Followers

Thursday, October 28, 2010

Cubalah faham sikit... Haih...

Kan saya dah cakap dengan awak banyak kali
Bulan ni saya memang sibuk
Sangat sibuk
Saya tak dapat nak tumpukan pada awak 100%
Komitmen saya kena bahagi-bahagikan
Saya harap sangat yang awak boleh faham situasi dan keadaan saya
Janganlah dok besarkan benda-benda yang kecik awak...

Kan saya dah cakap dengan awak awal bulan hari tu
Lepas balik dari JB untuk Pertandingan Zapin
Saya sibuk denganPertandingan J-Robik pulak
Awak ni...
Tulah asal saya cakap semua tak penting
Asal saya cakap semua complicated
Dah cakap direct pun complicated jugak?
Haih...

Memang saya mintak maaf banyak-banyak tak melayan awak akhir-akhir ni
Tapi saya cuba jugak jalankan tanggungjawab saya pada awak sebaik mungkin
Saya pagi-pagi lagi dah masakkan awak nasi, lauk
Tinggal awak balik, panaska, dah tu makan
Tu je
Pakaian-pakaian tu tak payahlah awak jadikan isu pulak
Taulah saya nak membasuh, melipat baju-baju tu
Selama saya bertanding dekat JB hari tu pun
Awak masih pergi pejabat dekat baju bergosokkan?
Awak ada pulak datang nak jenguk saya dekat sana?
Jadi?

Tak payahlah awak nak masam-masam muka saya balik lambat
Saya balik lambat pun awak tahu nak cari saya dekat mana
Tak adanya saya nak lari dari awak
Semua tempat saya pergi saya cakap sampai awak pun kata dah muakkan?
Awak?
Saya tanya ke mana? Marah...
Keluar dengan siapa? Marah...
Jadi saya dah banyak bertolak ansur dengan awak
Saya bukan punching bag awak ya
Tapi saya tahu dan cuba jalankan tanggungjawab saya pada awak sebaik mungkin
Dah, saya tak nak membebel
Tak nak bergaduh dengan awak
Dah, saya nak salam ni
Nak pergi dulu
Kunci awak letak tempat biasa
Awak makan apa yang ada
Kalau mengantuk tidurlah dulu
Haih...

Moral: Ade pertandingan J-robik peringkat daerah? negeri? Entahlah...
Yang penting Ahad ni 31 Oktober di Dataran Batu Pahat =)
Jom...
Tapi tu luahan sebenar ke???
Wink!

Saturday, October 23, 2010

Pertandingan Zapin Johor 2010: My view


Kumpulan Zapin Sutra Budaya Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian muncul johan pertandingan zapin peringkat negeri bagi kategori sekolah rendah sekaligus membawa pulang membawa pulang hadiah RM3,000, piala pusingan, dan sijil. Kumpulan zapin tersebut turut memenangi kategori busana terbaik bagi ketegori sekolah rendah dan seterusnya meraih hadiah wang tunai RM1,000.

Lebih membanggakan lagi, kumpulan zapin ini turut berjaya mempertahankan kejuaraan apabila muncul sebagai juara dan memenangi kategori busana terbaik di pertandingan zapin peringkat negeri yang diadakan di Segamat.

Sementara itu, Pertandingan Akhir Zapin peringkat negeri Johor yang berlangsung di Stadium Bandaraya Johor Bahru Ahad lepas yang telah berjaya memukau hadirin yang datang berjaya menarik penyertaan dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), sektor korporat, jabatan kerajaan, dan mukim.

Pertandingan bermula 15 hingga 17 Oktober itu menyaksikan lima kategori dipertandingkan iaitu jategori sekolah rendah, sekolah menengah, jabatan kerajaan, mukim, dan terbuka.

Bagi sekolah menengah, pasukan zapin Sekolah Menengah Bandar Kulai muncul johan, manakala johan bagi kategori jabatan kerajaan disandang Pasukan Kastam Di-raja Malaysia.

Kumpulan al-Fhan D'Tari dari mukim Sungai Terap, Muar dinobatkan juara bagi kategori mukim dan kategori korporat diungguli Kumpulan Tari Delima Maybank Berhad, Pontian.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Besar, Datuk Haji Abdul Ghani bin Othman dan diakhiri dengan persembahan tarian zapin dari semua peserta dan orang ramai.

Sekian berita.

Untuk gambar lebih lanjut, sila lawati blog Mak Hayam Bentet ni.


Info menarik sepanjang pertandingan:

1) Fenomena melatah memang semakin menjadi-jadi di kalangan kami hinggakan dah tak mengira tempat. Abang jaga, budak waiter and waiteress, budak sebelah bilik turut menjadi mangsa dan pemangsa keadaan. Mie; hampir terjebak.

