Followers

Wednesday, June 30, 2010

To whom it may concern-Part I

Sambil menyisip Hazelnut White Coffee, dia masih menunggu kelibat lelaki itu untuk muncul dihadapannya. Jam di lengan kanannya dikerling lagi untuk kesekian kalinya. Sudah hampir satu jam dia memanaskan tempat duduk di Old Town White Coffee itu dengan punggungnya. Dia bagaikan sudah tidak betah lagi untuk terus menunggu lelaki itu mampir di hadapannya.

Sebenarnya, bukan kiraan minit menunggu yang menjadi bahan ukuran buatnya. Tapi sepasang mata nakal dan sekelumit senyum yang kerap dilemparkan kepadanya oleh lelaki yang mengambil pesanannya yang sedari tadi asyik memerhatikannya, membuatkan dia serba rasa tidak kena. Segala tindak tanduknya bagaikan diperhati oleh lelaki itu. Dia menoleh ke kanan, di situ jugalah lelaki itu muncul di hadapan mengambil pesanan sambil memberi jelingan. Dikalih renungannnya ke kiri, sekali lagi lelaki itu mencemar pandangannya membersihkan kotoran itu dan ini dengan lirikan. Kalau diikutkan kata nakal hatinya, mahu sahaja ditarik pelayan itu duduk semeja menemaninya dan berbual mesra. Pandang lama-lama, boleh tahan juga. Rupa dan bentuk eloknya ada persis 'Jacob Black' walaupun agak rentung sedikit. "Hurm, not bad," monolog sendirian lantas senyum dan gelengan dilempar ke lantai. Sesekali berniat nakal. Kepalanya dah terbayang aksi yang bakal dilakukan. Tiba-tiba hatinya berdetik, "Tu kalau dia seorang, kalau dia paksa kongsi ramai-ramai mana tempat nak diletakkan?" Simpang malaikat mintak dijauhkan lantas dia mengucap panjang.

Tak mahu lena dalam keindahan permainan mata, beg bimbit yang berada di sebelah dudukannya segara diraba. Pemain mp3 segera dikeluarkan. Mahu mengalihkan sedikit perhatian terhadap 'Jacob Black' yang berada hampir dengannya. Dia harus teguh berpegang pada janjinya. Lelaki itu harus ditunggu. Pertemuan itu mesti berlaku kerana banyak perkara yang harus dibicang dan diselesaikan. Selagi kata sepakat tak diambil, selagi itulah masalah itu tak akan selesai. Minuman dihadapnnya disisip lagi menghilangkan kegugupan. Kenyitan baru dilayangkan. Main mata pulak dah ni. Kalau rapuh, mahunya dia rebah dalam dakapan saat itu juga. Waiter pun waiterlah, janji rock!!!! Apa ada hal. Masih berbaki nakal.

Lagu Rossa; Hati yang Kau Sakiti menghiasi gegendang pendengaran awalannya. Nafsu nakalnya sedikit terpadam. Hatinya sedikit sebak tiba-tiba. Kenangan lalu muncul tiba-tiba di hadapannya bagaikan pemain rakaman yang tak henti memutar layar. Dia tidak mahu mengenang apa yang dah berlaku. Biarpun cukup pahit untuk ditelan, namun dia tak mahu kalah dan akur dengan keadaan. Dia tak mahu dibuai kenangan. Apa yang lebih penting, dia tidak mahu lelaki yang bakalan ditemui itu mengesan sebarang kehibaan. Segera tangannya menekan butang 'forward' pada pemain mp3nya. Dia hanya mahu lagu yang menyenangkan, melambangkan kebahagiaannya bersama-sama dengan keluarga dan kehidupan barunya di sini. Berazam.

Lelaki yang dijanjikan masih juga belum mencongol lagi. Terdetik juga sedikit amarah di hati. Janji nak makan bersama tengah hari, tapi jangankan batang hidung, bayangnya mungkin jauh sekali. Penyeksaan. Perutnya pula dah berkeroncong mintak diisi. Lagipun memang dah 'time'. Mahu sahaja dia mendahului lelaki itu mencekik, tapi tak manis rasanya. Dia mengerling jam sekali lagi. Mengeluh. Jari jemarinya yang runcing diketuk-ketuk ke meja mengikut alunan lagu yang didengarinya. Mulutnya dimuncung-muncungkan ke kiri ke kanan. Menghilangkan kebosanan menunggu. Tiba-tiba, dia terhenti, terpaku melihat dua orang pelatih ALAM berjalan menuju ke arahnya. Benarkah apa yang dilihatnya. Tak mungkin lelaki itu. Mungkin pelanduk dua serupa, mungkin juga dia tersilap pandang. Menyedapkan hatinya. Pemain mp3nya segera dimatikan. Lagu yang didengar tak lagi menjanjikan ketenangan hatta menghilangkan kebosanan. Apa yang dilihatnya lebih enak dan menyelerakan.

Tak berkedip dia memandang gelagat dua orang pelatih itu yang sedang asyik bergelak sakan. Mana bisa. Tak mungkin lelaki itu. Dia segera melarikan pandangan dari dua makhluk Tuhan itu walaupun telinganya menangkap hampir jelas suara-suara itu semakin hampir kepadanya. Ya Tuhan... Mengapa perlu bertandang di saat dia mahukan ketenangan... Dia segera menyumbatkan telinganya dengan pemain mp3. Sengaja dia menguatkan suara pemain mp3 berkenaan. Dia segera memejamkan matanya. Tidak mahu mendengar apatah lagi melihat aksi yang bakal menyakitkan hatinya. Muka itu... Rahang itu...

Kenangan empat bulan lalu menjelma...

'Sojar Laut'...

Tuesday, June 29, 2010

Maaf atau tidak-Result

Seperti yang telah dijanjikan, Mie akan post jawapan bagi kuis 'Maaf atau Tidak' dalam entri yang lepas. Alah, baru selang satu entri. Baca sendiri dalam kuiz di bawah ini jika anda masih blur-blur belum ketemu sebarang jawapan ya.

0 - 4 Markah
Hati mu masih keras untuk memaafkannya. Belum ada walau sebesar kuman sekalipun kamu cuba untuk memaafkannya. Mingkin si dia telah melakukan kesalahan yang begitu menyakitkan hati mu dan telah buat kamu begitu menyesal sepanjang bersama dengannya. Memang wajar orang sepertinya tidak dimaafkan dan diberi pengajaran agar si dia sedar serta tidak mengulangi kesilapan yang sama pada orang lain. Namun kamu juga harus melihat diri sendiri. Selagi belum memaafkannya, selagi itulah kamu sentiasa mengingatinya.Rasanya lebih rugi andai banyak masa dihabiskan berfikir untuk orang yang telah menyakiti hati kamu. Oleh itu, cubalah untuk terima apa yang telah di lakukannya dan memaafkan apa juga kesalahan yang dilakukan asalkan si dia benar-benar insaf dan tidak menyakiti hati mu lagi.


5 -9 Markah
Bagus... Kamu sudah berusaha untuk memaafkan kesalahan yang dilakukan. Di akui memang menyakitkan. Tetapi kamu sudah cuba untuk bertemu dan tidak lagi menyalahkan dirinya. Rasanya hati dan jiwa akan lebih tenang begini. Andai tiba-tiba kamu jadi sedih ataupun menyesal, cuba ungkapkan perasaan mu itu dengan menulisnya di dalam diari atau luahkan pada teman yang kamu percaya. Kamu pun masih dalam proses untuk memaafkan bukan? Jadi kalau kamu masih ingat-ingat sedikit dan berasa sukar untuk memaafkan, itu memang wajar. Cuba lagi di lain hari.

p/s: Diary is diary
Kawan yang baik tak akan menyokong prasangka buruk dalam diri kita. Prasangka tu tak elok. Huhuhuhuhu.


10 - 14 Markah
Yes!!! Kamu sudah benar-benar telah memaafkannya. Mungkin juga kamu seorang yang mudah lupa dengan kesalahan orang lain atau kerana memang berusaha keras untuk memaafkan si dia. Apa pun alasannya, kamu harus bangga dengan diri sendiri kerana begitu kuat menghadai dugaan yang menimpa. Selepas itu, kamu mungkin boleh membantu teman-teman lain yang belum memaafkan orang lain. Dapat juga beramal.

So, dah dapat jawapannya. Tepuk dada tanya selera masing-masing. Nak ke tak nak. Artikel ini dipetik dari REMAJA bilangan 570 15 Mei 2010 no. ISBN PP4028/12/2009(022774). Mana tahu kalau tak percaya. Sekarang semua benda nak fakta ni. Huhuhuhuhu.

Ada orang bagi Mie cerimin supaya boleh nilai diri Mie sendiri. Alhamdulillah, Mie dah kenal diri sendiri. Tapi Mie terpaksa pulangkan dengan cermin retak macam ni. Kenapa ye? Biasannya lebih banyak. Pantulannya pun tak sama. Kalau nak cantik, pilihlah ruangan yang besar. Jelas. Kalau pilih yang kena sambung-sambung. Tapi imej pantulannya taklah cantik sebab disambung. Terima kasih banyak untuk cermin tu. Ada makna tu, ada makna..

Sunday, June 27, 2010

Maaf atau tidak

Mie jumpa bende alah ni dalam majalah. So sesaje la menggatal nak jawab kuiz ni. So lepas jawab tu tergerak nak kongsi dengan korang bahan bacaan ni. Sesuka aje. Korang boleh jawab dan nilai sendiri diri korang tu sama atau tak. Mie rasa keputusan tu samalah dengan Mie. Calit-calit. So selamat membaca, menjawab sendiri, dan muhasabah sendirilah. =)

Sebaiknya kamu cubalah untuk menerimanya dengan hati yang terbuka. Namun jangan hanya mulut sahaja yang kata kamu bersedia memaafkannya tetapi dalam hati masih berharap dapat membalas apa yang telah dilakukannya terhadapmu. Jadi, sekiranya tidak pasti sama ada kamu sudah bersedia memaafkannya ataupun masih berdendam, cubalah kuiz ini.

1) Setiap kali ingin bertemu, sedaya upaya kamu mengelak dengan alasan kamu kerana masih perlu waktu untuk memaafkannya.
(-1-) Ya
(-0-) Tidak

2) Di saat si dia menghulurkan pertolongan dan bantuan, kamu akan cuba memberi pelbagai alasan untuk menolak.
(-1-) Ya
(-0-) Tidak

3) Biarpun si dia memohon maaf, namun kamu masih sukar untuk menerimanya sepenuh hati?

