Arja Lee sangat encem and dia ada suara yang romantik!!!

Boleh tak belum apa-apa Mie bagai disampuk polong menjerit-jerit tengok muka Arje Lee yang encem yamat tu ha. Mie rasa Arja lagi elok die jadi watak Bidin dari watak Ruby. Please eh Arja, next time jangan bawak watak ni lagi. Huhuhuhuhu. Tapi apa-apa pun good job!!!
*****
Sudah! Jangan nak berangan. Arja Lee tu pun entah kenal hang entah tak. Ada hati nak bagi pesanan bagai.
Hari Sabtu lepas, memandangkan kebanyakan kawan-kawan tari Mie ada Bengkel Pengurusan Seni di Johor Bahru, dan latihan pusat pun tak ada, Mie pakat bertiga keluar dengan Faiz dan Maryam berjalan-jalan menghabiskan waktu yang terluang walaupun pagi tu badan panas akibat demam. Tapi sebab dah berjanji, tak elok pulak. Lagipun agak lama tak keluar dengan Cik Maryam tu.
Purpose utama kami keluar ni tak lain dan tak tak bukan sebab nak menonton wayang, cerita yang dikatakan kontroversi sangat. Karya terbaru Raja Azmi, XXX Dalam Botol.
[Baru Mie tahu, perkataan 'anu' tu sensitip. Orang Johor suka sebut anu, anu ni. Contoh: "Ala, budak yang anu tu, yang kerja dekat Kilang ST tepi Sungai Muo tu la... ". Mace oghe Kelate, dio oghe dok sebuk gituh. Dio oghe dok sebuk gotuh, gotuh which mean anu jugaklah... So boleh tak tukar title -> Gotuh Dalam Botol. Agak-agak lucah tak? Huhuhuhuhu]
Pergi beli tiket wayang pukul 3:50 petang. Masa menonton 5:20 petang. Tengok seat... Ya hampun... Cuma kami bertiga. Voley? Supaya apa tu? Nak cover-coverkan... Segan nak tengok cerita tema homoseks ni kan... Takut keluar panggung je, orang terus cop pkai stamp pad dekat dahi tu homoseks kan...
Padahal masuk La Queen, masuk BB dok mencocok lagi, terponggeng-ponggeng tak pe pulak kan... Supaya apa pulak tu? Ish, hipokrit... Saya Fauzzan Helmy bin Anuar... Saya artis budaya. Boleh? Teeeettt~ Jangan marah Abang Wan. Gurau je... Kalau marah, Mie mintak maaf awal-awal...
Dah puas makan, merayau cuci-cuci mata kejap, kami pun masuklah ke dalam panggung. Ingat bertiga je. Bolehlah memekak. Rupanya depan pintu dah ada yang menunggu. Kelibat empat orang wanita. Ulang suara wanita ye, bukan wanite... So, oklah kot. At least bukan kami bertiga aje yang masuk. Kira hitung congak darab bahagi, adalah dalam 10 ke 15 orang dalam panggung tu.
Komen Mie mengenai XXX Dalam Botol:
1) Cerita ni mengenai pengalaman sebenar yang dilalui oleh watak Rubi yang dilakonkan oleh Arja Lee. Tapi sayang, sebab banyak bebenor yang ditapis, jadi kesannya tak mendalam sangat.

2) Cerita ini pada hemat Mie, Faiz dan Maryam tidak sesuai ditayangkan di kawasan-kawasan bandar yang baru membangun seperti Batu Pahat ni. Lainlah macam Kolumpo tu ha. Kenapa? Kerana orang dalam panggung wayang masa cerita ni ditayangkan dok bergelak sakan walaupun aksi yang ditayangkan babak sedih. Yelah walaupun tak boleh nak diterima akal, "peponen jadian" menyembah kaki laki dia agar tidak ditinggalkan, tapi at least cubalah faham situasi tu kan. Bukan gelak sakan. Yelah bukan batang hidong korangkan?
3) Pada hemat Mie secara peribadi, siapa yang pernah ditinggalkan oleh laki yang tidak guna, tidak tahu menghargai, perangai macam haram, Setan, lahanat, haram jadah, harus tengok cerita ni. Kenapa? Sebab cerita ini akan memaparkan kebodohan kita semasa bercinta dengan pasangan kita yang macam Kambing Pundek tu. Kita serah aje segala-galanya last-last kene dump. So siapa yang nak carotkan laki-laki ke bini-bini yang perangai macam pundek tu elok tengok cerita ni.

