Followers

Thursday, December 15, 2011

Berkongsi rasa


Perkara yang paling susah Mie rasa dalam dunia adalah untuk memahami dan memenuhi kehendak orang lain. Ironinya bila usaha yang di lakukan secara tersirat gagal untuk difahami dan perlakuan yang tersurat kerap disalah erti.

Mie sendiri tak tahu nak meluahkan rasa Mie dalam entri kali ni macam mana. Mie tak tahu nak mulakan dengan cerita apa. Mie cuba mencari punca dan titik mula permasalahan sebelum Mie mampu mencari jalan penyelesaian. Mie tahu, mengikut hati kita akan mati. Mengikut gerak rasa, kita yang akan binasa. Mengikut rentak nafsu, kita akan lesu. Tapi, nak atau tidak Mie kena berani berdepan dengav masalah, menerima segala akibat.

Kadang kala, kita terpaksa, mengetepikan hak kita demi menjaga maruah dan kehendak orang lain. Dalam masa yang sama, kita menanggung bebannya. Cuma ia tak kan terlihat dari mata-mata yang tidak mahu menerima dengan akal hati. Hal bertambah rumit bila ditambah dengan pemikiran yang selalu memikirkan yang bukan bukan langsung menimbulkan kecelaruan. Setiap kejadian di pandang TERLALU serious hinggakan benda yang kecil di pendam merebak bagai api dalam sekam. Masing masing memilih untuk berdiam mempertahankan ego dan hak seolah olah jatuh miskin tanpanya.

Keengganan berkomunikasi menjadikan yang jauh bertambah tambah jauh. Yang jauh menjadi pendam, yang pendam menjadi dendam, yang dendam menjadi amarah berkalang, membakar peluang dan segala ruang. Walaupun cuba menerang kedudukan, namun sepuluh jari lebih senang menunding dari membelai jari jemari erat menyelesaikan simpulan terikat.

Betul kata KDL, Mie ibarat Embun yang "dirogol hatinya" lalu diri ditinggal pergi.

Mie yakin, setiap dugaan yang dikurniakan Illahi ada hikmah yang tersembunyi. Mie cuba menjalani penderitaan ity setabah mungkin. Mengharap bantuan Illahi agar dapat ditenangkan hati-hati bungkam yang marah. Mengharap sinar indah menyuluh jalan menyorot langkah menyelesaikan gundah.

p/s: Amarah dan kecewa hanyalah bara membakar jiwa.

Entri ini diupdate di Dataran Penggaram Batu Pahat menggunakan perisian Blogaway HTC Desire HD. Sekian.

6 comments:

kesahdunialelaki said...

aiyookk!!! HTC Desire HD segala bagai... emm nak kena bagitahu ke?


comment ini diupdate di dalam bilik tido menggunakan HP Nokia 1208 ... LAGI CANGGIHH!!! (ada lampu suluh tahu)

Amir The Warlord said...

Word of advice...always love yourself first...eh, ader kene-mengene ker?...;-p

Joe_Hans said...

kalau ader masalah perlu perbincangan...

Fauzzan Helmy Anuar said...

Abang KDL: Ha Aliff Ros
Harus... Kang Bekas Buah Hati kata Mie tak kenang budi. Ops cerita uruk siku pulak. Kita manalah mampu nak pakai Blackberry sampai 2 3, Ipad kiri kanan. Kan...

Fauzzan Helmy Anuar said...

Amir: Huhuhuhuhu
Dah lali dah Amir
Dah tak masuk dalam kepala ayat tu
Dah tepu kepala otak ni
Tak caya cuba tanya abang KDL tu

Fauzzan Helmy Anuar said...

Johan: Nak bincang macam mana bila ego lebih besar dari kepala
Kalau burung unta tu bijik mata lebih besar dari otak, ni kes lain. nak tak nak senyap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...