(-0-) Ya
(-1-) Tidak

4) Kamu boleh bercakap tentang kesilapannya sambil ketawa. Bagi kamu kesilapan yang dilakukan terhadapmu telah menjadi cerita paling kelakar dalam hidupmu.
(-1-) Ya
(-0-) Tidak

5) Kamu selalu terfikir untuk membalas dendam sama seperti apa yang pernah si dia lakukan padamu.
(-0-) Ya
(-1-) Tidak

6) Kamu selalu berdoa agar si dia tidak akan melakukan kesalahan yang sama dilakukan terhadapmu pada orang lain?
(-1-) Ya
(-0-) Tidak

7) Apabila berbual dengan teman-teman lain, kamu berusaha untuk memancing mereka dengan bercakap hal yang buruk-buruk mengenai si dia?
(-0-) Ya
(-1-) Tidak

8) Kamu punya prinsip -> 'Andai mahu diri mu dimaafkan, jadi kamu juga harus belajar memaafkan orang lain'.
(-1-) Ya
(-0-) Tidak

9) Setia kali bertemu si dia, kamu akan berpura-pura seperti tidak nampak. Takut disakiti lagi?
(-0-) Ya
(-1-) Tidak

10) Setiap kali teringat tentang si dia, jantung kamu juga akan berdebar kencang. Masih ingat setiap yang dilakukan pada mu?
(-0-) Ya
(-1-) Tidak

11) Kamu masih belum mampu untuk mamaafkan kesalahan si dia kerana terasa ia baru sangat terjadi. Kalau sudah lama kamu mungkin boleh lupa?
(-0-) Ya
(-1-) Tidak

12) Sewaktu ada orang bertanyakan tentang kesalahan si dia pada mu, kamu hanya tersenyum sambil berkata, "Sudahlah, cerita yang lepas tidak perlu dikenang lagi".
(-0-) Ya
(-1-) Tidak

13) Gara-gara si dia, kamu jadi trauma dan sukar untuk percaya pada orang lain?
(-0-) Ya
(-1-) Tidak

14) Si dia menghubungi kamu dan ingin berkawan semula dengan kamu kalau tidak pun sebagai pasangan kekasih tetapi sebagai kawan biasa tetapi sudah pasti jawapan kamu tidak berminat
(-0-) Ya
(-1-) Tidak


Korang try-trylah jawab kuiz ni ok. Jawapan kuiz ni akan Mie keluarkan pada entri yang akan datang. Oh ya, jawab sekali aje tau. Jujur pada diri sendiri. Huhuhuhuhu. Mie dah tahu jawapan Mie = 7. Tu jawapan jujur dari Mie. Apa yang Mie pilih, Mie sendiri yang tahu.

=)

Saturday, June 26, 2010

Bila mama dah bukak mulut


Masa korang baca entri ni, Mie pun tak sure Mie dekat mana buat apa. Sebab segala entri ni Mie just forward. Post ikut schedule aje. Ada masa taip-taip, kumpul, susun. Huhuhuhu. Kiranya benda yang korang baca ni semua benda lama. Huhuhuhu. Benda baru, cuma inai di jari tu... =)



Hari ni landing baek punya dekat rumah sambil silang panggung baca novel. Mama balik aje kerja terus duduk depan Mie. Dalam kepala ni dah tau dah. Kalau tak ngajak aku buat ketupat, memang nak buat ketupatlah tu. Hahahahaha. Tapi Mie masih duduk mengadap novel lagi. Bila mama mula bersuara aje, barulah Mie fokus pada dia. Mulanya
Mie ingat dia nak ajak Mie buat ketupat. Tapi ayat yang mama cakap dengan Mie hari tu memang agak lain nadanya. Bercakap tentang soal masa depan, umur, kerjaya, cucu cicit. Adoi... Dah tak senang nak duduk sebenarnya bila dia bercakap pasal benda ni. Hurm... Bila mama mula bersuara pasal benda ni, Mie diam ajelah. Dengar ajelah.

Kali ni mama dok senarai panjangkan calon-calon menantu yang dia nak. Ha, sesiapa yang ghasa-ghasa nak jadi menantu mama Mie bolehlah rujuk entri ni. Anak mama ada tiga, so mana-mana bolehlah pilih sendiri. Ha??? Nak Mie jugak? Ehehehehe... Tanya mamalah. Kalau dia bagi, oklah kot. Huhuhuhu. Saya masih ada mak bapak lagi tau. =D

1) Agamanya
Mama kata dia tak mengharaplah orang tu alim-alim ya'mat. Cukuplah ada fundamentalnya yang satu tu. Mama kata takkanlah dia masih becelana tapi menantunya tu bertudung labuh sampai kaki pulak. How? Biasa-biasa sudah.



2) Hormat orang

Mama kata dia tak nak menantu yang kuang hajo. Tak gheti nak hormat orang,tak faham siatuasi. Kalau Mie pun, jumpa Mie bagi pelempang. Eh, kalau nak kawen sekali pun, kena ingat. Kau kawen bukan dengan anaknya aje, tapi seluruh keluarganya. Tapi kalau mak bapak pun tak tau nak hormat, tak tau nak respect sesama manusia, ikut kepala kau aje, baik kawen dengan batu. Batu tu boleh gantung atas kepala. Tengok mana yang lagi keras. Batu ke kepala kau. Boleh? Mie tak berkenan orang yang tak tahu nak hormat orang lagi-lagi depan orang tua. Jaki.



3) Ghopenye
Mama kata tak payahlah cari yang cantik sangat. Susah nak jaga. Biasa-biasa sudah. Janji tau tanggungjawab, tau nak menjaga diri, jaga maruah keluarga, cukup. Tapi kalau dah rezeki dapat yang cantik takkanlah nak tolakkan. Alhamdulillah ajelah. Huhuhuhu. Mie pun bukanlah nak yang ghope menawan. Sedap mata memandang sesejok ibu mengandong cukop. Asalkan dia tahu hormat Mie, hargai Mie, dan terima buruk baik Mie seadanya, macam tu jugak Mie pada dia, insya-Allah... Bahagialah rumah tangga.



4) Kerjaya
Mama ni dah warning Mie awal-awal. Kalau tak ada keja, jangan nak kawen. Mama nak Mie jaga anak orang elok-elok. Elokkan... Huh... Menyampah ni. Macam mana elok kita amik, macam tulah elok juga Mie kena jaga. Kalau selama ni hidupnya senang, jangan seksa bagi dia hidup susah pulak. Tak elok. Mama kata kalau boleh, biarlah dia pun kerja. Cari kerja kerajaan. Senang hidup. Taklah kais pagi makan pagi, kais petang berlapor. Sayangkan bini layan aje kehendak dia. Tak boleh macam tu. Mama kata. At least dia boleh berdikari sendiri.



5) Pandai bawak diri
Ni yang penting mama kata. Kalau masuk kandang harimau tak payahlah hang dok mengembek, susahlah. Nak mengembek pun, pelan-pelan aje. "Bheek, bheek bheek..." Tak payahlah nak "Mmmbheeeeeeeeeeeeekkkkk!!!"



Hurm... Bila Mie kaji-kaji balik semua ciri-ciri ni, sikit sebanyak sama jugak macam yang Mie nak. Mie pun masih dalam proses nak belajar betulkan diri. Lagipun kehidupan ni bukan mudah. Insya Allah... Kalau diizinkan oleh-NYA, adalah nanti. =P


Selamat pengantin baru... Tetibe... =P

p/s: Excited sangat dapat kawen ni, eh silap... nikah. Ha, kan lebih sopan dan tertib bunyinye...

Friday, June 25, 2010

Nasi minyak bakal menantu

Uit, baru tutup blog takkan nak under construction lagikan? Biar betik... Huhuhuhuhu

Ish, tak ada maknenya nak tutup blog lagi. Biorkan ajelah, bagi orang tengok pulak. Dah cukup-cukuplahkan hampir dua bulan Mie senyapkan diri. Dua bulan tu pun Mie rasa dah cukup untuk buat Mie sedikit stabil dan buat orang faham. Tak faham... Lantaklah sana. Bukan kerja aku. Orang lain update Mie rasa nak baca Mie baca. Macam tak de mood Mie taip aje. Huhuhuhuhu. Biar mengaku awal-awal.

Sebab tak tahu nak cakap pasal apa, Mie cuma nak cakap pasal construction yang sedang giat dijalankan di rumah ayah ni ha. Bukan rumah Mie eh. Rumah Mie sendiri tunggulah dalam dua ke tiga tahun lagi. Dah riki-riki jugak dekat dengan Nilai 3, makan masa jugak nak ke Kuala Lumpur, dekat dengan LCCT. Oklah tu kan. Tengah dalam usaha mengumpulkan aset untuk masa depan. Lagipun Mie rasa dah sampai masa nak jadi lebih dewasa sikit. Tak naklah jadi budak-budak sangat. Umo aje dah tua, perangai hingusan. Siapa nak?

Mie sendiri tak tahu kenapa ayah nak memperbesar rumah ni lagi. Mie rasa dah cukup besau dah rumah ni ha. Actually dah dekat seploh tahun jugak kami sekeluarga duduk dalam rumah ni. Dari Mie darjah enam sampailah dah besau panjang macam ni. Apa yang panjang entahlah? Hahahahahah. Peel pun macam budak-budak lagi. Asalnya, rumah ayah ni ada tiga bilik tidur, satu ruang untuk solat, dapur, dua ruang tamu dan toilet. Kira cukuplah tu. Kebetulan pulak Mie dengan Ngangah bukan selalu ada dekat rumah. Masing-masing belajar dekat boarding school so yang dekat rumah ni mama, Cik Husna dengan ayah ajelah.

Tapi lima tahun lepas tu, ayah bercadang nak perbesar lagi rumah ni. Alasannya anak-anak dah balik. So, dari rumah yang kecik tu dah ditambah dengan satu lagi ruang tamu, satu dapur, satu stor dan satu bilik. Bilik siapa? Bilik Mie. Dekat mana? Dekat dengan dapur. Kenapa? Senanglah Mama nak bangkitkan Mie suruh buat sarapan pagi-pagi sebelum dia gi kerja. Huhuhuhuhu. Bibik sangat Mie dekat rumahkan? Huhuhuhu.