2) Kami dapat mengenali sembilan orang lagi yang kuat melatah dari daerah Pontian. Tapi sayang kami tak dapat berkumpul. Kalau tak meriah table. Kawan-kawan facebook, MAKUM pun kami jumpa jugak. Tapi sekadar senyum-senyuman ajelah. Malu kot!

3) Kami dapat menikmati pemandangan free tepi kolam renang setiap petang apabila kebanyakan abang-abang kontijen turun berendam. Hahahahaha.
Moralnya: Abang lain kali nak betulkan seluar atau underwear, jangan pandang kiri kanan aje. Pandanglah atas juga sebab kami sedang memerhatikan anda. Kecik besar kecik besar je aku tengok. =D

4) Kami dapat juga mengantolkan beberapa orang yang -> Sah! Hang memang tak straight!!! Umpan ada di depan mata. Heheheheheh. Jahatkan?

5) Mie dan sparing partner menari Mie -> Mak Hayam Bentet telah ditugaskan untuk menjadi model busana. Ye, macam pergi exam. Setiap detail busana telah disoal ye. Contoh soalan -> Sanggul ni nama apa? Ni jahitan apa? Rantai ni, panggil rantai apa? Mana kepala kain? Baju berjalur hendaklah dijahit selari. Jika baju jalur ke bawah, bahagian tanagn mesti ke bawah juga jalurnya, bukan melintang.
Moral: Korang bukan kena tahu menari je. Mungkin korang menari bagus, sharp, tapi asal usul busana pun korang tak tahu.
Tahu baju cekak sejari? Ha, tu baju dari Riau je eh. Bangga jadi orang Johor. Soalan: Apa beza dagang luar dengan dagang dalam? Kalau tahu sila jawab... MAKUM pun kena buat benda ni. Baru lah merasa sikit. Ni busana letop-letip, asal usul tak tahu. Sedih~ Yang penting gambar kami ye masuk buku =)

6) Fenomena mandrem dan mak esah masih lagi belaku di lantai tari. Choi!!! Buang suwey!!! Tak tahulah bila nak berubah. Kalau tak yakin kumpulan anda mampu, kenapa hantar. Yakin dengan kebolehan dan kemampuan anak didik anda sendiri. Kalau mandrem kuat sekalipun, tak laku, tak ke mana...

7) Pihak Yayasan Warisan Johor dah mengeluarkan senarai 18 Zapin negeri Johor termasik zapin baru seperti Zapin Kores 2, Zapin Mahpom 1, dan Zapin Mahpom 2[bukan zapin apom ye... Matilah], Zapin Chokoh, dan Zapin Daeng Mat'nouk. Dek kerana tidak berpuas hati dengan senarai itu, Mak Hayam Bentet telah mencipta zapin baru iaitu Zapin Bentet dengan sepuluh langkah ragam yang berbeza. Zapin ini banyak menekankan aspek goyangan kepala dan keunikannya terletak pada sebiji pisang masak dan dua biji epal hijau. Hahahahahahahaha.

8) Kami juga telah meng'band' satu kedai makan yang ada sekitar Hotel Selesa iaitu Kedai Makan Azah. Sila jangan lawat kedai ini. Adakah patut, mintak mee tom yam jadi asam laksa. Tu tak pe lagi. Mintak Char Kueh Tiow jadi Mee Tiow basah + rambut? Nasi goreng ikan masin ada taugeh? Penin? Baik makan kat Banafee berhadapan New York Hotel yang dimiliki oleh ibu Betty Banafee katanya. Wallahu alam...

9) Semangat satu kontijen jelas nampak di kumpulan kami. Tiap-tiap kontijen kategori dari daerah Batu Pahat bertanding, kami turun dan bersorak. Bila part kami bertanding? Hampeh~
Moral: Semangat satu daerah tu penting. Ni kalau kau buat hal kau, aku buat hal aku, baik aku wakil Terbuka Johor Bahru... Aiyark~

10) Fakta paling menarik -> Saya telah diusha. Itu fenomena biasa bagi saya. Tapi kali ni saya telah diusha oleh adik-adik. Feelin abang-abang sangat uollllssss... Sempat bergurau dalam lift. Ting... Sampai dah~

11) Kali pertama Mie ke pertandingan tak kemaskan kening dan biarkan janggut tumbuh. Ada orang kata Mie cumel ada janggut. Ye yooh je kau kata macam tu... Yer~

12) Mie jumpa kembar Mie tapi versi perempuan. Ala, rugilah tak amik gambar dengan dia. Mesti korang confuse yang mana Mie yang mana perempuan tu. Motep riak!


