Followers

Monday, March 29, 2010

Pertemuan sekejap yang membawa makna

Belum sempat Mie nak update cerita pasal vacation Mie Sabtu lepas, hari ni Mie nak update cerita baru dulu. Kawan Mie dari Subang, Pojie Pooh melawat Mie dekat hostel. Wah!!! Suka gila. Ada jugak orang yang nak dilawan bercakap, bergelak, bertukar pendapat, walaupun Mie dengan Pojie dapat luangkan masa empat ke lima jam.

Sedih memang la sedih sebab kejap aje dapat bawak Pojie round-round Kuala Terengganu, tapi tulah pengalaman berharga buat Mie. At least Mie rasa dihargai oleh seoarang kawan. Tak macam setengah orang tu. Dulu berjanji, kalau nak datang Terengganu, nak suruh Mie temankan bermalam katanya. Tapi datang senyap-senyap, balik pun tak menyapa. Biarlah... Orang dah tak suka ni, buat apa pun nampak buruk.

Masa entri ni Mie tulis, Pojie on his on way heading to Kuala Lumpur. Esok dia kerja. Kesian dia. Gigih betul bahagi masa antara kerjaya, minat dengan kawan-kawan. Hopefully he will get a safe journey... Amin~

Thanx Pojie sebab pinjamkan Si Hitam Manis tu, percaya pulak kat Mie nak jaga baby besar Pojie tu. Thanx sebab lawat Mie kat sini. Suka!!!
=)

Friday, March 26, 2010

Dr. Shree Jacob -> Dr. Fauzzan Helmy bin Anuar

Salam...

Sorry guys, cerita Mie tertangguh sekejap sehari. Masa Mie keluarkan entri Pecah Ruyung dengan Puteri Gondang Emas tu, Mie sebenarnya sedang bersiap-siap untuk on vacation sehari. Hehehehehehe. Ke mana? Buat apa? Dengan siapa? Tu kita cerita nanti-nanti ajelah. Sekarang ni dah gelap sikit kulit. Burn. Adoi... Sedihnye. Tulah, gatal sangat nak jadi navy, nak pakai costume navy, nak kulit gelap macam navy, hambik. Minggu depan dah la ada show... Nanes~

Sekarang kita cerita pasal ni dulu eh? Kita cerita dalam gelap eh... Earth Hour katanya ni. Bukan cerita atas katil sambil makan kuaci ok. Huhuhuhuhu.

Bila lecturer Professional Practice Mie kata student final year kena buat mooting which is part of our proforma, kepala Mie dah terbayang satu benda. Duduk dalam library dengan buku yang menambun sekeliling sebab nak cari kes untuk submission. Tapi alhamdulillah. Tak kena. Sebaliknya kami satu kelas kena cooperate together untuk buat satu trial yang macm re'al punyo. So, lepas decide, Mie terpilih untuk jadi saksi utama kes iaitu seorang pakar bedah dari Hospital Teluk Intan. Ingatkan senanglah nak jadi pakar bedah ni. Maklumlah, fakta kes dah ada depan mata. Apa lagi, ingat nak goreng ajelah benda ni. Malas nak fikir banyak-banyak. Tapi, bila Sir kata nak autopsy report tu, Mie jadi gelabah. Tu satu hal. Lepas tu Sir tambah lagi, ada satu delegasi dari luar negara, dari Brunei akan datang melawat ke fakulti untuk satu lawatan. Sir cakap, mungkin tarikh lawatan akan bertembung dengan tarikh submission. Pulak dah...

Tak habis dengan tu, Sir tambah lagi yang perjalanan trial bagi kes yang kami bawa tu akan dirakam untuk mempercepatkan proses akredetasi kami. Lagilah parah. Mie bukan budak medic yang tahu selok belok dalam badan manusia. Pulak tu bila dibagi penyakit yang Mie tak pernah dengar. Biasa dok dengar demam, penin kepala, semput, sakit perut. Kalau bende yang remeh macam tu, Mie tahulah puncanya kenape, macam mana nak ubat. Ni lepas telek-telek air dalam cembul emas, Mie masih tak tahu apa penyakit tu -> Asphyxia Secondary to Aspiration. Dah tu case of jaundice which chronic alcohol abuse, tambah lagi dengan bilious vomitous. Ape benda semua tu. Kepala dah penin macam nak pitam sebab terbayang darah aje... Mie try mintak tolong dengan semua orang. Tapi feedback yang mie terima sangat negative. Tak ada siapa yang sudi nak bantu. Google sana, google sini Mie masih tak jumpa solution penyakit tu. Takkan nak masuk bio lab baru nak tahu jawapan . This is not my field. Tapi Mie tak nak mengalah. Benda ni kena selesaikan jugak.

Lepas tu sebagai pakar bedah kenalah buat laporan bedah siasat. Mie google, kebanyakannnya report dari luar negara. Mie hello Kak Yus kat HKL, mintak copy laporan bedah. Dia nak tolong, tapi tulah. Dia kerja dekat Lab Satelit. Laporan tu kengkawan dia yang jaga. Until the end, tak dapat jugak laporan tu. Sedih sangat. Kepala dah buntu dengan penyakit, nak buat report, soalan dari pihak plaintiff dan defendant yang Mie kena jawab agar tak nampak bodoh, assignment, presentation lagi. Lagi parah bila ada orang yang cucuk-cucuk Mie. Dah serabut ni senang aje nak melatah. Tu yang hangin dua minggu lepas tu. Orang pun, time Mie sibuklah time tu nak muncul serang macam-macam. Kepalalah korang ni!

Mie tahu, supposedly benda ni simple aje. Masa trial Mie tengok tak ada pun orang yang bersungguh-sungguh siapkan report macam Mie buat. Masing-masing tulis atas kertas putih. Letak tajuk aje -> Laporan Polis, affidavit. Kalau basi sangat pun, dorang buat point-point. Tapi Mie tak nak. Mie kena juga buat betul-betul sebab ni untuk masa depan kami satu kelas. kalau Mie ambik ringan, nampak macam bodoh-bodoh, jawab macam orang tak tahu, sekadar jawab ikut fakta kes, macam mana nak cepatkan proses akreditasi. Lagi bila Mie sorang aje lelaki dalam kelas. Haruslah video tu pihak yang nak bagi akreditasi akan nilai. Lagi-lagi Mie saksi utama kes. Mie jugak nak tunjuk pada Sir yang Mie memang bersungguh untuk kes ni. Sebab tu orang panggil Mie Mr. Perfect Wannabe kot. Hahahahahaha.

