Followers

Friday, July 23, 2010

Sekapur sireh

Esok pagi, selepas Subuh
Mie akan ke Terengganu
Dari Batu Pahat
Untuk Graduation Ceremony

So
Mie takkan update apa-apa ya
Sebab segala jadual sudah padat
Tiada ruang di dalam jadual
Untuk aktiviti menghupdate blog

So
Miss me not ya...
Misskah???
Miss -> not eh
'Misz' -> tu iye
Apakah?
=P

Tibe rasa nak nyanyi lagu Sekapur Sirih
Kami berdoa,
Kami berdoa setiap hari
Selamat pergi,
Selamat pergi...
Selamat kembali..

Ha, jangan lupa klik-klik pada iklan yang ada eh
balik kang, macam-macam Mie nak cerita ni
=)

Tuesday, July 20, 2010

Nak tahu satu rahsia tak? Syhhh...

Sebenarnya, dalam dok sibuk-sibuk menguruskan hal nak balik ke Terengganu hujung minggu ni, Mie ada buat something yang orang tak tahu. Kalau tahu pun, sorang aje. Mie diam-diam aje dulu. Tak nak nanti orang pikir lain. Tapi, bila fikir balik, takut nanti dah masuk bulan puasa nak memikir ayat pun malas, Mie rasa nak keluarkan entri ni terlebih dahulu. Lagipun balik dari Terengganu, belum tentu Mie free macam sekarang ni.

Masuk hari ni dah dekat dua hari Mie sibuk main dengan benda ni aje. Korang nak tahu apa dia? Mie jahit langsir rumah untuk persediaan menjelang Syawal. Gigihkan? Ramadhan tak lagi, Syawal yang dia sibukkan. Huhuhuhuhu. Bukan apa, malas nak tunggu bulan puasa. Kang nanti sibuk nak mengecat rumah baru, nak buat kuih raya. Ops, terlepas sudah. Hehehehehe. Tu yang Mie jahit langsir awal-awal.

Ha? Dah macam orang perempuan sibuk mengemas, memasak, menjahit. Ya. Dengan bangganya dan konpiden saya menjawab soalan sinis anda tu ye. Pedulik hape saya. Huhuhuhuhu. Memang Mie yang kadang-kadang memasak, menjahit dekat rumah. Nak kata apa pun, katalah. Mie dah lali dah. Tiap-tiap kali raya, semua dok sibuk tanya ngan mama -> "Nah, langsir ni along jahit ke?" Sengih-sengih kang, mama iyakan ajelah... Kang hantar air kat depan, orang dok pandang semacam. Nak aje Mie bahasakan, tapi tetamu. Hormat tetamu... Tak elok. Diam aje. Dah, pergi dok dapur. Orang tua nak berbual ni. Senyum sambil berlalu. Dalam hati ni dok berbuku ni.

Benda ni bukan kali pertama Mie buat. Dah berapa kali raya dah. Kira setahun sekalilah... Cuma tahun lepas Mie tak sempat buat langsir. Kenapa? Menggila tak pernah-pernah belajar potong baju, jahitkan baju raya untuk orang. Tapi yang Mie dapat, nan ado. Hahahahaha. Ish, mengenang pulak ni. Dahlah, rezeki orang tu dapat baju raya hasil jahitan tangan Mie. Rezeki dia. Mie buatkan pun ikhlas...

Mie bukanlah nak kata Mie ni pandai dalam semua benda-benda macam ni. Kalau tak kesiankan mama, tak ada maknanya Mie nak buat semua ni. Sebab kesiankan mamalah Mie buat. Mana taknya, mama mata dah tak awas sangat, dah tu nak menjahit pulak. Kalau tak kita mata yang awas ni buat, siapa lagi? Mama pun bukan muda lagi. Nak harapkan tu ni macam dulu payah. Tak masuk lagi nak makan tu nak makan ni. So, Mie dengan sukarelanya take over kerja mama. Nak harapkan anak dara rumah ni, melawa tak sudah. Kerja kat rumah tak tahu buat. Tu yang kadang-kadang Mie kuat bebel marahkan dia. Nanti nak kawin satu apa tak tahu. Nanti semua halakan kat Mie. Nanti ko kawin, laki ko jadi laki aku, dah aku yang buat semua. Macam mana tu? Hahahahaha.

Sebenarnya Mie tak rasa ralat pun belajar semua ni. Orang nak kata lembut ke, apa ke, lantak koranglah. Kang yang senang siapa? Mie jugak. Mie tak susahkan orang suruh cakap macam-macam, tapi dah orang nak cakap, ya silakan ya om, tanter... Lagipun Mie bangga tau dapat buat semua ni. Ye lah, tak semua orang boleh buat macam Mie buat. Kalau tanya perempuan sekarang ni, suruh jahit baju pun kekadang tak tahu. Lagipun ni untuk kesenangan Mie jugakkan. Kalau ada rumah sendiri, tak payah-payah gi kedai membazir duit upah jahit langsir. Dah jimat kos. Silap haribulan, Mie yang amik tander jahit langsir, dah dapat duit kocek. Kan ke menapaat namanya tu. Hehehehe. Boleh buat pakej ni. Sekali dengan bebel-bebelnya. Huhuhuhu.

Hurm, acttually, langsir ni simple je kot. Supposedly ikut plan asal nak gantung pakai rod bar tu, tapi nak jimat pakai rel dulu. Langsir yang Mie buat kali ni ada fungsi sebenarnya. Langsir ni untuk bilik tidur dalam rumah ni. Kenapa biru. Sebab abang kat kedai Pak Cik Nah Go Yah tu cakap, biru romantik sikit, terus Mie kata,."Ha abang potonglah warna biru 21 meter. Boleh?" Langsir ni sebenarnya tak perlu dibuka ya pada waktu siang. Ye lah, sebab ada ruang untuk pencahayaan masuk dalam ruang tidur. Lagipun, kalau nak berkemban ke, nak telanjang bulat ke, kan ke orang tak nampak. Lagipun terang. Tak payah pasang-pasang lampu ni. Betul tak? Hehehehehe. Benda ni atas kreativiti sendirilah. Tapi Mie lagi suka yang simple macam ni. Tak sarat. Nak basuh pun senang. kang ada batu-batu tu, yang kes tanggal lain, tersimpul biawak lain. Leceh. =P

Sebenarnya, apa yang Mie melalut pun Mie tak tahulah. Tapi memang rasa nak mencarut aje malam ni. Nak lepaskan tension sikit. Huhuhuhu. Tu yang main petik aje mana yang Mie nak petik. Petik-petik pun, dah siap 12 keping langsir bilik tau. Esok malam nak sambung buat langsir rumah depan pulak. Haih...

Monday, July 19, 2010

Terbang ala belon terbang

Hari tu, adalah seorang makhluk Allah ni ha, beriya-iya mengajak Mie pergi Dataran Batu Pahat. Katanya ada belon terbang. Mie cakaplah tak heran sebab Mie ingatkan belon tebang yang dua ringgit tu. Nak tengok belon tu buat apa. Setakat di isi dengan gas adi, Mie sendiri boleh buat. Motep? Nak isi belon dengan kentotkah? Huhuhuhuhuhu.


Tapi rupanya bukan. Rupa-rupanya ni belon gas panas yang macam kita selalu tengok dalam telebesen tu ha. Yang omputih selalu naik dalam kebanyakan cerita aksi dulu-dulu. Hebatlah katanya. Apa lagi keterujaan pun datang bagai dicanak-canak. Nak merasa jugak naik belon tu. Asyik naik belon Air Asia je, tak thrill la. =)


Tapi sayangnya, plan yang dirancang malam tu tak menjadi sebab hujan. Terbantutlah hasrat kami berdua nak naik belon panas tu. Phanas sangat. Huhuhuhuhu. So kami plan untuk pergi hari lainnya. Yelah, macam mana tak teruja, dahlah naik belon malam-malam. Dah tu terbang tinggi ke awan biru pulak. Langit ditabiri bulan yang terang. Dihiasi dengan kerdipan bintang. Kan teruja namanya tu. Eh, jap. Naik berdua taklah, mestilah naik ramai-ramai. Kalau naik berdua, nanti cerita lain pulak. Huhuhuhuhu. So, since dah naik ramai-ramai, haruslah berbayar. Satu kepala RM25.