Pendekkan cerita, sekarang ni rumah ni dah cukup besar bagi Mie sekeluarga. Kalau mau di sapu lantainye, lagian mau dingeper segala, ya satu dua jam jugak mau dikerjain. Waduh... Capek bangat sih. Selalu jugaklah Mie bertekak dengan Cik Husna pasal urusan kerja rumah ni. Mana nak mengemasnya, nak masak, nak membasuh sebab Cik Husna ni kadang-kadang tak boleh nak berlebih kurang dengan Mie. Nama aje perempuan. Pemalas habis lalu. Kang dia tak buat, mulut akulah yang peng pang pot pet. Dalam bising-bising tu, tangan ni gerak jugak. Daripada kena bebel balik sebab tak siap, baik Mie buat kerja-kerja ni.

Cuma entah apa yang ayah dengan mama fikir pun Mie tak tahu. Tiba-tiba kata nak besarkan lagi rumah ni. Terkejut mulanya Mie dengar. Usha punya usha dari Cik Husna, ghopenye dalam diam-diam ayah dah pasang hajat nak menambat tali persaudaraan antara dua keluarga untuk anaknya. Sebab tu diperbesar rumah ni, jadi senanglah anak menantu cucu nak duduk senang lenang. Lagipun nak buat kenduri kendara, mana nak campak sedara mara semua. Sebab tu ayah perlebaq rumah kami ni. Huhuhuhu. So, consequencesnya bilik Mie dari belakang dipandahkan ke hadapan dengan keluasan yang lebih besar dari bilik angah dan Cik Husna. Tak cukup dengan tu, bilik ayah dah dipecahkan untuk dijadikan ruang tamu sebab tak cukup nanti kalau orang nak berimpit tengok perantin agaknya. Toilet tambah lagi satu dan dapur pun tambah lagi satu. Mak aih... Makin banyak kerja aku lepas ni. Huhuhuhuhu.


So, jadilah macam ni buat masa ni...



Tak boleh tunjuk banyak-banyak. Sikit aje. Nak tahu, kena datang rumah Mie. Mesti soalannya siapa nak naik pelamin? Mie ke? Mestilah anak ayah and mama yang dah bekerja. So, jawapannya... tunggu dan lihat. Sampai kad jemputan tu, yelah kot... Kalau tak sampai tu... hehehehehe ajelah. =P

Mie tak nafikan nanti ada soalan nakal bertanya -> "Ada ke orang nak kawen dengan kau? Mampu ke kau?" Jawapan Mie senang aje, semua kena cakap awal-awal ni -> Lantaklah. Janji aku bahagia dengan family aku. Dok nak menyibok tak tentu pasal tu nape. Persoalannya balik -> "Mampokah kau?" Gitiewww... Hahahahaha.

p/s: Entri ni bukanlah nak menunjuk ke hape, tapi Mie memang dah tak de idea nak hupdate sesangat. Lagian kepenatan mata memandang rumah yang bersepah dengan bahan-bahan mentah pembinaan dan 'budak-budak' yang sekarang ni dok ligan kemain.

Thursday, June 24, 2010

Tak pikir lagi

...

Jam di dinding direnung dengan dahi berkerut. Jari sepuluhnya diangkat sambil mulutnya terkumat kamit mengiring gerak jari satu persatu.

"Ish, tinggal satu jam lagi dia nak balik. Aku nak masak apa malam ni nak isi tembolok dia tu. Masak ni salah, masak tu tak kena. Tekak nak citarasa aje, ingat aku tukang masak hotel? Pening pening..."

Punggungnya segera diangkat dari duduk menuju ke peti sejuk. Mulutnya tak henti membebel tanda tidak senang terhadap 'dia' yang selalu sahaja mengomen tindak tanduk perilakunya. Pintu peti sejuk dua pintu sebelah atas dibuka sekadar meninjau apa yang ada. Kalau ada jejari ayam, memungkinkan mudah kerjanya. Kosong. Mulutnya masih lagi tak henti membebel. Lancar dan bersahaja bebelannya ibarat senapang yang ditarik picunya. Pintu sebelah bawah dibuka dan dia duduk bertinggung mengais apa yang ada di dalam bekas simpanan sayur. Terpandang dia sawi jepun. Dalam kepalanya dah berkira-kira juadah apa yang ingin dihidangkan kepada 'dia' nanti.

"Miow..."

"Ei, sibuklah kau ni Chemong! Kan aku baru aje bagi kau makan. Takkan nak makan lagi. Nantilah... Aku tengah banyak kerja ni. Tuan kau dah la nak balik. Kalau aku tak siap masak ni, silap haribulan aku dengan engkau sekali dia masak. Kau nak? Dah, pergi sanalah... jangan kacau aku", gerutunya sambil menolak sedikit kucing putih berbaka parsi dalam lingkungan 6 bulan yang meleset-leset disekelilingnya.

Dia menoleh jam. "Matilah aku. Ni semua kau punya pasal Chemong". Rasa takut, kalut, geram dilempiaskan pada kucing yang tak bersalah itu. Chemong hanya duduk di sisinya sambil matanya terkedip-kedip memandang tubuh genit itu melangsungkan kerjanya. Dia bingkas bangun.

"Kelekuk!"

"Aduh, meletup! Eh, sakitnya kepala aku!" Terbongkok-bongkok dia menahan sakit dek kerana terlanggar pintu peti sejuk bahagian atas yang lupa ditutupnya tadi. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit.

"Tengok, ni semua kau punya fasal tau!".

Marahnya memangsakan kucing itu. Dia segera menutup pintu peti sejuk bahagian atas lalu membawa tangan kanannya kembali ke tempat perlanggaran. Benjol.

"Awak nak marahkan kucing tu kenapa? Apa salah dia pada awak hari ni?"

Terkedu dia mendengar paluan suara garau yang entah dari mana munculnya. Dia kenal suara itu. Dalam hati hanya tuhan yang tahu perasaannya ketika itu. Kalau jantungnya boleh melompat keluar, agaknya dah jatuh tersembul.

Iskandar menapak ke arah Chemong lalu dikendong dan diusap kepala kucing itu.

"Ha, yang awak dok tercegat macam patung Chendana tu kenapa? Dah tak ada mulut nak jawab, dah tak ada mata nak pandang saya ni? Dah bangun."

Seperti dikawal dengan alat kawalan jauh, Julia bingkas bangun dan membawa sayur tadi ke singki untuk dicuci.

"Awak dah masak ke belum?"

Senyap. Mahu sahaja dijawab pertanyaan lelaki itu, namun imbauan kisah enam bulan lalu masih menghantui dirinya. Dimarah kerana gagal menyiapkan juadah tengah hari walaupun ketika itu dia hampir sahaja selesai menggoreng sayur. Sejak dari hari itu, dia hanya menjawab dan berkata bila dirasakan perlu. Tangannya ligat membersihkan sawi. Mahu sahaja dia memutar waktu agar dia dapat menyiapkan juadah sebelum lelaki itu pulang. Telinganya sengaja dipekakkan. Dia tahu lelaki itu tidak akan mengapa-apakan dia selain hanya mampu menghamburkan marah dan herdik yang menyakitkan hati. Selagi dia diam, penat berleter senyaplah lelaki tu. Dalam hatinya sempat mengomel "Dah tahu aku basuh sayur ni, dah tahu tak ada apa-apa atas meja, maknanya tak siap lagilah. Tu pun nak tanya. Aku tengah basuh kain dekat singki ni agaknya!"

"Juliana binti Sabri"

"Pulak... Nama penuh dia tiak aku ni. Tapi kenapa lain macam aje orang tua ni bunyinya." Getus Juliana dalam hati.

Dia berpusing. Terkejut. Lelaki itu sedang berdiri hampir dengannya. Terundur dia ke belakang merapati singki.

"Awak dah masak ke belum?" Lembut dan tenang sahaja intonasi lelaki itu mengutarakan soalan.

"Errr... be... be... belum..." Lambat-lambat dia menjawab.

"Sakit?" Tanyanya lagi.

Juliana hanya mengangguk bagaikan pesalah yang menanti untuk dijatuhkan hukuman.

"Mari sini saya tengok. Mana tahu berdarah. Kalau berdarah teruklah awak. Silap haribulan kena jugak tiga empat jarum."

Gelabah Juliana memeriksa kepalanya. Diperiksa tangannya mana tahu ada kesan darah. Boleh jadi kata lelaki di hadapannya itu betul. Terkekeh-kekeh Iskandar menahan gelak melihat tingkah kelam kabut Juliana dengan mimik muka yang lucu. Terhenti Juliana. Sedar dirinya sedang diperhatikan. Menunduk dia malu kerana mempamerkan sifat kelam kabutnya itu.

"Takkanlah terhantuk pintu peti sejuk boleh berdarah awak..." Kata Iskandar sambil menahan gelak. "Dah, pusing. Mari sini saya tengok,"kata Iskandar.

"Urm... Tak apalah, sikit aje kot. Nanti saya tuam dengan air suam. Eloklah nanti." Tolak Juliana dengan tersekat-sekat sambil meloloskan dirinya ke rak pinggan mengambil apa entah yang dia sendiri tak tahu. Gugup. Iskandar hanya memerhatikannya sambil mengangguk. Orang tak mahu.

"Oh ya, hari ni tak payah masak. Awak simpan semua benda-benda ni balik. Malam ni saya nak bawak awak ke luar. Kita makan dekat luar aje malam ni, faham?"

Berpaling dengan kerutan seribu di dahinya, Juliana bagaikan direnjat mendengar arahan yang keluar dari mulut lelaki itu. Muka lelaki itu direnung sekejap meminta kepastian. Ada senyum terukir di wajah lelaki itu seolah faham dengan kebingungannnya. Dengan lambat dia menjawab soalan lelaki itu tanda faham. Agak berpuas hati dengan jawapan Juliana, Iskandar segera berpaling dan melangkah menuju ke ruang tamu meninggalkannya dengan seribu satu persoalan yang bersarang minta dirungkaikan.

"Huh..." Satu keluhan tanda kelegaan dilepaskan. "Lepas beban aku hari ni. Nasib baik tak kena marah. Seronoknya sesekali dapat cuti umum macam ni. Taklah pening kepala aku nak puaskan hati dia. Tapi tak pernah-pernah umur dia buat macam ni. Angin apa pulak yang dah masuk kepala dia. Takkanlah salah makan pulak. Kalau salah makan sarapan pagi tadi, aku pun tak betul macam tu. Kenapa ye?" Juliana berkira-kira sendiri. "Tapi, kalau aku tak masak, aku nak makan apa tengah hari ni? Ish dia ni pun..." Bebelnya sendirian sambil mengemaskan segala benda yang dah dikeluarkan.