4) Moral value cerita ni tinggi sebenarnya. Kalau nak dikaji-kaji balik, sebenarnya apa yang cuba disampaikan pada penonton amat jelas berkenaan kekhilafan manusia yang taksub sangat dengan CINTA. Pendek kata, mesej cerita ni untuk semua, cuma ianya dizahirkan pada watak lelaki yang berubah pada wanita. Sebagai contoh bila kamera dizoomkan pada pasangan lelaki dan perempuan yang sedang sakan berpelukan di dalam restoran. Jadi nampak tak permainan dia macam mana sampai Mie boleh keluarkan soalan pada Maryam -> "Yam ko rasa mana bodoh? Perempuan jadian tu ke perempuan tu?"
5) Watak laki celaka, nak mapos berjaya dibawa dengan baik oleh Wan Raja walaupun Mie rasa gaya lakonannya perlu diperbaiki lagi. Nak tahu kenapa? Wan Raja membawa watak kekasih yang kononnya nak mnguji kesetiaan kekasihnya menyuruh si Bidin menukar dirinya mejadi Rubi. Bila dua bulan menghilang, Bidin kembali dalam keadaan Rubi, kekasihnya tu tak boleh menerima. Antara alasannya, dia susah dan Rubi hilang selama dua bulan. Lepas tu, dengan pundeknye dia menjual kereta yang Rubi bayar tiap-tiap bulan atas kesempitan wang dengan alasan kereta tu atas nama dia. Ha, part yang lagi celaka... Bidin tu dah nak kawin dah, dah nak kawin, si Wan Raja ni boleh datang jumpa mak Bidin dan tunjukkan surat operate dengan XXX yang ada dalam botol tu. Alasannya apa, tak nak orang lain tertipu dan dia perlu dedahkan kebenaran. Untuk apa? Untuk bela anak ikan lain selain Rubi.What the fish!

6) Moral of the story yang begitu kuat Mie rasa, kita boleh sayangkan orang yang kita sayang, tapi jangan terlalu hinggakan kita melebihkan dia dari segala-galanya. Bila tengok cerita ni, memang jelas sedikit sebanyak kekhilafan yang Mie buat pada diri sendiri dulu-dulu. Akhirnya kita akan menyesal dan mampu mengenang apa yang telah kita lakukan dan sia-siakan selama ni. Selisih... Jauhkanlah Mie dari menyakitkan hati orang yang sayang Mie, dan Mie sayang.
Lepas habis menonton, sebelum balik sempatlah membeli sesuatu untuk diri sendiri.
Huhuhuhuhu.

3 comments:
mie,kte pun tgok cite ni,forme sgat best n sedih,tpi masalah yg same kte hadapi ada pmpuan2 yg gelak2 dlm panggung,beli ticket tpi bkn nk hayati moral of the story filem 2,sgat kecewa,ble x ramai yg tonton,karya ni walau agar sunyi tanpe sound track tpi msh best...bee paling suka part ruby merayu 2,btapa la sdhnye kan.huhu
Good job dear for the review..
Citer yang menarik tapi tak cukup menarik Pojie masuk dalam panggung. Tunggu astro 1st jahhh!
"Takut keluar panggung je, orang terus cop pkai stamp pad dekat dahi tu homoseks kan..." - **matilaaa haha
Amy baru pas tengok smalam... Gosh citer ni sedih meyh~ Nanges woh~ *hati tisu betul*
Tapi like u said Mie, banyak benor part yg dah di cut so mcm ada sumthing yg hilang dalam citer ni...
Benciiii giler dgn watak Wan Raja as Ghous tu... Rasa nak baling popcorn je kat screen... Sakitnye hati tengok laki mcm tu *okeh emo pulak* :p
Arja Lee mmg terbaek... Tersangat hensem bila dia jadi Bidin... Drooling okeh~ Tapi bila jadi Ruby tu... Ummm better jgn lg la next time... Huhuhuhu
But seriously kalau dapat tengok cerita ni tanpa ader scene2 yg di cut mesti best... Diorg tamau jual ke ek yg extended version, takde cut2 punye??? Hehehehe
Post a Comment