segala aktiviti Mie tanpa perlu bersyarah panjang seperti dalam blog ni. Lagipun Mie jumpa ramai bloggers di sana. Jadi nak update tu pun malas. Tapi orang kata, apa yang kita mulakan tu lebih baik kita akhirkan. Kita yang cari fasal, kita sendirilah yang kena selesaikan. Ye tak?

Ha???? Fauzzan Helmy Anuar nak tutup blog dah? Betul ke? Ish, kenapa pulak dia nak tutup blog dia, aku baru aje jadi followers dia, nak tutup pulak...

Hahahahahaha. Mana ada. Mie tak cakap pun Mie nak tutup blog ni, cuma Mie cakap Mie jarang mengudate blog ni dah sekarang. Hehehehehehe. Tu aje. Tapi insya Allah, jika diizinkan Allah, Mie akan terus jugak menulis dan berkongsi cerita dengan kalian sebab tak semua benda Mie boleh curah dalam Facebook macam dalam blog ni. Hehehehehehe. So, jangan risau ya. Anda semua masih bersama saya ketua peramugara anda dan Kapten pesawat ini untuk memastikan anda selamat tiba di destinsai anda. Terima kasih kerana memilih untuk terbang bersama-sama kami. Prsaktis lagi empat bulan katanya... Hehehehehehe.

Ok, sudah sudah. Kita tinggalkan dulu segala cerita karut marut semua tu, dan kembali berpijak di tanah untuk bercerita tentang -> Kita hanya mampu merancang, Tuhan sahaja yang menentukan (Percutian Singkat II). Sebenarnya ini adalah kesinambungn cerita ->
Kita hanya mampu merancang, Tuhan sahaja yang menentukan (Percutian Singkat I). Ya, Mie tahu dah agak basi. Tapi dah peel tuan tanah ni macam ni, suka hati Mielah nak cerita ke tak nak. Hahahahahahaha. Kalau Mie nak cerita tahun depan pun, ada ke orang yang tanya. Tak ada kan? So? Tak mendatangkan apa-apa effect pun. Hehehehehehehe. Jika episod yang lalu, Mie ceritakan tentang Mie, tentang hajat nak jumpa orang yang tak kesampaian, yang rancangan hanya tinggal rancangan, episod kali ni pulak, Mie nak ceritakan tentang kisah kawan Mie yang sama-sama ke luar negeri tempoh hari. Siapa lagi kawan baik Mie -> Ashlah. Hurm...

Sebenarnya apa yang Mie nak ceritakan perkara yang berlaku pada Ash...

Teetttttt...

Maafkan Mie ye. Mie tak dapat nak sambung cerita ni. Cerita ni ada kaitan sedikit dengan kisah peribadi Ash. Mie rasa Mie tak layak untuk bercerita tentang kisah hidup dia apatah lagi menyentuh sesuatu yang lebih berbentuk peribadi. Niat asal memang Mie nak bercerita, tapi setelah Mie timbang-timbang, mintak pendapat kawan-kawan yang lain, Mie tak jadi nak teruskan cerita Mie walaupun benda ni dah lama tersimpan dalam draft dan ditouch up sikit-sikit. Lagipun, Mie tak nak nanti dituduh membuka pekung di dada orang. Ya, memang Mie kawan dia, tapi kisah peribadi dia, biarlah dia yang jalani. Dah cukup banyak kot Mie intefere kehidupan peribadi dia. Cukuplah dulu Mie d
ituduh sebagai orang yang suka menjadikan sesuatu isu tu besar ataupun Mie ni complicated. As a law student or a lawyer wanna be, Mie dah di train untuk cuba mendasari sesuatu perkara hingga ke akarnya even dalam kehidupan waimah relationship. Sebab tu kadang-kadang Mie akan paksa or buat orang rasa rimas untuk dapatkan sesuatu perkara. Sebab tu jangan sesekali buat ayat tergantung dengan Mie. Sebab I might use my own presumption or much better it comes with some explanation from the owner of the story himself. Ayat senang, be honest. Nak cakap "Eh, ko tau tak ko ni merimaskan aku, dan aku tak selesa dengan ko" sekalipun, go ahead. Sebab tu lagi much better dari buat Mie guna presumption sendiri sebab presumption Mie tak pernah nak positif semua negatif. Hurm, sekali lagi orang nak gunakan modal yang sama untuk menjauhkan diri dari Mie. Hehehehehe.

Bagi Mie, its ok aje. Tak kisah pun. Mie tetap diri Mie sendiri. Orang nak berubah ke, ape ke, terpulang. Tapi Mie tetap diri Mie. Tak caya, tanya classmate Mie masa sekolah. Semua akan cakap -> "Ko ni sikit pun tak berubah. Dari aku kenal ko dulu sampai sekarang macam ni jugaklah. Manjanya, kecohnya, cakap tak berentinya, asyik nak menang aje. Bilalah ko nak berubah". Apa yang Mie buat? Gelak ajelah sebab Mie tetap Mie. Bagi Mie, Mie berkawan dengan orang bukan on purpose. Sebab Mie pernah dengar ada orang berkawan dengan kita on purpose. Tapi bagi Mie, Mie akan berkawan dengan orang semua ikhlas, tak ada niat tersembunyi. Tapi, entahlah. Manusia ni kadang-kadang susah nak faham. Hati aje sama merah, rambut kaler lain-lain. Orang acap kata Mie complicated, walaupun bagi Mie tu isu biasa yang common sangat bagi Mie. Sesiapa yang kenal Mie, mereka tentu faham Mie macam mana. Isu complicated ni ke ape ke, takkan timbul. Biarlah... Mie tak pernah harap apa-apa dari orang. Mungkin sebab apa yang dihajat dari Mie dah dapat, jadi untuk apa stick dengan Mie [tengok... kan dah keluar presumption dah... hehehehehe] Nak avoid Mie tak ada modal, so avoidlah dengan cara halus pulak -> BUNUH PERASAAN MIE DENGAN KATA-KATA.