Bagaikan magnet menarik besi, "Oh ye. Awak masak untuk awak seorang makan aje tengah hari ni ye." Iskandar seolah dapat mendengar bebelannya walaupun jarak ruang tamu dan dapur dipisahkan dengan ruang makan dan dinding tebal. Terkejut Juliana mendengar suara Iskandar. "Dia dengar apa aku cakap ke?" Soalnya sendiri. Dia mengukir senyum selepas Iskandar berlalu kembali ke ruang tamu. Perubahan agaknya. Tangannya pantas membersihkan sawi untuk digoreng dengan sos tiram sebagai sampingan juadahnya hari itu.

Kalau dah pro

Masa korang baca entri ni, event ni dah berzaman kot. Ni event pertama yang Mie join lepas balik dari Pantai Timur. Actually, event ni untuk Karnival Rakan Muda. Mie pun sebenarnya tak sure event ni untuk apa. Kalau balik Batu Pahat aje, kalau dorang call suruh join show, kalau tak clash dengan mana-mana event, Mie join aje. Joget ajelah, bukan suruh ergi perang. Best ke tak best ke event tu, join aje. Kekadang tu, esok pagi nak buat show, malam baru cari lagu, malam tu jugak practice. Tak ke terneneng kepala hotak. Kalau practice sampai ingat tak pe, kekadang tu sekali dua kali dah. Tapi tulah kelebihan penari-penari kat Batu Pahat ni. Cakaplah nak buat ape, petik aje, terus buat. Kira berani matilah. Kalau salah perform, buat muka dono aje sudeyh~

Show yang Mie join kali ni melibatkan anak-anak dari sekolah rendah. So, agak meriah jugaklah persembahan yang kitorang buat ni. Tengok adik-adik yang cumel disanggul, dimakeup dengan bulu mata bagai... Alalalala... Dah macam ibu-ibu dari Persatuan Ibu-ibu Tunggal. Walaupun koreografnya simple aje, tapi bestlah bagi Mie. Mie puji anak-anak yang masuk persembahan ni. Perubahan last minit untuk sesuaikan dengan keadaan stage tak buat dorang blur. Kalau tak silap Mie, dua kali aje kitorang buat latihan, terus perform. Gilelah... Kalau dah pro, tak boleh nak cakap apalahkan... Anak-anak tu patut diberi pujian. Hat dewasa tak payahlah nak cerita. Kalau lupa nak duduk bangun tu, bak kata coach Mie -> "Korang banyak makan semut ek?"

Tapi sayangnya Mie tak ada gambar dengan anak-anak tu. Semua dalam kamera orang lain. Yelah, show aje kot. Takkan nak bawak kamera bagai. Ibu-ibu anak-anak tu ajelah yang bersungguh-sungguh Mie tengok. Video pun, Mie tengok pada orang... So, tak bolehlah nak tunjuk macam mana... Dalam simpanan Mie ada yang ni aje...



Ni semua sebab janji sharp 7.45 siap, last-last aku jugak yang tertinggal sebab sibuk menyiapkan orang... Hahahaha. So petik gambar dengan orang yang tertinggal ajelah.

p/s: Kualiti gambar kurang memuaskan... Meremang bulu romaku...
Lor, kenapa baru perasan dorang pakai bunga belah kanan... Tu untuk orang dah kawen aje... Alah, show aje pun... Ade aku kesah?

Wednesday, June 23, 2010

Bacaan khas untuk Si Kepala Dua

Entri kali ni, Mie nak sekadar nak kongsi info yang Mie dapat dengan korang aje. Manalah tahukanj satu hari nanti info ni ada gunanya untuk korang khususnya yang mempunyai 'Dua Kepala' ye. Hahahahaha.

Seperti yang diketahui umum, tenaga terhasil daripada makanan yang kita makan melalui proses tindak balas yang berlaku dalam setiap sel. Rangkaian tindak balas kimia ini tidak boleh dihasilkan dengan ketiadaan enzim yang mengandungi selenium.

Ada kalanya dalam proses penghasilan tenaga, molekul boleh terpecah sehingga mengakibatkan terhasilnya bahan pengoksida berbahaya yang boleh memusnahkan membran sel anda. Kolutatlon peroksidase menghentikan tindak balas bahan pengoksida ini sebelum berlakunya sebarang kerosakan. Tanpa selenium,
kolutatlon peroksidase tidak boleh dihasilkan, malah membran sel anda mungkin akan musnah.

Sebenarnya selenium sangat berguna kepada sisitem imun kita. Ia membantu melindungi makforaj, iaitu sel darah putih yang banyak membunuh virus, bakteria dan unsur asing yang lain. Selain dari itu, sendi dapat berfungsi baik daripada oengambilan selenium yang mencukupi. Penghasilan mukopolisakarida memerlukan selenium. Molekul ini akan melincirkan pergerakan sendi dan memastikannya berfungsi dengan lebih lama. Tanpa pelincir, tulang dalam sendi anda akan berlaga antara satu sama lain dan berkemungkinan besar menyebabkan artritis reumatoid. Lagi satu, kalau tak payah nak ketuk-ketuk lutut kata 'kurang air' pulak eh... =P

Selenium juga berfungsi untuk menyerap logam berat di dalam tubuh anda. logam ini boleh memasuki tubuh anda melalui pencemaran udara, asap ROKOK mahupun daripada makanan yang kita makan. Apabila selenium menyerap logam berbahaya, logam ini boleh dikumuhkan dengan selamat daripada tubuh anda. Jika ia tidak dikumuhkan, maka ia akan merosakkan organ anda dan boleh mendatangkan penyakit kanser.

lelaki memerlukan selenium lebih daripada perempuan kerana selenium terdapat di dalam bendalir air mani dan kepekatannya galiannya sangat tinggi. Pengambilan selenium yang mencukupi mampu untuk mengurangkan risiko lemah syahwat dan kemandulan. So, pendek kata kita perlu mengambil makanan yang mengandungi selenium. Selain itu, jika anda mengmbil makanan semulajadi yang selamat anda akan memperolehi selenium yang mencukupi untuk mencegah penyakit kanser dan reumatisme sambil memastikan membran sel anda secara sihat. Salah satu makanan yang anda boleh cuba adalah dengan bijirin beras perang. Mie rasa dekat pasar raya dan emporium ada aje jual benda ni.

So, gilah cari dan selamat maju jaya. =P

Tuesday, June 22, 2010

Dia tahu kita sayang dia

ENTRI INI SANGAT SERONOK DI BACA DENGAN ANAK-ANAK YE. BACAKAN SEBELUM MEREKA MASUK TIDUR. NAK BACAKAN UNTUK TIDURKAN ISTERI ATAU SUAMI PUN BOLEH~

Terberanak aje entri ni, dah sebulan 20 hari dah umur kembar yang berdua ni. Hakikat sebenar dua bulan. Entri ni cerita lama tau. Mie sendiri tak sangka akan secepat tu. Padahal jarak dorang dengan abangnya tu baru aje lima bulan. Tengok dari peel dan gaya abangnya yang masih nak 'mengempeng' dengan maknya tu, abangnya tu masih boleh dikategorikan dalam golongan budak-budak atau kanak-kanak lagi. Setahun pun tak sampai, apa sangat yang abangnya tahu. Tapi Mie suka sangat bila berita tentang kelahiran si kembar ni sampai ke telinga. Ni jugak jadi salah satu punca Mie nak balik awal dan tinggalkan Terengganu cepat-cepat sebab tak sabar-sabar nak tengok muka dorang, nak bagi makan, kelek-kelek, manjakan. Eeee... Pendek kata memang teruja bila dengar tentang kelahiran dorang.

Nak tahu tak? Nak kenal dengan dorang tak? Meh sini Mie kenalkan dengan korang semua dengan kembar yang Mie maksudkan. Nilah kembar yang Mie maksudkan tu... Jeng jeng jeng...


Hahahaha.Nilah anak Amoi yang terbaru. Gambar ni Mie tangkap masa dorang berumur sepuluh hari. Mie tiak dorang Ayang ngan Anje. Hari-hari dok kepit suara panggil dorang. Nanti mesti dorang tertinjau-tinjau. Cumel... Since tak ada orang nak dipanggil Ayang or Anje, Mie tiak la 'budak' dua ni dengan panggilan tu. Tapi sayang panggilan tu tak lama sebab mama dah tukar dah nama dorang jadi Bambang dengan Budi. Terpengaruh sangat cerita Indon mama aku ni. Tulah, tengok lagi Benci Bilang Cinta lakonan Marshanda dengan Baim Wong yang ala-ala romantik. Berkenan sungguh dengan hero dengan heroinnya. Cocok bangat deh kalian dua. Mandingan nikah aja... Malalut!

Sebenarnya, Mie pun tak sangka yang Amoi akan beranak secepat ni. Masa Mie balik rumah dulu-dulu, dia masih membawa perut. Mielah yang jadi mak bidan tukang urut-urut perut dia kononnya nak bagi senang bersalin. Maunye kucing nak minum air akar selusuh yang pahit tu. Tekak kucing tak sama tekak orang. Mama pun heran sampai tertanya-tanya, kucing bunting berapa lama. Mie bukan veterinarian, so tak boleh nak jawab soalan tu. Tapi kira cepat jugak sebab Dijot baru masuk lima bulan dah dapat adik baru. Siapa Dijot pulak eh? Dijot ni ha...


Actually Dijot ni anak first Amoi dalam rumah kitorang ni. Mie nak cerita tapi tak sempat nak cerita. So compile aje. Dijot ni dulu ada adik jugak. Tapi mati sebab entah macam mana Amoi ni gonggong sana ke mari terjeblos dalam tempayan air. So matilah anak dia dan tinggallah Dojit sekor-sekor. Ni gambar Dijot dengan adik dia masa kecik dulu. Kita rewind lima bulan sebelum ye.



Macam Dijot, Ayang dengan Anje ni jugak ada kembar lagi sekor. Tapi sayang, kembar ni tak jadi lagi. Mama kata masa Amoi beranakkan anak yang pertama kembar Ayang ngan Anje ni, kitten yang masih dalam karung tu tak bergerak. Amoi pulak buat selamba aje. Mama kata dah mati. So, Cik Husna yang ada masa hari kejadian pergi tanam. Kesian. Tapi dua ekor yang ada ni pun dah cukup buat Mie pening. Tambah dua ekor yang baru ni, dah ada lima ekor dekat rumah. Nenet, Amoi, Dijot, Ayang dengan Anje. Nak tahu tak masa Dijot beranak dulu, Mie yang sambut. Hahahahaha. Siyes. Tak bajet pun. Ingat Amoi masa tu terkencing, tapi tengok gaya dia yang lain pesen, rupanya nak terberanak. Mie la saksi kejadian. Tengok sendiri macam mana kucing beranak. Ngeri. Tak de maknanya kucing beranak macam orang beranak. Senyap aje. Tarik nafas turn nafas, tup-tup keluar aje anak dia dalam karung. Eeee... Takut. dah cerita lain pulak. Kombang tokak ese omak eh...