Link menarik untuk anda lawati:
1) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Menteri
2) Sekolah Menengah Anjung Batu
3) Kumpulan Gaya Waris
4) Majlis Perbandaran Batu Pahat
5) Terbuka Pontian
6) Terbuka Johor Bahru
7) Terbuka Kluang
8) Terbuka Muar
9) Terbuka Ledang
10) Terbuka Batu Pahat
11) Terbuka Segamat

Thursday, October 21, 2010

Saya telah ditelanjangkan

Entri yang pendek

Setelah dikaji dan disoal selidik oleh seorang kenalan yang baru dikenali hari raya yang lalu, rupa-rupanya saya memang seoarang yang rakus dan mempunyai inkuiri yang tinggi. Jadi, menurut beliau pasangan saya turut harus mempunyai kerakusan dan inkuiri yang tinggi yang mana pasangan saya itu mampu menyimbangkan fikiran dan "kehendak" saya yang selalu tinggi dan memikirkan perkara yang tidak masuk dek akal. Menurutnya lagi, dengan kerakusan itu secara tidak langsung akan mengikat saya dari terus bergerak atau merayap mencari-cari.

Apa saya jawab?

Urm... Err... Urm... Err...
Ye lah tu kot
+D

Wednesday, October 20, 2010

To whom it may be concern-Part V

Pintu bilik itu dibuka dari luar. Lelaki itu dengan beg sandang dibahunya bagaikan mencari sesuatu dikamar kecil itu.

Dia yang sedang bersisir di meja solek bingkas bangun dari duduknya menuju ke pintu kamar itu sebaik mata mereka bertentang.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam...", jawabnya ringkas pada salam yang diberikan lelaki itu. Tangan lelaki itu diraih lalu dikucupnya tanda hormat.

Dia berlalu meninggalkan lelaki itu sendirian di pintu. Beg yang tersandang di bahu tidak diambilnya, lengan yang sasa itu turut tidak dipaut seperti selalu.

Lelaki itu hanya memerhatikan lenggang langkahnya dengan buntu. Memikirkan apa silapnya yang mungkin terlepas laku. Seingatnya genap sehari mereka tak bertemu. Mana mungkin silapnya merubah dia begitu. Lelaki itu mengekor dia menuju ke ranjang.

Lelaki itu menghenyakkan punggung di sebelahnya. Niat di hati, kemelut itu perlu diselesaikan. Tak betah lelaki tu membiarkan berpanjangan. Khuatir tidurnya bukan diranjangan.

"Yang, dah masak? Abang lapar ni. Sehari abang duduk terperap dalam pejabat. Nak keluar makan pun tak sempat."

Pertanyaan lelaki itu tidak dijawab, sebaliknya dia yang ditanya bingkas bangun mengambil alat kawalan jauh peti televisyen dan menekan butang-butang yang ada di atasnya.

Sabar... Kemarahan bukan perlu dilawan dengan api. Kalau marahkan nyamuk, kenapa tak beli Shieldtox.

Lelaki itu diam sambil memerhatikan tingkahnya. Wajah muncung itu direnung lagi.

"Tak. Orang malas. Penat."

Hanya empat patah perkataan muncul di bibir mungil itu walaupun pertanyaan yang dilontarkan hampir sekaki.

Lelaki itu mengeluh. Namun keluhannya itu bagai tidak sedikit meninggalkan kesan hatta membuatnya rasa bersalah.

Lelaki itu ingin bersuara lagi.

"Abang..."

Dipintas.

"Orang mintak maaf ye. Sorry sangat-sangat. Tension sebenarnya ni."

Dia memulakan bicara. Ternyata keluhan itu berjaya melembutkan hatinya yang kacau. Dia tertunduk malu

Lelaki itu tersenyum. Lelaki itu tahu bukan salahnya seandainya pengarang jantungnya itu bermasam muka. Dia tahu bukan silapnya membuatkan si dia berasa gundah. Lelaki itu memandangnya dengan senyuman. Dagunya diangkat oleh lelaki itu. Namun matanya tetap layu ke bawah.

"Sayang... Kenapa ni? Hei, pandang abang sini. Kenapa ni sayang?"

Dia masih memandang ke bawah. Hampir sahaja dia menitiskan air matanya. Entah kerana masalah yang menyerabutkan pemikirannya ataupun kerana keluhan lelaki itu yang menyebabkan dia rasa bersalah.

"Hei... hei... hei...Janganlah macam ni. Abang balik penat-penat, nak tengok muka sayang abang ni happy. Ni nak menagis pulak. Mana abang ada marah. Abang tak marah sayang pun kan? Kenapa ni? Tell me..."

Kepalanya ditarik diletakkan didada lelaki itu. Terasa kehangatan yang mendamaikan walaupun aroma perfume lelaki dan peluh hangat jantan itu bisa melalaikannya. Nyata air matanya menjadi modal untuk dia bermesra sepanjang malam.

Dia menyeka air matanya yang bergenang. Dia mengangkat pandangannya ke arah muka lelaki itu mencari kekuatan itu berbicara.

