Kalau tak silap Mie, menyelongkar semula hari ini dalam sejarah, pada tarikh ini telah dilangsungkan satu acara yang cukup meriah di daerah Muar, Johor. Diam tak diam, dah genap dua tahun usia perkahwinan mereka. Siapa mereka ni? Mereka yang Mie maksudkan adalah orang yang Mie dah anggap macam kakak kandung Mie sendiri iaitu Puan Yusnani Md Shah dan pasangan sehidup samatinya Mohd Nizam bin .... Alamak! Sudah terlupa.
Kak Yus merupakan seorang jururawat yang pernah bertugas di blood bank Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sebelum berpindah ke HKL di bahagian Unit Satelit kerana mengikut suaminya. Abang Nizam pula merupakan seorang chef bahagian pastri yang bertugas di Sime Darby KL dan sekarang menjawat jawatan sebagai tenaga pengajar pastri. Belajar buat Chocolate Moist Cake dengan abang lah.
Perkahwinan mereka menjadi kenangan terindah untuk Mie sebab perkahwinan ni melibatkan Mie hampir 40%. Mana taknya, Mie datang sehari awal dari tarikh perkawinan dari Terengganu ke Muar untuk memeriahkan acara. Sesampai Mie di sana, banyak benda yang belum diselesaikan. Dari segi bilik pengantin, door-gift, bunga pahar, macam-macam lagilah. Kawan-kawan Mie macam Hafiz, Shah pun belum tiba. Aman kawan Mie bertindak selaku photographer pun tak nampak bayang. Fendy dari JB pun tak sampai. Agak kelam kabut Mie sorang-sorang. Dah tu dikelilingi oleh orang kampung yang lagi veteren, buatkan Mie susah nak bergerak. Ye lah, kita lincah ke sana ke mari, mulut pulak ping pang pot pet, kang orang kampung kata apa. Kena jaga adab sikit.
Pagi Mie sampai ke Muar dari Terengganu dalam pukul 6 pagi. Subuh, tido sampai pukul 9, kami bergegas ke Ayer Hitam, Batu Pahat untuk cari last preparation. Esok nak kawin ni, baru nak cari. Gigih. Balik Muar. Mie dengan Kak Yus berdua gigih siapkan bilik pengantin. Kesian kakak aku. Ha gerobok katil tiang semua jadi mangsa tangan Mie. Lepas sembahyang Jumaat, Mie patah balik ke Batu Pahat amik Shah dan Hafiz pulak. Lepas rehat-rehat, kami bersiap untuk acara pernikahan. Walaupun jurugambar yang diupah tak sampai lagi, tapi nasib Hafiz ada back-up amik gambar. Lepas majlis nikah, kami "anak dara" nan bertiga ni terpaksa pulak bergegas ke Pagoh untuk jurugambar yang sepatutnya. Tapi terbabas sampai Tangkak. Minyak kereta pulak habis. Gigih sangat. Tapi nasib sampai jugak ke Pagoh, isi minyak terus ke Muar.
Sampai sana, makan apa yang patut, Fendy dan Wan tiba dari JB. Kami pulak terpaksa pindah rumah sebab anak-anak bujang ni nak duduk rumah penuh anak dara tak elok. So kami pergi ke rumah abang Kak Yus. Bermalamlah kami semua serumah. 6 orang aje... Menggatal. Esok pagi dah sibuk dengan majlis. Tapi kami tak join penanggah la sebab kami sibuk main kamera dengan pengantin. Buat-buat sibuk. Hahahahaha. Dah puas snap-snap gambar, makan berdamai time. Masa nilah yang seronok sebab Kak Yus sampai nangis. Mie tak cakap pun dengan dia nak buat perform zapin untuk dia. Sebab masa hari tu pun selamba je. Pakai seluar pendek, jeans bagai, macam orang datang. Dorang duduk makan, baca doa, Mie suruh abang PA mainkan lagu zapin. Mie, Shah, dengan Aman menari untuk Kak Yus. Dia siap tunjuk penumbuk sebab tak nak cakap dengan dia awal-awal. Nanes dia. Nasib abang ada. Cool downkan dia. Hahahahaha.
Lepas tu, tukar baju, kitorang bergerak ke Tanjung Agas untuk outdoor shoot. Time nilah satu Tanjung kami hayak pengantin ke sana ke mari. Best. Dalam pukul 6 kami balik. Then Shah pulak kene kerja malamnya. Mie dengan Hafiz hantar Shah balik Batu Pahat. Pukul 7.30 Mie sampai Muar semula, mandi, dan bersiap untuk balik ke Terengganu. Gigihkan. Dalam bas, Mie tido aje sebab letih sangat. Lagipun esok Ahad ada kelas. Hahahahaha.
Demi nak meraikan hari bahagia dan melihat orang yang penting dalam hidup Mie gembira, apa yang Mie lakukan tak semana pun. Apa yang penting melihat kegembiraan terpancar di wajah-wajah mereka buat Mie rasa puas. Now, dorang dah dikurniakan seorang bayi perempuan bernama Dania Damisha binti Mohd Nizam. Dah dekat setahun lebih jugak umurnya.
So, sempena hari ni, Mie nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke dua. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat, dan semoga sentiasa dilimpahi dengan kegembiraan yang berpanjangan dan di dalam redha Allah SWT. Tak lupa jugak, semoga ditambah dengan zuriat yang comel-comel lagi. Dapatlah peluang Mie jaga pulak sorang. Amin~
NANI <3> HAPPILY EVER AFTER