Mie sebenarnya tahu, Dijot ni masih tak puas lagi jadi budak. Tapi Mie salutelah dekat Dijot dan sayang gila dekat dia. Walaupun tak puas jadi budak, dia tak de rasa nak iri hati ke dengki ke dengan adik-adik dia. Umurnya baru lima bulan, tapi sikap tanggungjawab yang dia tunjukkan buat Mie kagum sebab Dijotlah jugak yang dok jaga adik-adik dia tu. Tak caya. tengok ni...



Memang dia tak pandai apa-apa, tapi dia akan tengok aje. Cuma sekarang dah pandai nak jilat-jilat adik dia. Kalau dia duduk luar dengar adik-adik dia mengiau, dia cepat-cepat masuk kotak kalau Amoi tak ada. Suka Mie dengan dia ni. Tapi kadang-kadang Dijot ni buat perangai pelik sikit. Agaknya tekanan sebagai anak sulong yang kecik tapi dah diberi tanggungjawab yang besar buat dia tertekan. Mana taknya, Mie tangkap dia tengah buat ni...


Dia boleh duduk atas gulungan carpet dekat dalam stor. Puaslah cari. Mie panggil-pangil dia mengiau aje. Cari-cari tak jumpa. Masuk dalam stor, ya Rabbi. Bertuah betul 'budak' ni. Buat orang risau aje.

Macam Mie cakap tadi, Dijot ni masih budak lagi. Tak puas agaknya. So, dia agak manja dengan Amoi. Mana Amoi ada dia pun nak ada. Sampaikan tempat sempit pun dia nak menyelit. Akibatnya jadilah macam ni...



Dah sempit dia masuk jugak nak menyempit-nyempitkan keadaan. Bagusnya Dijot ni time dia nak mandi aje. Nak makan bising kemain. Kita nak jalan pun payah. Asik berpusing-pusing keliling kita. Nak mandi senyap aje. "Jot, belum siaplah!" Nanti dia menopang atas bangku dalam bilik air tu. Tak bising sebab dari kecik Mie dah mandikan dan biasakan dengan air. Sama macam Tommy, Persian Mie yang mati beragan dulu. T_T. Tak macam Nenet dengan Amoi. Kalau tak berbirat tangan ni, tak sah. Si kecik ni, tunggu besau sikitle nak mandi ye... Tapi satu aje yang kadang-kadang buat Mie bebelkan Dijot. Tahulah dia masih kecik, tak puas lagi manja-manja dengan Amoi, tapi sampai datangkan masalah. Mana taknya, bila adik-adiknya menyusu, dia pun tumpang sekaki. Lagi haru bila dia pulak yang over acting. Huhuhuhuhu. Mama sampai cakap, "Jot, mengempeng eh?" Huhuhuhuhu. Kesian dia. Agaknya masa kecik dulu tak puas menyusu. So, bila Amoi beranak aje, dia amik kesempatan sekali. Amoi pun buat tak kisah. So, nak ceraikan dari menyusu kesian pulak. Biokan ajelah...



Sekarang ni, Ayang dengan Anja Mie tu dah pandai dah nak bergurau. Dijot pun join sekali. Dia dah pandai dah nak ajak adik-adik dia tu masuk celah-celah pasu bunga. Habis tunggang-langgang pasu-pasu hiasan mama. Ada kejadian sebiji pasu Serawak pecah, mama suruh angkat semua letak tempat tinggi sikit. Huhuhuhu. Kadang-kadang dalam bergurau tu, sampai menjerit adik-adiknya dia kerjakan. Tapi bagus jugak. Nanti dah besar pandai sikit 'hero-hero' ni nak defence diri sendiri. Hai... Amoi sorang ajelah 'wanite' dalam keluarga dorang. Nak buat macam mana... Bunting lagi ye Moi... Usaha tangga kejayaan =D







Pendek kata sekarang ni, hari-hari Mie dipenuhi dengan telatah kucing-kucing dekat rumah ni. Melihat dorang membesar dengan sihat tu buat Mie puas. Hari-hari Mie lebih terisi dengan penuhkan kepala memikirkan dorang dari Mie fikirkan benda yang tak sepatutnya. Tapi terkadang lepas jugak marah dekat dorang ni. Kadang-kadang malam-malam merengeklah, panjat tingkaplah, pecahkan cerminlah... Buat Mie bebal aje. Tapi bebel-bebel Mie, dengan Mie jugak dorang datang meleset sebab dorang tahu Mie sayang kat dorang. =)

Nak tahu tak apa aktiviti 'budak-budak' tu sekarang ni? Hehehehehe. Ni ha ->




Sorrylah... Gambar tak boleh publish penuh. Half NAKED!!! Takut nanti kang kata pulak tak tahu nak jaga urat, eh auratlah. Nanti tak masuk pulak tema Ad-Din Al-Islam... =)
Tapi tertanya-tanya gak. Kenapa banyak-banyak tempat, kat 'situ' jugak dorang nak menyempit. Agaknye tempat tu 'KERAS' kot. Hahahahaha. Sebelum ni dorang suka landing dekat atas pungkoq sebab Mie selalu 'meniarap'. Tapi tak boleh amik gambar. Tangan tak sampai. Kang suruh orang amikkan, lain yang dia amik. Hahahahaha. Askar hutan sangatkan? Perwira... Dikaulah harapan hati penghibur kala sunyi. Tetibe nyanyi ni untuk avang-avang askar diperbatasan.

Yang ni dah nape la... Aje yang pelik-pelik

p/s: 'Mengempeng' tu bahasa jawa tau... =P
Teringat dulu, sebab addict sangat dengan kucing, dia marah Mie sebab dok gesel kaki dekat kucing sampai tersepak kaki dia. Gesel kucing ke gesel kaki bawah meja... Hahahaha...
Sekarang tengah tunggu arnab kemetot New Zealand. Ada orang janji nak terbangkan khas ni. Waaa... Muacks muacks muacks...

Monday, June 21, 2010

My dream come true


Lewat entri ni korang baca, Mie pun tak tahu Mie nak buat apa dah sekarang sebab kontrak mengajar mie dah pun habis. Huhuhuhu. Pendek kata sekarang ni Mie dalam usaha nak mencari pekerjaan yang baru disamping menjana ekonomi sendiri sebelum kerja yang lebih elok dapat dikecap. Uihhh!!! =P

Sebenarnya Mie nak kongsi cerita ni pada pembaca Mie yang setia. Mie sekadar nak bagitahu yang Mie dah dapat mengajar dekat sekolah lama Mie sebagai guru ganti hanya untuk sementara waktu bagi menggantikan seorang cikgu yang sedang cuti bersalin. Mie diarahkan untuk mengajar Bahasa Melayu bagi tingkatan satu dan dua, anak-anak ikan ye di situ... Hahahaha. Macam manala orang putar belit nak ajar bahasakan? Tapi boleh aje. Mula-mula agak gugup jugaklah. Tapi demi minat dan mahukan nsedikit pengalaman, Mie jalankan jugak tanggungjawab yang dah diamanahkan pada Mie. Tambahan pulak tak lama lagi budak-budak ni nak periksa setengah tahun. Jadi nak tak nak Mie kena sambung jugak. Tak cuba tak tahu.

Ate, ghopenye nak mengajor ni bukan semudah bukak kitab berdiri dekat depan kelas melalak heng sana, heng sini, dan main conteng-conteng. Tapi selagi murid macam blur-blur, so kite kena explain sampaile deme sume faham. Kadang-kadang berbuih cakap benda yang sama berulang-ulang, berjela-jela, tapi selagi tak faham, selagi tulah Mie akan tunjukkan especially anak-anak mata sepet. Adoyai... Sampaikan aku tak faham apa yang dorang cakap. Ni lagi berbelit, tapi munasabahlah kan... Bangsa lain. Bangsa sendiri cakap Melayu pun susah nak faham. Huhuhuhu.

Tapi being so honest, Mie seronok buat benda ni. Tambahan pulak berbakti pada sekolah yang dah jadikan Mie orang. Walaupun agak kekok terpaksa bekerjasama dengan mak ayah sendiri, tapi tu bukan penghalang yang besar buat Mie. Sedikit kesusahan demi pengalaman orang kata. Bila dah jadi sebahagian dari warga pendidik, Mie kena kikis sikit imej keanak-anakan dalam diri ni. Lagipun umo dah tua dah dek. Kang ape anak murid kata bila cikgu turun tangga terlompat-lompat, terkinja-kinja. Malu aje nanti. Huhuhuhu. Tapi Mie amik kesempatan jugak sebab selain mengajar bahasa, Mie ajar jugak budak-budak sekolah lelaki ni zapin untuk persiapan Festival Zapin Johor 2010 nanti. Sempat ajekan... Sampai satu lagi sekolah pun mintak Mie hajorkan untuk persiapan pertandingan. Camne tu? Cikgu masuk bertanding, anak murid masuk bertanding... Ngee =D

Saya suka jadi chegu... Cepat ucap selamat -> Selamat Sejahtera cikgu. =)

Sunday, June 20, 2010

Jalan-jalan cari ...?

Masa korang baca entri ni, dah berzaman dah kot. Huhuhuhuhu. Tapi Mie nak keluarkan jugak untuk tatapan umum.

Sesampai aje dekat kampung, puas jugaklah Mie bercuti merehat-rehatkan badan. Asyik kije nak makan aje. Dekat rumah ni macam-macam ada. Cuma rajin dengan tak aje nak buat. Malas tulang, lapo la perut. Huhuhuhuhu.

So lepas puas bercuti, Mie decide nak keluar cari kerja. Sebenarnya niat asal bukanlah nak cari kerja, tapi nak temankan sorang hamba Allah ni pergi soping bagai. Sebab hari tu kitorang keluar awal, jadi Mie decide nak menyinggah dekat sekolah lama. Saje aje nak melawat chegu-chegu dekat sekolah dengan Kak Pah penyelia asrama yang sangat kecoh. Teringat GEREKORAMA Kebangsaan 2003 2004...

