Mie berteleku lama di depan skrin menggali kenangan Mie dengan Zack Hunter sebelum Mie menitipkan butir bicara bagi entri kali ni. Ini bukanlah entri luahan perasaan ataupun bahan untuk Mie mencapub meraih perhatian orang. Tapi entri ini sekadar satu penghargaan untuk seorang kenalan yang bakal meninggalkan Mie dan rakan-rakan blogger yang lain menuju hidup yang lebih sempurna.
Mie selalu pesan pada diri sendiri -> "Sayang, di dalam dunia ni tak ada yang sempurna, yang sempurna hanya ada pada DIA. Tapi sebagai makhluk kita cuba dan berusaha untuk mencari kesempurnaan itu. Kadang-kadang kita perlu tersungkur untuk mencari kesempurnaan yang kita ingini". Nah, Zack dah buktikan pesanan Mie tu. Dia memilih untuk mengorbanbkan perasaan sendiri dan meninggalkan Mie dan rakan-rakan lain dalam usaha mencari kesempurnaan yang dia ingini. Sebagai kenalan, Mie tumpang gembira dengan keputusannya walaupun ada sekelumit rasa dalam diri yang Mie sendiri tak mengerti.
Mie tahu, ramai bloggers yang rapat dengan Zack Hunter dah mula mengupdate entri tentang beliau yang bakal menutup sisi gelapnya dan cuba menjalani kehidupan secara normal. Tahniah kepada Zack. Akhirnya Allah Ta'ala memberikannya hidayah dan mendorongnya ke arah kebaikan. Mie akui Mie bukanlah rapat dengan Zack Hunter. Mungkin dahulu ketika awal Mie menjinakkan jari ke dunia blogging, Mie pernah membaca karyanya, tapi Mie tinggalkan blog itu sepi tanpa sebarang jejak atau tanda.
Awalnya Mie tak berminat untuk mengikuti perkembangan blog Zack Hunter ni sebab banyak sangat tulisan bahasa penjajah. Mie bukanlah anti bahasa Inggeris, tapi kadang-kadang bila banyak sangat ayat yang terbelit-belit susah nak menyebut, Mie tak lalu. Sudahlah waktu kelas sepanjang hari semua bahasa Inggeris. Jadi bila ada blog yang bahasa Inggeris, Mie totally akan reject walaupun orang kata blog tu best. Malas nak fahamkan. Tapi entah macam mana, satu hari Mie follow jugak blog Zack Hunter sekitar bulan September, Oktober 2010. Mie perhatikan ada sesuatu yang menarik tentang lelaki ni. Dari kisah Zack Hunter dengan Si Y, Mie mula jadi pengikut setia (
Zack Hunter tak sombong. Dia menghargai setiappembaca dan pengikutnya dengan cara yang tersendiri. Walaupun Mie tak lah rajin dan segigih orang lain nak komen sangat blog Zack, tapi update dia Mie tetap baca jugak. Lambat ke cepat Mie tetap baca. Cuma jarang meninggalkan jejak dan kata. Penyampaian dia yang agak lurus, ayat yang berbunga dan bersahaja tapi penuh makna, buat yang membaca rasa tenang menyebabkan Mie tertarik untuk follow blog Zack Hunter. Perangai dia dengan Mie sama aje. Suka tulis ayat panjang-panjang, tapi Mie over (
Entah mengapa dalam keasyikan dan kenikmatan membaca, July 2011 mengetuk hati jejaka misteri itu. Entrinya juga sudah berubah sedikit pengisiannya. Fantasinya berkurangan, ayatnya lebih kepada bimbingan dan galakan. Mungkinkah Tuhan memakbulkan doanya untuk berubah kepada kebaikan. Alhamdulillah... Akhirnya cahaya hidayah membuka mata hati lelaki misteri yang Mie senangi ini. Zack Hunter ingin berubah. Mie terdiam... Selepas luahan Zack Hunter, Mie perhatikan ada beberapa bloggers yang menjejaki langkah Zack Hunter. Hebat penangan Zack Hunter. Walaupun kata-katanya ayat biasa.
Saat Mie tulis nukilkan entri ini untuk Zack Hunter yang walaupun Mie sendiri tak pernah kenal, tak pernah berhubung, hati Mie ada sedikit rasa sebak dan sayu. Hanya blog berbalas comments. Mie tak tahu kenapa dan usah ditanya. Hati Mie seakan kosong seketika. Bukan menafikan apa yang Zack Hunter mahukan, atau mengahalangnya dari memilih jalan kanan, tapi... entah. Mie sendiri tak dapat menghurai. Perkenalan di alam maya ini meninggalkan sedikit kesan.
Mie tahu yang patah tumbuh yang hilang berganti. Jujur Mie katakan, saat ini Mie mungkin terasa dengan kehilangan Zack Hunter, tiada lagi ayat nasihat dan bimbingan melalui penulisannya, tiada lagi luahan rasa ikhlas seorang yang polos tapi nakal seperti Zack Hunter. Lambat laun perasaan sayu ini akan hilang diganti dengan perasaan lain. Mie tahu, Zack Hunter nak berubah ke arah kebaikan. Dia pun nak membina masjid bersama bakal isteri yang dicintai. Bahagia yang pasti.
Dalam perasaan sayu, Mie minta pendapat dari kenalan Bard(
Jadi untuk Zack Hunter, kenalan Mie:
1) Mie doakan Zack dan suri bahagia dan selalu di dalam lindungan Allah S.W.T. hendaknya (Pak Cik, kahwin nanti jemput!!! Nak panggil buat show pun boleh :P)
2) Mie harap Zack jagalah diri, akhlak dan peribadi sebaik mungkin seperti mana yang Zack pernah titipkan
3) Mie harap selepas ini kita masih berhubung. Zack masih boleh acces blog Mie macam biasa kalau Zack nak bacalah. Maklumlah Mie ni kuat merapu. Takut tak terbaca nanti :P
4) Selepas ini, Mie harap jangan sesekali Zack berpaling lagi. Teruskanlah berjalan mencari kebahagiaan dan kesempurnaan yang Zack ingini
5) Terdetik hati kecil Mie untuk melarang Zack menutup blog. Kerana ada hasil tulisan Zack yang mampu membimbing. Nak aje Mie mintak Zack privatekan. Tapi Mie sedar dan hormat keputusan Zack. Itu yang Zack mahu... :)
So kepada Zack Hunter, kalau ada kesempatan dan keizinan dari DIA, mana tahu terserempak nanti, tegur-tegurlah Mie. Sebab Zack kenal Mie tapi Mie tak kenal Zack...
Insya Allah...
Selamat jalan sahabat...
Terima kasih untuk segalanya
Zack tahu macam mana nak contact or cari Mie. Biarlah ukhwah kita terus berkekalan... Insya Allah
^_^
9 Disember 2011 tarikh terakhir blog Zack Hunter. Selepas tarikh itu, blog itu bakal ditutup dari tatapan umum, pendek kata delete. So tak ada gunanya Mie attach apa-apa link untuk korang pembaca blog nak baca kata-kata nasihat Zack Hunter tu. Blog-blog lain yang nak ikut jejak Zack Hunter pun Mie tak attach sebab nak ditutup. Sedih... :'(

0 comments:
Post a Comment