Followers

Monday, January 31, 2011

Belasungkawa

This is sticky post. My latest entry published below.

Al-Fatihah...

Mohd Hafizan bin Osman
24 Januari 1988 - 10 Disember 2010

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham, diterima segala amal ibadahnya, diampuni segala dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Insya Allah...


[Klik]

Ular

Sewaktu menaip untuk mengeluarkan entri ni, Mie awal-awal lagi dah angkat kaki. Nak mengelak sebarang kemungkinan kononnya. Mana taknya... Musim-musim hujan dan sejuk ni, macam-macam boleh jadi. Kang tiba-tiba aje merayap. Eh eh, kat bahu... Eh eh, kat pinggang. Eh eh... Piap!!! Gatal tangan hang. Dok diam-diam.

Sebenarnya malam tadi lepas separuh jalan Me siapkan entri Pilihan Terbaik-Part II tu, Mie dah tak larat nak berjaga. So, Mie decide nak terus lena. Dalam dok lena guling-guling atas katil tu, Mie di bawa ke dalam satu alam khayalan dan permainan lena iaitu alam mimpi.

Tau Mie mimpi apa? Mie mimpi ULAR!!!

Ya Allah, gelinya bila bayangkan ular ni. Dah terbayang kulitnya yang sejuk dan licin tu. Mie memang agak anti dengan ular ni. Entah tak tau kenapa. Memang tak boleh masuk dengan benda-benda sejuk dan licin ni. Katak pun Mie geli. Kalau nampak, memang dah meliang luit badan menahan geli. Tapi Mie tak anti pada penggemar-penggemar ular, cuma jangan dekat dengan Mie. Tapi kalau orang lidah bercabang macam ular, Mie memang anti. Urm, kalau ular lain? Kembang kempis? Urm, ular apa tu ek? Owh, Mie memang tak minat apa pun spesis ular. Mie suka naga. Hahahahahahaha.

Ok, berbalik pada mimpi Mie. Malam tadi Mie mimpi tengah sapu sampah dalam rumah sampai la ke pintu dapur. Bila Mie bukak aje pintu dapur, Mie nampak ada seekor ular sawa batik sedang menyusur melintas pintu dapur rumah Mie. Mie nampak aje sawa tu, apa lagi... Keluarlah suara soprano memekik memanggil semua orang datang tengok ular tu. Tapi ular tu tak lari, sebaliknya ia merenung Mie dan terus melingkar depan Mie macam ulat gonggok. Mie kaget terus lari. Tapi ular tu tak kejar. Mie apa lagi terjerit-jerit suruh Ngangah carikan buluh lah, garam lah, belerang lah, entah apa lagi Mie sebut. Nasib tak mintak kunyit, bawang, halia. Kalau tak dah boleh masak sup ular. Eiyuuuuu...


Mie jumpa kayu. Mie meluru ke tempat ular tadi. Mie tengok orang semua tak kisah. Tup-tup Mie nampak Ngangah basuh kaki kat tempayan sebelah tempat ular tu melingkar. Mie jerit pada Ngangah cakap ada ular. Dia siap kata tak ada, tak ada. Mie pergi tengok tempat tadi. Haah, ular tu dah hilang.

Mie jadi tak puas hati. Rasa takut dan bahaya. Mie masuk ke rumah capai bekas garam. Ngangah masih lagi basuh kaki kat tempayan tu tadi. Mie cakap dengan Ngangah. Mie nak tabur garam. Tapi dia buta saja aje macam tak ada apa-apa. Tiba-tiba Cik Husna datang bawakkan Mie garam lagi.

Mie baca selawat, Mie baling la garam. tau apa yang jadi. Tiba-tiba muncul pulak ular tedung. Ular sawa hilang, ular tedung yang muncul.
Dengan mengembangkan lehernya, dengan tegak berdiri. Eh eh, nak ajak aku menari ke hape ular ni. Mie berniat nak baling garam lagi. Ular tu berlalu pergi macam tu je dengan leher yang kembang dan tegak bediri.


Mie masih tak puas hati. Ular sawa Mie tak jumpa lagi. Kali ni Mie baca selawat dan lemparkan garam lagi. Tau apa yang keluar pulak kali ni. Ular lidi warna hijau kecoklatan. Kecik aje ularnya. Macam anak. Then ular tu pergi macam tu aje. Mungkin sebab anak lagi.


Tiba-tiba...

Bunyi lagi Noraniza Idris; Laduni. Lor, alarm handphone dah berbunyi tanda hari dah pagi. Mie dahulukan apa yang patut. Dah siap, Mie ke dapur. Mie cerita pada mama apa yng Mie mimpi. Tau mama buat apa? Die tersengih-sengih sambil cakap -> "Dah nak kahwin la tak lama lagi tu".

Eh eh mak aku ni. Sengih pulak. Kalau ye pun Mie nak kahwin tak lama lagi, takkanlah sampai tiga sekali. Huhuhuhuhuh.