Seronoklah dapat jumpa cikgu-cikgu. Sempatlah berbual bagai tanya khabar macam-macam. Tak kurang jugak yang dok bertanya bila nak makan nasi minyak. Hehehehehe. Bila eh awak kita nak makan nasi minyak? Kerja pun tak, nak makan nasi minyak cam ne. Makan dekat kedai aje bolehlah. Nak masak sendiri masih dok belajar macam mana nak masak nasi minyak. Tak arif lagi. Dalam dok berbual tu, cikgu-cikgu pun cakap jugak. Classmate Mie time sekolah dulu pun dah jarang datang. Sarip, Halim, Abang Khairul, Abang Areyiep, semua tak datang. Tulah, pengarah program tak ajak semua tak nak jalan kan... Korang ni... Nantilah Mie arrange... Kesian mak. Anak-anak semua tak nak melawat ni. Hurm...

Tapi part yang paling best bila Mie jumpa Kak Pah sebab Amirul Hakim anak dia yang Mie selalu kelek, seret kehulu hilir, suap bagi makan dulu dah besar pun. Dah 12 tahun dah budak tu. Dulu masa Mie tolong jaga baru empat ke lima enam tahun. Hakim ingat lagi dekat Mie. Tu yang best. Aih... bilalah nak ada anak ni. Awak, kita nak anak boleh? Hahahaha. Niat ada dah, seru yang tak sampai lagi. Umo tahun depan dah masuk suku abad. Tapi peel masih macam budak-budak. Nak jadi bapak budak macam mana tu? Huhuhuhu. Dalam dok memanja-manjakan anak tu, sempat Kak Pah offer Mie untuk cikgu ganti. Dia beriya-iya suruh Mie pergi pejabat sekolah. Ish, tempat yang aku tak suka. Kang kalau masuk pejabat sekolah tu, berejam la gamaknya. Bercerita macam-macam. Sampai ke petang la Puan Penyetua Kak Midah tu bercerita dengan aku kang. "Dia" yang dok ngikut ni, dah menjeling semacam aje. Lama sangat.

Lepas makan pujuk rayu tu, pergi jugaklah pejabat. Mie jumpa kerani yang sepatutnya, isi form apa yang patut dan dia kata -> "Nanti kita call awak tau kalau dapat." Mengharap sangat tu tak de la. Tapi mengharap jugaklah. Mana tahu dapat. Hehehehe. Dah puas merayap, Mie temankanlah Dia gi soping. Dia ni sape ek? Ni ha...


Ingatkan banyaklah dia nak beli barang. Last-last keluar dengan satu paper bag aje? Lor??? Tadi kemain nyuruh cepat. Macam nak lari aje emporium tu. Tak de maknenya. Mie dapat ape? Dapat penat aje (U_U)...

Saturday, June 19, 2010

After being silent - Part IV

After being silent lagi. Ape lagi la yang Mie nak ceritakan kali ni pulak. Kalau ikutkan list yang menunggu ni, memang banyak lagi yang Mie nak statekan. Tapi bila tiap kali menulis benda ni, berkenaan isu ni, Mie jadi tak best. Rasa marah tu meluap-luap keluar. Macam gunung berapi. Dendam yang Mie simpan ni makin membuak-buak. Mie akan teringat benda yang hamba hamba hamba hamba hamba entahlah berapa banyak hamba Allah yang terlibat dalam pembikinan entri ni.

Entahlah. Dah malas dah rasanya. Benda macam ni kekadang bukan kita nak fikir sangat, tapi dia akan datang dengan sendiri. Bak kata orang, diluah mati mak ditelan mati bapak.

Kemam aje? Nakal eh... Gatai!!! Dah la. Mie ikut nasihat yang diberi...

So, I stop the story here sebab BOSAN. Lagipun penat la nak explain. Tak mo la explain apa-apa... Huhuhuhu

=)

R.I.P.

Friday, June 18, 2010

I am what you are thinking I am


Sebenarnya entri ni Mie teringin nak keluarkan sebab ada seorang pembaca merangkap rakan bloggers buat confession pada Mie. Dia cakap pasal entri Mie yang panjang berjela dan terkadang dia tak habis di baca pun ataupun kekadang baca pun. Huhuhuhu.

Sebenarnya ni bukanlah kali pertama Mie ditegur pasal entri yang panjang berjela ni. Ni masuk kali kedua Mie di tegur pasal benda ni secara tersurat dan diperli sekali secara tersirat. Mie sebenarnya nak ucapkan terima kasih pada yang berani menegur Mie tu. Mie hargai sangat-sangat teguran yang membina tu. Kecik hati tu tak de maknanya sebab Mie tahu dia ikhlas nak bantu Mie. Mana tahu dapat naikkan rating pembaca pulak. Hehehehehe.

Mie bukanlah nak cakap Mie keras kepala tak boleh nak terima teguran dia tu, tapi setiap orang ada cara masing-masing. Ni cara Mie, meraban merapu tulis panjang-pajang. Kalau semua orang nak tulis dengan cara yang sama, tak meriahlahkan. Lagipun Mie cuma meluahkan apa yang terlintas dalam kepala Mie dengan cara sendiri. I'm juz be myself. Tak naklah sebab orang kita terpaksa ubah cara menaip pulak kan? Hormat cara masing-masing cukup. Tapi, apa-apa pun Mie masih mempertimbangkan nasihat dia tu. Tak nak la degil sangat. So, ni masih dalam usaha nak memendekkan entri dan nak mengurangkan permainan warna. Hehehehehe. Mungkin ada kebaikannya... Terima kasih chegu... =) Mie cuba ye...

p/s: Ok tak macam ni?

Thursday, June 17, 2010

After being silent - Part III

Sebenarnya, Mie dah bosan nak cakap pasal benda ni. Asyik cakap benda yang sama aje. Tapi, kalau tak cakap, orang tak faham. So, Mie decide ni last time la nak cakap pasal benda-benda macam ni yang Mie rasa tak mendatangkan faedah pun. Sekarang ni, hidup Mie lebih tenang dan bahagia. Mie happy dengan cara Mie sendiri walaupun Mie tahu ada yang tak senang tengok Mie senang. =)

4) Tanpa dendam di hati

Sekali lagi, ni bukan title lagu Dato' Siti. Tapi tulah hakikatnya dari dulu sampai saat entri ni Mie keluarkan. Mie bukan orang yang suka nak simpan dendam dalam hati. Tapi cukuplah sekali Mie cakap tak nak, tak mahu. Maksudnya memang dah tak nak. Dah tak nak menyebut-nyebut dan tak mahu disebut-sebut. Waimah untuk kebaikan yang Mie dah buat sekalipun, tak payah nak sebut-sebut nama Mie lagi. Biar berpatah arang berkerat rotan. Tu lagi bagus. Kalau tak, nanti dalam hati terbuku dendam. Mana Mie ada kisah pasal orang. Sikap degil, tak nak dengar kata tu jugaklah yang buat Mie firm dengan keputusan yang Mie dah amik.

But since orang tak nak faham. Dah cakap tak nak, tak kenal, tak mahu, tak nak ada apa-apa lagi, dok tiak nama Mie, dok canang macam-macam, Mie rasa nak ubah sikit persepsi awal ni. kalau dulu tak ada dendam dalam hati, Mie ikhlaskan semua sekali, tapi lepas fikir banyak kali, rasanya Mie nak nyanyi lagu Nora pulak -> Dendam dalam diam. Maksudnya simpan sendiri aje.

5) Buat baik berpada-pada a.k.a Sting Jering
Mie akui, ni satu kelemahan Mie yang sangat besar. Baik sangat pada orang, sanggup nak serahkan macam-macam walaupun akhirnya nanti diri sendiri yang susah. Dah banyak kali. Lepas berbual dengan Apiz, lepas apa yang dah jadi macam Mie cakap -> Lebih berhati-hati.

Betullah kata orang tua, walaupun ada yang nak menafikannya -> Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Sebab bila kita buat kebaikan, tak ada orang yang nak buat macam mana kita buat. Orang akan amik kesempatan dan pijak kepala kita balik sebab tahu diri dimanjakan dan kehendak semua diturutkan. Tak ikut citarasa, berubah sikit pun nak jadikan persoalan. Tapi bila dah buat baik selalu, buat jahat jangan sekali. Kenapa? Sebab orang tak percaya, dan tak boleh nak terima jahatnya kita pada orang walaupun orang buat lebih jahat dari apa yang kita buat. So, jadilah bahan cerita yang tak habis-habis. Kesimpulan -> Buat baik hanya pada orang yang tahu nak hargai kebaikan anda. Tapi kalau anda sendiri tak tahu apa erti menghargai, janganlah nak harap bulan ke ribaan.

Effectnya sekarang ni, even kawan ke bakal kekasih ke, sifat lokek tu perlu Mie tanamkan dalam diri. Sayang-sayang jugak, tapi dah seriklah... Fikirkann diri sendiri dulu baru orang lain yang langsung tak ada kepentingan dalam hidup.


6) Kainku carik atau kainmu yang rabak
Kan... Kita suka duduk berkumpul dok cerita pasal orang. Bila orang cerita pasal kita, sampai dekat telinga kita balik, nak melenting bagai. Patutnya dahlah kan... Seri satu samalah. A dah cerita pasal B, B dah cerita pasal A balik. Cukuplah kan. Ni menyambung. Orang lain dok tengok tepuk tangan suka. Kita je kekadang tak perasan.

Kalau tak suka, janganlah nak cerita pasal orang. Kita kadang tak sedar, cerita pada orang lain, orang sampaikan pada kita. Macam Mie cakap, mulut orang ni, lagi yang kreatif tak bertempat, dari cerita sejengkal jadi sedepa. Kita cerita lain, lain yang disampaikan. Tapi kekadang, cakap sendiri pun kalau hati dah tak nak terima, pun jadi lain jugak. Alasan, orang cakap,orang cakap. Dok dengar cakap orang buat apa? Baik tanya sendiri. Nanti bila dah dengar tak puas hati, jaja pulak cerita. Entahlah, Mie bukan suka sangat nak cerita pasal orang. Sebab tu kat hostel Mie duduk dalam bilik sorang-sorang. Tak campur sangat sebab malas nak dengar ayat -> Nak tau tak, dia tu kan... Pendek kata, jagalah diri sendiri. Kalau rasa baik sangat, tak payahlah menjaja cerita. Jaga ajelah mulut.

