
Gampang. Gampang bukanlah sejenis pemanis mulut yang dimasak dengan tepung pulut ataupun tepung gandum yang dileperkan di atas kuali pemanas ataupun nama jenis kain yang boleh didapati dipasaran dengan mudah.
Menurut Kamus Dewan edisi baru bernombor ISBN 983-62-0979-4 halaman 336, perkataan gampang adalah bahasa jawa mudah yang boleh diertikan sebagai anak haram. Manakala menggampang pula boleh diertikan sebagai dengan cara yang mudah, alang-alangan, tidak dengan bersungguh-sungguh. Jadi, apakah perkaitan yang boleh ditimbulkan dengan perbedaan maksud di atas? Meh Mie story sikit eh.
Satu hari yang hening, sewaktu Mie sedang keboringan ya'amat, Mie buatlah blogwalking dekat beberapa blog yang Mie rasa menarik untuk dilawati. Walaupun Mie tak meninggalkan sebarang jejak, dah mereka membontoti Mie, haruslah Mie tengok pula isirong mereka. Apakah ayat ni... Huhuhuhuhu.
Dalam seronok membelek, belek punya belek punya belek, Mie terjumpalah satu blog ni yang Mie rasa sangat... urm, phanas! Mana tak panasnya. Apa yang Mie jumpa sangatlah menggempar dan mengejutkan sealam maya ni. Mana taknya, apa yang Mie jumpa adalah adegan XXX yang dasat yang telah dilakonkan oleh orang yang cukup Mie kenali. Tak cukup dengan itu, isi kandungan blognya memang boleh memuncakkan nafsu dan dipunya oleh orang yang cukup Mie kenal. Ish ish ish...
Kononnya dia ni terkenal dengan peribadi dan laku yang baik. Ye lah, orang-orang ngalim ulama', berpengatahuan agama yang tinggi, layak-layak digelar hafdiz, dah tu dia tak suka benda-benda yang melaghokan ni. Kalau orang tak betul, habis semua kena condemn dengan si pemilik blog tadi. Tu tak betul, ni tak boleh, ni haram, ni suka, ni tak suka... Pendek kata macam-macamlah ayat pedas yang keluar dari mulut si pemilik blog tadi. Walaupun pemilik blog tu tak cakap secara berdepan dengan orang yang dia condemn, tapi dok menyampai-nyampaikan pada orang macam ampai-ampai. Walaupun apa yang ditegur tu memang logik dan boleh diterima pakai, hakikatnya diri sendiri tak berapa nak betul. Ye lah, ibarat maksud surah al-Asr, berpesan-pesan kepada kebenaran, berpesan-pesan kepada kebaikan. Syukur ada orang yang masih prihatin.
Perenggan atas tu dah elok dah, dah molek dah. Kira peribadi dia memang baik la. Tapi sekonyong-konyong Mie terbukak walaupun sengaja bukak banyak kali lagi dan lagi dan lagi, dan ternampak adegan yang dia lakukan, tak tahulah nak klasifikasikan macam mana. Boleh ke kata ngalim ulama' naik syeh? Entahlah..
Bagi Mie secara peribadi, tu hak dia. Apa pun yang dia nak buat, dosa pahala dia tanggung. Dia lagi ngalim dari Mie. Tapi tak perlulah kot sebarkan serata maya aksi ranjang yang tak berapa nak mengancam tu pada umum. Kalau setakat nak raih publisiti, macam-macam lagi yang boleh dilakukan. Macam Mie, dok menayang body. Eh! Matilah... Kau pun sam macam dia. Hahahahaha. Benda yang buat Mie menyampah satu aje. Tak payahlah nak cakap orang sana tak betul sini tak betul tu haram ni tak boleh ni tak suka, tapi hakikatnya, diri sendiri lagi teruk dari orang yang dia kata tu.
So, jangan suka tunding jari dekat pelangi, nanti jari kudong [tak relevan... ]
Mesti korang nak tau nama blog tu kan? Tak dapat Jack!
+P



