Followers

Friday, December 31, 2010

Sedekad abad ke-21

AMARAN AWAL
Entri ini agak panjang untuk dibaca kerana ia akan menceritakan rentetan perjalanan hidup Mie sepanjang tahun 2010. Di dalamnya juga mungkin terkandung beberapa cerita yang tidak pernah Mie siarkan di mana-mana terutamanya di Facebook. Jadi, nasihat Mie -> Bacalah entri ini ketika anda senang, tak kusut dan serabut. Sambil itu anda mungkin boleh menyediakan pop corn dan minuman ringan sebagai bahan kudap-kudapan.
TERIMALAH!!!



Pejam celik-pejam celik, lagi beberapa minit cukuplah sudah setahun. Sedekad dalam abad ke-21 telah berlalu. Perasan tak? Dalam masa yang kurang dari 30 minit, tirai 2010 bakal dilabuhkan dan 2011 bakal mencongol dengan seribu cabaran menanti. Bersediakah anda?

Mie sendiri tak terkecuali. 2010 yang Mie lalui penuh dengan warna warni yang pelbagai. Kalau nak dilukiskan graf, turun dan naik tu jelas agak ketara bezanya. Macam-macam Mie lalui. Soal hati, perasaan, persahabatan, pengkhianatan, dihargai, menghargai, ditinggalkan, meninggalkan, pertemuan, perpisahan bagai menjadi isu hangat bagi Mie sepanjang tahun ini. Tak terkecuali isu publisiti murahan hinggakan maruah ibu bapa Mie yang tak ada kena mengena turut dipersoalkan. Kontroversi... [takut nanti orang panggil murahan lagi.]

Ini apa yang berlaku pada Mie sepanjang 2010
^_^

Januari:
Mie mulakan tahun 2010 dengan perasaan yang sedikit tenang jika dibandingkan dengan penghujung tahun 2009 yang penuh dengan emosi dan kebencian. Awal 2010 Mie selalu didampingi oleh seseorang yang Mie boleh kategorikan sebagai akrab. Dek kerana keakraban itu, kami selalu berkongsi segala-galanya. Mie bukan nak mengungkit, tapi sekadar mengenang untuk sempadan diri. Ada satu pepatah Arab berbunyi -> Orang yang paling kamu sayangi adalah orang yang akan menjadi kebencian kamu satu hari nanti. Hasilnya, itu yang berlaku. Keakraban kami menjadikan kami musuh akhirnya. Tapi biarlah. Mie dah lama lupakan. Jika ada silap dia, Mie dah lama ampunkan dan lupakan. Bukan nak kata Mie baik. Cuma Mie memang tak betah nak berhubung lagi dengan dia. Tu lagi bagus dari merasai kesakitan telinga, hati, dan mata. Biar berpatah arang berkerat rotan itu tak pernah diajar dalam Islam, tapi Mie rasa ni yang terbaik untuk kedua pihak.

Dalam bulan Januari juga, Mie hampir sahaja dibunuh. Ini bukan rekaan tapi kenyataan. Kalau tak kena gaya, dah lama Mie jadi arwah. Mie tidak menyalahkan sesiapa, tapi Mie takkan lupakan pengalaman tu sampai bila-bila. Bayangkan Mie hanya berdua di dalam kereta lebih kurang jam 5 pagi sekitar Mid Valley berhampiran dengan stesyen LRT. Mie pakirkan kereta di belakang sebuah Proton Perdana yang sememangnya ada di situ untuk menunggu saudara kepada orang yang bersama-sama dengan Mie ketika itu. Tiba-tiba kami didatangi secara meluru oleh sekumpulan lelaki India seramai 5 ke 6 orang. Dari cara India tersebut berlari, mereka ingin menyerang kami. Tiba-tiba mata Mie ternampak mereka mengeluarkan kayu dari Proton itu. Orang yang bersama Mie segera menjerit agar Mie undurkan kereta di laluan sehala berkenaan. Tak tahu dari mana kekuatan tu datang, Mie segera mengundurkan kereta. Hampir terlanggar pokok.


Mie tengok ke depan. Mereka masih mengejar. Mie terus mengundur hingga ke persimpangan jalan. Nampak ada kereta yang masuk. Kami cuba mintak pertolongan. Tak berjaya. Pihak polis ditelefon, tapi sayang polis ingat kami main-main. Mie terus berhenti di persimpangan jalan. Hazard disuruh pasang. 15 minit berlalu tiada bantuan. Polis minta kami mengikut laluan tadi. Mie nekad memandu kerana kenderaan banyak sudah lalu lalang. Kami melalui jalan tadi. Kumpulan India masih menanti. Ingat selamat, rupanya mereka mengekori. Kereta mereka memintas kereta kami. Jelingan mereka tunjuk tanda tak puas. Mie tekan pedal minyak melarikan kelajuan kenderaan. Jalan bersimpang siur Mie lalui sedangkan tak tahu mana tujuan. Cilok sana, cilok sini kami berjaya meloloskan diri. Kereta dipandu mencari kantor Polisi. Jumpa. Laporan dibuat. Usai itu, kereta dipandu lagi mencari arah tuju. Gas hampir kering, gentar masih menebal, tiba-tiba sedar sudah ada di Subang berhadapan Subang Parade. Singgah di masjid berhadapan merehatkan diri. Sedar-sedar jam lapan pagi. Alhamdulillah, Mie masih hidup lagi. Mesti tak percayakan. Tapi tulah hakikatnya.


Februari:
Februari orang kata bulan berkasih sayang. Tapi bagi Mie, bulan itulah yang paling menyeksakan. Kenapa? Pertama, orang yang Mie gelar abang tiba-tiba marahkan Mie dan meminta Mie supaya tidak lagi menghubunginya dengan apa-apa cara sekalipun tepat pada 14 Februari. Tersentak. Mie buntu kerana saat itu Mie memang sangat-sangat mengharapkan seseorang yang berfikiran matang untuk mendengar dan memberi pendapat kepada kemelut yang melanda Mie. Mie bagai dah jatuh ditimpa tangga. Mesti orang bertepuk tangan dengan keadaan Mie. Tapi Mie tak nak jadikan itu alasan untuk Mie terus bersedih dengan masalah yang sedia ada.

Mie sedih sangat waktu sebab orang yang Mie anggap penting dalam hidup Mie tuduh Mie rampas kekasih hati dia. Tak pulak Mie sangka Mie ni ada bakat jadi perampas hak milik orang. Walhal ketika tu, tanpa pengetahuan sesiapa Mie mulai rapat dan serius dengan seseorang yang Mie kenal secara tak sengaja sewaktu ke Putrajaya Januari lalu. Orang yang menuduh Mie pun langsung tak tahu menahu tentang hal ini. Tapi hubungan tu tak kekal lama kerana jarak dan ketidakseruisannya. Mie down. Ditinggalkan. Memikirkan hal teman yang mendapat kekasih hati yang mata keranjang, tak habis-habis dengan kata berbaur penipuan. Mie nak hulur bantuan dikata merampas kebahagiaan.

Mungkin baginya cara Mie nak investigate kekasih hatinya tu sebagai merampas, tapi bagi yang pernah kena investigate dengan Mie, mereka tahu yang Mie tak suka mengheboh atau menanyakan pada orang untuk mendapatkan maklumat. Bagi Mie, apa yang Mie tahu Mie akan simpan. Hasilnya, penipuan kekasih hatinya Mie tak bongkarkan sebaliknya persahabatan kami jadi taruhan. Ditambah dengan mulut-mulut yang tak boleh nak lihat orang senang. Biarlah. Lambat laun kebenaran akan datang.


Mac:
Jika Februari Mie murung dilanda kedukaan, tapi Mac sedikit sebanyak membuatkan Mie lali seketika pada kesakitan yang Mie rasa. Bagaikan bius membuat Mie terleka sebentar langsung membawa kepada tawa. Mie tak mahu tunduk pada keadaan, dan Mie tak mahu lemah. Biar apa pun yang orang lakukan, bagi Mie hidup perlu diteruskan. Bukan orang yang menentukan masa hadapan.

Sekali lagi Mie lari. Mie yakin, itu sahaja terapi yang masih berbaki walaupun di saat itu kocek kosong tidak berisi sudah habis diguna di Januari. Bekalan yang berbaki Mie guna menampung diri. Sebelum tu Mie dah buat janji dengan seseorang. Seseorang yang terkenal tetapi identitinya masih belum dapat dibayang. Entah kenapa dalam banyak-banayk orang dia yang Mie terpandang. Lantas janji sepakat dibuat menentukan masa, tarikh dan tempat. Tambahan pula, niat di hati nak memberi sokongan pada teman yang jauh tapi dekat. Dengan teman yang seorang ini, ibarat beraya pun ada. Mana tidaknya, kalau berjumpa setahun sekali cuma.