So, untuk next plan, semunya kitorang dah standby. Dah elok dah malam minggu, kena pulak 15 haribulan. Bulan dok cantiklah tu. Plan nak keluar rumah lepas Maghrib. Sekali lagi keterujaan ni menguasai diri. Tiba-tiba pukul 6 petang dapat call, dia tak boleh nak pergi. Ada hal. Hampeh... Terus malas dah ni. Dia janji untuk sekali lagi untuk keesokan harinya. Mie iyakan ajelah. Malas dah nak tunggu.


Untuk keesokan harinya, sekali lagi buat plan. Kononnya nak pergi cepat sikit boleh chop awal-awal. Dah elok-elok, tup-tup Mie pulak dapat call standby untuk show. So, tak jadi pergi jugak naik belon panas tu. Dia pulak rasa hampeh... Last-last, lepas show, dia pick-up Mie, kami pergi lepak dekat padang Dataran Batu Pahat. Just tengok je belon tu turun naik bawak penumpang-penumpang yang teruja macam kitorang. Orang kata tak dapat tengok orangnya, bumbung rumah pun jadi. Macam tulah. Kenapa dah sampai tak naik? Dia kata -> "Duit I dah telan semua. Tension. Asyik tak jadi je". So, Mie jeling ajelah kat dia sambil gelak-gelak. Menjerit-jerit Mie tengok belon tu dah naik. Macam budak-budak punya peel. "Dah naik! Dah naik!" Dia boleh menyampuk, cakap -> "Dah turun..." Ish, lempang kang... =P


So, moral of the story is -> Keterujaan bersama adalah penting kalau nak melakukan sesuatu. Apakah? =P

Manis manis Si Hitam Manis

Asal dekat aje kampung, Mie mesti macam orang mengidam. Nak makan tulah, nak makan nilah. Kalau dah buat tu makan sampai abis tak pe, makan sikit aje. Macam cerita Sultan Mahmud Mangkat diJulang, isteri Megat yang bunting sulong mengidam nak makan nangka. Dapat seulas pun jadilah. So samalah macam Mie. Makan sikit pun jadilah. Mengada. Soalannya -> "Bunting ka hang?"

Kali ni Mie teringin sangat nak makan bubur pulut hitam. Idok le tahu ngape. Tekak ni macam teringat aje warna dark purple dengan santan pekat. Mangaih... Pergi! Tak kembali. Hehehehehehe. Sebab yang mengidam tekak sendiri, Mie masaklah sendiri. Nasib tahu, kalau tak tahu? Dah suruh orang masuk hutan carikan bubur pulut hitam. Boleh? Tema berburu sangat...

Dah, jangan banyak tanya, mari kita ke dapur. Lets~


Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahannya

Beras pulut hitam
Air
Gula melaka
Gula pasir
Santan kelapa

Cara memasaknya

Pertama sekali, basuh pulut hitam yang korang beli dekai kedai dalam plastik bungkusan yang sekilo-sekilo tu terlebih dahulu. Macam nak tanak nasi jugak, beras tu kenalah basuh dulu, baru nasi dimasakkan? Ni samalah. Nak buang bubuk [binatang hitam dekat beras. Soalannnya = Nampak tak bubuk hitam dekat atas beras pulut hitam? Pening...] So lepas basuh bersih beras tadi, masukkan dalam periuk dan rebus pulut hitam tadi sampailah beras tu hancur. Kuantiti air tu, anggran koranglah nak banyak mana. Tapi Mie guna sifir Mie je. Satu pot beras, dua pot air. Senangkan?

Nampak tak ni entri lama sebab inai belum ada dekat jari. Hehehehe...

Kemudian, sebelum beras tadi hancur korang masak, masukkan gula Melaka yang dah diracik ke dalam rebusan tadi. Ala, korang agaklah sendiri. Mie buat ni main agak. Dah biasa duduk dapur, agak-agak ajelah. Kalau korang rasa nak buat pengat pulut hitam, curahlah sebakul gula Melaka dengan gula pasir. Kalau nak buat bubur, bubuh light-light je, bagi rasa manis. Boleh? Ikut banyak beraslah... Kalau tak buat banyak, janganlah pi campak sebuku gula Melaka pulak. Agak-agak ye...


Dah sudah, masak beras biarkan sehingga beras benar-benar hancur. Jadi macam ni...

Nak tahu maksud hancur tu, korang angkat picit-picit sikit. Kalau keras lagi, belumlah tu. Janji korang picit beras boleh hancur dah masak lah tu...

Lepas tu, perahkan kelapa ke dalam rebusan. Santan tu nak mendatangkan rasa lemak-lemak berkrim yang gebu. Tapi awas ya. Kalau korang tak pandai perah kelapa, suruh orang yang pandai. Kang silap perah, bukan santan yang keluar, air je. Perah kelapa pun ada teknik memerah ye. [Kang nanti orang kata, semenjak johan zapin menari berteknik ni, nak perah kelapa pun berteknik bagai...] =P Oh ya, air kena pantau tau semasa merebus. Jangan korang biarkan sampai kering pulak airnya...

Lagi, sebagai peringatan, sebelum korang perahkan santan ke dalam rebusan, perahkan dahulu kelapa ke dalam satu bekas bersih untuk mendapatkan santan pekat. Santan pekat nilah yang berfungsi konon-kononnya sebagai sos penyedap bagi bubur pulut hitam ni.


Apabila bubur sudah hancur dan sudah siap dimasak, masukkan ke dalam bekas dan hidangkan dengan santan pekat. Ingat ya, santan tu hendaklah dijaga. Takut cepat basi. Kalau dah basi, jadilah bubur pulut hitam santan basi pulak. Hehehehehe.



Selamat mencoba. Oh ya, untuk Ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi, bolehlah korang mencuba pencuci mulut ni sebagai juadah berbuka puasa nanti. Mana tahu dah merasa air tangan korang, suami semakin sayang. Eceh... Malu... Timah ke dapur dulu ye bang... Tumpang lalu... =)

Friday, July 16, 2010

To whom it may concern-Part III


Adakah kebetulan ataupun mereka berdua sememangnya orang yang sama?

Persoalan ini tidak henti mengetuk pintu akalnya untuk berfikir. Namun begitu, hatinya kuat mengatakan bahawa Lelaki Misteri yang ditemui di laman sembang sosial berkenaan merupakan Sojar Laut yang selama ini menjadi penemannya. Dia amat yakin tentang itu, namun keyakinan semata tidak cukup untuk membuktikan gerak hatinya. Dia butuhkan pembuktian tentang itu. Mungkin dengan sedikit pengakuan.

Perbualannya dengan Lelaki Misteri yang ditemui di laman sosial itu semakin rancak dari hari ke hari walaupun terkadang apa yang disampaikan kepada Lelaki Misteri itu dipandang sepi. Perbualan mereka tidak terhenti setakat itu sebaliknya diteruskan lagi ke dalam kotak pesanan. Padanya, tidak semua benda perlu didedahkan kepada umum, lagipun dia punya misi sendiri; merungkai identiti sebenar Lelaki Misteri itu. Dia tidak mahu dek kerana asyik dengan penyiasatannya, identiti Sojar Lautnya akan terbongkar kerana dia yakin tidak ramai yang tahu akan hal itu. Cukuplah baginya hanya dia yang tahu jika mereka berdua adalah orang yang sama seperti yang dibayangkan.

Sangkaannya dengan mengheret perbicaraan mereka ke kotak pesanan, Lelaki Misteri itu bakal merungkai segala andaiannya dan mengaku siapa dirinya yang sebenar. Jika pengakuan itu dibuat, pencariannya akan berakhir. Dia akan dapat menatap wajah sebenar orang yang selama ini menceriakan harinya. Tetapi sangkaannya itu melesat sama sekali. Dia tetap ditinggalkan dengan seribu satu persoalan dan tanda-tanda yang tiada nokhtahnya. Soalannya tetap dibalas dengan soalan.