Ish bosanlah nak tulis pasal benda ni. Sebab masa luahkan benda ni pun, hati dok membengkak lagi. Biar masa yang tentukan. Lambat laun, kebenaran tu akan datang. Hari ni orang dok bertepuk tangan sebab kita jatuh, nasihat Mie, mind ur step ok... =)

Bosan...

Wednesday, June 16, 2010

After being silent - Part II

Macam yang Mie pernah cakap sebelum ni, After being silent almost for two months, there are few things that I can conclude. These entire conclusions also change little bit my perception to something that we call as 'life'. So untuk entri kali ni, Mie nak state conclusions yang dah lama berlegar dalam kepala semenjak Mie diamkan diri.

1) Diary is diary.
Mungkin Mie terpengaruh dengan ayat dalam novel Anuar Kamaruddin yang mengatakan something yang lebih kurang bunyinya macam ni -> Blog ni macam diary, tapi diary yang orang ramai boleh baca dan melalui blog ni, "kita jual diri kita". Kita jual diri kita untuk lebih dikenali, untuk mengenali orang baru, dan saling bertukar buah fikiran. Mungkin pengaruh yang sangat kuat buat Mie lupa apa fungsi blog sebenarnya dan apa niat Mie sebenarnya buat blog ni. Mie rasa Mie patut reset balik mind Mie sendiri untuk betulkan persepsi berkenaan blog. Blog memang macam diary, yang orang boleh baca. Tapi diary dengan blog bukan benda yang sama.

Blog something yang kita nak share pada orang ramai tentang sesuatu benda yang lebih berinformasi dan berguna. Tak kisah la pada sesiapa pun. Tapi diary, sekadar luahan diri kita sendiri tentang sesuatu benda sama ada yang kita suka atau tak yang lebih sifatnya kepada sesuatu yang berbentuk peribadi, maksudnya orang tak boleh baca. Mie rasa Mie dah letakkan sesuatu benda bukan pada tempatnya. So, sebagai kesimpulannya, Mie akan kurangkan coretan berbentuk peribadi ataupun sampah dalam blog ni. Sebaliknya Mie akan coretkan semua tu dalam blog lama Mie -> "ENTAH".
Jadi tak la ramai yang makan hati dengar carut marut dan caci maki Mie. Sebab blog yang lama tu memang dah ditutup dari bacaan umum. Kalau Mie tak nak tulis pun, simpan sendiri ajelah. Mie rasa tu lagi bagus, dari Mie sendiri sakit hati. Lantaklah orang. Selagi dia tak puas, buatlah apa yang boleh asalkan dia puas.

So, blog ni akan kekal sebagai blog, dan diary akan kekal sebagai diary.

2) Bila harus memilih
Bukan nak nyanyi lagu Dato' Siti ye. Tapi ni satu lagi konklusi yang Mie buat. Pengajaran sepanjang hibernasi ni buatkan Mie terfikir siapa kawan dan siapa lawan sebenarnya. Orang nak kata Mie buruk, terpulang. Tapi Mie dah bagi peluang dan orang selalu nak sia-siakan. Sekali dua kali, bolehlah nak melayan. Dah masuk banyak kali, malas dan muak. Lagi benda yang sama asyik diulang-ulang sampaikan yang tak ada kena mengena pun sibuk dia nak kata.

Balik aje kampung, Mie lepak dengan Apiz. Dalam dok bercerita, Apiz cakap dia dah tak kawan dengan kawan
dia lagi baik whereby dalam masa yang sama kawan Mie gak. Biarlah dia. Macam Mie, dah banyak kali dia bagi peluang. But since bekas kawan baik dia tak pandai nak ambil kesempatan pada tempat yang sepatutnya, Apiz pun dah muak dah nak melayan kerenah kawan dia. Apiz cakap dengan Mie -> Dalam dunia ni tak ada istilah kawan baik ke hape ke. Masing-masing ada agenda sendiri.

Mie renung balik cakap dia. Betullah. Mana ada orang yang tak ada kena mengena nak korbankan diri bagai untuk kesenangan orang. Masing-masing ada agenda. Mie renung balik. Betul dan Mie sangat setuju. Orang yang kita anggap boleh percaya pun, kadang-kadang boleh jadi penikam kita. So, Mie dah decide. Nak pilih kawan, Mie kena tengok dulu. Sekadar nak tegor-tegor manja ayam dengan Mie, nak menggedik santai geli-geli ayat, Mie boleh layan. Nak kawan rapat, Mie kena tengok keadaannnya dulu. Pendek kata tak semua Mie boleh adopt sekarang ni macam dulu. Dulu orang layan Mie baik sikit, Mie bagi semua apa yang Mie ada. Sekarang tak lagi. Kena memilih. Sebab batang hidung sendiri dah kena. Dok cerita macam-macam pada orang atas dasar percaya, tapi agaknya telinga dah ke lain, kepala dah masuk angin, cerita yang betul jadi tak betul. Lagipun mulut orang. Cerita pendek sejengkal, dah jadi sedepa. Bak kata orang tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kena hati-hati. Dalam dunia ni yang baik ke yang jahat ke sama aje. Masing-maing ada agenda. So, Mie pun kena ubah cara Mie. Jangan baik sangat sampai orang amik kesempatan pun Mie tak nampak. Kena memilih sekarang ni.

3) Degil tu bagus, tapi...
Mie akui, Mie bukanlah orang yang suka dengar kata orang. Pendek kata Mie ni keras kepala, agak degil dan liat sikit. Cakaplah apa pun, kalau Mie kata tak, taklah. Dek kerana keras kepala ni kalau ada orang cakap apa-apa pasal sesiapa pun, Mie nak terima apa yang disampaikan payah. Orang kata Si Polan ni tak baik, yang tu tak tak elok, yang sana perangai teruk, susah Mie nak percaya. Mie nampak kat luar macam orang yang boleh 'dimakan' hakikatnya payah. Tak kena dengan gayanya, memang tak dapatlah...

Tapi lepas banyak benda pelik yang jadi dan Mie senyapkan diri, Mie fikir keburukan perangai Mie ni. Mie rasa Mie patut dengar sikit cakap orang. Meaning dengar cakap orang tu bukan Mie kena amik bulat-bulat, tapi Mie kena lebih berhati-hati dalam melangkah. Macam yang Mie cakap, dalam dunia ni orang baik ke orang jahat ke sama aje. Masing-masing ada agenda yang tersembunyi. Tak de makna sekarang ni nak cari orang yang ikhlas berkawan dengan orang Lillahi Ta'ala. Ada ajelah yang dia nak. Nak kawan dengan yang ni sebab nak popular, sebab orang tu ada kelebihan, macam-macamlah. So, hati-hati. Again, Mie kena cakap dengan diri sendiri. Don't being so too nice dengan orang sebab orang takkan treat kita sama macam apa yang kita buat. Mie still sama cuma nak lebih berhati-hati.

Mie nak ucapkan terima kasih pada orang yang nasihatkan Mie untuk tak berkawan dengan orang tertentu dan mintak maaflah banyak-banyak sebab Mie tak nak dengar. Tapi sekarang Mie akan kebih berhati-hati.

Cukup dulu tiga. Kang cakap banyak-banyak pun bukan orang nak baca... Hahahahaha. Sambung lain part ok... =)

Tuesday, June 15, 2010

After being silent - Part I

Actually, Mie rasa sedikit bersalah sebab tanpa sebarang hint atau notis, Mie tutup blog Mie dari bacaan umum. Tak sampai sehari Mie tutup blog, ramai yang tanya pada Mie kenapa blog Mie tak boleh nak dibaca lagi, tak kurang jugak yang mintak Mie invite mereka untuk baca isi kandungan blog ni. Entah apa yang menarik untuk dibaca pun Mie tak tau. Mie sekadar menulis ikut sedap hati, akal, dan mulut nak cerita. Lagipun Mie cerita bukan nakkan publisiti atau nak cetuskan kontroversi yang entah ape-ape, tapi sekadar medium nak luah apa yang Mie rasa. 'Diary' maybe, tapi yang boleh dibaca dan dikongsi dengan orang.

So, sebagai mukadimahnya Mie mintak maaf banyak-banyak kepada pembaca blog yang sudi nak singgah dan baca coretan Mie dan terima kasih sebab masih sanggup nak menunggu blog ni dibuka untuk bacaan umum semula.

Mie tak pasti, tapi mungkin ada yang bertanya kenapa Mie tutup blog, ke mana Mie dah pergi, ke Eropah ke? Huh... [Menggeleng berkali-kali sambil sinis, boleh?], dan kenapa Mie mulakan dengan tulisan Hindi sebagai comeback? Pergi India ke? [Gelak gelak gelak...] Banyak soalan bermain dalam fikiran. Tu tak masuk lagi andaian-andaian dan mulut orang yang dok memikio banyak benda yang tak patut dipikio. Semua tu perlu dijawab dengan penjelasan. Mie masih lagi nak dok berkira, sama ada perlu atau tak penjelasan. Apa guna? Mie jawab jugaklah soalan tu. Sebab mahu membeza akal, hati, dan amarah. Cukuplah tu...

Ok, selepas hampir sebulan lebih berehat dari menaip karangan berjela [padahal hari-hari menaip jugak, cuma bukan untuk tatapan umum], Mie decide untuk buat comeback. Tapi, comeback ni comeback yang Mie rasa lebih bermakna dari dulu. Comeback yang penuh dengan pengisian lepas 'DIA' banyak bagi nasihat dan
sedikit sebanyak mematangkan fikiran Mie. Terima kasih banyak-banyak. Sebenarnya bukan nak sangat cerita pasal benda yang lepas. Barang yang lepas tu biarkan ajelah. Tak ada guna nak ingat, tapi Mie lebih nak fokuskn pada apa yang ada di depan Mie sekarang ni. After being silent almost for two months, there are few things that I can conclude. These entire conclusions also change little bit my perception to something that we call as 'life'. Mie akan coretkan nanti.

Bagi coretan first part ni, Mie cerita sikit ajelah dulu ek. Nanti cerita banyak-banyak kang orang kata Mie nak buat antologi. Hehehehehe. Mie sendiri tak tahulah kenapa. Agaknya dah jadi macam trend sekarang ni kot orang gunakan medium maya ni sebagai satu medium untuk menjatuhkan orang, menyusahkan dan mengganggu ruang peribadi orang. Tempiasnya termasuklah Mie. Tapi Mie tak naklah salahkan orang 100%. Kang orang kata pandai cakap aje kan, sebab silapnya pada Mie jugak. Dek kerana silap Mie, tekanan dan gangguan dari orang yang tak faham bahasa Melayu, Mie tutup blog ni. Tapi tutup-tutup blog pun bukan tutup sesuka tapi tutup yang berisi.