Kebetulan dia ada persembahan di UIA Gombak. Dari Terengganu, Mie turun di Putra langsung ke KL Sentral berjumpa dengan seseorang lain yang agak terkenal dan satu-satunya. Bersama dengannya, kami ke UIA Gombak menyaksikan persembahan. Usai persembahan, kami menaiki tren menghala ke Subang. Menumpang bermalam di rumahnya. Masih Mie ingat lagi bagaimana gigihnya kami turun naik sampai ketiduran dalam gerabak. Orang yang Mie maksudkan:

Entah ingat tak lagi kalian...

Pertemuan tidak terhenti di situ. Mie berjumpa dengan orang yang dah Mie rancangkan. Pertemuan dengannya memberikan satu dimensi baru buat Mie. Dimensi dari cara pemikiran dalam hubungan, dimensi Mie tentang dirinya sendiri, dan dimensi Mie tentang kehidupannya yang sebenar. Tapi, bagi Mie dia tetap unik. Mie bukanlah psycho, tapi Mie sekadar meluahkan apa yang Mie rasa. Nak berkata jujur depannya Mie gugup. Nak sahaja bila seloroh ditanya "Awak nak saya tak?" Mie nak aje berseloroh menjawab "NAK!!!", tapi Mie sedar risiko yang melanda. Tapi bagi Mie, awak memang tetap unik, menarik, dan tersendiri. Harap, perkenalan kita boleh kekal sampai bila-bila.

Sorrylah, gambar curi
(U_U)


Bulan ni juga menerima kunjungan dari orang Subang ke kamar kecil di kampus. Bulan ini juga Makan Malam Tahunan bagi batch terakhir dibuat. Kerana itu juga Mie dikutuk tak mengikut tema Arabian Night. Sekejap, yang bawah ni Arabian Nightkah?

Bukan nak memalukan sesiapa. Sekadar nak menyedarkan orang yang bercakap tanpa sebarang usul periksa.

Bulan Mac juga menemukan Mie dengan arwah Hafizan bin Osman. Al-Fatihah.


April:
Teringat Doktor Fazli dengan lagu Bila April. Masuk bulan April, ada beberapa benda yang Mie ingat. Pertama, tentu sekali Final Exam untuk last semester. Akhirnya penantian empat tahun akan berakhir. Masa tu kepala dah tak berapa fokus dah pasal pelajaran. Kepala Mie asyik memikirkan selepas kerja apa yang perlu Mie lakukan. Bulan April juga Mie berkenalan dengan seseorang yang entah, Mie sendiri tak dapat nak huraikan bila semua benda nak disembunyikan. Mula-mula selesa sebab dia banyak bagi dorongan. Tapi lama kelamaan Mie jadi bosan sebab Mie bagai tak tahu dengan siapa Mie berkawan.

Tapi dalam banyak-banyak benda yang Mie tak dapat nak lupa, adalah "Persembahan Berkemban" Mie. Itulah persembahan terakhir Mie di Universiti sempena Gelanggang Adiwarna. Alang-alang dah nak keluar, sesekali buatlah orang perasan. Biarlah over sikit. Over-over sampai masuk Sinar Harian edisi Pantai Timur. Gambar yang terpampang:

Nah kau, sungguh berkemban. Satu universiti baca, tup-tup ada yang kata publisiti murahan. Kata entertainer, biarlah versetail. Lagipun, Mie bukan mendedah aurat atau melacur di jalanan. Pengarah tak bercakap, yang lain terasa pulak.

Apa pendapat dengan yang ini? Mana lagi teruk?



Ada satu lagi benda yang Mie tak boleh lupakan. Mie berselisih faham dengan seseorang sampai Mie remove dia. Bukan membencinya, tapi kekuatan itu tak ada untuk berdepan lagi dengannya. Lagipun ada sekelumit hampa bila dia yang Mie harapkan, yang Mie percaya bercakap sedemikian. Haih...


Mei:
Kalau ada yang perasan, Mei adalah bulan berkabung. Mie tutup blog Mie sebulan. Kenapa? Mata ni tak tahan nak baca kata tomahan dari seorang blogger yang asyik nak cari kesalahan. Walaupun dah makan empat lima bulan, semua pasal Mie, baik yang luar, dalam nak dibongkarkan. Tak apalah. Dia bahagia dengan caranya itu. Masing-masing punya haluan dan cara masing-masing. Mungkin dia fikir Mie dah mendedah sana sini, baik didedahkan segalanya. Mood memang sedihlah, tapi tak apa. Saat dan ketika tu, masih ramai yang beri sokongan pada Mie. Bukan dia sorang aje kenalan Mie dalam dunia ni.

"Jika kamu menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaibanmu di Akhirat kelak".

No komen.


Jun:
Bulan Jun, Mie kembali happy. 1st, off courselah sebab exam dah habis. Kepala dah tak payah serabut-serabut nak fikir nak baca apa, nak bayar apa, nak duduk blok mana. Semua Mie nak tinggalkan. Dah tamat pengajian. Cuma serabutnya nak fikir nak sambung belajar ke tidak. Tapi bulan Jun jugak, aktiviti seni Mie belum tamat. Mie ada mengikuti teater Pecah Ruyung tak silap. Seronoklah. Bagaikan hadiah terakhir yang Mie bawak pulang dari Terengganu.

2nd, Jun jugak maksudnya bulan merehatkan badan. Lepas selesai semua Mie pulang ke Johor. Ha, aktiviti masa ni lebih tertumpu pada, makan, tengok telebesen, tido...


Julai:
Julai ni aktiviti Mie agak padat. Bila balik aje ke Batu Pahat, ada ajelah yang menelefon. Ajak ke sana, sini. Mana tak sibuknya, dengan latihan untuk Pertandingan Zapin Johor 2010, dengan majlis konvokesyen, dengan interview kerja yang melambak, sana-sini memanggil. Agak padat dan penat. Siang Mie ke sekolah mengajar, malam pula bertandak sampai lekuk tanah. Walaupun Mie tak lama mengajar, tapi Mie suka sebab pengalaman tu tak boleh di beli di mana-mana. Pengalaman tu jugaklah guru kepada kehidupan kita.

Mesti ada yang tanya, majlis konvokesyen? Tak cerita pun. Mie malas nak cerita panjang. Bukan tak mau berkongsi, tapi takut orang kata nak publisiti lagi. Tapi pengalaman bertemu empat mata dengan Tuanku Permaisuri Agong memang Mie tak lupakan. Lagipun dalam barisan 19 orang, Mie sorang aje yang free hair, yang lain bertudung bagai. Bukanlah dikalangan student yang geliga akal dan fikiran, tapi alhamdulillah, Mie seorang aje yang dapat berenang sampai ke perhentian. Bukan senang nak survive bila sendirian, tapi Mie lebih suka cabar diri sendiri untuk dapatkan sesuatu yang Mie hajatkan. Susah senang, tu belakang-belakang Mie fikirkan. Empat tahun Mie tak sia-sia dengan Ijazah dalam genggaman.



Ogos:
Ogos pun satu permulaan yang baik untuk Mie. Semenjak Mie tinggalkan universiti, jauh dari orang-orang yang iri, Mie lagi happy. Berkawan dengan orang yang terbukak minda dan pemikiran. Di universiti, Mie tak campur hidup dorang, tapi dorang sibuk nak ambik tahu hal Mie. Kalau dah tahu, mulut boleh simpan tak apa lagi, ni menjaja sana sini. Mie tak tahu apa kepentingan dan faedah pada dorang. Universiti tu pun bukan besar mana nak dibanding dengan universiti-universiti yang ada dalam Malaysia ni. Pusing-pusing jumpa semula.


Ogos Mie mula serius dengan kerjaya baru. Ogos juga Mie mula belajar sedikit demi sedikit tentang selok belok perniagaan dengan mejual kuih muih di bazar. Penat memang Mie sendiri tak nafikan. Tapi Mie seronok. Bila ada yang cakap Mie ni seorang yang gigih, mungkin. Tapi Mie selalu bazirkan apa yang Mie kumpul penat pada orang. Huhuhuhuhuhu.

Ogos juga aktiviti kesenian Mie terpaksa dihentikan bagi menghormati Ramadhan. Amal ibadat Mie tingkatkan. Alhamdulillah banyak yang Mie capai. Ramadhan juga Mie tak lupa. Kegembiraan dengan arwah sentaiasa dalam ingatan. Berkongsi itu dan ini serta impian yang bukan-bukan. Segalanya kini tinggal kenangan.


September:
Haruslah Mie jerit Raya Raya Raya!!!


Mie tak pernah upload gambar ni dekat mana-mana. Tatapan umum khas untuk pembaca blog Mie. So, happy. Walaupun jauh tapi dekat. Baju sedondon jadi pilihan. Kenangan lagi. Haih...