Akhirnya atas bantuan Mohd Saiful Azhar, budak Royal Medical College Ipoh dan kawan-kawan dia yang sangat sporting nak membantu Mie, penyakit tu dapat dirungkai. Segala possibility untuk penyakit tu dikeluarkan. Finally, Mie berjaya jugak. Report pulak, Mie otter sendiri ikut sesedap ayat, ikut contoh yang ada. Suka sangat bila semua dah settle. Lega. Kak Yus, Mie dah explain pada dia. Risau benar dia macam mana Mie nak bagi submission kalau report tu tak ada. Kak, adik u dah besarlah... Ngeee... =D

So, hari trial berjalan dengan lancar. Delagasi dari Brunei, rakaman video, saksi-saksi, soalan dari plaintiff defendant, exhibit semua complete. Finally, we did it... Clap clap clap clap...

Tapi keputusan kes tak tahu lagi. Maybe akan diproceed hari Isnin nanti... So, tunggu ajelah. Urm, by the way, kalau Mie dapat video rakaman tu nanti, insya Allah Mie try upload ok.
=)

Walaupun tension, verangan tu tetap!!!

Teater Bangsawan - Puteri Gondang Emas [tak silap =)]

Pecah Ruyung tu aktiviti Hari Sabtu malam Ahad. Lepas habis dramatari, lepas dok habis bergalak sampai pukul doblas macam tu, barulah ingat nak balik rumahkan??? Huhuhuhuhuhu.

Malam esoknya, staff tu ajak lagi Mie keluar. Kali ni, dia ajak menonton Teater Bangsawan - Puteri Gondang Emas, tak silap Mie macam tulah tajuk Teater Bangsawan tu. Dengar aje Teater Bangsawan, ingat lagi Pojie Pooh tag nama Mie atas poster Melati Pujaan Tumasek. Apa lagi, hati memang memunge-munge dua kali ganda dari biasa sebab nilah peluang Mie nak tengok Teater Bangsawan. Walaupun pementasan tu dilakukan di UMT, universiti sebelah aje ni ha, kalau gigih boleh jalan kaki aje, tapi Mie sangat teruja untuk menyaksikan sendiri pementasan Teater Bangsawan. Buat yang pertama kalinya la ni kan...

Tapi orang kata-> Langit tak selalu cerah, mendung membawa hujan... Alangkah sedihnya rasa hati kita inang apabila Paduka Ayahanda tidak membenarkan akan kita menginjak pada tanah sebarang. Paduka Ayahanda mengatakan pada kita -> "Malam ni saya nak kalian semua pergi ke Moot Court practice untuk delegasi dari Brunei". Adoh... Sir ni yang merangkap ayahanda Mie ni... Kenapalah malam ni jugak nak practice mooting. Sakitlah!!!

Dah tak dapat nak tengok. So, tak adalah cerita, tak adalah gambar. Ceritanya -> Malam Isnin aku kena pergi berlatih Mooting memegang saksi plaintiff utama, seorang doktor pakar bedah siasat dan bius. Apa yang memarahkan keadaan aku, research tentang penyakit aku kena buat sendiri. Takkan sesuka hti nak jadi witness tapi main tembak ikut sedap mulut Mak Esah aku ni ha. Kang aku kata lain fakta kata lain, tak ke malu. Dah la dirakam pulak utuk akredetasi. Aiyoo... Sakit sakit. Orang faham sakit aku. tau nak cakap je.

Waaaaaa!!!

Pecah Ruyung


Bismillahirrahmanirrahim

Salam...
Last entri, Sabtu lepas. Kalau Mie tak update apa-apa sampai hari esok, maksudnya cukuplah seminggu Mie tak update blog ni. Muahahahahaha!!! Suke suke... Ops!!! Mie tak update blog bukan nak lari dari kenyataan hidup yang sememangnya tak dapat nak lari dari pandangan serong orang lain, dari masalah yang menambun. Mie percaya, semua tu ada hikmah, untuk membantu kita lebih dewasa dan kenal siapa kawan dan siapa lawan. Hari ni Mie bukan nak cerita pasal pasal cerita lawan gusti Cik Limah Lenggang dengan Cik Salmah Gebu Kampung Changkat nu. Mie sebenaqnya nak habaq kat hangpa semua apa yang dah dok jadi seminggu ni. Mai sini aku nak habaq mai...

Lepas kejadian puaka satu persatu minggu lepas yang elok bermula hari Rabu bawak ke hari Sabtu, haruslah Mie makhluk Tuhan yang maha sensitip ni akan down. Tapi, bukan tak nak fikir, tapi buat-buat ajelah tak fikir. Luckily... Hehehehehe... Semenjak Mie berkawan dengan staff baru Pusat Seni Warisan, teetttt.... [Cari sendirilah ye. Maaf nama mangsa tidak akan direvealkan. Ceh nama mangsa tu... =)] ada aje aktiviti yang nak dibuat. Aktiviti luarlah... Aiyoo... Perlukah aktiviti yang kat dalam pun nak cerita kan? Mermunge-munge =D

Aktiviti pertama lepas kejadian jatuh atau down tu, dia offer Mie -> "Awak nak ikut tak? Kita tengok Dramatari". Drama... Ala tak minat drama. Cerita mesti cliche. Aku pun boleh buat drama sendiri what. Aku kan artis yang selalu kene gusip. Uopss!!! ;P Tapi bila fikir tari, why not? Mie pun jawab ok ajelah... Lagipun dalam orang-orang Kolumpo dok sibukkan tag nama Mie atas banner teater "Gamat"lah, teater "Antara"lah, kenapa pulak Mie tak tag nama diri sendiri atas dramatari "Pecah Ruyung" ni kan. So, pergilah berangkat malam tu tengok Dramatari "Pecah Ruyung" anjuran Taman Budaya Kuala Terengganu. Memanglah tak sebensar Istana Budaya, asalkan ada sudeyh~ At least adalahkan benda nak dibuat...