Lelaki itu memandangnya dengan senyuman yang menampakkan barisan gigi yang jelas nyata. Tersengih.


Argh!!! Astaghfirullahal azim...

Dia bermimpi rupanya. Suara burung jampuk kedengaran sayup-sayup di gegendang telinganya mengejutkannya dari lena. Dia meraup mukanya. Menarik nafas buat sekalian kalinya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Perbaringannya diraba. Takut-takut ter'basah'.

Kering. Belum sempat lagi.

Dia tersenyum sendiri. Entah mengapa lelaki itu dan sengihannya singgah di dalam mimpi.

Dia bingkas bangun, mengenakan jubahnya lalu berdiri menuju ke balkoni. Menyaksikan keindahan malam bulan mengambang penuh. Ditemani jampuk menyahut sepi. Ah, angannya terlampau tinggi. Masakan lelaki itu mahukannya menjadi penaman mimpi. Belum pun sudah, menghilang dia pergi...

Thursday, October 14, 2010

I hate love story

First thing first, Mie nak mengaku satu benda. Mie antara salah seoarng daripada segilintir manusia yang tak meletakkan sebarang harapan atau kepercayaan pada cinta? Kenapa? Mie tak mampu nak menjawab soalan tu. Tapi dari saat dan ketika ini hingga kepada satu masa yang Mie sendiri tak tahu, Mie memang dah tak percaya lagi pada cinta. Mie tahu, cinta tu ada, tapi... entahlah. Hati dah tertutup. Mie nak fokus pada diri sndiri. banyak benda yang Mie dah abaikan. Cakaplah bergunung sayang, memuja intan baiduri mutu manikam hatta emas perak sebagai ganti, tak ada kesan pada Mie.

Soalan?

Tak ada jawapan.

Sedikit pengakuan ikhlas. Harap faham.

Berbalik cerita asal. Dek kerana kebaikan bos hari ni yang tak nak bagi Mie kerja, ye lah, orang nak pi jauh esok, kononnya... Mie sempatlah menonton movie Hindustan dalam opis. Seronok tak kerja? Tajuknya -> "I Hate Love Story". Eh, macam kena ajekan dengan feelin-feelin Mie sekarang. Kebetulan...

Cerita ni lakonan Imran Khan dan Sonam Kapoor. Imran Khan ni adalah anak saudara kepada pelakon ternama Bollywood; Amir Khan. Mie tak pasti berapa banyak dah filem yang dia lakonkan. Tapi, yang Mie pasti dia adalah salah sorang pelakon baru yang sedang meningkat naik di arena perfileman Bollywood. Menonton "aksi" dan lakonannya, anda pasti kagum! Hahahahaha.

Sonam Kapoor pulak nak kata pelakon baru tak lah baru. Mie masih ingat lagi lakonan beliau dalam filem Saawariya arahan pengarah tersohor Bollywood Sanjay Lela Bansaali. Alah, pengarah yang buat cerita termahal Boolywood; Devdas dan Hum Dil De Chuke Sanam. Google sendiri. Tak kuasa aku nak cerita panjang-panjang ni.

Am i addicted to Bollywood's film. I am!

Cerita ni bukan cliche macam cerita-cerita cinta Hindustan yang biasa kita tengok. Tapi cerita ni lebih realistik. Kalau dulu orang pertikai la, guling-guling tukar baju apa semua. Tak logik. Tapi untuk cerita ini, anda kena saksikan sendiri. Lain dari yang lain. Credit to Karan Johar pengarah filem Kuch Kuch Hotak Hang, ala yang dulu-dulu korang beriya-iya masuk punggung keluar punggung, salah! Masuk panggung keluar panggung manangis bagai nak rak beriya-iya kan... Kenapa? Sebab Karan Johar menggunakan hampir kesemua tarian dari filem lakonan SRK. Maksud Mie, kalau korang tengok nyanyian dalam cerita ni, korang akan ingat semula cerita Kuci Kuci Pampers Hay tu, Dil To Pagal Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham, Dilwale Dulhaniya Le Jayengga, Pardes, eh, macam-macamlah. Korang kena tengok.

Nak download, Mie bagi link -> www.syok.org

Tapi korang kena daftar. Alah, free je daftar dekat sini.

Tapi, moral of the story dalam cerita ni:
1) Appreciate apa yang ada depan mata sebelum benda tu hilang. Bila benda tu dah tak ada, tak payah nak menyesal.
2) Cinta tu memang ada. Kita kena terus mencari dan mencari. Kita tak akan jumpa orang yang pegang papan tanda "I'm your lover" or "I'm your Mr. or Mrs. Perfect", tapi petanda tu akan selalu ada.
3) Being so perfect is good, but a bit "rough", "nasty", and "kinky" makes it much better.
4) I love noty-noty!

Hahahahahaha.
Da~
Nak balik rumah berkemas, balik JB.