Oktober:
Bulan Oktober, aktiviti Mie seperti biasa. Cuma banyak perkara lebih tertumpu kepada aktiviti kesenian Mie. Benda paling besar berlaku dalam bulan Oktober adalah Pertandingan Zapin Johor peringkat Negeri Johor 2010. Tenaga banyak diarah untuk pertandingan ni. Perkara yang tersiratnya, pertandingan ini mengeratkan lagi hubungan Mie dengan beberapa orang yang baru Mie kenal seperti Maryam, Faiz, Adam, Shah, dan Rahmat. Walaupun ada yang Mie baru kenal sebulan dua, tapi keakraban kami bagaikan sekepala. Terima kasih Mie pada mereka sebab selalu buat Mie ketawa.

Tapi ada sesuatu yang Mie tak akan lupa. Bulan Oktober juga hubungan Mie dengan arwah terhenti seketika.

Gambar Mie bagi link ajelah. Tak larat lagi nak upload (U_U) -> Klik di sini


November:

Jadual akiviti Mie memang takkan pernah berhenti. Ada aje. Baru pulang dari Johor Bahru, sekali lagi tenaga terpaksa dicurah untuk pertandingan J-Robik peringkat daerah. Ada hikmah kegagalan kami diperingkat daerah. Kami diberi tawaran untuk memeriahkan MAHA 2010 pula.

Awal bulan sibuk beraerobik, hujung bulan bertandak lagi. Kali ini, Mie jumpa dengan orang-orang baru lagi. Meriah. Entah kenapa, kalau nak dibandingkan di sini dengan di Terengganu dahulu, orangnya lebih terbuka. Walaupun mereka tahu siapa kita, tapi tak sekali apa yang kami buat dibongkar atau cuba dilacurkan. Walhal, orang yang baru Mie jumpa ini, lagi muda dari mereka-mereka yang pernah Mie kenal. Tapi kematangan dan keterbukaan fikiran itu yang menjadikan ianya tampak lebih mesra.

Tepat minggu terakhir penghujung bulan November, kami berangkat ke MAHA. Mie mintak maaf. Memang Mie tak sempat nak buat review untuk MAHA. Tapi di MAHA memang Mie tak nafikan. Tekanan tu jelas ketara. Pagi, tengah hari, malam, bertandak aje kerjanya. rehat tak mencukupi. Makan sekadar apa yang ada. Soal kesihatan menjadi isu. Tapi kami semuatak mahu kalah. Itulah kekuatan kawan-kawan Mie. Masing-masing saling menjaga. Pergi ke mana-mana pasti bersama. Walaupun terkadang agak bosan juga asyik terperap tak boleh bebas ke mana-mana, tapi Mie yakin ia kebaikan untuk semua.

Di MAHA, kami dapat bertemu dengan penari-penari kebudayaan dari negeri-negeri lain seperti penari dari Perak, dan Sabah. Maklumlah, rumah kami sebelah-sebelah. Tapi yang penting, orang asyik bertanya pada dua tiga orang dari kami termasuk Mie -> "Awak ni pelakon ke?" Aih, malu pulak ditanya macam tu. Kami pun jawablah -> "Ish, tak adalah. Kami ni artis budaya aje." Pengalaman mengajar orang, mengambil gambar bersama-sama dengan pengunjung memang tak akan dilupa. Perkara paling penting, sekali lagi Mie jumpa dengan orang-orang yang baru yang bermacam ragam, gaya, dan rupa. Adoi...

Walaupun kami semua penat, terkadang masa rehat untuk makan kami ganti dengan melayan kantuk mata. Sekadar tidur berhimpit di bilik persalinan yang sekangkang kera, tapi itulah namanya pengalaman beharga.



Disember:
Kebiasaannya, awal Disember Mie akan berada di rumah untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran Mie dan ulang tahun perkahwinan ayah dan mama. Tapi tahun ini agak berbeza. Mie sambut ualang tahun kelahiran dengan rakan-rakan di MAHA.

Walaupun sambutan secara mengejut di kedai mamak, tapi cukup-cukup buat Mie rasa terharu. Sebenarnya Mie agak takut nak sambut dengan rakan-rakan. Cukuplah apa yang berlaku pada Shah di Tasik-Y. Seriau. Nasiblah hari tu Mie demam. Sambutan pun bersesuaian dengan orang yang demam. Walaupun muka berjaya disapu masker berperisa coklat oleh Kak Su. Terkena jugak.


Sambutan hari jadi Mie tak berakhir di situ. Esoknya 2 Disember Mie disambut dengan nyanyian khas dari Shah untuk Mie. Selamat Ulang Tahun Sayang. Itu yang Mie request dari dia. Di hadapan semua kakitangan yang bertugas di Pavilion Rumah Johor MAHA 2010, Mie diraikan. Dihargai sangat-sangat. Tiba-tiba Mie dapat hadiah dari seseorang. Hadiah pertama sempena ulang tahun kelahiran Mie yang ke-24. Simple, tapi Mie rasa dihargai. Terima kasih kepada wakil yang memberi:

(U_U)
Blush blush...
Thanx Abang Wan


Belum lagi berakhir MAHA, kami lari sebentar ke Dataran Merdeka menarikan Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia pulak. Habis menari di dataran, kami patah semula ke MAHA di Serdang bagi melangsaikan hutang menari. Gigih benar.


Berakhirnya MAHA 2010, Mie pulang. Kepulangan Mie sekali lagi diraikan dengan kek blueberry coklat, bubur putih bubur merah tanda kesyukuran. Alahai, nak juga mama dan ayah menyambut ulang tahun kelahiran anaknya ni. You are the best parents in the world.

Namum begitu, kegembiraan di MAHA tak berpanjangan untuk berbekas lama di dalam hati Mie. Mie terima berita kehilangan arwah. Mie bagaikan terkedu, kelu. Banyak benda yang berlaku di luar pengetahuan Mie sendiri. Kenapa dia buat macam tu? Kenapa dia ambil keputusan ini? Baru Mie tahu selepas pemergiannya. Hari ini saat entri ini Mie keluarkan, genap sudah tiga minggu arwah pergi meninggalkan dunia yang sementara ni. Sempat juga malam tadi Mie hadiahkan sesuatu buat arwah. Doa dan harapan Mie semoga dia tenang di sana. Mie juga tak pernah ceritakan pada dia sebab sebenar Mie tolak tawaran ke utara. Semua gara-gara tak mahu terserempak atau berselisih bahu dengan orang yang pernah akrab dengan Mie Januari dahulu. Menanggung akibatnya, Mie rasa ralat sampai sekarang kerana tak mampu menunaikan impian terakhirnya. Tapi disebalik itu juga, Mie rasa bersyukur sebab arwah sempat bersama-sama dengan keluarganya menghabiskan waktu yang ada.

Tapi kesedihan Mie tu terubat sedikit apabila Mie berjumpa dengan seseorang. Itu pun mungkin buat kali yang terakhir kerana tugasnya di tempat yang jauh. Pertemuan itu juga sedikit sebanyak dapat menjernihkan kekeruhan antara kami. Biarpun sedikit ketenangan dia pinjamkan, memadailah bagi Mie.

So for the conclusion, tahun 2010 Mie berakhir dengan sedikit kegembiraan dan sedikit kedukaan. Orang kata biar beserdahana, itu yang lebih elok. Kalau Mie gembira sangat, nanti Mie lupa apa itu kedukaan. Kalau Mie bersedih sangat pun, tak elok untuk mata-mata yang memandang.

So, akhir kalam 2010 dari Mie:

1) Mie mohon ampun dan maaf jika ada yang terasa dengan kata-kata dari entri yang Mie keluarkan.
2) Terima kasih sebab sudi menjadi sebahagian dari hidup Mie. Tanpa kalian yang sudi membaca, meninggalkan jejak dan komen-komen, mungkin Mie tak segigih ini untuk berblogging.
3) Insya Allah, jika diizinkan Tuhan Mie panjang umur, tahun depan jumpa lagi.

Wassalam...


Fauzzan Helmy bin Anuar
Batu Pahat, Johor
31 Disember 2010
11:29PM

Wednesday, December 29, 2010

Penutupan rasmi


Belum-belum dah bagi korang lagu lagi pagi-pagi ni. Lagu ni sangat bersesuaian ye dengan tajuk entri Mie pagi ni. Tutup. =)

Mie sebenarnya nak buat satu pengumuman ringkas aje. Sempena tahun baru ni, Mie akan tutup semua akaun laman sosial Mie yang bukan main melambak banyaknya. Sane sini ada akaun. Tapi, lepas jumpa dengan Facebook, Mie terus abaikan akaun yang lain contohnya MySpace, Friendster, Tagged. Mie try bukak balik akaun-akaun lama ni. Ya Allah, serabut. Dah tak faham. Pening dah. Tu jugak jadi salah satu sebab kenapa Mie nak close semua akaun tu. Lagipun tengok tak ada sorang pun yang appear online dalam tu. Baik Mie tutup. Lagi akaun apa yang ada eh? Hah, Manjam!!! Hahahahahahaha. Supaya? Teeettt~

Semua tu dah lama dah Mie tinggalkan. Sibuk dengan dunia blog, sibuk dengan Facebook. So, Mie decide untuk aktifkan satu sahaja akaun iaitu Facebook. So, kalau lepas ni ada sesiapa yang pandai-pandai nak menggodam bagai kata Mie ada akaun tu ni, silap besarlah bagi yang bercakap.