Namun begitu, itu bukanlah alasan terbaik untuk dia menghentikan pencariannya selama ini. Marah? Apa haknya untuk dia melakukan itu. Dia hanya mampu tersenyum dengan telatah Lelaki Misteri itu. Namun selagi misteri itu tidak terungkai dia tidak akan mengalah. Kalau rancangan asalnya tidak menjadi, rancangan lain pula diikhtiarkan. Setiap jejak yang ditinggalkan oleh Lelaki Misteri itu cuba untuk dirungkai satu demi satu. Entahlah. Dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya. Mengapa Lelaki Misteri dan Sojar Laut itu sering berlegar di dalam bayangan mindanya. Walaupun sudah diusir berkali-kali, tapi bayangan itu sering datang kepadanya. Kadangkala dia sendiri rimas bagaikan diselubungi misteri.

Wajah itu terus-terusan diamatnya lagi. Handsome? Taklah sangat. Bolehlah setakat suam-suam kuku. DIa pernah bertemu dengan yang lebih molek dari itu. Tapi, kalau berjalan beriringan dengannya, tidak mustahil semua mata akan memandang. Imiaginasi... Tidak disangkal, Lelaki Misteri itu bagaikan punya karisma yang tersendiri yang jarang-jarang ditemui pada lelaki-lelaki lain yang pernah dikenalinya. Bak kata arwah P. Ramlee dalam lagunya, "...lawa tiada, manis ada...". Gagah? Gagahkah dia? Mampukah lelaki itu menjinakkan dirinya. Bertanya nakal di dalam hati. Badan berketak-ketak macam Arnold Susahnakejakah? Tidak, tampak membukit ke depan sedikit ibarat mendapat anugerah P.J.K.; Perut Jalan Kedepan. Ish, tak sayang mulut ni...

Namun begitu, apa yang pasti dia mula belajar sedikit demi sedikit tentang Lelaki Misteri itu. Sama ada Lelaki Misteri itu adalah Sojar Laut yang dia kenali, dia tidak tahu. Namun keyakinan itu tetap ada. Walaupun misteri itu belum dirungkai lagi, telahannya semakin kuat apabila Lelaki Misteri itu memanggilnya dengan nama timangannya sewaktu awal perkenalan mereka. Dia tidak pernah membahasakan dirinya dengan nama itu dan secara umumnya orang yang baru dikenali akan memanggilnya dengan namanya yang formal. Lelaki Misteri itu juga pernah meninggalkannya dengan ayat tergantung; "I am who you are think I am" apabila kerap diasak dengan solan yang pelbagai tentang dirinya. Pernah sekali juga Sojar Lautnya memberitahunya yang Lelaki Misteri itu mengadu akibat giatan yang dilakukannya kepada Lelaki Misteri itu dengan menyuruh bos Lelaki Misteri itu membalingnya dengan CPU komputer kerana asyik dengan laman sembang sosialnya. Agak kelakar rasanya, namun dia tetap berfikir masakan Sojar Laut mengenali Lelaki Misteri. Kembar? Tak mungkin.


Walaupun tidak puas rasanya dengan jawapan lelaki misteri itu, dia masih ingin lagi terus berpura-pura menjadi lurus bendol dan bodoh-bodoh alang. Biarlah, asalkan dia masih ada modal untuk berbicara dengan lelaki misteri itu. Dia seronok dengan Lelaki Misteri itu.

Sebenarnya dia amat bersyukur pada Tuhan kerana dipertemukan dengan lelaki-lelaki budiman seperti Lelaki Misteri dan Sojar Laut walaupun kadangkala mereka agak terlalu misteri baginya, nakal-nakal, dan ayat yang sedikit tak boleh nak ditahan. Tapi kerana itu jugalah dia semakin berani nak menceroboh hidup kedua lelaki itu. Ingin dikenali keduanya walaupun dia tahu yang mereka adalah satu. Secara jujurnya, walaupun belum punyai kesempatan bersua muka, namun sedikit sebanyak kehadiran mereka membuatkan hidupnya tenang dan disulami senyum nan panjang. Kepada handai terapat pun tak pernah diceritakan khuatir senyumnya menghilang...

Menangislah... Sandar ke bahuku

Hurm, dah lama tak menaip entri untuk Penghulu segala hari; hari Jumaat. Hurm, pejam celik dah masuk bulan Sya'aban. Tapi Mie bukan nak cerita pasal bulan Sya'aban, tapi nak cerita pasal menangis. Ish, ada kaitan ke? Jawapannya; TAK DE. Huhuhuhuhuhu. Cuma teringat Nyonya Mansur punya dialog dalam filem Ibu Mertuaku... "Huh! Menangis konon".
=P

Ada tak orang yang tak pernah menangis? Kalau bayi menangis biasanya kerana lapar, lampin basah [ada lagi ke orang pakai lampin jaman sekarang ni Sabariah?], kembung perut, dan sebagainya. Kang cakap banyak-banyak kang jadi kelas bimbingan jagaan bayi pulak. Kalau orang perempuan menangis pulak, tu perkara normal. Kadang-kadang tengok cerita Hindustan pun boleh menangis. Tapi kalau lelaki menangis, buruk rupanya. [Ye ke? Hati batu memang macam tu. Tapi bagi Mie lelaki tu manusia jugakkan...]

Air ma
ta yang gugur merupakan satu nikmat Allah Ta'ala yang unik sebenarnya. Air mata yang mengalir bukan sahaja untuk menggambarkan perasaan sedih atau duka, tetapi air mata banyak kelebihannya.

1) Membantu penglihatan

Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar dari mata ye, mata, dapat mencegah dihidrasi pada membran mata yang mana boleh membuatkan penglihatan kita menjadi kabur. Tapi janganlah pulak menagis macam Kassim Selamat tu. Dok pagi petang teriak tak sudah...

2) Membunuh bakteria

Ha, korang ingat sabun je yang boleh bunuh bakteria. Air mata pun boleh. Sebab tu Puteri Gunung Ledang nak air mata anak dara tujuh tempayan sebab boleh membunuh bakteria. Sebenarnya di dalam air mata terkandung cairan yang dipanggil lisozom yang dapat membunuh sekitar 90% hingga 95% bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, alang tangga, dan barang-barang yang sama waktu dengannya. Jadi kalau mata korang pedih, cuba keluarkan air mata.

3) Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis boleh menurunkan level tekanan dalam dirinya kerana dengan menangis mood seseorang akan pulih kembali. Air mata yang dihasilkan dari tangisan akibat gangguan emosi menghasilkan 24& protien albumin yang berguna dalam memulihkan sistem metabolisme tubuh. Jadi kalau tension, nak menangis, menangis aje. Tak payah tahan-tahan. Tapi dah bagi peluang janganlah dok berguling-guling bentak-bentak kaki bagai. Makan penampau kang dengan jiran sebalah. Nak gaduh laki bini gaduhlah betul-betul. Ni tampor-tampor pulak.

4) Mengeluarkan racun

Air mata yang keluar melalui tekanan emosi sebenarnya mengandungi racun. Jangan salah faham. Tak semestinya rumput rumah panjang, korang dok tepi rumput nangis pulak. Kang orang tanya, "Buat apa Encik Leman wei?" Korang jawab, "Racun rumput". Sah kekap lagi jirang korang telefon Rumah Bahagia. Sebenarnya air mata membawa racun keluar dari tubuh badan kita, Jadi maknanya, menangis itu sihat.

5) Mengurangkan stress

Air mata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam badan seperti endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu mengurangkan risiko penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

Apa? Tak boleh menangis. Senang aje. Korang mintak orang yang korang sayang marah kat korang tetibe, tak pun suruh sayang korang berselingkuh dengan orang lain. Kan senang nak keluarkan air mata. Silap haribulan, dahi dia pun berdarah sebab korang baling dengan lesung batu masa datang meroyan. Huhuhuhuhu. Ha? Laki korang baik sangat? Dah lah, pergi dapur, potong bawang tenyeh kat mata. Nangislah nanti.