"Pecah Ruyung" kali ini merupakan kesinambungan "Pecah Ryung I' yang pernah dipentaskan satu ketika dahulu. Sebab Mie malas sangat nak taip banyak-banyak. lagipun tak nak buat antologi. Muahahahahaha. So, Mie bagi korang satu pautan berkenaan Dramatari Pecah Ruyung ni. Sila klik di sini -> [Klik].

Nak masukkan gambar pulak...

Bersama artis yang menjayakan persembahan malam tersebut
Mak Tam a.k.a Sherry Azriana...
Fitam~

Saturday, March 20, 2010

Fikirkan yang positif ajelah

Gosok mata...
Huarghhh... mengantuknya!!!
Tapi kena bangun jugak, nak solat, nak cuci pakaian, nak tu, nak ni, macam-macam lagi... Lagipun malam ni Mie ada date dekat Taman Budaya, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Date ape??? Tunggu ajelah entri-entri lepas ni. Maklumlah, hati tengah mermunga ni, tapi tak nak excited sangat. Biasa-biasa sudeyh~

Lepas siap semua kerja mencantikkan keadaan bilik yang hanya sebesar laluan anak lembu ni, Mie bukak Facebook, main Farmville, main My Town. Sekarang ni, dah jarang dah nak shout something dekat Facebook tu. Entah, dah tak ada eager nak buat. Kang shout sikit, ni terasa, shout sikit sana terasa. Bosan aku... Baik main Farmville, at least hati senang tengok ladang sendiri yang besar dengan tanaman dan ternakan yang senang nak jaga.

Lepas tu Mie check 'My Little Diary' ni. Ceh, ko asyik nak verangan macam ko Princess Genovia eh. Dear diary...
=)

Tetibe terpandang satu komen di pautan sebelah kanan blog ni. Anonymous... Hurm, bencinye... Mie rasa most of the bloggers ni sangat tak suka pada anonymous yang hanya meninggalkan jejak kata-kata mereka tanpa meletakkan nama. Most of the bloggers tak suka bukan sebab orang tu tak ada nama ke apa ke, ke mak bapak dia memang bagi nama anonymous tak tahulah pulakkan... tapi sebab biasanya mereka akan meninggalkan jejak kata yang, der... macamlah ko komen aku ko bagus sangat! Tengok sikit rupa ko... Lor, tak la shantek mana pun... Takbur betul. Tuhan calarkan muka ko nanti atas jalan nak Fauzzan??? (U_U)

Ha, berbalik cerita anonymous tadi tukan, Mie bacalah komen dia. Cantik elok dia letak komen Mie dekat entri Mie yang tajuknya -> E-mail tak puas hati (Receive). Dalam komen tu berbunyi, "Mr. Perfectionist. Well, that was my first impression towards u too, but still, it is my prasangka... chill".

Hurm, sejooook baca komen hang ni Mr. o Mrs. Anonymous oi. Mie rasa, bila dia cakap macam ni, orang tu macam kenal Mie aje. Bau sikit... Yelah, macam bau kenal. Yelah, orang tak jumpa Mie, kata Mie macam-macam. Kata Mie ni gila la, tak betullah, gediklah. Tapi kalau dah jumpa, lain sikitlah... Ala, first time jumpe memang la aku kekok dowh, macam kena pakai heels pergi kawad kat padang tembak dengan skirt satu jengkal aje. Nak angkat kaki 90 darjah cam ne tu? Lepas tu nak hentak-hentak kaki lagi. Patahlah heels Prada aku ni. Lainlah kalau pergi gay parade dekat Brazil nu... LQ sudeyh~ (O_o)

Biarlah, orang nak kata apa pun katalah. Mie, orang kata tak kata, cam ni jugak. Orang nak kawan dengan Mie, terimalah Mie seadanya. Bukan Mie kena ubah ikut cara dia, dan dia pun tak payahlah ubah diri sebab dapat kawan yang 'perfect' macam ni. Eh, jap!!! Pikir balik memang perfect kot. Memasak? Boleh... Menjahit? Boleh... Menyanyi? Oklah... Menari? Tip top. Sopan? Depan orang tua sampai bongkok tiga. Soft spoken? Sampai tak dengar butir. Lagi apa... Kira semua adalah. Shantek pun shantek. Pendek kata-> Mana-mana perempuan yang kahwin dengan Mie, bahagialah korang sampai ke anak cucu. Tu tak masuk bab-bab babap sikit tu. Hahahahaha. Nak try? Jom kita gi umah tok kadi dulu meh... Kalau perempuan ni, dah tak payah pikir. Ko laki mengangkang aje. Taulah aku handle. Ceh gitu~ Takbur lagi.

So, biar ajelah. Tak penting pun. Cuma yang Mie nak cakap (abis yang panjang-panjang ni ape? Mukadimah ke? Astaghfirullah...) Hidup kita ni bukan tahu. Entah esok, entah lusa dah gol. Jadi apa salahnya kalau buat kerja tu sehabis baik yang mungkin (sebab tu masuk pengakap sekolah rendah dulu-> buat habis baik). Esok lusa, entah kita merasa tak buat benda yang sama tu. Kalau merasa pun entah lebih baik atau pun lebih buruk. Akhir kalam, buatlah sesuatu amalan itu sebaik yang mungkin, seolah-olah kamu akan mati esok hari.Dah dalam tanah tak payah la nak seru batu Belah pulak. Dah sah-sah hang dah kena 'telan'.


p/s: That gurl had replied my mail... Still figure should I reveal it to public cause it will embarrassed her. Her little sister who I know also had post something. I'm crying once I read those mails. God!!!

Friday, March 19, 2010

Prasangka... elakkanlah

Geram Mie pagi tadi masih lagi berbaki. Peristiwa hitam hari Rabu masih lagi berlegar dalam kepala. Mie tak nak fikir, tapi benda tu datang jugak. Mana taknya, benda tu berlaku antara Mie dengan kawan-kawan baik Mie sendiri. Sabar ajelah... Nak nanes dah tak larat dah. Biasalah orang sensitip macam Mie ni. Tak tau nak marah, nanes ajelah. At least boleh kurang sikit...