Lagipun, ekoran dari satu peristiwa yang baru berlaku beberapa minggu lepas, Mie terfikir sesuatu ->
"Kalau aku mati, ada tak orang nak sedekahkah al-Fatihah kat aku?"
"Dapat tak kenalan yang beribu tu kirimkan doa seoarang sekali kat aku kalau aku tak ada?"
"Kalau aku terbongkang kat rumah sakit, ada tak yang nak datang melawat?"

Jauhnye fikir. Complicated la hang ni Fauzzan.

Lantak.
Hahahahaha.

Mie tahu orang akan kata bende ni remeh temeh, jauh sangat Mie fikir. Tapi hakikatnya macam tulah. Bagi yang concern, mereka tahu apa yang perlu mereka buat, tapi bagi yang lain? Hanya mampu memandang dan cakap kesian. Padahal masa inilah kita rasakan sokongan dari kenalan-kenalan rapat sangat-sangat kita harapkan.

Dah dah...
So, berkuatkuasa 1 Januari 2011, semua akaun akan dimansuhkan kecuali blog dan Facebook. Jadi sesiapa yang nak kenal ke, bolehlah add Mie dekat Facebook melalui banner di sebelah kanan anda. Terima kasih...

Dum dum cheng!!!

Tuesday, December 28, 2010

Dana Berdana

Mie nak share apa yang ada dalam kepala Mie pagi-pagi ni. Nak tau? Mie tengah seronok menyanyi lagu Dana Berdana ni. Nak dengar lagu tu?



Anaklah ikan di makan ikan
Ikan di laut berduri-duri
Sanaklah bukan, saudara bukan
Hati terpaut ya Allah karena budi

Sayang disayang buah kepayang
Dimakan mabuk dibuang sayang
Kalaulah tidak jadi sempadan
Ibarat padi ya Allah tabur melayang

Tinggilah bukit gilang gemilang
Ayer di laut tenang-tenangan
Budi sedikit jangan dihirau
Seumur hidup ya Allah jadi kenangan

Lagu ni bukan lagu panggil anak-anak ikan korang balik rumah tau. =D

Dana, Zapin, Jepin merupakan satu tarian yang berasal dari rumpun yang sama, iaitu rumpun Melayu. Namun begitu, Dana lebih terkenal di Indonesia dan Zapin di Malaysia terutamanya di negeri Johor Darul Ta'zim.

Kesimpulan dari persembahan di atas, kalau kita berasal dari rumpun, budaya, dan adat yang sama, kenapa kita nak bergaduh hanya sebab sebiji bola yang bergolek di tengah padang?

See... Nampak tak macam mana permainannya?
Huhuhuhu...

Monday, December 27, 2010

Guess?

Mie perlukan bantuan korang-korang yang baca blog Mie, kenal tak dengan lelaki di bawah ini. Sesiapa yang kenal atau pernah nampak, tolong bagitahu Mie.
Terima kasih.

Malaysia VS Indonesia

Pertama-tama sekali, Mie nak ucapkan Tahniah kepada pasukan skuad kebangsaan Malaysia bagi perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 kerana telah berjaya menewaskan benteng pertahanan pasukan Indonesia dengan 3 berbalas 0. Tahniah. Ini memberi tahu yang pasukan bola sepak Malaysia bukan PONDAN... Teeeetttt~

Mie sungguh kagum dengan pasukan bola sepak Malaysia. Peningkatan mendadak dan mutu persembahan yang semakin mantap, tak mustahil untuk Malaysia menjadi juara dan seterusnya membawa pulang piala bagi pertandingan bola sepak Piala Suzuki AFF edisi kali ini. Bayangkan, selama ni orang sibuk cakap pasal bola, pasal Piala Dunia bagai, Mie buat bodoh aje. Tak ambik tahu langsung. Apa yang Mie tahu pasal bola cuma tiga benda:

1) Bola tu bulat
2) David Beckham & Christiano Ronaldo
3) Aidil Zafuan & Zakuan Adha
Tu pun sebab gosip-gosip yang digembar-gemburkan. Kalau tak Mie cuma tahu yang nombor satu tu je. Hahahahahahaha...

Tapi entah kenapa, permainan malam tadi menarik minat Mie. Tak pernah-pernah Mie bersorak sebab bola, malam tadi boleh dok tumpang sekaki menjerit seolah-olah pom-pom gugurl di pinggir padang memberikan kata-kata peransang dan ransangan kepada pemain-pemain untuk menjaringkan lebih banyak gol. Teruja.

Akhirnya berkat usaha mereka, keputusan pertandingan Malaysia 3, Indonesia 0.

Tapi sayang, permainan yang menarik itu terhenti seketika pada separuh masa ke dua gara-gara dakwaan penjaga gol Indonesia yang kononnya pancaran laser telah dihalakan ke mukanya. Sebagai akibatnya, isu ni menjadi isu yang paling popular hari ini, dan malam tadi ramai yang meremove-remove fwenlist dalam facebook. Tulah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa, kerana tangan, korang dah kene remove. Huhuhuhuhu.

Bagi Mie, mentaliti penonton dari kedua-dua negara perlu diperbetul terlebih dahulu. Apa yang Mie tengok, permainan terhenti dah ada yang baling mercun ke tengah padang, laser tu dah la satu hal. Geram memang la geram. Semangat-semangat jugak, tapi takkanlah sebab bola yang bulat nak sampai bunuh orang. Nasib mercun tu jatuh tengah padang, buatnya dibaling masuk dalam baju orang, macam mana? Isu tiket perlawanan pun satu hal. Penonton Indonesia pun tak perlulah nak memaki hamun orang sesuka hati. Ni sukan, normallah ada kalah menang. Kalau semua nak menang, siapa nak kalah. Kalau Mie, Mie lagi suka mengalah dan kalah sebab melalui kekalahan tu kita tahu kelemahan kita dan cuba perbaiki. Ini tak. Nanti sebab mulut ada pulak yang bawak cerita penonton Indonesia dicederakan. Haih... Kalau macam ni, sampai bila mutu sukan di Asia Tenggara ni nak naik. Kalah sikit, kutuk, bergaduh. Alahai...

Kita nikan serumpun. Sepatutnya kita anggap permainan ni dapat mengeratkan hubungan baik antara dua negara. Ini, bola yang bulat tu pun nak digaduhkan. Ya, memang Mie tak faham spirit permainan bola sepak, tapi cubalah pandang dari sudut positif. Bertolak ansurlah. Walaupun ada yang berkata melibatkan maruah negara, tapi bergaduh, kutuk-mengutuk bukan jalan penyelesaian.

Mie berdoa dan berharap agar perlawanan di Bung Karno nanti menjanjikan keseronokan bagi yang menonton dan kejayaan bagi pasukan yang berusaha lebih. Bagi pasukan negara, sila kekalkan momentum persembahan anda dan kalau boleh dipertingkatkan lagi.

Majulah sukan untuk semua.

Link ini sebagai tambahan:
Indonesia juga main laser



Saksikan pada minit 4:05
Jadi tak perlu marah kalau orang balas dendam atas kenakalan anda.
Jangan jadikan Bola Sepak sukan yang orang akan label sebagai SUKAN GANAZ.

Saturday, December 25, 2010

Lintasan


Otak: Kenapa dengan kau malam ni? Tak happy aje?
Hati: Entah rasa SEPI...

Otak: Sebab?
Hati: Tak tau nak cakap. Macam ada yang kurang, macam ada sesuatu yang hilang.

Otak: Dia? Relakanlah...
Hati: Bukan. Tapi...

Otak: Apa?
Hati: Entah. Macam rasa nak berlari, tapi pincang. Rasa nak menjerit, tapi bisu. Rasa nak menangis, tapi kering.

Otak: Jadi, apa yang kau mahu? Mahu ku cari sesuatu buatmu?
Hati: Apa dia?

Otak: Bahagia.
Hati: Bagaimana?

Otak: Apa yang kau mahu?
Hati: Bahagia dan terisi.

Otak: Terisi. Maksudnya? Mahukan susana dahulu yang termiliki?
Hati: Mungkin.

Otak: Bahagiakah kalau kau dimiliki, dan bahagiakah kau andainya memiliki?
Hati: SEPI... Merenung dikejauhan. Apa yang ku cari?

Otak: Duhai hati, cuba kau singkap SEPI itu. Sebenarnya SEPI itu terkandung sesuatu yang hanya kau dan dia fahami...
Hati: Tapi siapa dia? Apa bendanya?

Otak: Kau yang lebih mengerti.