Zapin yok!

Tuesday, October 12, 2010

Debaran Pertandingan Zapin Johor 2010

Teruja + Letih + Demam + Suara hilang + Takut + Berdebar + Penat + Gembira + Singapore + Senibong + Hotel Selesa + Bilik tak confirm + Dewan Tertutup + Mukim Batu Pahat + Sekolah Menengah Dato' Menteri + Sekolah Kebangsaan Sri Medan + Kumpulan Kesenian Seni Budaya + Kumpulan Gaya Waris + Majlis Perbandaran Batu Pahat + Phatrick + Aqmal + Aiz + Shah + Adam + Yam + Kakak + Adik + Kak Ida + Pasang badan = BERCUTI!!!

Mode:
1) Malas nak tulis
2) Malas nak upload gambar
3) Kita jumpa di MBJB 15 hingga 18 Oktober ni ya
4) Keterangan lanjut selepas bertanding

Tuesday, October 05, 2010

Abang, naik lagi ke?

Ketuk lutut, ketuk lutut cepat. Bagi turun? Hahahahaha. Apakah? Tak relevan dengan topik hari ni. =P

Sebenarnya topik yang Mie nak bawak hari ini, tak ada kena mengana dengan lutut ataupun kepalanya. Tapi, topik yang Mie nak bawak hari ini ialah -> "Abang, naik lagi ke harga rokok?"

Hahahahaha. Suka gila Mie dengar bila kerajaan dah naikkan harga rokok. Saya sayang kerajaan yang memerintah negara saya sebab peka dengan masalah ini. Terima kasih kepada pemerintah-pemerintah negara. Walaupun kenaikan meningkat sebanyak 70 sen sekotak bagi tiap-tiap jenis, nampak macam taklah tinggi sangatkan? Tapi kalau sebelum ni harga sekotak RM9.30, naik RM0.70 jadi RM10.00 sekotak... Tak terasa ke? Haiyoo... Sekotak sepuluh ringgit. Kalau pandai jimat, makan nasi berlauk siap air boleh dapat dua kali tu [mengira keadaan di tempat Mie]. Paling tidak, kenyang makan nasi. Makan asap boleh kenyang. Soalan...

Berita ni Mie dengar dari dua orang bestfwen Mie, Ayien dengan Apiz. Apa lagi. Memang gembiralah dengar berita ni. Rasanya tak sabar nak tunggu kerajaan isytiharkan lagi kenaikan harga rokok. Naiklah lagi, naiklah lagi. Dah naik, umumkan terus rokok sebagai barang mahal. Huih... Pergi! Tak kembali. Ye la, dah hisap rokok je, macam dah jadi santapan ruji, macam mana tak kena penyakit yang macam-macam. Tu yang pergi tak kembali tu. Huhuhuhuhu.

Hidup cuma sekali, use it wisely. Jangan enjoy aje. Dah sambung balik hisap roko sana. Cakap pun bukan nak dengar.

Bukan yang tulah!


Merokok=Makan asap
Jin=Makan asap
Perokok=Jin

Eiiyuuuu... Rumus apa ni?

Monday, October 04, 2010

Menjawab... menjawab! Pelempang nak?

Peluhnya menitik-nitik. Baju singletnya basah lencun dihujani air masin. Panas terik yang memancar langsung tak dihiraukan. Kelihatan seksi dan mengiurkan melihat lelehan peluh itu melalui tegap otot badannya. Dia membetulkan kaca mata hitamnya membenarkan air peluhnya mengalir. Air mineral di tangan kanannya diteguk lagi menghilangkan dahaga.

Di sisi trek, sekumpulan wanita gedik berskirt singkat menjerit-jerit memanggil namanya. Layak terkena histeria melihatkan dia yang berkeadaan begitu. Dia hanya memandang mereka yang menggilainya dengan senyuman tipis.

Di satu bahagian lain, seorang lelaki dalam lingkungan 20-an, bertubuh sederhana dan berpewatakan lelaki normal biasa sedang asyik memerhatikan tingkah perempuan-perempuan yang tak sudah sedari tadi menjeritkan nama lelaki yang baru sahaja menghabiskan lariannya. Dia turut tersenyum memandang wanita-wanita genit itu berteriakan.

Lelaki di trek itu bangun dari duduknya dan melayangkan satu lambaian kepada wanita-wanita yang setia menemaninya setiap kali dia membuat latihan. Selesai sahaja dia melambai kepada wanita-wanita berkenaan, satu sorakan yang luar biasa kuatnya dapat didengari hingga ke luar stadium. Dia hanya mampu tersenyum dan meneruskan langkah ke bilik persalinan.

"Banyak peminat awak?"
Entah bila, lelaki yang bersama-sama wanita lain di padang menyaksikan latihannya tadi sudah berada di dalam bilik persalinan itu.