Biarlah, apa yang berlaku on the part of Ash, Mie takkan cerita apa-apa demi nak jaga hubungan Mie dengan Ash sendiri. Apa pun yang berlaku pada dia, biarlah dia jalani sendiri. Sekadar nak mintak pendapat, nak berkongsi masalah, ok aje. Kadang-kadang mendiamkan diri untuk sementara waktu bagi meredakan ketegangan tu lebih bagus. Apa yang Mie boleh cakap, sepanjang ada dengan Ash dekat luar negeri hari tu, seronok. Tapi Mie terpaksa pendam air mata biar tak meleleh sebab Mie kesian sangat tengok keadaan dia masa tu. Doa Mie, mudah-mudahan dia dapat apa yang dia nak cari dalam kehidupan dia. Only he knows what is the best thing for himself and Mie tetap Mie.

=)
End of part II

Jadi baik tak salah, tapi tak guna jadi baik untuk orang yang tak pernah nak hargai kehadiran kita dalam hidupnya. Jadi baik tak susah, tapi kadang-kadang kebaikan dan kasih sayang dalam diri kita akan makan diri kita sendiri. Haruskah aku jadi jahat???

Monday, February 01, 2010

Ku dodoikan tidurmu

Salam...
Agak sihat sikit hari ni dan kesakitan yang Mie tanggung mula beransur pulih. So, I'm back. Hehehehehe. Rindu kat Mie? Tak payahlah... Apalah yang ada ada insan kerdil macam Mie ni. Hehehehehe.

Ok, ok. Dah tak mau gaduh-gaduh ok. Mari kita bercerita. Hehehehehehe. Sihat sikit terus nak bercerita. Buatlah kenduri doa selamat ke, sedekah ke, hantar pulut kuning kat masjid ke bayar niat. Ni tak. Tak apelah, cukuplah sekadar ucapkan alhamdulillah ye tak? Balik kampung nanti mama dah janji nak buat bubur putih bubur merah tanda kesyukurann. Hehehehehe. Rindu nak balik kampung.

Eh, dah melalut lagi. Biasalah Mie, tak melalut tu tak sah. Macam bukan tuan tanah blog ni kalau tak melalut sikit. Hehehehehehe. Ok tujuan entri kali ni Mie keluarkan, sebenarnya Mie nak kongsikan dengan kalian sebuah puisi yang ditulis khas oleh seorang kenalan untuk Mie sebab Mie tak dapat tidur malam tadi. Lepas baca puisi ni, terus tidur. Hahahahaha. Macam ada jampi.
=)
So, Mie nak berterima kasih kepada 'abah' sebab dodoikan Mie dengan puisi yang bolehlah walaupun tak best mana pun. Hahahahahahaha. Kesian 'abah', sebab puisi ni 'abah' buat jam 3:51 am. Bersengkang mata pulak semata-mata nak layankan tuan tanah yang mengade-ngade manja terlebih ni. Sakit tak la mana pun. Mengade-ngade aje lebih. Hehehehehe. Terima kasih 'abah'. Tajuk puisi ni -> 'Ku Dodoikan Tidurmu'

Ku Dodoikan Tidurmu

Apa maknanya bahagia..
Andai terjarak ribuan batu jauhnya..
Meski terpisah di dua benua..
Sentiasa kau dekat di hatinya..

Apa maknanya impian..
Andai masih jauh perjalanannya..
Meski sekecil debu yang terbina..
Menjadi panduan untuk selamanya..

Bercahayalah hati..
Saat gelap tersembunyi..
Terpancar jutaan bintang-bintang menyinari..
Kau bina impian..
Dengan sekecil harapan..
Kau patrikan dengan penuh keazaman..

Apa maknanya ketentuan..
Yang tertulis di telapak tangannya..
Meski satu hari kau cipta keajaiban..
Dengan penuh kasih dan sayang..

Bercahayalah hati..
Saat terang kau mencari..
Tetapkanlah tujuan nian untuk ke seberang..
Kau rentas halangan..
Dengan cekalnya pedoman..
Kau raih bahagia dengan manisnya senyuman..

Apa maknanya diriku..
Sang pujangga kerdil..
Di tengah lautan nan luas..
Hanya bersenandung..
Bergurindam seloka..
Sekadar mendodoikan tidurmu..

* Fauzzan..
Ni jer yg dapat dikeluarkan dari lipatan otak.. Penatnya..!

Kesian 'abah'...
Terima kasih
Suke~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...