Friday, December 24, 2010

Lagi 1 3/4 nak 5 bintang

Sebelum memulakan entri hari ni, Mie nak hidangkan korang dengan lagu ni


Suka pulak dengar lagu baru Adira AF8 - Illusi ni. Ini merupakan lagu tema baru bagi drama Awan Dania. Dengar aje lagu ni, Mie teringat satu entri yang masih pending, yang Mie kepam lama dalam draft, tak post-post lagi. Sibuk sangat katanya. Ish ish ish...

3 Julai 2010, see... lama tak? Mie telah pergi ke PERSADA Johor Bahru untuk temuduga sebagai anak kapal Malaysia Airlines System Berhad. Mie pergi atas beberapa sebab:

1) Sebab ni salah satu cita-cita lama Mie. Lagipun Mie memang suka menjadi perhatian orang, sentiasa tersenyum, kerja dengan public, berangan cantik 24/7. Sebab tu ada orang kata Mie lagi sesuai kerja di bahagian marketing and commercial selain bahagian penyiasatan jenayah, lagi-lagi menyiasat orang-orang popular yang selalu bersembunyi. Lagi dalam, lagi suka Mie korek. Dah dapat, Mie simpanlah. Nak buat apa share dengan orang. Penat Mie explore sorang-sorang. =P

2) Desakan seseorang berstatus kapten yang nak sangat Mie bekerjasama dengan dia. Asyik-asyik cakap, "I'm looking forward to flying with you". Haiyoo, kalau terbang pun bukan dapat tengok Mie sepanjang penerbangan tu nanti. Apelah impian yang bukan-bukan ni.

3) Impian nak melancong ke negara orang. Tu yang berangan kuat nak jadi steward tu. Kalau nak melancong sendiri, mati kite dek... Mane nak gagau duit banyak-banyak tu. Kalau jadi steward, boleh jalan-jalan negara orang. tengok culture, belajar benda-benda baru, tengok orang-orang baru. =P
Lagi sekarang ni kalau pergi Europe, mau feelin-feelin main salji, pakai baju bulu tebal-tebal... Bestnye!!!
Tapi jangan risau, walaupun mancung hidung Mat Seleh, hidung penyek Melayu jugak menjadi pojaan.

4) Mie nak cuba kemampuan Mie sendiri. Jauh mana Mie boleh pergi. Even ada yang bangkang sebenarnya impian Mie ni. Ye lah, macam orang tak betul. Elok-elok belajar empat tahun amik Degree in Law tetiba aje nak jadi steward. Baik lepas ESPIEM tu apply terus. Tak payah memerah otak bagai. Buat penat aje. Tapi Mie tak fikir macam tu. Ilmu ni benda yang kena cari. Tapi kerjaya kita masa depan kita tak semestinya ditentukan dengan ilmu yang kita dapat. Mana tahu Mie boleh apply in aviation field pulak ilmu Law tu ke?

Tapi sayang, Mie tak dapat post ni. Mie cuma terpilih sampai third stage aje. Lepas tu Q&A je aku dah terbingung sebab soalan berbelit-belit. Entah ape yang Mie jawab pun Mie bantai aje. Huhuhuhuhu. Bukan rezeki Mie kot nak kerja ni. Tapi tak apalah, at least Mie dah cuba yang terbaek. Mie anggap ni sebagai pengalaman dalam hidup Mie. Mana tahu esok lusa Mie dapat post yang sama, Mie dah tahu sediki sebanyak selok beloknya. Tak lah kekok sangat. Tinggal lagi 1 3/4 bintang Mie dah boleh bergelar anak kapal MAS. Huhuhuhu. Sayang, jangan give up ok. =)

Tapi part yang paling best, rasa macam masuk AF pun ada jugak. Huhuhuhuhu. Entah apa khabar la kawan-kawan yang Mie jumpa masa interview hari tu. Kalau ada rezeki, nak jumpa lagi.


Bila tengok clip ni, Mie punya feelin memuncak-muncak ni. Huhuhuhuhu. Bukan feelin berkebaya ye uols... Kalau Mie yang berkebaya, mautlah semua dalam flight tu.

"Perhatian kepada para penumpang penerbangan MH 2166 Kuala Lumpur ke Uganda, di sini ada satu pengumuman kecemasan. Pesawat ini dijangka akan terhempas dalam masa sepuluh minit dari sekarang. Sila ikut arahan yang diberikan oleh anak-anak kapal kami. Penggunaan tandas ketika ini adalah dilarang. Bagi yang beragama Islam, sila ikut saya mengucap dua kalimah Syahadah"...

See, muka still senyum dan berangan cantik jugak. Hahahahaha...

Thursday, December 23, 2010

Kelopak Jantung

Kelopak Kelopak
Jantung Jantung
Kelopak Kelopak
Jantung Jantung
Kelopak Kelopak
Jantung Jantung

Kelopak Jantung Kelopak Jantung
Kelopak Jantung Kelopak Jantung
Kelopak Kelopak
Jantung Jantung
Kelopak Kelopak
Jantung Jantung

Ha, cuba korang baca perkataan-perkataan di atas mengikut irama kompang kenduri kawen. Sama tak bunyinye? Lebih kurangkan... Huhuhuhu. Ni masa zaman sekolah menengah dulu, masa Malam Kebudayaan Kadet Bomba sekolah. Buat drama kawen-kawen... Mie dulu-dulu bomba uols~ Boleh padamkan api yang hangat! Neno neno neno neno... Hahahaha.

Entri kali ni bukan nak cerita tengah hentak kaki berasap berapi ke, kawad hormat ke, ikatan yang berbelit-belit ataupun teknik turun tiang [sesuatu sangatkan ayat; teknik turun tiang... hahahahaha], ape-ape ajelah pasal bomba. Tapi entri kali ni nak cerita pasal kawan-kawan Mie yang dah selamat melangkah ke satu fasa yang lebih bahagia iaitu alam perkawenan. Seronoknya tengok orang kawen-kawen ni. Teringin nak bersanding, tapi tengok kiri kosong. Takkanlah Mie nak bersanding sorang-sorang pulakkan? So, tunggulah seru sampai. Kasihku seru tak menjelma lagi ni. Sabar ajelah. Kalau dah jodoh tak ke manakan?


Mie nak ucapkan tahniah kepada Puan Kalsom bin Ribot dan suaminya, [alamak, tak tau nama penuhlah... Khairul ke ape ntah namanya. Jangan marah eh] kerana selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat yang lepas 17 Disember 2010 bertempat di Kampung Sungai Suloh, Batu Pahat, Johor.


Kami panggil die ni Acom. Sekarang kerja nurse tak silap Mie kat JB. Jodohnya, budak satu sekolah dia mase sekolah menengah tingkatan satu sampai lima. Die ni baik. Masa sekolah ramai yang nak dekat dia, tapi dia tak melayan sangat. Soft spoken, berbudi bahasa, memang eloklah. Dah jodohnya. Tahniah!!!

Sebenarnya kalau ada kawan-kawan yang kawen ni, Mie suka ambil kesempatan. Nak tahu, Mie akan cuba canangkan pada semua kawan-kawan sekolah dulu, terutamanya yang satu batch masa Tingkatan 6. Kitorang tingkatan 6 tak ramai Melayu, lagi-lagi budak-budak aliran Sains. So, bila ada kenduri kawen, tak kira la, kakak dia ke yang kawen, abang die ke, adik die ke, die sendiri ke, masa nilah digunakan untuk buat gathering. Hahahaha. Jimat kos... Bijak tak?


Sambil makan free rumah pengantin, dapat bawak balik bungkusan berkat, dapat jugak kumpul ramai-ramai sambil bergalak lama-lama. See... Nampak tak permainannya di situ? Jelas kan?

Bukan apa, biasanya kalau buat plan nak gathering-gathering ni memang hampeh. Kalau plan nanti yang betul-betul boleh datang, alahai, boleh kira dengan jari. Jadi baik buat plan macam ni. Paling-paling tak, dorang akan datang untuk meraikan hari bahagia mempelai. Kalau kawan yang kawen, lagilah kene datang. Nanti dah kawen mana boleh nak bergalak-galak sangat dengan kawan-kawan. Nanti sibuk nak belai lakilah, nak dodoi anaklah, nak manjakan binilah. Lagi haru kalau dengar alasan -> "Tak bolehlah, aku nak ikut laki aku pindah Europe dah minggu depan", "Tak bolehlah, laki aku tak bagi keluar. Dia cakap Syurga bawah tapak kaki suami". Jadi yang bujang-bujang terpaksalah memahami.


Bila dah berkumpul, soalan panas yang keluar -> "Cuba teka lepas ni siapa yang kawen?" Adoi~ Memasning menunding jari. Ada jugak yang cakap Mie. Hahahahahaha. Jadi kita tunggu siapa yang kawen lepas ni.