Kan dah menangis... Ish, jaga budak sorang pun awak tak tahu. Yang awak tahu buat anak aje... Nangis saya cam ni. Dah, hantar saya balik rumah mak bapak saya.


p/s: Oh ye, esok minyak naik harga tau bagi jenis RON95 sebanyak 5 sen seliter. Mie dapat info ni seusai aje Persidangan Dewan Negara tamat petang tadi yang berakhir dalam jam 4.56 petang. Macam mana Mie tahu? Sebab ada orang bagitahu -> "Awak jemaah menteri dah sepakat nak naikkan harga petrol 5 sen seliter. Balik karang jangan lupa isi minyak". "Baik Dato'..." Eh!
=P

Monday, July 12, 2010

Kezutan demi kezutan

Sorry, Mie belum taip tapi tertekan publish pulak tadi. Oklah, kita sambung balik cerita asal entri kali ni eh.



Semalam, bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Batu Pahat telah berlangsungnya Pertandingan Zapin Johor 2010 peringkat daerah Batu Pahat. Pertandingan yang berlangsung seawal jam 9.00 pagi telah disertai oleh lebih daripada 30 kumpulan tarian zapin yang masing-masing mewakili enam kategori yang berbeza. Kategori yang dipertandingkan adalah; kategori sekolah rendah, kategori sekolah menengah, kategori jabatan kerajaan, kategori badan korporat, kategori mukim, dan kategori terbuka.


Lebih kurang 300 orang peserta telah berkumpul di dewan pertandingan sehari sebelum pertandingan berlangsung untuk menjayakan raptai bagi melancarkan pergerakan majlis pada hari semalam.

Majlis yang telah diserikan dengan kehadiran Pegawai daerah Batu Pahat; Yang Berbahagia Tuan Haji Norizan bin Kulob telah dimulakan dengan persembahan dari kategori sekolah rendah dan menengah yang dianjurkan pada sebelah pagi sebelum disambung dengan kategori-kategori lain pada sebelah petangnya.


Acara tahunan yang diajurkan oleh pihak Yayasan Warisan Negeri Johor ini sebenarnya telah giat dijalankan di dalam setiap daerah-daerah negeri Johor sejak pertengahan bulan Jun lagi bagi mencari wakil-wakil kumpulan tarian yang akan mewakili kumpulan masing-masing ke peringkat negeri yang dijadualkan bakal berlangsung dalam bulan Oktober.

Menurut pandangan individu yang hadir semasa hari pertandingan, permainan pertandingan kali ini tampak sengit dan penuh dengan kejutan yang di luar jangkauan terutama persaingan di dalam kategori sekolah menengah dan mukim. Pertandingan kali ini juga memperlihatkan kumpulan-kumpulan baru yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dan mengungguli pertandingan yang dianjurkan pada kali ini.


Penjurian kali ini yang telah dilakukan oleh juri-juri khas dari Yayasan Warisan Negeri Johor telah sepakat untuk memilih Sekolah kebangsaan Seri Medan (A) yang membawakan Zapin Kores dan Zapin Tanjung Labuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri dengan Zapin Tanjung Labuh, Kumpulan Majlis Daerah Batu Pahat dengan Zapin Pat Lipat, Kumpulan Gaya Waris Sdn. Bhd. dengan tarian Zapin Melayu Asli Johor dan Zapin Pekajang, Kelab Rakan Muda Batu Pahat dengan membawakan Zapin Melayu Asli Johor dan Kumpulan Kesenian Seri Budaya Batu Pahat dengan Zapin Kores sebagai johan setiap kategori dan bakal mewakili daerah ke peringkat negeri. Johan setiap kategori membawa pulang piala pusingan kategori, trofi, plat dan sijil penyertaan serta mewakili kumpulan mereka di peringkat negeri yang bakal diadakan di Stadium Tertutup MBJB.


Penjurian kali ini bukan sekadar menekankan aspek jenis populariti dan kekemasan zapin mahupun pola lantai yang menarik, tetapi penjurian kali ini menekankan tentang teknik tari zapin itu sendiri disamping menilai kekuatan dalaman penari sewaktu menarikan tarian tersebut.

"Kami amat bersyukur kerana kumpulan kami menjadi johan kategori mukim kali ini. Mungkin tahun ini rezeki kami setelah berusaha hampir sebulan saban malam dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan kami. Walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya dan tanggungjawab masing-masing, namun itu tak menghalang kami untuk berkumpul sebagai satu kumpulan dan saling membantu sama lain. Kami persetankan sahaja persembahan orang lain, yang penting kami fokus dengan latihan kami walaupun terpaksa berlatih atas batu di khalayak ramai. Persaingan kali ini sengit kerana kami terpaksa berentap dengan juara mukim beberapa tahun berturut-turut, kumpulan kami pula bukan semua penari professional, ada yang baru menyertai buat kali pertama. Ya, semua kumpulan bagus dan sudahpun memberikan persembahan yang terbaik, tapi mungkin rezeki kami pula tahun ini." Jurulatih Kelab Rakan Muda Batu Pahat mengulas tentang kemenangan mereka yang merupakan percubaan buat kali pertama.


Majlis turut diserikan dengan persembahan selingan dari penari cilik oleh artis Sanggar Budaya Rakan Muda Batu Pahat. Majlis selesai tepat jam 6.30 petang setelah selesai sesi soal jawab antara jurulatih dan koreografer setiap kumpulan.

p/s: Adakah ini gaya penulisanku??? Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Hilang sekejap tabiat kuat mencarot. Tapi next entri mencarot balik. Depan kamera ni... Propa-propa banyak. Click clik... Ngeeee...
Owh, kezutan kedua... Mie dapat offer post untuk satu jawatan besar bahagian pentadbiran dekat KL. Hurm, macam terlalu awal. 'Lelaki Itu' pun satu. Tak nak bagi tahu awal-awal. Entah apa yang dia jual nama Mie pun, Mie tak tahulah. Kang banyak sangat makan budi, tergadai body...

Sunday, July 11, 2010

Cakap sikit

Tak pernah ni segigih ni. Actually, Mie baru aje balik dari latihan akhir untuk pertandingan hari esok. Teramat sangat penat. Macam nak mintak orang picit-picitkan kaki aje. Air batu dalam esbox pun dah habis Mie taram dekat kaki ni ha.

Mana tak penat. Pagi tadi keluar rumah pukul 7 ni baru balik. Dengan tak breakfast tak apa pagi-pagi tu, dah dok menunggu nangga dekat tempat rehearsal. Tunggu orang dengan kontijen-kontijen lain lagi, nak cabut nombor lagi. Adoi, penat. Bukan penat menari, penat menunggu. Dah puas menunggu, gelak pulak tak sudah dengan telatah budak-budak dalam team ni. Penat gelak, tido pulak. Elok aje bersusun kepala condong ke bahu kanan masing-masing. Hahahahahah. Dah puas tido, bangun. Lapo pulak. Gatal nak minum cendol. Dah tu rehearsalnya? Hahahahaha. Dapatlah buat 2 kali atas pentas. Latihan lain sambung ajelah kat ceruk-ceruk mana dalam dewan. Memang dah tak kisahkan orang. Nak tengok, nak tiru, lantaklah. Buat jugak latiahan. Kaki sakit ni tabah aje. Badan penat, mata nantok...

Tapi siyeslah, penat. Malas nak taip ni. Kepala pun miong-miong bunyinye... Cuma Mie nak post ni ha je...