Hari ni pulak hujan, biar hujan ajelah ganti air mata Mie. Petang ni hajat nak pergi tengok soccer match antara UDM dengan UMT macam tak boleh aje. Hujan... Cam mana nak pergi. Nak kata main dekat Stadium Terengganu, kan stadium runtuh tahun lepas. Sampai la ni depa tak baiki... Tak dapatlah peluang nak tengok peha-peha dan pinggul-pinggul shantek petang ni. Manalah tahu, kot ada yang berkenan dengan Mie. Miekan shantek... Sampai lecturer pun gilakan Mie. How???

Dah tak tau nak buat ape dah, taiplah blog ni. Google sana, google sini kononnya nak cari penyakit yang Mie kena present tu, tapi jumpa benda lain pulak. Dari nak cari sakit dalam pandang Islam, jumpa pulak sakit ini dalam pandangan Islam. Sakit buruk sangka or prasangka or prejudgment. Tak nak lari jugak dari Law kan budak ni. Mie nak kongsi ilmu yang Mie jumpa ni dengan korang. Urm, sempat lagi baca sebelum pergi berjimba malam ni. Huhuhuhuhu.

Sangkaan ialah persepsi atau tanggapan. Ia terbahagi kepada sangkaan baik dan sangkaan buruk. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat... Eh, kenapa nak tutup. Duduk dulu, nenek tak habis cerita (feelin' opah-opah sambil gobek sireh) prasangka ialah sangka atau anggapan buruk terhadap sesuatu atau seseorang sebelum mengetahui atau menyelidiki perkara yang sebenarnya. Sedangkan berprasangka ialah menaruh prasangka. Adapun keprasangkaan pula ialah sifat atau rasa prasangka itu sendiri.

Sebagai manusia, sifat prasangka ini memang tidak dapat dielakkan sama ada disedari ataupun tidak, cuma kita berupaya untuk mengurangkannya supaya tidak sampai ke tahap yang membahayakan. Akhirnya akibat daripada perasaan prasangka yang berpanjangan, masyarakat menjadi kucar-kacir dan negara menjadi tidak stabil. See... Nampak tak bahayanya prasangka. Boleh jadi hura-hara negara sebab Mie sorang aje. Ni bukan prasangka, ni hang yang dok perasan sorang... XP

Prasangka adalah satu sikap yang negatif terhadap individu atau kelompok disebabkan oleh beberapa perbezaan ciri-ciri seperti ras, agama, pekerjaan, jantina dan kelas. Prasangka biasanya akan membentuk "prejudgement" iaitu penilaian yang dibuat terlebih dahulu sebelum meninjau kepada fakta-fakta yang sahih. Jadi, apa yang nampak baik dan bagus pada lahirnya, sengaja difahamkan dengan keadaan yang sebaliknya. Sikap ini tidak berubah walaupun individu itu terdedah dan dicabar oleh pengetahuan dan bukti-bukti baru.

Sifat prasangka ini boleh dilihat dari zaman para sahabat Nabi lagi. Sebagi contoh kita ambil kisah Lukman al-Hakim, bukan kisah Norman Hakim ye anak-anak.
Ianya bermula apabila si bapa mempelawa anaknya menaiki keldai dan bapanya pula berjalan kaki bersama-sama keldai. Apabila masuk ke satu kampung, orang kampung berprasangka dan mengejek si anak kerana membiarkan bapanya berjalan kaki sedangkan sepatutnya bapa yang menaiki keldai. Si anak mengiyakan ejekan itu dan menyuruh bapanya menaiki keldai tersebut. Keadaan yang sama berlaku apabila mereka masuk ke kampung yang lain, orang kampung berprasangka dan mengejek si bapa kerana membiarkan si anak berjalan. Selepas itu, kedua-dua beranak ini berjalan kaki bersama-sama keldai tanpa menaikinya dan masuk ke kampung yang lain. Mereka sekali lagi dikatakan bodoh kerana tidak menunggang keldai tersebut. Maka kedua-dua beranak itupun menaiki keldai dan masuk ke satu kampung. Mereka seterusnya menerima lagi ejekan kerana dikatakan tidak berhati perut kerana bersikap zalim terhadap keldai itu. Akhirnya, setelah memikirkan celaan itu, mereka pun memikul keldai itu supaya ia dapat berehat. Sekali lagi mereka dikatakan bertindak bodoh kerana tidak menunggang kaldai tersebut. Pendek kata apa yang cuba dibuat untuk memperbaiki keadaan semuanya salah belaka.

Inilah sikap prasangka yang sepatutnya dihindarkan. Sebelum berprasangka sedemikian rupa, mereka sepatutnya cuba bertanya, cuba mendekati dan cuba menyelidiki sesuatu itu sebelum sesuatu kenyataan itu dikeluarkan terhadap seseorang. Ini bertujuan supaya tidak ada salah tanggap atau prasangka berlaku.

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: "Dua perkara, tidak sesuatu pun lebih utama daripadanya, iaitu: Berprasangka baik terhadap Allah, dan berprasangka baik terhadap hamba-hamba Allah. Dan dua perkara lagi, tidak sesuatupun lebih buruk daripadanya, iaitu: Berprasangka buruk terhadap Allah, dan berprasangka buruk terhadap hamba-hamba Allah"

Walaupun prasangka tidak dapat dipisahkan dalam diri manusia, tetapi kita boleh mengurangkannya melalui beberapa amalan positif. Islam menganjurkan supaya kita sentiasa bersangka baik sekalipun terdapat keburukan pada seseorang itu atau mungkin terhadap musuh kita. Alhamdulillah. Ni yang Mie selalu amalkan. Even orang kata kawan-kawan Mie buruk, Mie tak mudah nak judge orang. Mie nilai sendiri. Mie bgi peluang. Mie sentiasa cari jalan nak pulihkan hubungan. Tapi orang yang tak nampak. Bila Mie dah malas... Teruslah Mie buat bodoh. Dah penat jadi baik dekat orang aje. Orang masih attack Mie.