Owh, ye lah, ye lah, nak bagitaulah ni. Nama dia Fadzullah. Urm, bukan sekelas dengan Mie. Die budak sains, Mie budak arts. Sekarang dia ade dekat Ipoh, bekerja di Hospital Ipoh [Perak lagi... haih] sebagai... Bawak kereta Kiah Spectra kaler gold. Bekas pemain bola sepak. Sangat addict dengan bola. Hahahahaha. Paling penting, bukan kami yang kawen hari tu ye... =P

Wednesday, December 22, 2010

Tagged

Semalam Mie terima satu pesanan dari seorang rakan -> Cik Yam. Dia kata Mie dah ditag dalam blog dia. Ingatkan apa benda la yang macam urgent. Rupanya, dia nak bagi benda ni...

Lor, ini rupanya. Hurm, terima kasih Yam. Jasamu ku kenang. Aku tau, ko saje je nak buat aku happykan... Thanx eh.

Sebagai memenuhi permintaannya, terpaksa jugaklah Mie forwardkan dan menjawab beberapa soalan.

1) Berikan nickname untuk saya [pemberi award]
- Nak bagi nama ape ek dekat hang Yam. Hurm, Birah Pink. Tu je yang sesuai... =P

2) Why?
- Cuba hang tengok blog hang, PINK! Dah tu semua appliances nak warna PINK jugak, sampai berpinor mata ni Yam oi. Nasib hang dah beli VIVA puteh, kalau tak maunya hang nak pi beli jugak VIVA PINK limeted edisen tu ha... Obsessed!

3) Berikan ucapan kepada pemberi award.
- Terima kasih kerana menjadi partner menari yang terbaik, menjadi teman yang selalu berada di sisi saat suka dan duka. Tapi tolong eh, jangan jangkitkan penyakit melatah hang. Tak mau!

4) Listkan artis/ band yang korang minat.
- Siti Nurhaliza
- Siti Nurhaliza
- Siti Nurhaliza
Dah listkan...

5) Mengetag belog untuk dikasi award
- Pojiepooh Abdullah
- Pena Penis
- Warkah Seoarang Lelaki
- Bayang Bayang
- I'm Shin... I'm inesen

Tuesday, December 21, 2010

Ok? Tepuk dada, tanya selera


Link yang patut anda lawati terlebih dahulu:
1)http://shahdrahman.blogspot.com
2)http://danieldeadie.blogspot.com
3)http://www.seksualitimerdeka.org

Akhir-akhir ni, terlampau banyak isu sensitif berkaitan dengan lelaki dijadikan tajuk utama di dada-dada akhbar. Lepas satu-satu. Tak habis isu yang itu muncul isu yang ini. Bagaikan satu wabak yang berjangkit. Dari yang sekecil zarah hingga sebesar gajah, semua nak dibongkar. Mie bukanlah nak memandai-mandai nak kata itu dan ini, takut cakap lebih kena batang hidung sendiri.

Mesti ada soalan sini yang berbunyi : Kau lelaki ke? Balas aje lah dengan senyum sinis. Tak elok nak menjerit dalam edah. Katanya... =D

Mungkin Mie ni tak open-minded macam sesetengah orang yang menganggap isu-isu berkaitan lelaki moden masa kini sebagai sesuatu yang normal. Mereka dengan terang-terangan berani bersuara untuk berkata itu dan ini. Ingat lagi seseorang pernah berkata -> Kalau rasa nak menjerit, jerit aje macam I ni [Di hadapan ramai orang di sebuah cafe yang menjadi tumpuan orang... Bengang dan malu].

Tapi bagi Mie, Mie lebih prefer untuk diam dan memerhati dari berkata apa-apa. Biarpun kadangkala terasa juga dengan kata-kata pedas yang mereka keluarkan contohnya seperti -> Mat Sotong. Nak aje Mie balas kata-kata kesat yang dilemparkan sesuka hati. Tapi Mie sedar, dia sendiri ibarat meludah kata-kata ke langit, jatuh terlepik balik dekat muka dia. Tak sempat nak elak. Kesian... Masing-masing cukup marah dengan kata-kata yang telah beliau keluarkan, contohnya seperti -> Ini, dan ini.

Tak cukup lagi dengan itu, ada lagi yang cuba menambahkeruhkan suasana dengan membawa ideologi dan pandangan masing-masing dari sudut agama pula. Kalau nasihat yang diberikan merupakan bimbingan tak apa, ini meletakkan hukuman tanpa cuba memahami seperti -> Ini. Mie bukannya hendak menidakkan hukum dan ketentuan yang telah diamanahkan oleh Allah kepada tiap-tiap hambanya, tapi paling tidak cubalah memahami sebelum memandai-mandai nak letakkan hukum. Nak menasihatkan orang biar kene pada tempatnya. Ni kalau menunding jari cakap orang tak betul, tapi diri sendiri lagi songsang kuasa lapan macam mana? Dengan brgelang tangan, bersubang, cincin di jari hantu bagai. Layakkah dia nak meletakkan hukum dosa dan pahala, Syurga dan Neraka pada orang lain?

Sebenarnya pengakuan seperti-seperti ini yang terlalu terbuka buat Mie sedikit terkejut. Persoalan yang timbul kenapa dia begitu berani meluahkan pekung yang terbuku di dadanya? Pada hemat dan pandangan Mie, perkara yang sedemikina elok di aplikasikan secara "Pandai makan, pandai simpan". Tak perlu rasanya membuka pekung di dada sendiri dan membiarkan maruah diri diperkotak-katikkan oleh orang lain. Ya, memang betul. Kita hanya ingin menjadi diri sendiri, tapi kita bukan di negara Barat, masih di Malaysia yang Islam sebagai agama rasminya. Cubalah seseklai berpijak di bumi yang nyata. Kalau tak nak pijak, jejak-jejak la sikit ke tanah, jangan asyik menerawang di angkasa mencari entah apa-apa.

Memang betul, orang lain hanya mampu berkata. Kita yang lebih mengenai diri kita. Tapi, macam Mie cakap tadi -> "Pandai makan, pandai simpan". Pengakuan yang sedemikian tidak akan menjadikan hati kita tenang, sebaliknya kita lagi dihimpit dengan cacian dan makian serta kutukan orang yang tidak sesekali nak faham sebaliknya meletakkan hukuman ibarat meletak adunan kek ke dalam loyang. "Kelepek!!!"

Bagi yang membenci pun sama. Kebencian, penghinaan yang dilempar tidak menjadikan anda seorang jaguh ulung yang menjadi igauan impian mak-mak mertua. Kalau mak mertua tu pandai, dia takkan sesekali ambil anda yang bermulut lancang tu sebagai menantu sebab anda hanya tahu cakap, bla bla bla bla tapi kosong. Cubalah sesekali yang menunding jari berjalan mendekati apa yang ditunding. Cuba fahami, dan jika niat anda ikhlas cubalah berdakwah agar mereka kembali ke pangkal jalan. Optimist sikit macam [ini] ke... Ni hang pun iman dok lemah. Kata tak suka, dah dapat, hang melayan juga. How? Lagipun dalam setandan pisang, yang busuk satu tak menjadikan setandan tak boleh dimakan. Pisang yang busuk boleh dibuang, tak pun potong mana yang patut lenyek-lenyek buat lepat. Makan kenyang jugak.

Sebenarnya sebagai manusia ni, perkara paling pokok dan asasnya give and take. Kalau saling salah menyalahkan sampai bila pun takkan habis. Benda yang simple pun kita akan rasa berat dan complicated. Lagipun, kita selalu cakap -> "Kalau nak diri dihormati, belajar-belajarlah menghormati orang lain". Tapi jika orang lain boleh menghormati anda, tapi anda masih nak duduk kat takat tu jugak, mintak maaflah kalau orang lain tak suka dengan anda. Perkara apa pun, pokok pangkalnya kita. Orang lain hanya mampu nak cakap, tapi yang menggerakkannya kita sendiri. Selagi kita tak cuba, kita takkan tahu samapi tahap mana kemampuan kita. Jadi tepuklah dada, tanya selera, hati, dan minda. Apa yang dicari dan apa yang dimahukan dalam hidup, terserah. Pilihan dah ada di tangan.

Murahnya air mata...

Berita kehilangan yang Mie terima sebenarnya cukup-cukup buat Mie rasa lost. Tapi Mie tak nak terus berlama-lama dalam keadaan ini. Mie harus bangkit. Hidup pelu diteruskan. Kehilangan itu mengajar Mie menjadi orang yang lebih tabah walaupun ingatan itu sukar dipadamkan. Fauzzan Helmy, kau harus optimist seperti selalu. Telan aje apa yang berlaku. Lemparkan senyuman, biar tenang jiwa yang memandang.

Mie cuba untuk menjalar, merangkak, bertatih, berdiri dan berlari seperti biasa. Tapi hari ni, baru sepuluh minit lepas Mie membaca entri yang dipost empat jam yang lepas tentang [seorang blogger] yang berusaha mencari cinta, Mie jadi sayu. Kekuatan yang Mie cuba bina hilang. Rapuhnya diriku...