Ni busana yang bakal Mie kenakan hari esok untuk Pertandingan Zapin Johor daerah Batu Pahat 2010. Busana ni akan di lengkapkan dengan samping kundang gelap dan sapu tangan emas. Eh, betul ke ni busananya. Ke ni baju tunang aku yang dah siap tu? Huhuhuhuh

Dan ini pula... Jeng jeng jeng


Kejelitaan adalah hak milik setiap insan
Kerana dirimu begitu beharga
=)

Thursday, July 08, 2010

Mat Patah-My view

Sebelum anda meneruskan pembacaan untuk entri ini, sila rujuk terlebih dahulu entri Mie lapan bulan lepas yang bertajuk -> Orang Macam Kami [Klik].

Kenapa Mie suruh korang baca balik entri tu, sebab entri yang lepas tu ada hubung kait dengan entri Mie kali ni dan entri yang punyai tajuk sama sebelum ni -> Mat Patah-Article [Klik]. Bayangkan, sebab entri lapan bulan yang lalu tu, ada orang kata nak cabaikan mulut Mie sebab tak sependapat dengan dia. Hehehehehehe. Kenangan. Ish, serabutlah kenangan ni, nape la nak mengingat ni.

Firstly, Mie nak mintak maaflah banyak-banyak pada orang yang mungkin akan kurang berkenan dengan apa yang Mie nak cuba sampaikan ni. Mungkin apa yang cuba disampaikan ni sukar untuk diterima dengan lapang dada. Tapi itulah hakikat sebenar kehidupan kita sebagai manusia akhir zaman. Mie tak nak cakap orang, sebeb Mie ingat apa yang pernah Mie kata, tunding pada orang, diri sendiri lagi banyak salah. Ini untuk bacaan umum ya. Mie peringat awal-awal.

Macam entri Mie yang lepas berkenaan zuriat lelaki lembut tu kan, Mie secara peribadi berasa bangga dengan golongan lelaki lembut itu yang berani ke depan membuat sedikit pengakuan dan berubah untuk memilih jalan yang lebih baik. Sikap terbuka dan jujur mereka Mie puji. Walaupun sedikit sebanyak orang kata membuka pekung di dada sendiri, tapi mereka faham fitrah diri dan tak mengeluh tentang keadaan diri mereka sebaliknya berusaha memperbaiki diri ke tahap yang lebih baik.

Mie tak malu nak mengaku yang Mie agak lembut, lantak ko lah nak cakap apa. Ada aku kesah. Tibe~

Tapi kelembutan Mie tu taklah sampai tahap kritikal, macam Fara (bukan nama sebenar) kawan Mie yang kini giat melebarkan sayapnya ke Kota Metropolitan negara ya sampai drag, pasang boobs, potong sana sini segala bagai tu. Setakat Mie manja-manja, meleset-leset tu adalah, tapi dengan orang rapat je, sebab dorang faham Mie. Paling buruk pun pakai bulu mata okies. Make-up? Hai, kan Mie dah kuarkan entri... Bacalah [klik]. Hina sangatkan statement aku? Hahahahaha. Setakat caci maki kutuk orang tu, dah lali dah. Tebal dah telinga ni nak dengar. Apa yang Mie buat, gelak ajelah... Agaknya dorang puas buat macam tu, kalau kutuk orang tu duit dalam bank beranak-ranak agaknya.

Malu tu kadang-kadang malu jugak. Ye lah dianggap sebagai manusia pelik dan punyai cacat naluri. Tapi, nilah diri Mie. Mie manja ke, sewel ke, kuat melayan ke, ni diri Mie sendiri. Mie tak nak berpura-pura. Buat apa hidup dalam hipokrit. Bahagia ke hidup dalam kepura-puraan. Huhuhuhuhu. Walaupun macam tu, Mie tetap bersyukur sebab Tuhan tak pernah bagi peluang pada Mie untuk buat benda yang bukan-bukan walaupun kekadang godaan yang datang tu amatlah dasat dan ada percubaan-percubaan yang tidak kesampaian. Nakal-nakal sikit tu biaselah. Budak... Budaklah sangatkan...

Lagipun Mie bersyukur jugak Tuhan jadikan Mie lembut sikit ni. Mana taknya, dengan kelembutan dan sedikit sifat kewanitaan inilah, Mie jadi orang yang ada multi-skills. Ye lah, siang-siang boleh panjat pokok kelapa petik buah kelapa, ke sana sini. Malam-malam, boleh panjat tiang pulak. Apakah? Hahahahaha. Statement kontroversi nih. Merepek je. Tak delah, dengan sifat Mie, Mie boleh memasak, boleh membasuh, menjahit, sekarang tengah belajar mengait sikit-sikit, kerja lelaki menukang Mie boleh buat, setakat angkat tanah satu lori nak tabur depan rumah pun Mie boleh buat, pendek kata kije lelaki kije orang perempuan pun Mie boleh buat. Beranak aje tak belajar lagi. Hahahahaha. Orang kekadang ketawa Mie buat semua kije pomwan, tapi nanti siapa yang untung? Bini aku jugak yang untung... Cuci kaki. Laki korang yang kononnya str8 tegak macam tiang gol tu boleh buat macam aku? Suruh goreng ikan pun, nak marah. Pinggan lepas makan letak berlonggok. Kesian korang. Ceh belagak...

Sreeetttttt!!!

Jap, apa yang ko merepek ni Nab oi?!! Adoi...
Hahahahahaha

Actually, Mie nak fokuskan tiga benda aje.

1) Bersyukur atas apa yang diberi Tuhan. Macam Mie pernah cakap, tak ada manusia yang sempurna, tapi kita masih boleh mencari kesempurnaan itu dengan usaha dan tawakal serta azam yang kuat.

2) Pucuk pangkal hati. Kalau hati korang tetap tak nak berubah, takkan berubah. Goncanglah banyak kali sampai puas. Woi! Tangan Tok Kadilah, apa da~
Tapi kalau korang masih tak nak berubah sampai terpaksa kongsi katil bini dengan lelaki lain, tak pun nak bawak lelaki lain sebagai madu baru, ke menantu baru mak abahnye, silakan kalau anda berani. Kalau Mie, Mie tak nak memaksa. Biarkan. Sampai satu tahap kesedaran tu akan datang sendiri. Yelah, manusia masing-masing tak sama. Mintak mahap ye.

3) Kalau nak suruh orang berubah, tegurlah dengan berhemah, dengan pendekatan yang lebih positif. Kutuk mengutuk, ayat-ayat poyo takkan membantu apa-apa. Lagi satu, sebelum tego orang, tengok diri sendiri dulu. Elok sangat ke aku? Layak tak aku nak tego orang? Yelah, ko cakap tu haram ni haram, kaum songsang bagai, tapi keluar pegang tangan perempuan, ringan-ringan angin tu tak haram pulak? Suruh ayang peluk abang kuat-kuat main brek-brek atas motor tak haramlah. Pakai sexy mexy sampai nampak lurah dendam, corong buana, tak haramlah. Gitu? Ha, yang menaip ni pun, tengok diri sendiri dulu ye. Asyik cakap orang aje...

Hurm, ye lah-ye lah.
Kena marah
Nanes~
Huhuhuhuhu.

Wednesday, July 07, 2010

Pertandingan Zapin Daerah Batu Pahat 2010

Bismillahirrahmanirrahim
Gigihkanlah aku nak menaip ni ya Allah...

Sakit yang Mie tanggung bukan kepalang lagi dah nih. Balik rumah asyik memicit kaki aje. Adeh adeh adeh adeh...

Ha, kali ni baru entri yang Mie taip ikut time. Selalunya yang korang baca banyak-banyak tu, benda yang Mie dah taip berzaman-zaman then Mie just forwardkan. Yelah, hampir dua bulan bercuti menaip blog, banyaklah masa nak berfikir sikit. Buatlah sikit-sikit. Nanti kalau dah ada kerja, tak menyempat nih nak update segala ni. Hehehehehe. Tapi jangan sangka apa yang korang baca lepas entri ni, Mie taip hari-hari tau. Tu pun benda yang Mie forwardkan.