Sangkaan baik ini amat penting sekali untuk mengelakkan salah faham dan ketegangan daripada berlaku. Prasangka sepatutnya tidak wujud sebelum sesuatu fakta dikemukakan. Walau bagaimanapun ia tidak berlaku dalam masyarakat kita. Kita lebih sedia membuat sangkaan buruk terlebih dahulu sebelum hukuman dijatuhkan oleh pihak yang berwajib.

Sikap seperti ini sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dan mewujudkan huru-hara dalam masyarakat dan negara. Islam tidak sekali-kali membenarkan sikap prasangka terhadap sesuatu itu tanpa adanya bukti-bukti yang sahih. Kalau adapun bukti-bukti yang sahih, Islam masih melarang untuk memperkatakan sesuatu yang benar itu kerana ia mungkin melibatkan keaiban seseorang itu yang boleh menjatuhkan maruahnya. Pendek kata di dalam Islam, prasangka tidak boleh berlaku walaupun jua keadaan sekalipun.

Justeru itu, amatlah penting sekali kita sentiasa bersangka baik terhadap seseorang. Kalaupun mungkin prasangka buruk terdetik di hati, cuba cepat-cepat memadamkannya. Kalau ternyata seseorang itu baik dan berkualiti, cuba amalkan sikap untuk mengikhtiraf atau mengakui akan kelebihan orang lain.

Seperti yang pernah dikatakan oleh Hamka, orang yang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.
Renungkanlah ayat Hamka ni ye... Dah besar, pandai fikirkan...
=)

Eh hujan dah berenti. Abang, bola!!! Bola sepaklah... Bola ape pulak ni???
Penin~
XP

Sumber : http://ridhuantikim.blogspot.com/2009/10/larangan-berprasangka-dalam-islam.html
http://ibnuabbas.wordpress.com/2009/11/22/kedudukan-persepsi-dalam-islam/

My make-up

Eh. korang nilailah sendiri. Tebal sangat ke make-up meks nyah hey!!! Sampai bleh masuk Beauty Drag Queen kah??? Choi!!! P*** sangatkan kakak... Aiyoo... Emo ni emo sesangat... Sesungutlah!!! Muka dah macam kawah bulan ni pon... Adoh... Perempuan-perempuan. Lu bikin wa betul-betul kusut!!!

Effect from that jerk e-mail

God!!! I'm so speechless. I don't have any idea how am I going to face after this with her, with the whole class which full of flowers and with any womens especially on general.

Sometimes, women always makes me feel annoying and miserable. Not all of them but most! It's ok to be acted like, because that are what women had been created. They had gifted with a mind and nine desires. But, not in this such of simple and easy matters. Aiyoo.. What wrong with all of them??? What they are thinking about??? Sick!!!

For the first time in my life, I think I should agreed with article that had been posted by Realiti Sebuah Kehidupan titled Kisah Perangai orang Perempuan. Just klik on [here] and read it by your own.

Suddenly Mie terfikir, pergi ajelah luar negara kahwin dengan lelaki Mat Saleh. Lagi senang!!! Ai... So Annoy!!


E-mail tak puas hati (SENT)

Because of her misinterpretation on me, I think I should make her understand and know where her situation should be... So I replied her e-mail with this. I'm not judging person, but because of my love to her, I don't want her be part of joke other persons. But as usual, people always condemn me because of my words that they always wrongly understood. I'm just sick to be surround by this KIND of people where I'm always can understand them but they always point me as damn...

Orang pandai kata, tapi tak pernah nak guna ortak kalau nak kata...

WHAT U SHOULD KNOW... (and as usual, I'll mumbling with thousand words)

Assalamualaikum WBT

Terima kasih atas luahan yang diberi. Saya sebagai seorang makhluk tuhan yang bukan luar biasa amat-amat berterima kasih atas luahan secara jujur yang CIK tujukan pada saya. Secara jujurnya, ya memang saya terpukul dengan luahan jujur dan ikhlas dari CIK. Terima kasih banyak-banyak atas segala-galanya.

Saya hanya mengulang ayat dari perenggan pertama -> “ur last chance is over..n I’m done wit it..” Itu tepulang pada penilaian CIK sendiri. Bagi saya secara peribadi tak ada apa yang perlu saya ubah. Saya tetap saya dan saya ada pendirian untuk bersahabat dengan orang. Saya bersahabat bukan untuk memutuskan. Tapi kalau keputusan CIK untuk memutuskan persahabatan kita ataupun tidak mahu bercakap lagi dengan saya, saya tak boleh nak bantah apa-apa. Terpulang pada CIK sebab macam CIK sendiri kata -> “kita bukannya betul untuk kata orang lain salah... kita bukannya cantik sangat untuk kata orang lain hodoh... kita bukannya sempurna untuk kata org lain cacat”… Jadi jelaslah tak semua manusia tu sempurna. KITA TAK SEMPURNA, TAPI, KITA BOLEH BERUSAHA UNTUK MENJADI YANG SEMPURNA. MANUSIA SENDIRI TAK BOLEH LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN. Macam yang CIK sebutkan -> kita bukannya sempurna. Kekhilafan itu memang tidak boleh dinafikan selagi namanya kita manusia.