Dengar lagu ni pun dah bergenang... Lawaklah hang ni Fauzzan.

Monday, December 20, 2010

Harga sebuah penghargaan


Mie tahu, tiap-tiap yang hidup pasti menemui ajal. Cepat atau lambat, segalanya sudah ditetapkan dan itulah perjanjian yang telah kita persetujui dengan Yang Maha Agung disaat roh ditiupkan ke dalam jasad yang belum sempurna bentuknya dalam kandungan. Segalanya itu hanya pinjaman.

Mie tahu, mungkin ada yang berkata Mie terlampau berlebihan dalam meratapi kehilangan. Mie tak mahu redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Mie tak mahu mempercayai qadha' dan qadar yang menjadi sebahagian rukun iman. Hakikatnya, Mie tak inginkan keadaan ini. Tapi, Mie terpaksa akur dan akui, yang Mie adalah selemah-lemah hamba yang kadang kala tewas dengan ujian. Mie cuba untuk melawan rasa kehilangan, tapi Mie tak mampu. Mie tahu, luka dan kesakitan ini akan hilang dibawa arus masa. Hanya menanti saat dan ketikanya untuk Mie biasakan diri dengan rasa kosong dan sunyi, tanpa gelak tawa dan gurau senda sperti biasa.

Tapi, dalam kesedihan Mie dan kekalutan Mie menghadapi kehilangan ini, Mie bersyukur kerana masih diberi kesempatan merasai kasih sayang dan perhatian yang dipinjamkan kepada Mie sebagai kekuatan untuk meneruskan kelansungan hari-hari Mie seperti biasa. Mie sebenarnya orang yang bertuah kerana dikelilingi dengan manusia-manusia penyayang. Mdah-mudahan Tuhan jauhkanlah Mie dari sifat lupa daratan dan tidak tahu menghargai. Amin...

Bukanlah niat Mie mengeluarkan entri ini nak menyentuh hati mana-mana pihak ataupun menunjuk-nunjuk yang kononnya Mie ini sentiasa disayangi. Tapi, ini sekadar luahan ikhlas dari hati kecil Mie yang sangat-sangat menghargai perhatian mereka yang tidak mahu Mie sedih. Memang tiada apa yang mampu Mie lakukan selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Walaupun hakikatnya kepala hotak Mie dah tepu dah nak terima nasihat dan kata-kata semangat, tapi mereka-mereka ini tanpa jemu terus memberi dorongan kepada Mie agar Mie boleh melupakan kedukaan Mie dan kembali happy seperti biasa. Ada juga yang sanggup menjadi dahan tempat Mie bersandar, meminjamkan telinga untuk Mie mendengar. Ada juga yang Mie bersua muka walaupun dia tidak tahu yang Mie sedang berduka. Tapi, entahlah... Melihatkan wajahnya buat hati tenang seketika.

Pendek kata, merekalah sahabat, teman, kekasih Mie yang tahu apa itu erti sebuah penghargaan. Mereka ada bersama-sama Mie di saat Mie senang dan dalam kedukaan. Terima kasih Mie nak ucapkan pada:

1) Pojiepooh Abdullah
2) Maryam Ahmad
3) Faiz Mamat
4) Jay Yusoff
5) Nurmala Amirullah
6) Gazy Jong
7) Mohd Asrul Affendy
8) Hairon Be
9) Robiewan Syah
10) Ilham Haikal
11) Fatah
12) Umar
13) Syakir
14) Fazzlies
15) Dan beberapa nama yang Mie tak boleh nak mention dekat sini kerana sebab-sebab yang tertentu.

Terima kasih kerana menjadi peneman yang setia. Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa-jasa kalian...

Thursday, December 16, 2010

Ku relakan kepergianmu

10/12/2010
8.30 pagi
Mie takkan lupakan tarikh ni sampai bila-bila.

Orangnya biasa-biasa pada mata Mie, tapi ada daya tarikan yang tersendiri. Sukar tersenyum membuatkan dia sukar didekati pada awalnya. Mungkin siapa yang tidak mengenalinya akan melabel dia sebagai seorang yang sombong. Tapi hakikatnya, itu bukalah dirinya. Dia selalu membuatkan orang lain senang dengannya. Kepalanya yang gila-gila selalu buat Mie tak kering gusi. Walaupun ayat yang diguna agak keterlaluan, tapi secara jujur Mie senang. Gurauan, sakat-menyakat, uji-menguji tu dah jadi sebahagian resam dalam perkenalan kami yang hampir setahun umur. Perkenalan Mie dengan dia dimulakan secara tidak sengaja di laman sosial Facebook. Perkenalan kami pun atas sebab orang...


Fyzan Azym aka Fyzan Othman. Itulah nama yang dia gunakan. Entahlah... Nama Fyzan tu yang buat Mie tertarik nak mengenali dia dengan lebih dekat. Nama Fyzan itu sendiri mempunyai gabungan nama Mie dan dia; Fauzzan Helmy, Hafizan. Pendek kata, dalam nama Mie ada nama dia, dalam nama dia ada nama Mie.



Berkulit hitam manis, jambang yang tersusun kemas mencantumkan janggut dan side burn di kiri dan kanan wajahnya, badan sedikit berisi, muka bulat, suka bertopi, jarang senyum membuatkan wajahnya ketat sentiasa tapi umurnya masih muda. Muda dari Mie sendiri. Pernah sekali dua Mie giat dia dengan panggilan Pak Cik. Bukan main lagi dia marah. Tapi Mie balas kemarahan dia dengan tawa manja yang Mie buat-buat supaya marahnya reda. Termakan juga sekali dua rengekan Mie.



Mengongkong, agak tegas, selalu nak menang, tak suka dikawal, pantang dicabar, tu antara sifat dia yang Mie tak akan lupa sampai sekarang. Mie tak nafikan, kadang-kadang Mie rasa jengkel dengan sifat dia yang itu. Mie sampai melabelkan die pembengis hanya kerana sikapnya yang suka memaksa dan memerintah Mie itu dan ini. Bukan tak mau melawan, tapi tak mahu mengecilkan hati mana-mana pihak nak tak nak Mie turutkan. Pernah juga Mie malawan, akibatnya masing-masing diam membawa haluan.

Tapi Mie tahu haluan yang terpisah itu tidak akan berpanjangan. Disebalik ketegasannya itu, terselit satu sifat yang jarang dimiliki oleh lelaki. Manja. Dia sebenarnya seorang yang sangat manja dan nakal. Dek kerana manjanya dia, Mie akan tewas. Tak sampai hati nak mengecilkan hati dia. Takut merajuk lagi. Dia juga seorang yang sangat sensitif. Pernah sekali hampir dua jam Mie melayan dia menangis gara-gara dirinya ditipu oleh seseorang yang benar-benar dia harapkan. Tapi, dia bukanlah jenis orang yang makan nasihat. Puas Mie bercakap, asyik menangis aje. Terpaksalah Mie jadi baby sister melayankan kerenahnya hampir tiga hari. Eloklah tu, sorang sensitif sorang cepat kasihan pada orang.


Mungkin dia tak mahu menyusahkan Mie. Suatu hari dia beritahu Mie yang dia sudah dimiliki. Sunyi... Tapi Mie tumpang happy. Paling tidak dia temui juga apa yag dicari. Terus kami membawa haluan kami sendiri. Mie jumpa dengan yang lain, dia terus bersama yang baru dimiliki.



Mie teruskan hidup Mie dengan cara Mie. Suatu hari dia beritahu, kasih yang dia semai tak sempat dituai. Mie tumpang simpati. Dia terus bercerita dengan Mie. Sekali lagi Mie jadi bahu tempat bersandar meluahkan cerita dukanya yang terpendam. Mie hanya mampu memandang, tapi sedaya upaya membuatkannya kembali girang seperti dahulu. Puasa kami sambut bersama, raya juga. Cuma tak sempat berkunjung kerana jarak dan masa mencemburui kemesraan yang kami bina. Dia jauh di utara, Mie di selatan. Walaupun jambatan cuba dibina apabila Mie dapat tawaran bekerja di utara. Dia girang mendengarnya. Harapan dia dan Mie agar persahabatn kami yang lebih utuh dapat dibina. Gembira.


Tapi sayang, harapan tidak menjadi nyata. Mie tolak tawaran bekerja di utara. Bekerja terus di selatan menjadi pilihan. Dia tidak berkata apa. Mungkin kecewa. Tapi Mie cuba yakinkan persahabatan kami lebih elok begini lakunya. Kami akan lebih gembira. Tapi sayang luahan yang diberi tidak diterima. Dia tetiba menyepi dan terus menyepi. Sepi. Hubungan persahabatan kami langsung terhenti... Mie nak tanya tak berani. Walaupun pesanan ringkas pengganti diri kerap Mie beri. Balasannya hanya senyap sepi. Sekali dua dia beriaksi. Kemudian kembali sepi.

