Kalau anda hendak dia menghormati anda
Maka anda kenalah hormati dia dulu...
-KDL-
Tertarik sangat dengan ayat tu hari ni dan membuatkan Mie terfikir something...
=D
Mie boleh hormat orang, tapi orang tak tahu langsung nak hormat Mie. Mie tak kacau hidup orang, tapi orang masih sibuk nak jaga tepi kain Mie just on the ticket pernah berkawan. Nak tanya gak, siapa bagi hak nak menyibuk. Mie rasa Mie tak perlukan kawan yang sibuk nak menjatuhkan orang lain... So, Mie BOSAN!!!
So, Mie conclude somethinglah berdasarkan ayat tukang sibuk
1) I should stop blogging
2) Tukarkan blog ni kepada blog rancangan khas untuk kanak-kanak tadika dan kanak-kanak kelas peralihan
3) Tukarkan blog PERIBADI ini kepada blog masak memasak, hiasan langsir, gubahan hantaran perkahwinan, dan andaman
4) Jadikan blog sampah dengan bubuh banyak gambar yang tak relevan agar tak ada pembaca terus dan kaki sibuk yang tak nak baca tapi kondem macam-macam
5) Ni paling kronik Mie fikir -> I will open this blog juz on invitation. Hahahahaha.
Biarlah orang nak tuang pasir dalam periuk nasi, tapi memang Mie memang dah tak tahan menyampah gila dengan orang yang tak faham bahasa Melayu -> "Jangan ganggu hidup aku". Cakap elok dah, cakap tak elok dah, tak tahu nak cakap macam mana.
So, from now on sampai entah tak tahu, Mie tak nak update apa-apa dah. Sebab bosan asyik menahan dan buat orang yang tak ada kena mengena dalam ini gambar dan hidup Mie nak jadi tukang tambah nasi. Kalau kenyang tak apa gak. Ni buat kena darah tinggi aje. Nak hidup senang pun tak boleh! Betul kata kawan-kawan, blog ni semua orang boleh baca, jadi kena terima consequences. Tapi asyik terima aje, nak jugak memberi sekali sekala... Fitam~ Huhuhuhuhu...
Semoga anda berpuas hati.
Kepuasan anda keutamaan kami. =)
Terima kasih kerana membaca blog ini. Mie akan kembali tapi bukan buat masa ni. Bagi yang banyak membantu dengan kata-kata membina -> terima kasih banyak-banyak. Jasa korang Mie tak lupa, dan yang tak membantu langsung malah sibuk nak menjatuhkan -> pun terima kasih banyak-banyak. Anda dalam kenangan bersama debu yang terbang.
Bhuai!!!




