Ya, saya akui. Saya tidak pernah sekali-kali menyebut di hadapan cik secara peribadi atau secara terang-terangan, yang CIK ni -> saya ambil ayat CIK sendiri “u look sweet today”.. “nice” or “cute”. Saya akui, CIK memang bukan orang yang cantik pada pandangan mata saya jika nak dibandingkan dengan rakan wanita cik yang lain di dalam kelas. cik gemok, banyak lemak sana-sini, gigi tak rata, berat tak sesuai dengan badan. Tapi itu BUKAN UKURAN pada pandangan saya. Apa yang saya pandang pada CIK, BUKAN KECANTIKAN LUARAN yang CIK miliki, TAPI saya menilai CIK dari sifat dalaman CIK sendiri. Biarpun orang kata CIK tak cantik pada mata mereka, tapi sekurang-kurangnya CIK TETAP CANTIK PADA MATA SAYA dengan pembawakan diri CIK sendiri, dengan sifat peribadi CIK sendiri. Ya, memang betul, U R WHAT U R. Sebab orang lain cermin diri kita CIK. Sehingga ke hari ini, sehingga saat artikel balas ini saya tulis untuk CIK, saya masih kagum dengan peribadi dan sifat dalaman CIK. Tapi, lepas artikel ini habis ditulis, padangan saya pada CIK mungkin sedikit berubah. MAAF saya katakan, CIK SAMA SAHAJA MACAM RAKAN WANITA CIK dan RAKAN WANITA SAYA YANG LAIN -> Bercakap secara tak rasional dan terlebih emosional. Sebab tu, orang selalu berpesan -> JANGAN SESEKALI MENUNDING JARI PADA ORANG LAIN. KITA TAK SEDAR TIGA LAGI JARI MENUNDING PADA KITA, DAN SATU PADA ORANG YANG TAK BERSALAH. ORANG YANG BERSALAH MUNGKIN RAKAN WANITA CIK YANG LAIN ataupun SESIAPA SAHAJA LEPAS INI YANG AKAN MELIHAT PERUBAHAN LAYANAN SAYA PADA CIK DENGAN KETARA. MAAF… SEBAB CIK SENDIRI yang mengubah presepsi pandangan saya pada CIK yang selama ni KAGUM dengan CIK.


CIK, seorang lelaki memang tidak dapat tidak lari dari sifat EGO. CIK, andai katalah satu hari nanti CIK bertemu jodoh yang sesuai. CIK nilailah sendiri berapa kerap LELAKI BERTUAH itu akan mengucapkan kata-kata sayang pada CIK. Nasihat saya, janganlah makan hati kalau LELAKI BERTUAH itu jarang-jarang menyebut yang CIK cantik dan dia sayang pada CIK. CIK, bagi saya yang BODOH DAN CACAT ni, saya masih seorang LELAKI. Saya masih punya EGO. Bagi saya sebagai LELAKI, tak semua benda saya perlu luahkan secara berdepan. ITU PERBEZAAN lelaki dan peremuan. LELAKI lebih mudah memuji orang lain dari orang yang rapat dengannya. CIK boleh lihat contoh, berapa ramai lelaki yang HIPOKRIT setelah berumah tangga. Contohnya, masakan. Sama ada sedap ataupun tak, ditelan. Tak sedap, cari makanan luar. TAPI, walaupun saya LELAKI YANG MEMPUNYAI KECENDERUNGAN UNTUK MENJADI HIPOKRIT LEBIH TINGGI DARI PEREMPUAN, saya tak mahu jadi LELAKI yang macam itu. Paling tidak saya berlaku jujur pada CIK.

Kenapa saya tegur CIK??? MAAF saya ulang sekali lagi. CIK SAMA SAHAJA macam wanita lain, BERCAKAP LEBIH EMOSIONAL BERBANDING RASIONAL. Kenapa CIK tak mahu mengambil pendekatan ini secara positif sebaliknya MENAMPAR saya dengan kata-kata yang begini? Sepatutnya CIK rasa bersyukur sebab masih ada lagi orang yang SAYANGKAN CIK walaupun terdampar jauh dari kampung sendiri. Tapi, CIK ambil pendekatan ini negatif. Tak mengapalah. Terpulanglah pada CIK sendiri. Biar saya perjelaskan pada CIK mengapa saya tegur CIK.

CIK, macam saya katakan tadi. CIK memang TAK CANTIK. TAPI saya tak mahu CIK terus-terusan TAK CANTIK dan menjadi bahan umpatan orang. Saya rasa, saya yang dekat dengan CIK. APALAH SALAH SAYA NAK MEMPERBETULKAN keadaan CIK. APALAH SALAH SAYA NAK MENJADIKAN ORANG YANG TAK CANTIK SEDIKIT CANTIK? APALAH SALAH SAYA, NAK MEMPERBETULKAN APA YANG TAK SESUAI DIKENAKAN AGAR TAMPAK SESUAI DIKENAKAN? Sepatutnya semua orang ambil pendekatan teguran secara positif. Bila kita menegur orang, kita patut sedar “Oh, masih ada lagi orang yang ambil berat tentang aku, masih ada lagi orang yang nak aku tampak cantik”. “Oh, ni tak sesuai, tak apa. Mungkin aku boleh cari sesuatu untuk dipadankan agar lebih sesuai”. Tapi tulah lumrah manusia bergelar WANITA. Bila ditegur, MACAMLAH KITA NAK MEMALUKAN DIA DEPAN KHALAYAK RAMAI. Sepatutnya macam kes semalam. CIK ELIZA, CIK MASHILA tak perlu pun tahu hal ini. Tapi, bila CIK memalingkan muka, secara tak langsung orang tahu. So, benda yang kecil dipanjangkan. Nak buat macam mana… Saya rasa saya komen CIK BUKAN nak menjatuhkan air muka CIK. AT LEAST CIK tahu apa yang sesuai untuk CIK. TAPI macam CIK katalah… -> lantaklah nk pakai ape pn... and I’m so sorry to say this tp who giving u the right to say right or wrong? match or not……………hidup, kalau tak boleh menyenangkan orang,jangan menyusahkan orang.. I know that I’m not beautiful and everything I wear is not gonna fit me or sometimes it might be worst..but..hey!!!! i’m me...so, up to me lah nk pakai ape, macam mane, wat color……..do I look like I care??!!!


SEBAB saya amik barat fasal CIK saya tegur. TAPI bila CIK dah kata macam ni, BAIKLAH. TERPULANGLAH PADA CIK NAK PAKAI APA PUN LEPAS NI. MUNGKIN hari ni CIK digelakkan oleh SEORANG DUA, JANGAN ESOK LUSA DIGELAKKAN DEPAN KHALAYAK CUKUPLAH CIK. DEMI ALLAH, SAYA TAK ADA NIAT NAK MEMALUKAN CIK HATTA MENJATUHKAN CIK.