Dia perasan kehadirannya.

Dia melepaskan keluhan lalu menoleh kepada lelaki yang baru masuk ke bilik persalinan tadi dengan satu senyuman.

"Kenapa ni? Marah? Takkanlah dengan perempuan macam tu pun awak nak marah, nak amik hati? Awak kan tahu, saya..." Dia tidak menghabiskan ayatnya.

"Siapa cakap saya marah,"getus lelaki lingkungan 20-an seterusnya duduk di bangku di dalam bilik persalinan itu.

Lelaki yang berotot kekar itu hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya berkali-kali lalu menuju ke kanan duduk lelaki itu.

"Kalau tak marah, muncung tu kenapa? Senyumlah sikit..." Memujuk. "Saya penat-penat, awak macam ni pulak." Memancing.

"Awak aje penat? Saya pun penat jugak. Dahlah hari ni banyak tiang saya kena panjat, betulkan kabel yang putus. Panas lagi. Malam nanti nak panjat tiang lagi..." Merengek.

"Tiang? Tiang mana pulak?" Satu senyuman nakal dihadiahkan.

"Dah awak jangan nak mengada-ngada eh. Malas nak layan. Cepatlah pergi mandi. Then kita lunch sama-sama ok. Perut saya dah lapar dah ni awak."

"Awak ni, ada aje benda nak elak eh?" Lelaki bertubuh sasa tu cuba merangkul tubuh lelaki itu yang lebih kurus dari tubuhnya namun dia bingkas mengelak.

"Awak ni. Ni kan kawasan public. Malulah sikit... Ish!" Gerutu lelaki itu walaupun hakikatnya dia seronok diperlakukan begitu.

"Dah, cepatlah!" Tambahnya lagi.

Satu cubitan di pipi dihadiahkan buat lelaki itu sebagai hadiah melepaskan geramnya sebelum berlalu ke kamar mandi.

"Jom mandi!"


Motep of the stori-mori:
1) Jangan anggap semua lelaki berbadan kekar tu semua straight Jah...
2) Cerita ini adalah secebis pengalaman daripada pemilik blog. Siapa pemilik blog? Sila rujuk kaunter pertanyaan No. 13
3) Cerita ini bukan pengalaman setahun lepas atau dua tahun lepas. Ini adalah cerita lapan tahun sudah. Betulkah?
4) Don't judge a book by it's cover
5) Pilihan tetap ditangan kita. Walaupun jalan kita tak betul tapi tetap berpegang pada panduan yang nyata, tak kemana.
6) Kalau tak bermake-up, mendedahkan anggota badan tu jantan... Nah!!!


Ini bukan editting, bukan lighting, just bordering. Sekian, terima kasih.

Sunday, October 03, 2010

Mengenangmu: Episod - Menghargai sebelum ditinggalkan dan meninggalkan

Sebenarnya masih dalam keadaan penat. Mengantuk + rasa nak demam pun ada. Suara dah hilang sebanyak banyak sangat melalak. Terima kasihlah kepada pihak yang mengajurkan majlis kerana sudi menjemput Mie dan rakan-rakan memeriahkan majlis perkahwinan anak lelaki kepada pemilik SAPURA malam tadi. Suka majlis tu. Merah putih! Rose... Argh... Nak masuk tido cepat je. Eh, salah orang. =P

Mie sebenarnya terasa nak sangat keluarkan entri ni. Mie dapat idea masa dengar khutbah Jumaat lepas. Kepala memang tak boleh nak fokus pada apa yang Pak Imam sampaikan hari tu walaupun tajuknya best untuk dikongsi dengan kalian iaitu "Sabar sebahagian daripada Iman". Mie cuma fokus sikit je. Macam mana nak bersabar dengan kerenah orang sekeliling kita. Dengan dugaan-dugaan yang telah Tuhan datangkan pada kita. Mie agak-agaklah khutbah kali ni sebenarnya ada kaitan dengan kes pembunuhan kejam tempoh hari. Tapi tu bukanlah entri Mie. Lain kalilah Mie buat entri pasal sabar ni eh? Otak dah fikir dah, tapi Mie keluarkan untuk entri akan datang ye.

Sebenarnya Mie terpanggil untuk keluarkan entri ni sebab Mie dah tak larat dah nak membaca shout-post orang meroyan sebab putus cinta. Kalau satu dua, oklah. Tapi ni kalau dah sepuluh orang, dah tu orang yang sama shout nak sampai sepuluh doploh kali sehari pasal benda yang sama... Eeeee... berpinor mata. Kalau tengah dok sakan bercinta pun macam tu jugak. Satu dunia nak dicanang yang kononnya dia tengah bahagia. Tak ingat tanah... Ish ish ish... Kita dah add dia ke, dia yang add kita ke, nak jugaklah bagi kata-kata semangat. Yelah, paling-paling tak kita keep in touch. Ni sebut je keep in touch, kenal pun tak, tau-tau cakap orang dalam fwenlist kita menyemak. Dah tu pergi buang. Sah-sah korang sendiri yang add. Macam mana tu? Tak faham sindrom mengadd-add ni...