Alhamdulillah, akhirnya berakhir sudah latihan asas dan latihan pusat kumpulan Mie untuk Pertandingan Zapin Daerah Batu Pahat 2010. Masa entri ni korang baca, Mie dah habis latihan dekat lantai tari Pusat Rakan Muda, dan latihan bakal dilanjutkan di -> atas court badminton. Mampo tak, nak menari atas court badminton, tengah-tengah hari buta, matahari sejengkal atas kepala, tanpa alas kaki? Ha, sanggup tak? Huhuhuhuhu. Tapi tulah pengalaman yang mengajar Mie macam mana nak menari dengan betul. Kalau dulu masa sekolah boleh aje menari tak ada alas kaki masa sambutan pembukaan Litar Sepang atas tar yang panas tu, masak daging aku, nikan pulak court badminton. Jangan manja sangat kalau nak berjaya. Orang kata alah bisa, tegal biasa. Ceh...

Masa korang gigih baca entri ni, kami yang nak bertanding ni sebenarnya cukup berdebar. Mana taknya, berbaki lagi empat hari. Sudah tu nak lawan dengan kumpulan-kumpulan yang professional. Bukanlah nak perkecilkan kemampuan kumpulan sendiri, walaupun hanya segelintir yang boleh dianggap professional dan yang lain ada yang tak pernah menari, Mie tahu kumpulan kami punyai kekuatan sendiri iaitu -> ukhwah dan semangat yang utuh. Itu yang membuatkan Mie suka dan langsung tak rasa ralat tak menyertai Festival Gamelan Sedunia di Terengganu. Sebulan tempoh masa yang diberi. Bukannya hari-hari. Tambahan dengan komitmen kerjaya masing-masing, duduk jauh-jauh dan ada yang terpaksa menunggang motor hampir sejam dua perjalanan dari rumah, tetapi latihan mampu berjalan dengan baik. Boleh kata hari-hari masuk aje lantai tari, ketawa tak sudah sebab ada aje benda yang melucukan. Sebab tulah Mie tak ralat.

Menambahkan ketidakralatan Mie, bila ilmu yang Mie dapat kali ni bukanlah calang-calang. Nak tahu? Mie dapat ilmu teknik tari Melayu walaupun hanya berbekalkan tari yang orang tak nak bawak, dan kekuatan dalaman seorang penari. Ha... Dengar sahaja teknik tari dan kekuatan dalaman, korang tahu? Macam orang lain juga, bila Mie dengar zapin yang bakal Mie bawak, dengan konpiden Mak Esah Mie melangkah. Dah syok-syok tu, sekali jerit je coach Mie kata -> "Salah!" Kau, aku berhenti terus. Kene tegor macam-macam. Gaya yang dah biasa diolah mengikut kesesuaian tari Melayu padahal zapin tu. Macam mana tu? Anda kena saksikan sendiri apa yang dimaksudkan dengan zapin yang diserap unsur tari Melayu. Siapa yang menari tahulah apa itu unsur-unsur tari Melayu.

Pendek katalah, semua orang boleh nak menari. Ajar aje gerak, semua boleh angkat kaki tangan menari. Tapi teknik jatuh letak pergi geraknya betul atau tidak, ragam tari yang disanggarkan dengan teknik atau tidak, dan karisma seorang penari itu di mana kekuatan dalamannya menarikan tarian yang dibawa dengan tepat mengikut ritma lagu dan berteknik, serta mengandungi kekuatan imbangan yang seragam, ditambah dengan olehan pola lantai yang seganding menjadi kekutan, atau fokus utama Pertandingan Zapin Johor kali ini. Pendek kata lagi, siapa tak pergi, rugi. Huhuhuhuhuhuhu. Sebulan ini, kami diisi dengan benda ni aje. Mie rasa bertuah sungguh. Satu lagi ilmu yang Mie takkan jumpa dengan mudah. Dengan hanya gerak mulut dan sedikit paparan, kami sedikit sebanyak mengusai apa itu teknik tari dan kekuatan dalaman penari.

Ish, dah la. Membebel pulak. Cakap pun, bukan orang faham.

Mie nak jemput semua yang baca, yang berada di sekitar kawasan Batu Pahat, jauh, dekat, etc, bla bla bla, ke->

Pertandingan Zapin Johor 2010 peringkat daerah Batu Pahat
11 Julai 2010
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Batu Pahat
9.00 a.m. - 11.00 p.m. [anggaran]
Masuk adalah percuma
Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan/ dijemput hadir bagi memeriahkan acara ijab qabul putera kami...

Eh, salah quote
Tu entri lainlah...

p/s:
Sangat malas nak menaip sebenarnya. Penat.
Mie tetiba aje rasa nak sambung balik niat untuk dapatkan Sijil Kejurulatihan peringakat I yang terbantut sebab melangkah masuk ke universiti dulu.
Apa yang korang rasa kalau ada orang kata -> "Uih... Mantap punggung." Pulak yang menyebut perempuan. Kalau lelaki Mie dah tak heran.

Tuesday, July 06, 2010

Mat Patah-Article

Kosmo! Ahad
6 Jun 2010
Bil: 21 tahun 6 PP 14098/01/2011 (026302)
Jurnal m/s 54
Pengakuan
Oleh: Siti Nor Afzan Kamisan


ZURIAT LELAKI LEMBUT

'Kalau betul nak kahwin dengan anak aku, tunjuk dulu yang kau boleh jadi jantan'

Kehidupan lelaki lembut sering dikaitkan dengan stigma tentang kecelaruan jantina, walaupun realitinya empunya tubuh yakin bahawa dia ialah lelaki sejati.

"Sama ada lelaki itu tegap atau lembut, itu bukanlah penentu kebahagiaan dan kejayaan rumah tangga seseorang," ujar pegawai khas kepada pengurus besar sebuah syarikat ternama, Badrol Azhar (bukan nama sebenar), 44.

Biarpun memiliki karakter yang boleh disifatkan lembut, ia tidak menghalang lelaki berasal dari Pantai Timur ini daripada berkahwin dan mempunyai anak.

Saatb menyuarakan hasrat untuk berkahwin, reaksi daripada teman-teman seperti yang dijangka. Ada teman yang menyokong dan ada juga mempersoalkan keupayaan Azhar mengurus rumah tangganya kelak.

"Walaupun ada yang memperlekehkan keinginan itu, pendirian dan niat untuk berkahwin tidak pernah goyah.

"Dan kini, Alhamdulillah, selepas tahun ketujuh berkahwin, saya sangat bahagia terutama selepas dikurniakan sepasang anak berumur tiga dan enam tahun.

"Bagi saya, kehidupan selepas berkahwin adalah sangat menakjubkan.

"Saya percaya kalau hati lelaki itu betul-betul inginkan perkahwinan yang bahagia dan berusaha ke arah itu, lembut atau tidak, ia bukanlah persoalan. Yang penting, hati," ujar Azhar seraya mengakui lelaki lembut takut untuk berkahwin.

Menyifatkan dirinya sebagai bertuah kerana memiliki isteri yang taat, sopan, cantik, dan 18 tahun lebih muda daripadanya, tidak hairanlah Azhar amat menyayangi keluarganya.

"Urusan perkahwinan saya dipermudahkan oleh Allah. Sebelum perkahwinan ini, saya ada beberapa kali meminang gadis lain, tetapi dek kerana lembut dan kerjaya saya yang bergaul dengan orang-orang kenamaan, pinangan saya ditolak.

Pinangan
"Berbeza dengan isteri sekarang. Kali pertama saya terpandangkan wajahnya yang manis bertudung, saya sudah tertarik. Urusan merisik diserahkan kepada kakak dan Alhamdulillah, pinangan itu diterima.

"Memandangkan kami saling tidak mengenali, percintaan kami bermula selepas sah menjadi suami isteri," kata Azhar yang cuba meluangkan masa hujung minggunya bersama keluarga.

Ditanya mengenai kunci kebahagiaan rumah tangganya, Azhar tersenyum lantas menjawab: "Romantik dan ambil berat tentang dirinya."

Tidak menafikan lelaki lembut boleh bersikap romantik, babak yang dibawa di kamar tidur juga tidak seharusnya dipersoalkan.