CIK, saya tahu saya tak sesempurna mana. Bukan macam LELAKI TIPIKAL yang lain, yang CIK RASA bagus sebenarnya HAPRAK!!! LELAKI yang tahu nak berasak, tahu nak menendang bola, tahu nak buat aktiviti yang mencabar. Kesempatan ini, saya jugak nak mengucapkan TERIMA KASIH sebab CIK pernah nak terima sedanya LELAKI CACAT NALURI MACAM SAYA. Ya, tak semua masyarakat boleh terima. Orang mungkin boleh terima orang cacat, berkerusi roda, tapi orang tak mungkin boleh terima LELAKI CACAT NALURI MACAM SAYA. Saya tak kisahpun CIK apa yang orang nak kata. SESUAI ATAUPUN TIDAK, NAK MENJATUHKAN ATAU MEMBANGUNKAN, saya terima dengan hati yang terbuka dan lebih positif. Saya tahu niat saya. SAYA BUKAN nak MELACURKAN DIRI MENARIK PERHATIAN ORANG RAMAI TERUTAMANYA LELAKI YANG MACAM CIK SELALU FIKIRKAN, YANG MANA KALAU SAYA BERTINDAK IKUT EMOSI, SAYA PATUT MAKAN HATI MACAM CIK. KONONNYA RAPAT, TAPI MASIH TAK FAHAM SAYA. BANYAK BENDA YANG SAYA RASA NAK MAKAN HATI, SAKIT HATI DENGAN CIK SEBENARNYA. KALAU SAYA SENARAIKAN, untuk 4 semester kita bersama, saya rasa SAKIT HATI YANG SAYA TANGGUNG LEBIH BANYAK DARI CIK. TAPI SAYA KETEPIKAN HAL YANG REMEH TEMEH MACAM NI SUPAYA PERSAHABATAN BOLEH BERJALAN LANCAR. BIARLAH. SAYA TAK NAK MEMULAKAN SEBARANG SENGKETA DAN TAK NAK MENGAKHIRKAN APA-APA. CIK YANG MEMULAKAN PANJI KETIDAKPUASHATIAN, saya sambut dengan tangan terbuka. Saya hanya inginkan rasa yakin diri bila berdepan dengan orang. Rutin hidup kita dari pagi ke petang, saya hanya ingin nampak segar dan masih elok dipandang. Ingat CIK tak pernah tegur saya????? CIK INGAT??? “FAUZZAN, MANDI KE TIDAK PERGI KELAS NI???” Ayatnya itu lebih hina saya rasa dari menegur “MANA ADA ORANG MAKEUP SAMPAI KE SITU?” yang mana asalnya cik seorang sahaja yang dengar. Ayat CIK satu kelas dengar dan semua mata memandang, kalau orang salah interprate, MACAMLAH SAYA NI TAK BANGUN PAGI SOLAT SUBUH. KREDIBILITI SAYA SEBAGAI SEORANG LELAKI CIK HERET SEKALI DENGAN AYAT CIK yang saya rasa ketika itu, ”Tak apalah, nak bergurau agaknya”. Apa yang saya buat??? Saya balik, saya rapikan diri saya walaupun saya belek muka banyak kali dan bertanya, betulke, betulke. Dalam hati saya berterima kasih dengan CIK sebab menegur saya. Kalau tak, apa pulak pandangan orang lain pada saya. Tapi CIK???? PENDEKATAN ini yang CIK ambil… Huh…


CIK, saya seorang penari. ENTERTAINER yang selalu diajar untuk bersedia dan sentiasa nampak cantik. Saya TAK NAFIKAN, yang itu semua tak perlu untuk dipakai. Tapi macam saya cakap tadi, saya mencari keyakinan diri untuk berdepan dengan orang dan cuba bersedia dengan segala kemungkinan. Saya akui, mungkin ramai yang pandang saya jelik. Tapi, effectnya besar. Contohnya di hari temuduga hari tu. PADA PENDAPAT CIK, apa akan jadi kalau saya berkeadaan macam ORANG YANG TAK MANDI PAGI YANG CIK SEBUTKAN TU??? Tapi saya bersedia dengan kemungkinan untuk ditemuduga. Akhirnya dalam bilik temuduga tu, penemudga tak membuat gaya macam pondan-pondan lorong, tak mengajuk saya macam LELAKI-LELAKI HAPRAK yang CIK selalu bangga-banggakan tu. Sebaliknya, dia bertanya adakah saya terlibat dalam dunia lakonan? CIK boleh bandingkan sendiri orang yang ada akal dengan orang yang cakap dengan bebal.


BUAT MAKLUMAN CIK SENDIRI, LELAKI-LELAKI HAPRAK yang CIK BANGGA-BANGGAKAN tulah yang selalu melanggan pondan-pondan dalam kampus ni. MUNGKIN CIK TAK TAHU. TAPI SAYA TAHU. Berapa ramai LELAKI yang KONONNYA GAGAH DEPAN PEREMPUAN, MENGAIBKAN ORANG, tapi bila malam merangkak cari pondan??? CIK, saya sendiri pernah kena. SIANG SAYA DIKUTUK, MALAM bertanya BILIK ADA KEKOSONGAN, nak ajak berteman dalam kamar. CIK, KALAU SAYA BERMAKEUP UNTUK TARIK PERHATIAN ORANG, dah lama CIK saya buat semua bende terkutuk tu. TAPI SAYA MASIH ADA PENDIRIAN. SAYA BUKAN LELAKI TIPIKAL YANG HIPOKRIT MACAM CIK BANGGA-BANGGAKAN TU. DEKAT DEPAN, CAKAP MEMUJA, SAYANG, TAPI DEKAT BELAKANG, CIK DIKUTUK HINA DIKECAM. CIK, tulah dunia lelaki yang CIK NAK BANGGA-BANGGAKAN walaupun TAK SEMUA LELAKI berperangai demikian. LEBIH ELOK BERCAKAP DEPAN DARI DIPANDANG SERONG ORANG. BERKATA YANG BENAR WALAUPUN TU MENYAKITKAN!

CIK, CONTOH-CONTOH yang CIK berikan tu semua untuk persembahan pentas, bukan untuk kegunaan harian. CIK mungkin boleh mengambil ILHAM dari CONTOH yang ada untuk kegunaan harian tapi sesuaikanlah mana yang padan. Saya menegur untuk kebaikan. Biarpun CIK buruk pada mata orang, TAPI saya nak CIK cantik pada mata saya. Entahlah, mungkin CIK AJE YANG MASIH TAK NAMPAK DAN TAK SEDAR.