Sebenarnya Mie terima tekanan yang melampau yang Mie sendiri tak pernah nak fikir nak buat pada orang lain. Sebenarnya apa yang dia buat sebelum ni tak jadi kudis pun. Lantaklah. Tapi bila Mie dengar khabar yang hamba Allah ni sampai nak ambik tindakan undang-undang atas hasil tulisan Mie, terkedu Mie. Bila diperiksa balik, betul... Mie ada copy lagi. Tapi biarlah. Buat simpanan dulu. Kang kata nak mengaibkan pulak. Entah ape yang dia tak puas hati sangat Mie tak tahu. Nak kata cerita pasal dia pun, haram nama dia Mie nak sebut. Sebab tak nak dikaitkan lagi dengan dia. Cukup-cukup. Orang awam yang baca ni pun rata-rata Mie tanya tak kenal watak dan peran dalam hasil tulisan Mie. Rata-rata membaca tak habis pun. Tapi since ada yang jadi Kak Nam tolong usulkan blog Mie untuk dibaca pada mata umum koloninya, tu agaknya sampai timbul cerita nak ambil tindakan undang-undang. So, sebagai bekas pelajar jurusan ni, takkan Mie nak duduk diam. Orang serang kita, takkan kita nak duduk diam. Mie ambik tindakan redakan dulu api yang marak. Api tak boleh nak lawan dengan minyak tanah. So Mie diamkan diri. Bukan setakat blog, facebook pun Mie jarang bukak sebab nak elak kontroversi. Orang yang berkait dengan dia dan koloninya pun banyak Mie remove dari facebook. Kenapa? Mie remove orang bukan suka-suka. Mie tak nak orang yang berkait dengan Mie jadi mangsa keadaan pulak, tak pasal-pasal dituduh pengadu domba, tu tak masuk lagi yang dok bertanya -> "Mie kenal dia ni. Kenapa ek? Entahlah die bercerita pasal Mie." Tak faham... Sebelum apa-apa, remove aje. Habis cerita. Nak sentap ke hape ke, belakang cerita. Lagipun Mie tak sakit mata baca komen dan post yang tak mendatangkan faedah sebaliknya marah.

Nak pendekkan cerita, sepanjang tempoh hibernasi ni, Mie buat sedikit kajian tentang tindakan yang Mie boleh ambil terhadap si pengadu dan cara yang sesuai untuk melindungi diri sendiri. Nampak macam pelik dan entah hape-hapekan. Tapi nilah hikmah complicated yang Allah bagi pada Mie. Walaupun satu tindakan tak diambil lagi pada Mie, tapi secara tak langsung Mie dah ada cara macam mana nak lindungi penulis blog bebas macam korang-korang yang ada blog yang pada awalnya sekadar suka-suka tapi disensasikan dan baca blog ni dari sebarang tindakan undang-undang. Kalau ikutkan, Mie ada kelebihan dalam kes ni. Mie bercakap bukan dari buku yang Mie baca aje, Mie tanya pada yang pakar. Tapi maaflah. Walaupun kelebihan ada pada Mie, tu bukan cara Mie, nak seret orang untuk mengadap prosiding mahkamah dan buat si pengadu menanggung kos yang melampau akibat perbuatan dia sendiri. Selagi Mie boleh tahan dan kawal, Mie buat. Sebab tu Mie tutup blog. Orang kata sediakan payung sebelum hujan.

Tak pelah. Since Mie dah decide nak bukak balik blog pada bacaan umum, kita tunggu dan lihat ajelah macam mana. Mie takkan ubah apa-apa content dalam blog ni. Mie akan biarkan sebagai satu pengajaran untuk Mie sendiri, dan bila dah lanjut nanti, bukak balik cerita lama dalam blog ni pasti tergelak dengan kebodohan Mie sendiri. =)

Biarlah. Kalau dia, dia, entahlah berapa orang dia pun Mie tak tahu, melampau sangat dan tahap sabar Mie dah melampau, Mie tak teragak-agak nak mulakan langkah awal. Contoh kes dah jadi depan mata sendiri. So, tunggu ajelah macam mana. Since Mie tak kacau periuk nasi dan ruang lingkup perbadi dia lagi, Mie mampu bersabar menahan marah sendiri membaca ayat kutuk mengutuk yang tak berhenti tu, harapnya dia boleh faham cakap Hindi tu lepas bahasa Melayu dan English Mie sukar nak difahami dan tak kacau hidup Mie lagi. Mie dah tak nak ada kait mengait antara dia dia dia entahlah berapa orang dia, lantaklah sana. Sekarang ni hati Mie lebih tenang dan gembira di samping orang-orang yang tahu dan kenal Mie macam mana walaupun banyak kata nista dan caci maki sampai kat telinga meraka.

So tunggu dan lihat ajelah...
=)

Monday, June 14, 2010

Malam Penyerlahan Bintang

1 Mei yang lepas merupakan aktiviti terakhir yang Mie ikuti anjuran Pusat Seni dan Warisan, Universiti Darul Iman Malaysia. Habis belajar ni, rasa bangga pulak menyebut nama itu. Huhuhuhu. Malam Deklamasi Puisi dan Penyerlahan Bintang-bintang Negeri Terengganu. Macam tu le lebih kurang bunyiknye. Mie rasa macam ada perkataan yang tercicir. Maklumle... Masa menulis ni, dah dekat dua minggu kot benda tu Mie tinggalkan. Lagipun 4 Mei hari tu last paper, pamphlet pun lupa nak amik. So sorry la ye.

Malam tu acara dimulakan dengan tarian overture oleh artis budaya Jabatan Kesenian Terengganu dengan lagu rakyat yang dikontemporarikan, tapi masih mengekalkan gerak Melayu. Hurm, baju yang dorang pakai malam tu, dah berkali-kali Mie tengok. Takkanlah tak ada baju lain. T_T


Kemudian, acara diteruskan dengan puisi oleh mama Hafsah Jusoh. Hafsah Jusoh bolehlah Mie kategorikan sebagai artis unggul negeri Terengganu. Beliau banyak menyanyikan lagu-lagu rakyat negeri Terengganu. Watimang Landak, Inang Rodat, semua sumbangan suara beliau. Malam tersebut beliau menyampaikan tiga jenis puisi yang berbeza. Mie kagum dengan suara dia. Salute! Dalam usia yang sebegitu, suara maintain. Kagum kagum... Acara diteruskan dengan deklamasi sajak oleh tiga lelaki yang masing-masing mewakili kaum India, Melayu, dan Cina dan deklamasi diteruskan dengan Juara Deklamasi Sajak Merdeka peringkat Negeri bagi tahun 2006 dan 2008. Maaf, Mie lupa nama. Pendek kata slot pertama diisi dengan deklamasi sajak. Best la jugak. =)


Kemudian slot yang kedua dimulakan dengan persembahan dikir barat Kumulan Sri Perdong. Tengah mendengar dorang berdikir yang kawe dok pehe butir dikir demo tu, mata Mie dah tertancap pada seorang makhluk tuhan yang dok sibuk berdikir atas pentas tu. Haahahaha. Budak tu sangat comel kot. =D
Ye awak, yang duduk di baris hadapan dua dari kiri. Hahahahaha. Budak tu sangat la lawak masa duduk atas pentas tu. Mana taknya, sepanjang persembahan yang memakan masa dua jam tu, pasukan dikir barat tersebut dikehendaki duduk sebagai props dibahagian belakang. So, mungkin lama sangat duduk, lama-lama bosan. Tu yang die banyak main atas pentas tu. Tak gheti nak dok diam. Ada aje yang die buat. Dok usik kawan sebelah dialah, dok gelak-gelak lah. Aiyoo... Sangat kelakarlah awak. Hahahahaha. Sampai kawan Mie sound, budak tu tak gheti dok diam ke? Yang lagi sorang sampai cakap, tak tau manners pentas langsung. Hahahaha. Tapi Mie, I like your attitude. Funny! Huhuhuhuhuhu. Tak minat dikir ni terus minat. Tibe~ =P

Slot kedua lebih kepada berbentuk nyanyian. Persembahan kali ni, Mie dapat saksikan persembahan dari Juara Klasik Nasional, persembahan dari bekas Juara Bintang Asli 2006 siapa lagi -> Eddy Nazrin yang semakin muntel dari dulu. Huhuhuhuhu. First meet dengan Eddy ni masa Malam Dirgahayu Tuanku dekat Masjid Kristal. Mie nyanyi koir, dia solo dengan lagu Bimbang Serumpun Kasih Terbuang dan Cenderawasih. Terus minat dua-dua lagu ni lepas dia nyanyi. Boleh? Malam tu jugak, abang Eddy yang jugak bekas juara Bintang Asli tahun berikutnya membuat persembahan. Lagu-lagu malam tu semua best!!! Suka =D


Slot ketiga dimulakan dengan sketsa yang sangat-sangat lawak. Dia sorang dah gamatkan satu dewan. Mie boleh gelak tak hengat malam tu. Siyes. Dah lupa courtesy penonton sebab dok degar orang tu punya lawak. Tapi, Mie lupa nama... T_T
Kemudian sekali lagi, artis budaya jabatan membuat persembahan. Oklah, not bad... Persembahan diteruskan dengan nyanyian Keroncong untuk Ana dan Mengenangku? Ops bukan. Mengenangmu oleh Azizul Ariff Mohammad. Nama ingat, tapi juara apa tak ingat. Kenapa ek??? Hahahahahaha. Mie ada rakam persembahan dia ni. Not bad jugaklah [sila baca dengan ayat yang merenyam ye. Kalau boleh pintal-pintal sikit hujung rambut tu =D]. Semua not bad. Ngeeee... =D Slot terkhir tu dikakhiri denga persembahan dikir barat. Sekali lagi nak tengok pe'el gila budak tu atas pentas. Siyes. Nilah kali pertama tengok dikir sampai tergelak-gelak. =D


Habis slot, penyampaian cenderamata kepada yang membuat persembahan, dan seterusnya bersurai. Balik, sempatlah Mie, Ikhwan, Nick, Sam, Sherry, kawan Sherry yang Mie tetiba lupa nama malam ni, Hajar, and Aishah bekas student Mie gi makan-makan dan buat bising sebelum balik kampus. Siyes!!! Terima kasih banyak-banyak pada korang sebab make my day happier then ever. I'll never forget bout this. Thanx!!! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...