"Lelaki lembut juga boleh melahirkan zuriat. Yang lembut itu hanyalah karakter tetapi kemampuan batin, kita tidak tahu. Mungkin lebih kuat daripada lelaki tegap," luahnya tersenyum.

Keperibadian Azhar yang lembut namun tegas bukan sahaja disenangi keluarganya malah dia turut mengakui hubungannya dengan keluarga mertua sangat rapat.

"Seperti isteri, mereka tidak pernah melihat lembut sebagai perkara pelik. Sebaliknya mereka bangga dengan saya kerana boleh mengurus kerja dan rumah tangga dengan baik. Sejak pertama kali bertemu dengan keluarga mertua, mereka menyukai saya.

Kisah Azhar mungkin antara cerita sisi positif lelaki lembut. Cerita Aim (bukan nama sebenar), pensyarah kanan di sebuah universiti awam pula bermula dengan keadaaan yang sukar walaupun dia kini mengecap bahagia bersama keluarganya.

"Saya pernah diherdik ketika pertama kali berkunjung ke rumah teman wanita yang kini menjadi isteri saya.

"Kalau betul nak kahwin dengan anak aku, tunjuk dulu yang kau boleh jadi jantan. Ungkapan itu ibarat kata keramat yang banyak mengubah hidup saya sebagai lelaki berjiwa lembut,"ujarnya.

Menurut Aim, lelaki lembut juga lelaki tulen walaupun ramai yang menganggap golongan seperti ini adalah nyah, bapuk, sotong, ataupun pondan.

"Apa yang penting adalah pendirian kita dan sokongan dari orang sekeliling,"ujarnya yang kini sudah memiliki tiga anak berusia di antara dua hingga lima tahun. Isterinya yang diperkenalkan sebagai Min (bukan nama sebenar), 29, merupakan rakan sekuliahnya di universiti dahulu.

Ibu mertua
Perkahwinan yang menginjak tahun keenam ini diakui banyak mengubah perwatakan Aim. Jika dahulu dia antara lelaki yang berani mencukur dan membentuk bulu kening, kini dia lebih senang menyimpan kumis nipis dan nsejemput janggut di bawah dagunya.

"Ibu mertua saya pada awalnya tidak merestui hubungan kami. Dia pula aktif dalam persatuan penduduk dan sudah menunaikan haji. Mingkin dia malu untuk bermenantukan lelaki lembut.

"Tapi itu cerita lama. Selepas kelahiran anak sulung saya yang juga cucu lelaki pertama dalam keluarga, ibu mula menerima saya bahkan hubungan kami amat rapat sampaikan isteri pun kadang-kadang cemburu.

"Pernikahan adalah satu rahmat buat saya. Bagi saya, keputusan menikahi Min adalah titik penghijrahan yang amat besar dalm hidup saya,"ujarnya yang kini menetap bersama keluarga mertuanya di Shah Alam.

Mengakui hampir tewas untuk menjadi 'lelaki' dalam erti kata sebenar, sokongan padu daripada keluarga yang mengharapkan perubahan menjadi penguat semangat Aim.

"Saya berjaya buktikan bahawa saya mampu berubah walaupun fasa perubahan itu adalah sesuatu yang sangat memeritkan. Selepas berkahwin, hala tuju hidup saya lebih jelas dan bermakna,"ujarnya.

Monday, July 05, 2010

Tandak bertandak

Amaran awal oleh pihak penerbitan
Entri ini tidak bergambar


Sebenarnya benda ni dah lama dah. Ni show entah yang keberapa pun Mie tak pasti dah. Tiap-tiap minggu ada ajelah program yang nak kena follow. Penat tu memang tak payah cakaplah, tapi sedikit sebanyak berbaloi untuk Mie sebab Mie dapat kenal dengan orang-orang baru, bertukar peel-peel pelik, ayat- ayat merapu yang tak masuk dek akal, dan latah-melatah yang tak berhenti buat Mie gelak. Nasib Mie tak sakat orang, nanti kena badi orang kata.

Show kali ni bersempena dengan kem Rakan Muda/Jiran Muda peringkat Negeri Johor Darul Ta'zim yang bertempat di Kampung Parit Banyumas, Parit Ya'ani. Ha, shoe ni tak ramai yang invlove. Lima orang. Mampu tak lima orang nak conquer pentas tu. Merepek aje kan. Tapi memang lima orang dengan iringan dua buah lagu. Lagu Sayang Laksmana dengan Zapin Bahari. Latihan, esok malam show, malam sehari sebelum show practice. Memang gigih. Show berjalan lancar.

Mode: Malas nak menulis.
=P
Oh ye... Thanx to Mr. Yas sebab temankan Mie along the journey. Ngeeee~

Sunday, July 04, 2010

U batter watch it

Harian Metro
5 Jun 2010; Sabtu
Halaman A37

MEGAH TUNJUK GAMBAR BOGEL
Pengawal keselamatan dipenjara enam bulan
Oleh: Muhamaad Razis Ismail

Kuala Lumpur "Kamu mempunyai isteri dan enam anak, saya harap kamu insaf dan lepas kamu keluar dari penjara kamu buat kerja lain", kata Hakim Azizah Mahamad selepas menjatuhkan hukuman enam bulan penjara terhadap pengawal keselamatan atas enam pertuduhan memuat naik gambar dirinya dengan sengaja dalam keadaan bogel dalam blog dan webnya tahun lalu.

Katanya, hukuman dijatuhkan mengambil kira kepentingan awam bukan kepentingan tertuduh kerana selepas di muat naik sejak 19 Ogos 2006, hampir tiga tahun gambar itu dipaparkan dan pastinya beri kesan kepada pelanggan melayari web terbabit.

Menurutnya, gambar hubungan seks sesama jenis dipaparkan keterlaluan dan bertentangan dengan semulajadi yang boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat khususnya remaja.

Azizah berkata demikian selepas tertuduh Shahrom Mahadi, 45, dijatuhkan hukuman enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah mengarahkan hukuman itu berjalan serentak bermula semalam.

Tertuduh berasal dari Johor itu menundukkan wajahnya selepas hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farhan Read dan Hamidi Mohd Nor manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya dengan mengambil kira latar belakangnya.

"Saya berpendapatan RM750 sebulan perlu menyara isteri dan enam anak dan perlu membayar hutang kepada pihak bank. Saya takut isteri saya sakit jiwa kerana tertekan menjaga anak sekiranya saya dipenjarakan," katanya.

Bagaimanapun, Hamidi dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam.

p/s: Baca dan fikir sendiri.

Saturday, July 03, 2010

To whom it may concern-Part II

'Sojar Laut'

Itulah nama yang dia kuncikan untuk lelaki itu di dalam telefon bimbitnya. Entah kenapa nama itu yang terpacul melintas di dalam fikirannya seusai lelaki itu meletakkan ganggang telefon buat kali pertama berbicara dengannya. Suara yang didengari olehnya bagaikan halilintar mencacah bumi. Direnjat. Degupan jantungnya tak keruan bila lelaki itu memperkenalkan diri. Segalanya bagaikan berpusing. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bukan tidak pernah dia dihubungi oleh mana-mana lelaki, tetapi lelaki itu membuatkan jantungnya bergoncang laju. Keterujaan menguasai diri. Senyum, ketawa, sengih, layak lelaki itu sedang bercakap di hadapannya. Dia sendiri tidak menyangka lelaki itu akan menghubunginya saat itu walhal sudah lama nombor peribadinya diserahkan kepada lelaki itu. Nyata memang benar duganya. Lelaki itu tiada persis lelaki lain yang pernah dikenalinya.