Ni nasihat Mielah untuk orang yang dok meroyan tak tentu pasal tu eh. Mie bukanlah nak cakap Mie ni kental sangat. Tapi honestly cakaplah kan, lately ni rasa nak menyanyi aje lagu Liyana Jasmay -> Hey hey hey hey... Aku tak percaya cinta... Aku tak percaya cinta... C.I.N.T.A. Hahahaha. Mungkin Mie belum jumpa lagi yang betul-betul tahu nak menjinakkan Mie yang liar ni. Aum!!! Tak apalah, lagipun being single it doesn't mean yang Mie tak boleh hidup. Mie lagi happy dengan hidup macam ni. Boleh ke sana ke mari dengan bebas. Eh, lupa pulak pengurus kilang baju sejuk bulu kambing biri-biri tu. Sibuk sangat sampai lupa. Berani mati pulak aku buat statement kata single eh? Sorry... Huhuhuhuhuhu.

1) Straight ke depan (Jangan longlai)
Suruh tukar profession kah? Kalau betul nak tukar profession, alhamdulillah. Tapi kalau tak mau, suka hatilah. Pilihan di tangan anda. Apa yang Mie nak cakap sebenarnya, tinggalkan ajelah kenangan lama anda dengan si dia tu. Tak kemana pun anda nak dok mengenang. Nak berteriak pagi petang siang malam. Nak buat apa anda sibuk nak kenangkan dia lagi. Sama ada dia tinggalkan anda, atau anda tinggalkan dia. Sama je.
Kalau dia yang tinggalkan anda, anda dok kenang pun tak guna. Silap-silap dia dah ada pengganti yang baru, dan sekarang ni sedang bergembira. Anda pulak tak habis-habis nak meroyan.
Kalau anda yang tinggalkan dia, lagilah. Nak buat apa anda dok ingat. Anda yang ambik keputusan nak tinggalkan dia. Jangan sesekali menyesal dengan keputusan anda. Anda yang ambil keputusan tu sendiri. Kenapa nak ingat balik?
Teruskan berjalan straight ke depan. Tapi kalau ada longkang, lompatlah. Straight sangat kang, terjeblos ke longkang terus tak ada yang nak. Nanes~

2) Optimist (Jangan over)
Be realistic. Anda yang pilih jalan anda sendiri. Jadi anda kenalah hadapi kemungkinan yang berlaku. Isu ditinggalkan dan meninggalkan orang yang betul-betul sayangkan anda sebab semata-mata untuk bangla jual karpet bagi mencapai cita-cita dan impian anda mendapatkan anak berwajah ala-ala Shah Rukh Khan dan Aiswarya Rai bukanlah isu yang besar sekiranya anda tahu dan faham jalan mana yang anda pilihkan? Jadi Mie rasa tak perlu anda jadi jumud dan bersedih. Hidup perlu diteruskan.
Jika anda meninggalkan dia, anda kena optimist dan yakin anda akan terus laku walaupun anda dah kertu. [Orang sayangkan anda sepenuh hati, anda dok pi tinggalkan... Siapa suruh]
Jika anda ditinggalkan, tak payah bersedih bagai. Terima aje dengan redha yang anda tak laku. Hahahahaha, bukanlah! Anda kena yakin yang anda masih laku. Anda kena berfikiran positif yang meninggalkan anda tu orang yang rugi sebab tak tahu nak menghargai kasih sayang anda. Yang tak suka anda dia sorang, yang nak dekat anda berlambak! Percayalah. Cuma anda masih belum jumpa lagi dengan orang tu.

3) Periksa tarikh luput (Sakit perut nanti)
Bila anda dah tahu jalan apa yang anda pilih, anda kenalah tahu berapa lama jalan tu boleh pakai. Ada jalan yang boleh pakai sekejap je. Baik-baik anda nak terus, tetiba tanpa sign board jalan tu terbelok pulak. Macam mana. Jadi anda kena bersedia dengan sebarang kemungkinan. Mie bukan bercakap soal mampu atau pun tak. Tapi, anda kenalah sedar jalan yang anda pilih. Kalau anda pilih jalan terus, alhamdulillah. Tapi tak semestinya jalan tu akan terus tegak. Silap haribulan banyak muncul simpang-simpang pulak. Kalau anda pilih yang yang tak tegak, kemungkinan anda ditinggalkan untuk orang lain atau anda meninggalkannya dengan alasan asyik makan oren aje, nak rasa jugak epal seharusnya ada. Ia boleh berlaku sama ada secara terang-terangan atau secara tersembunyi. Walaupun tak sdmua orang macam tu, tapi kemungkinannya tetap ada. Tanya balik diri anda, sejauh mana anda boleh stick dengan pasangan anda dan sejauh mana dia jujur pada anda? Aik, kata yakin sangat dengan pasangan anda tu... Orang macam tu pun anda nak kenang lagi?