CIK, saat artikel ini saya balas, MAAF SAYA KATAKAN, cukuplah SAYANG saya pada CIK berheni setakat ini sahaja. Biarlah… SAMA ADA CIK TAHU ATAUPUN TIDAK, keputusan untuk kebaikan bersama saya dah ambil. Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Benda pun dah jadi. Saya tak nak meludah ke langit terpercik muka sendiri. TUGAS SAYA bukan untuk menjaga hati orang aje. PERNAH TAK ORANG FIKIR APA YANG SAYA RASA, SAKIT HATI SAYA? SAYA HARAP APA YANG SAYA LUAH DEKAT CAFÉ HARI TU CIK BOLEH AMIBIL IKTIBAR, SEJAUH MANA SAYA MAKAN HATI DENGAN CIK, TAPI CIK MELETAKKAN EMOSI SEBAGI DAHULUAN. Tak apa… Biarlah CIK. Saya doakan agar CIK berjaya pada masa akan datang dan bertemu dengan orang yang boleh menegur CIK dengn LEBIH BERHEMAH. Akibat KEKHILAFAN DAN KEBODOHAN SAYA, serta KEJUJURAN CIK, SAMA-SAMALAH KITA TANGGUNG ya.


Akhir kalam dari saya, cubalah fikir positif sikit apa yang orang lain kata. Tak semua teguran tu untuk menjatuhkan. Teguran hanyalah untuk mendatangkan kebaikan tapi bagaimana teguran itu disampaikan dan sejauh mana ia diambil pusingan, itu yang bakal menentukan. CIK ORANG PANDAI, CIK fikirkanlah. Jangan kata orang lain tak boleh menerima kesalahan dan teguran, MUNGKIN CIK PERLU MUHASABAH untuk menganal apa erti kebaikan dan pengorbanan yang orang lain dah lakukan.


KALAU BUKAN KERANA SAYANG SAYA PADA CIK, SAYA TAK AKAN TEGUR CIK. TAK ADA LELAKI DALAM DUNIA NAK TENGOK APA YANG DISAYANG ITU BURUK!!! NILAI SENDIRI.


E-mail tak puas hati (RECEIVE)

Gencatan tak akan jadi rupanya... Pagi-pagi lagi Mie dah terima mail yang bunyinya macam ni... No editing ok. Semua clear...

E-email ni Mie terima dari rakan wanita kelas Mie yang puncanya menegur make-upnya sedikit hanya untuk membuatnya kelihatan sempurna. Niat Mie bukan nak menjatuhkannya, sebaliknya nak membantu. Ya, mungkin e-mail ini akan mengubah persepsi orang pada Mie paling tidak pun membuka pekung sendiri. Tapi apa yang Mie nak kisahkan??? Tak ada apa yang mengubah pun... Tepulang pada penilaian orang nak kata apa pun...

“kita bukannya betul untuk kata orang lain salah...
kita bukannya cantik sangat untuk kata orang lain hodoh...

kita bukannya sempurna untuk kata org lain cacat”


Dear fauzan….MR PERFECT WANNA BE


U might be surprise coz receive this email from me..well u’ve done enough n I really can’t stand it anymore..i promise to myself that I’m giving u the last chance..n guess wat? here it come..ur last chance is over..n I’m done wit it..


Ever since we know each other..if I can refreshla…(n plz correct me if I’m wrong)..u never praise or give good comment to me like.. “u look sweet today”.. “nice” or “cute”..but…Its ok..i’m good with it..i.n fact I don even need that acknowledgment..seriously..i don care if u don’t say something nice to me n I really damn appreciate if just ignore me..


Its just the thing that..i really hate ur terrible comment like u always did, not just to me but most to everyone in the class..ni tak betol..itu tak betol..ini tak match..itu tak kena..huh..so annoying…Like u can have done it any better..


Look fauzan..i really appreciate ur comment but it is most recommendable that u just shut your mouth up..i mean..who needs that?! You make me pissed off today.. i understand that MAYBE ur intention is good..but people can differentiate la between comment yang “membina” n menjatuhkan”..and you know wat? I don’t even feel that it is a comment yang membina..tak pernah rasa mcm 2 pun!!


So..pleasela..i don’t expect much from u..just please stop embarrassing me or others.. lantaklah nk pakai ape pn... and I’m so sorry to say this tp who giving u the right to say right or wrong? match or not……………hidup, kalau tak boleh menyenangkan orang,jangan menyusahkan orang..


I know that I’m not beautiful and everything I wear is not gonna fit me or sometimes it might be worst..but..hey!!!! i’m me...so, up to me lah nk pakai ape, macam mane, wat color……..do I look like I care??!!!


I'm tired with all these people judging me which doesn't concern them..always remember..orang lain pn ade perasaan...orang tak cbok tegur pn u wear mascara..eyeliner..color lens although everyone know that guy SHOULD NOT wear those gurlz thing..lagilah tak betol …..tp do you even heard we say something like that to you??!!NO rite?? N you know why??its definitely bcoz we RESPECT YOU n its seems that u DON’T RESPECT us by saying those annoying words…memang marah n sakit hati..


Wake up lah mR perfect wanna be…human is not perfect and there will never be..so do I…..I”M NOT A PERFECT HOLLYWOOD STARLET…if you really good in “make up thing” so congratulationlah..it is good for you…but please..don ruin others day or life by saying something yang menyakitkan hati…kalo nak tegur pn….tegur with honor…kita bukan dlm rancangan “tangkap muat”, extreme make over or Deco2…in fact..who are we to say it is right or wrong? Kt pertunjukan fesyen pn..ingat eyes make up diorang cantik ke?sesuai ke?tp still dpt no.1 lagi wlpn extreme make over dia 2…cant u see???

And td kt class u say that “MANE ADE ORANG PAKAI MAKE UP SAMPAI KAT SITU” and here it comes..i’m giving u the evidence…the proof…the conformation…nothing is wrong or right when it comes to fashion or make up….here we go….watch and learn mR pErfect WANNA BE….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...