Entri ni Mie titipkan khas untuk abang Lelaki yang ada banyak Kisah dalam Dunianya sendiri yang diingati selalu. Mana tidaknya, banyak ilmu yang Mie dapat dari dia. Mie hormat dan sayangkan. Sayang tidak lebih tidak kurang dari sayang adik kepada abangnya. Abang yang selalu banyak bagi nasihat dorongan dan tunjuk ajar kepada Mie sendiri dalam meniti hari-hari yang mendatang. Kisah rasa yang ditolak mentah-mentah dalam bas, jatuh tergolek atas lebuhraya Pantai Timur. Wah!!! Tragis gaytuh!
So untuk abang yang berkenaan dan penonton-penonton yang budiman, dari Laman Seni Teratak Fafau, kami bawakan anda hidangan menjamu mata diiringi irama padang pasir dari Timur Tengah. Saksikanlah supaya mata anda semua terbeliak dan kenyang. Hahahaha. Tak dapat sentuh tengok pun jadilah... Kan... Hahahaha. Terimalah, Masri Keincing dan Sarah!!!
Sarah
Sarah ini turut dikenali dengan nama Samrah. Sarah ini pada kebiasaannya ditarikan oleh golongan lelaki. Sarah memerlukan para penari memusatkan tenaga pada bahagian kaki dan tangan. Gerakannya yang tangkas dan tepat menjadikan gerak Sarah lebih sesuai ditarikan oleh penari-penari lelaki. Natijahnya orang selalu nak tengok lelaki tu menari tangkas. Tak ada yang lemah gemalai. So jom saksikan Sarah yang Mie dengan kengkawan menari masa latihan. Tu pun menari light-light aje sebab masa tu hampir flat katanya. Fitam. Hang mampo menari separuh nyawa terkapai-kapai? Huhuhuhu...
Mie nak kata selalu tak selalu sangatlah buat Samrah atau Sarah tu, tapi bolehlah. Cuma tak master aje lagi. Gerak pun masih light-light. Teringin jugak nak bawak gerak yang ekstrem. Tapi secara peribadi Mie memang teringin sangat nak belajar dari Tok Guru Mie gerak tari Masri Kerincing, Ceracap Inai dengan Tangkah. Mie sangat tertarik dengan gerak tari dalam ketiga-tiga tarian tersebut yang memerlukan kawalan terhadap props. Kalau Tangkah penari akan menari dengan menggayakan marwas. Ceracap Inai pula penari akan menari dengan mengguna empat lilin yang diletakkan pada tempat khas dan dipegang pada tangan kiri dan tangan kanan, sementara masri kerincing, penari akan menari dengan tamborin.
Alhamdulillah, akhirnya Mie berpeluang juga untuk belajar dua dari tiga tarian yang Mie idamkan iaitu Masri Kerincing dan Ceracap Inai. Tapi sayang Ceracap Inai Mie tak sempat rakam. Kalau tak lagi menangis korang tengok.
Masri ini terkenal dengan gerak tandaknya. Selain itu kawalan penari menghayunkan tamborin mengikut lagu serta ketepatan dan kepantasan tepukan dengan irama bagaikan selari dengan nada dalam darah Mie. Wah... Fengsan! Untuk koregrafi ni, Mie ambil gerak ni dari Tok Guru sehari dan keesokannya Mie dikehendaki mengajar pada penari wanita yang nak menarikan tarian ini. So hasilnya... I tintong sebab I pun tak master, Feeling aje lebih... Hahahaha.
Tok Guru yang melihat sesi latihan pun pening kepala. Lantas kata-kata pembakar semangat yang kalau orang tak kuat semangat dengar dah tentu tak nak menari lagi langsung menerjah tepat ke telinga.Tapi Mie ambik kata-kata tu sebagai azimat pembakar semangat. Mie dengan bantuan Kak Ain, Kak Su, dengan Shah cuba mengubah koreografi dan gerak tari ini sedikit. So inilah hasilnya.
Huhuhuhu... Menangis Mak Usu tengok gelek ko Jah. Boleh gugur iman. Ya Allah, kuatkanlah semangat, tetapkanlah Imanku. jauhkanlah aku dari sebarang godaan mata yang menyilaukan pandangan.
So pandang ajelah ye. Jangan telan liur pulak.
Ok sekian sahaja persembahan dariorang-orang kampung. So kita bertemu dalam sesi yang lain pulak. Tu pun kalau ada persembahan untuk koranglah. Kalau tak Mie simpan. Eh tak ada kerja aku nak share video aku turun naik pokok kelapa dekat korang. Eh* Hiks~
Muacks~
Masri Kerincing
Mie nak kata selalu tak selalu sangatlah buat Samrah atau Sarah tu, tapi bolehlah. Cuma tak master aje lagi. Gerak pun masih light-light. Teringin jugak nak bawak gerak yang ekstrem. Tapi secara peribadi Mie memang teringin sangat nak belajar dari Tok Guru Mie gerak tari Masri Kerincing, Ceracap Inai dengan Tangkah. Mie sangat tertarik dengan gerak tari dalam ketiga-tiga tarian tersebut yang memerlukan kawalan terhadap props. Kalau Tangkah penari akan menari dengan menggayakan marwas. Ceracap Inai pula penari akan menari dengan mengguna empat lilin yang diletakkan pada tempat khas dan dipegang pada tangan kiri dan tangan kanan, sementara masri kerincing, penari akan menari dengan tamborin.
Alhamdulillah, akhirnya Mie berpeluang juga untuk belajar dua dari tiga tarian yang Mie idamkan iaitu Masri Kerincing dan Ceracap Inai. Tapi sayang Ceracap Inai Mie tak sempat rakam. Kalau tak lagi menangis korang tengok.
Masri ini terkenal dengan gerak tandaknya. Selain itu kawalan penari menghayunkan tamborin mengikut lagu serta ketepatan dan kepantasan tepukan dengan irama bagaikan selari dengan nada dalam darah Mie. Wah... Fengsan! Untuk koregrafi ni, Mie ambil gerak ni dari Tok Guru sehari dan keesokannya Mie dikehendaki mengajar pada penari wanita yang nak menarikan tarian ini. So hasilnya... I tintong sebab I pun tak master, Feeling aje lebih... Hahahaha.
Tok Guru yang melihat sesi latihan pun pening kepala. Lantas kata-kata pembakar semangat yang kalau orang tak kuat semangat dengar dah tentu tak nak menari lagi langsung menerjah tepat ke telinga.Tapi Mie ambik kata-kata tu sebagai azimat pembakar semangat. Mie dengan bantuan Kak Ain, Kak Su, dengan Shah cuba mengubah koreografi dan gerak tari ini sedikit. So inilah hasilnya.
Huhuhuhu... Menangis Mak Usu tengok gelek ko Jah. Boleh gugur iman. Ya Allah, kuatkanlah semangat, tetapkanlah Imanku. jauhkanlah aku dari sebarang godaan mata yang menyilaukan pandangan.
Ok sekian sahaja persembahan dari
Muacks~

0 comments:
Post a Comment