Minggu ini hajat Mie besar nak ke utara, mengunjungi tempat pengajiannya. Angan mula dipasang gembira. Ingat nak buat kejutan semula dengan menghantar pesanan di facebooknya. Tapi kegembiraan yang Mie jangka, duka yang tidak dipinta menjenguk tiba.


Dia telah meninggalkan Mie, rakan-rakannya yang lain buat selamanya. Dia meninggalkan alam fana ini. Mie baru dapat tahu hari ni sedangkan pemergiannya sedah masuk ke enam hari. Patutlah Mie rasa ada yang tak kena. Kelopak mata bawah berkedip tak henti tanda air mata bakal mengalir. Rupanya dia yang pergi. Mie tak sangka. Umurnya muda lagi. Patutlah selama ini dia menyepi menyembunyikan sesuatu dari Mie. Dia tidak mahu Mie manangisi pemergiannya nanti. Hakikatnya, entri ini dikeluarkan, air mata tidak dapat diseka untuk berhenti. Semua kenalannya Mie hebahkan termasuk sang kekasih hati yang telah ditinggalkan. Semua bagaikan tidak percaya, tapi itulah hakikatnya. Allah lebih menyayanginya lebih dari kami semua menyayanginya.


Sekarang Mie rasa satu kehilangan yang besar. Mie rasa lost, Mie rasa empty. Sebagai orang yang rapat dengan arwah, Mie tak dapat berkongsi kesedihan dan kesengsaraannya. Menurut kakak arwah, jenazah dikebumikan pada hari yang sama 7.15 pm di kampung arwah di Kampung Sungai Dara, Tanjung Malim, Perak. Kakak arwah bagitahu Mie, arwah pergi disebabkan septicemea.


Mie mintak jasa baik bagi yang baca blog Mie untuk sama-sama menyedakahkan al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Hafizan bin Osman. Semoga arwah tenang di sana. Semoga segala amalan baik arwah, amal ibadahnya diterima Allah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan ketelanjuran Allahyarham. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


al-Fatihah...


Ku janji takkan merinduimu~

Sampai saat dan ketika ini, Mie masih gagal nak yakinkan diri Mie yang dia dah tak ada...
Semasa raya haji, arwah demam tak kebah-kebah. Dia balik ke UUM untuk ambil final exam. Dua minggu dia ditahan di wad. Doktor kata dia dijangkiti bakteria. Doktor ada tanya, ada tak dia pergi ke tempat yang ada air dan tanah. Dia kata ada, Dia ambil air tasik masa malam BBQ dengan kawan-kawannya. [Klik]

Its ok, baca dulu puas-puas

Tiga blog
Isu yang sama
Menarik
Tak apa
Bagi korang bercakap dulu
Bagi korang baca dulu
Tunggu
Reaksi mulut pedas aku pulak
Nak jugak rasa tempias blog orang popular
Ha baca-baca
Gelak-gelak
Tunggu ye

http://tamaoserizawa.blogspot.com

http://jumiejumie.blogspot.com

http://peacekkb.blogspot.com

Tuesday, December 14, 2010

To whom it may be concern-Part VI

[Actually cerita ni banyak lagi. Panjang. Tapi Mie sedaya upaya nak menghabiskan cerita ni sesegera yang mungkin, paling-paling tidak sebelum tahun 2010 ni melabuhkan tirainya. Jadi, silakanlah membaca bagi yang sudi. Bagi yang mengikuti episod ni, maaf buat korang tertunggu-tunggu... =( ]

Dia termanggu di hadapan srin komputer ribanya yang usang. Kata-kata rakan sekelasnya petang itu membuatkan dia walang. Otaknya ligat memikir apa yang harus dikenakan pada malam yang penuh gemilang. Bakal menutup sejarah hidupnya yang bergelar penuntut jurusan yang dikagumi orang. Tema dipilih; Timur Tengah. Satu keluhan besar dia lepaskan bagai mengalah. Inilah yang payah. Segalanya nak berkelubung, berpurdah, berjubah, tapi perangai tak semenggah. Tema yang sama untuk tahun yang sudah-sudah. Mereka tak kenal erti jemukah atau takut berfesyen menjadi penghalang akidah... Alah. Bosan!

Dia segera menekan papan kekunci komputer ribanya mengakses mana-mana laman sesawang, mencari sesuatu yang sesuai bagi meghilangkan walang. Namun dia gagal. Otaknya bagaikan mati untuk mencari jalan penyelesaian. Segala yang dipapar di skrin itu bukan mudah untuk didapatkan. Tak satu pun yang dia rasakan bersesuaian. Ongkos ditangan pun boleh dibilang. Kalau cuba digapai apa yang dalam paparan, bakalan satu semester menjadi pelarian. Dia buntu. Habis sudah segala daya dicurah. Malas!

Pencariannya dihentikan. Dia memilih mengakses laman sosial mencari kenalan yang nakal-nakal dan mampu menghiburkan hatinya yang bungkam. Seperti malam-malam yang sebelumnya, tiap kali dia mengakses laman sosial berkenaan, dia akan cuba seupaya menahan diri dari memerhatikan wajah 'Sojar Laut' itu. Namun dia tahu, sekuat mana benteng itu dia bina, akhirnya akan musnah ranap, kalah dihempas ombak perasaan yang dia sendiri tak tahu. Adakah dia meletakkan harapan atau impian? Mungkin. Tapi dia sedar itu semua khayalan yang dia sendiri ciptakan. Tiba-tiba matanya tertancap pada lakaran yang terpampang. Ya... Itulah yang dicarinya. Dia yakin, itulah yang bakal menyerlahkan pesona malam seribu bintangnya.

Dia dapat membayangkan dirinya bakal menjadi perhatian di malam yang gemilang, menjadi lirikan bagi yang memandang, menjadi bualan hangat mulut-mulut yang lancang, menjadikan hati yang memandang iri dengan penuh kebencian dan kekaguman. Dia bagaikan segera mahu menjadi dirinya sendiri. Dia tidak mau lagi terkongkong dengan momokan kosong. Lagipun malam yang bakal menjelang, siapa yang mampu menghalang. Dia sedar jika itu yang dikenakan, mereka yang memandang akan melempar senyuman sinis penuh kebencian. Tapi, itu sahaja malam yang meraikannya. Malam bagi meraikan penamat segala usaha dan dayanya. Dia nekad.

Dia segera mencapai telefon tangan. Rakan baiknya harus dihubungi memberitahu buah fikiran yang sedang mekar bak mawar kembang pagi. Dia mahukan persetujuan. Mana tahu, ideanya menjadi ikutan lantas mencaras idea asal yang sudah dirangkakan. Lagipun, dia butuhkan pembaharuan dalam pelaksanaan acara gilang gemilang. Paling-paling tidak dia rasa diraikan. Kepala otaknya ligat memikirkan aksesori yang akan dipadan.

Talian disambungkan. Perbualan biasa bertukar rancak mengenai idea dan pendapatnya. Rakan di sana mendengar dengan penuh khusyuk dan minat. Jarum perlu dilancarkan. Serangan mendadak mencari peluang. Dia tidak lagi memikirkan pendapat orang. Janji hasrat dan impiannya terlaksana. Hampir setengah jam membuang masa, kata setuju sudah dicipta. Mereka harus memulakan sesuatu diluar jangka. Lagipun hanya ini sahaja saat dan ketika yang masih berbaki buat mereka. Senyum tanda puas dilemparkan. Melebar.

Tapi sayang senyumannya tak panjang. Dia termanggu seketika. Lepas mulut naga masuk pulak mulut buaya. Buaya? Huhuhuhuhu. Kini dia memikirkan bagaimana pula caranya meluahkan hasrat yang terpendam pada 'Sojar Laut' yang empunya badan. Takut permintaannya salah ditafsirkan. Tapi dia tahu inilah sahaja peluang yang dia ada, buat melancarkan serampang si dua mata. Jika dahulu 'Sojar Laut' itu sendiri yang membuat pengakuan dirinya 'Lelaki Misteri' yang selalu didambakan akibat desakannya tak berkesudahan. Kini, selain menyampaikan hasrat terpendam, inilah sahaja peluang yang dia ada untuk bertentang secara empat mata dengan lelaki yang dirasakan unik.

Dia perlu menyusun ayat dan kata agar niatnya tidak disalah sangka. Dia tidak mahu niat kedua dihidu secara percuma. Dia perlu perlahan-lahan. Jika tersilap langkah, semuanya punah. Dia mula berkira-kira sambil menyusun kata sebelum dilontarkan pada 'Sojar Laut' itu. Doanya mudah-mudah 'Sojar Laut' itu lembut hati dan mahu menolongnya. Harapan dipanjat dengan doa agar dua-dua impiannya terlaksana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...