Pernah tak korang alami perasaan mengidam sangat-sangat. Masalahnya mengidam tu korang dah tak boleh nak tahan-tahan. Kalau boleh nak sekarang jugak apa yang korang idamkan tu dilunaskan.
Jadi macam Mie lah sekarang ni. Sedang elok duduk diam-diam menaip kertas-kertas kerja yang melambak ni, tekak tiba-tiba rasa nak makan jeruk mangga. Mampo ko? Dan dan tuh jugaklah perut tiba-tiba rasa ada yang menendang-nendang macam nak dimuntahkan semula segala isi perut. Peknenkah? Matilah kita dek non oi... Anak nak membesar dekat mana pun tataulah.
Sekonyong-konyong dengan itu jugalah dok gigih pi cari mana-mana blog yang tunjuk gambaq jeruk mangga. Hamboi... Kecur...
Terus pasang angan-angan ni balik nak buat sebalang jeruk mangga dok pi makan bawah pokok asam atas pangkin depan rumah. Huih, dah tu angin dari bendang dok tiup-tiup rambut ni... Sambil tu nampak dari jauh laki bawak balik ikan keli sambil kayuh basikal. Wah!!! Heavennya... Berangan!!!
Tunggu kemunculan jeruk mangga Mie ok...
Nomnomnomnom~
p/s: Sila sembunyikan asam dan jeruk bila Mie nak bertandang masa raya. Nanti habis Mie kunyah. Hahahaha :D
Hamboi, makan tak baca Bismillahirrahmanirrahim ke?
U_U
Sekian.



0 comments:
Post a Comment