Perkenalan dengan lelaki itu bukanlah sesuatu yang dirancangkan. Dia sendiri tidak menyangka lelaki itu akan memandang pada insan yang kurang terkenal serta kurang segalanya untuk dibandingkan dengan kenalannya yang lain. Mungkin. Dia sendiri kurang faham sejujurnya. Sesekali lelaki itu muncul menemuinya pada awal musim perkenalan mereka, dia sangat senang dengan lelaki itu. Tiap-tiap bait kalimah yang dilontarkan oleh lelaki itu dibacanya dengan penuh minat. Terselit sifat kematangan, leluconnya di setiap huruf yang tercipta. Walaupun terkadang terselit juga giatan yang melampau, namun tidak sekali pun dia terkesan hati dengan kata-kata lelaki itu. Segalanya menyenangkan dan meriangkan hatinya. Kerap melayan canggungnya,melayan sifat kenakannya, keletah yang bukan-bukan. Walaupun jauh. Hubungan awalnya dengan lelaki itu hanyalah pada kata, bukan rupa. Bagaimana laku dan persisnya, dia sendiri tak dapat membayangkannya. Kalau ada pun, sekadar gambar jauh yang di"blur"kan buat panduan untuk dia mengenali lelaki itu.

Hinggalah suatu hari. Matanya memandang kejap dan terpaku pada imej wajah yang terpamer di skrin kaca itu. Dia bagaikan pernah melihat bentuk wajah itu dan yang paling ketara rahang mukanya yang membuatkan mata nakalnya tertarik untuk mengenali siapa pemiliknya. Tangannya segera menekan butang "add as friend" tanpa berfikir panjang pada pautan yang disediakan. Biarlah. Kalau betul wajah yang dilihatnya milik lelaki itu adalah 'Sojar Laut'nya, bertuahlah dia. Tapi, kalau bukan, tak ada salahnya menambah kenalan dalam ruang sembang itu.

Tanpa di sangka, permintaannya disambut baik oleh lelaki misteri itu. Masakan tidak, orangnya agak lawa, segak. "First impression". Kalau dibanding dengannya yang agak keanakan, mungkin bukan menjadi pilihan. Buat kesekian kali, isu rupa menjadi ukuran persahabatan. Mengeluh dia panjang. Usai berbahasa basi ramah-tamah, dia terus membuka ruangan foto milik lelaki misteri itu. Habis satu persatu gambar milik lelaki misteri itu ditiliknya. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membelek 'segenap inci' apa yang dimiliki lelaki misteri itu. Sayangnya, ia hanyalah gambar-gambar kejap. Setelah puas membelek, dia bagaikan mendapat sedikit "clue" bagi tiap-tiap persoalan yang bermain dibenaknya. Timbul kayakinan. Satu persatu gambar diperiksa lagi, diteliti, diperhati, dan dinilai banding dengan hasil tulisan 'Sojar Laut'nya lagak sedang memeriksa kualiti. Hampir 85% ada persamaan antara keduanya. Adakah kebetulan ataupun mereka berdua sememangnya orang yang sama?

Friday, July 02, 2010

Keputusan pemilihan

Sebelum Mie tamatkan sesi pembelajaran dahulu, Mie dalam dilema sebanarnya. Dilema mahu memilih mana satu yang patut Mie turutkan. Mie dapat offer dari Pusat Seni dan Warisan untuk menyertai Festival Gamelan Sedunia ataupun Festival Zapin Johor.

Lepas banyak berfikir, dan meminta sedikit petunjuk dari Yang Kuasa, Mie rasa nilah keputusan terbaik yang Mie lakukan. Mie yakin dan percaya yang keputusan ini adalah yang terbaik untuk diri Mie. Tak menyakitkan hati sesiapa terutamanya hati Mie sendiri. Bukan maksud Mie nak mengabaikan hati, perasaan dan harapan orang lain, tapi Mie rasa ini yang terbaik antara yang terbaik untuk Mie. Ketika entri ini dikeluarkan, Mie yakin dan percaya latihan asas untuk Festival Gamelan sudah dua atau tiga hari dijalankan. Mie sekadar mendoakan semoga usaha itu secara tidak langsung membuka mata masyarakat luar dan tempatan tentang universiti... ops, bekas universiti Mie tu.


Mie? Ralat? Taklah... Biasa-biasa aje. Lagipun lelaki yang dikatakan skandal Mie di Pusat Seni dan Warisan tu pun dah telefon Mie. Bukan personally eh, pakai telefon opis. Secara rasmi bertanyakan tentang keputusan Mie. Mie tak nak buat orang tertunggu dan buat kucar-kacir dan huru-hara sebab Mie. Yelah, nama Mie masih dalam KIV. Selagi Mie tak bagi keputusan sama ada nak masuk atau tak Festival Gamelan tu, susah bagi mereka nak tetapkan orang. Lagipun Mie tak naklah perasan diva ok... Hahahahaha. Tak nak menari nanti macam dipaksa-paksa. Tapi bila Mie dah bagi keputusan tiga minggu lepas sebelum entri ni korang baca hari ni, Mie rasa Dia faham dan hormati keputusan Mie. Sebab tu Mie senang nak kawan dengan dia. Skandal? Gile korang... Dah nak berbini dah mamat tu. =P


Mie tahu, Dia nak Mie belajar tari gamelan tu. Memang betul, ilmu tu susah nak cari, lagian tari istana yang jarang diketengah pada rakyat. Pulak tu belajar dengan primadona gamelan dalam Malaysia ni. Mahunya tak rugi. Tapi Mie yakin dan sangat percaya, ilmu tu boleh dicari. Lagipun, komitmen Mie di sini lebih diperlukan lagi. Mie tak ada di Terengganu, rasanya pementasan tu masih boleh berjalan. Tapi meninggalkan Johor, Mie rasa akan mendatangkan kesusahan. So, Mie akan remain di sini dan mendoakan yang terbaik untuk semua team di sana. Mie lebih suka tari yang lebih dekat dengan rakyat, belum masanya nak masuk istana lagi. Menjunjung duli, merafak sembah takzim, kita tak dapat nak terima pinangan Tengku tu. Kita nak kawen dengan orang kebanyakan aje. Hehehehehe.

p/s: Orang kata, tarik rambut dalam tepung... Buat satu-satu. Insya Allah, rezeki ada aje dekat mana-mana. Nak atau tak aje...
Nt dtg la udm tw.join taridra..dancing is n0thing with0ut u....bye....(So sorry dear... Just keep that group unite ok. I know u can lead best that group)

Thursday, July 01, 2010

Welcome July


July menjelma. Hurm... Happy July.

Kalau mengikut kepercayaan orang Cinalah, tak silap Mielahkan... Bulan Julai ni sama jugak dengan bulan hantu lapar. Tak silaplah... Wallahu alamlah macam mana benda tu. Sambutannya jugak Mie tak tahu, yang ada wayang Pek-ji tu ke? Dengar-dengar jugaklah, sebab dalam pekan Parit Sulong ni komuniti Cina boleh dikatakan jugak mendominasi komposisi bilangan penduduknya. Huhuhuhuhu. Kajian Tempatan sangat. Huhuhuhuh.

Bulan Julai maksudnya kita dah semakin menghampiri bulan Ramadhan al-Murtabak, Mubaraklah sengal!!! Hehehehe. Tu sengaja aje taip macam tu sebab Mie pernah jalan-jalan dekat Bazar Ramadhan Batu Pahat ni ha dulu, Mie terdengar seorang budak tu cakap -> "Selamat menyambut bulan Ramadhan al-murtabak", sebabnya banyak sangat stall yang jual muratabak. Agaknya konfius dengan Mubarak dengan murtabak, dah mak dia hari-hari beli muratabk, tu yang bantai letak aje. Asal bunyi mur-mur bak-bak cukuplah kot bagi anak itu. Hehehehehe. Tergelak Mie. Tak boleh lupalah. So, apa persediaan korang? Puasa dah ganti? Dah buat latihan? Latihan menahan nafsu katanya... Semua nak kena jaga. Mata, molot tu mollooooooooooottt tu nak kena jaga tu, eh pendek kata semualah. Jangan kena ganti puasa dua bulan dahlah ye... =P

Hurm, sekadar warm welcome untuk July. Cukuplah. Ada-adakan aje entri ni ha. =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...