4) Tegang dan kendur (Tahan berapa lama)
Semua orang inginkan kesempurnaan. Termasuklah dalam soal memilih pasangan. Semua nak yang cantik semua nak yang menarik. Walaupun mata memandang tak sepadan dengan diri, tapi tetap jugak nak yang itu. Tak faham... Mie bukanlah memandang sangat pada rupa. Sebab Mie percaya rupa keshantekan ni takkan kekal lama. Nak cantik mana? esok lusa jadi apa-apa, nak ke lagi dia pada anda dengan muka yang dah tak shantek tu? Jadi pilihlah orang tu berdasarkan hati. Ni bila anda pilih berdasarkan rupa semata,pe'el pulak tak semenggah mana, Mie rasa anda tak perlu mengenang bila anda ditinggalkan atau meninggalkan. Kerana rupa itulah anda akan banyak makan hati, kerana rupa itu jugalah pengganti dia datang dan pergi tak berhenti-henti. Lepas satu-satu. Kang kalau dak mengidap, anda juga terpaksa menghadap. Sanggup?

5) Ada sebelum tak ada (Sama tak serupa)
Orang selalu kata, hargailah apa yang kita ada sebelum ianya hilang. Betul? Walaupun cara penerimaan orang tentang penghargaan berbeza, contohnya ada orang tak suka dicaring lebih, tapi penghargaan boleh disampaikan dengan bermacam cara lain.
Apabila anda buat keputusan meninggalkan dia untuk orang lain, itu menunjukkan anda tak tahu nak menghargai kasih sayang dia pada anda. Lebih baik anda belajar ilmu menghargai sebelum anda menyakitkan hati lagi ramai orang. Ni tak asyik dia aje yang nak kita layan elok-elok, dia layan kita elok? Pernah dia amik tahu pasal kita?
Tapi tak mustahil jugak anda meninggalkan dia sebab tak tahan dengan cara layanan dia pada anda. Walaupun bagai nak rak anda buat, tapi dia macam tu jugak. Lebih baik tinggalkan aje. Hidup sorang-sorang ni lagi show! Tak banyak benda anda kena bazirkan. Dapat simpan duit sikit. Mana tahu, empat lima tahun dapat pergi buat ibadah haji? Sila rujuk point no 1 dan 2 tadi semula ya.

6) In order to be good, u have to be cruel (Ugly duckilng)
Sebab kemarok sangat nak rupa meletop, dia tinggalkan anda. Anda terus menangis dan mengenang. Nonsense semua tu. Nak buat apa?
Kalau dia tinggalkan anda sebab anda tak cantik, biarkan. Dia nak cari yang lagi cantik... Silakan. Biarkan dia pilih. Tapi mungkin dia lupa. Sebab rupa yang dia kemorok sangat tulah, tak mustahil satu hari nanti dia pulak akan ditinggalkan. Yelah, si cantik tadi nakkan dia kerana kekayaan dan hartanya sahaja. Bukan kerana perasaannnya. Lagipun silap haribulan anda akan tengok pencari muka yang cantik tu akan selalu tukar pasangan sebab tak pernah nak puas dengan apa yang dia ada. Berapa ramai lagi yang nak frust asyik menonggeng pada orang macam tu? Anda? Katakan TAK NAK!
Anda yang dia kata tak cantik, padahal dulu dialah yang hegeh-hegeh dekat anda sebab kecantikan anda, tak payah nak sedih-sedih. Anda gunakan point itu untuk satu anjakan paradegem bagi diri anda sendiri. Anda kena buktikan bukan pada dia, bukan pada orang lain, tapi pada diri sendiri yang anda juga merupakan salah satu kurniaan Tuhan yang indah dan punyai keistimewaan macam orang lain. Mana tahu satu hari nanti bila dia melihat anda, dia yang makan hati. tapi nasihat Mie, janganlah bila anda dah jadi makin cantik, makin sexy, anda gunakan benda tu sebagai senjata membalas dendam. Tak elok. Mentang-mentang anda dah cantik, nak demand pulak macam-amacam. Biasa-biasa aje.

Dah... Jangan nak dok mengenang lagi. Banyak benda lain anda boleh buat. Tu bangunan KLCC tu banyak lagi cermin. Pergi organize satu majlis amal untuk anak yatim cuci bangunan KLCC. Anda dapat pahala, anak-anak yatim tu pun gembira. Lagi berpekdah dari menangis meroyan bagai.

[Seseorang memang dah dicipta untuk anda]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...