OST Trilogi Cinta


Dalam Diamku - Siti Nurhaliza & Kris dayanti


Tanpamu - Siti Nurhaliza & Kris Dayanti


Julfekar - Melakar Rindu


Han - Mungkin Ada Lagi


Ni sebahagian lagu yang Mie jumpa di Youtube. Lagu lain seperti Gelisah - Nora, Lafazkanlah - Rahayudean Rahmat, dan beberapa lagu lain Mie masih belum jumpa.
Mie dedikasikan lagu-lagu ini untuk yang pernah singgah...
Terima kasih


Trilogi Cinta

Sebenarnya kalau ikutkan hati, Mie dah lama nak kongsi dengan korang pasal entri ni. Tapi entah. Mie tak ada idea nak menyusut kata keramat berbau hikmat menarik pemikat agar terus melekat membaca blog Mie. Hang memang suka diekori kan? =P

Sebenarnya sewaktu entri ni Mie tulis, sudah 15 daripada 40 episod telefilem ini sudah bersiaran. Ops, lupa nak sebut. Trilogi Cinta merupakan sebuah telefilem yang telah diterbitkan oleh Suhan Movies iaitu syarikat milik Rosyam Nor. Sebenarnya telefilem ini adalah telefilem yang keberapa banyak kali gandingan mantap syarikat milik Rosyam Nor dan Sharifah Abu Salem; salah seorang novelis yang Mie sangat kagumi.


Ok, berbalik pada Trilogi Cinta. Trilogi Cinta merupakan telefilem 40 episod yang telah diadaptasi daripada tiga novel berangkai karya Sharifah Abu Salem iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian, dan Tiada Lagi Mimpi. Masuk siaran ni ke udara, entah kali ke berapa Mie khatamkan ketiga-tiga novel ini dalam masa empat hari. Gigih semata-mata nak dapatkan feel dan cuba menjiwai watak pelakon dalam telefilem Trilogi Cinta tu. Tapi seriuslah... Mie lebih menjiwai watak Norjinah daripada watak Encik Razif. How?

Norjinah seorang gadis kampung yang melarikan diri daripada menjadi mangsa ayah tirinya yang ingin menjadikannya sebagai alat untuk menebus segala hutang-hutangnya dengan ketua kampung. Keinginannya untuk menyambung pelajaran dihalang oleh Pak Badar yang ingin mengahwinkannya dengan anak ketua kampung yang perangai tak semenggah mana.


Abang kandungnya; Anuar telah menemukan Norjinah dengan Encik Razif seorang suami yang begitu tabah membesarkan dua orang anak yang masih kecil setelah ditinggalkan oleh Salmi; isteri kepada Encik Razif. Salmi berlaku curang dihadapan mata Razif sendiri. Namun begitu kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap Salmi, Razif tidak menceraikan isterinya itu walaupun dianggap dayus.

Norjinah pada mulanya hanya bekerja sebagai orang gaji di rumah Razif. Dek kerana kekurangan kasih sayang, anak-anak Razif mengangap Norjinah sebagai ibu mereka. Tiba-tiba suatu hari Salmi ditimpa kecelakaan dan menyebabkannya cacat apabila dia dilanggar oleh kekasih gelapnya sendiri yang tamakkan harta Salmi. Razif dengan kasih sayangnya, mengambil Salmi dan menjaganya dengan sempurna. Dalam masa yang sama, hati Razif sudah tertarik dan jatuh sayang pada Norjinah. Sebagai bukti, kecemburuan yang meluap dilemparkan pada Norjinah apabila Badrul adik Salmi cuba mendekati dan ingin memiliki Norjinah.

Hal ini diburukkan lagi dengan kedatangan Norseha adik tiri Norjinah yang cuba ingin merampas Norjinah daripada Razif dan Syamsul yang dengkikan kebahagiaan Razif.


Apa kesudahan hubungan Razif dan Norjinah? Adakah dengan menerima semula Salmi yang menduakan hidupnya akan membahagiakan Razif dan anak-anaknya? Adakah mereka akan hidup bemadu? Adakah Norjinah sorang gadis polos itu akan menemui kebahagiaan dengan Razif atau dia dimiliki oleh Badrul? Bagaimana pula kisah Mak Nab dan Pak Badar serta anak gadisnya yang liar Si Seha?

Mie tak nak cerita panjang-panjang. Siapa yang berminat nak baca novel, cubalah cari ketiga-tiga novel ni. Siapa yang tak mahu baca novel, boleh saksikan sendiri telefilem ini di RTM1, setiap hari Ahad, Isnin, dan Selasa jam 10.00 malam hingga 11.00 malam. Alah, cerita Melayu, berapa ramai yang nak tengok kan? Tak faham... Kalau bukan kita lagi yang nak memartabatkan cerita Melayu, siapa lagi?

Soalan: Kenapa Mie suggest cerita ni? Ada kena mengenakah?
Jawapan: Baca, lihat, dan dengar... Saya tak nak komen apa-apa...


Sinopsis Trilogi Cinta [maaf, Mie lupa Mie jumpa dekat mana U_U...]

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

Pilihan yang tepat-Part II

Semalam, ceh padahal baru beberapa jam yang lepas kot Mie post, ni nak post lagi ni. Esok kerja, tapi since tak boleh nak tidur, nak siapkan jugak entri ni. Urm, ye la... Macam mana pun keadaan Mie, penampilan nak kena jaga jugak. so, Mie nak sambung entri ni.

The shirt
Choosing a collar type that fits shape of your neck and face is one, if not the most, essential factors of shirt shopping. Shirts with a broad and high collar accentuate long, thin necks whereas a narrow one helps even out a full face and short neck. Here, a guide to selecting the right collars and their matching tie knots.

Medium spread
A versatile choice which fits any suit and face shape, and can be worn with all the different tie knots.

Button down
This least formal collar type is best worn to events with a casual dress code. While a tie may not necessary, make sure that it is always buttoned.

Straight point
A classic style that works especially well with round faced or short necked men, as it doesn't highlight thickness nor hide the neck. Appropriate with any suitably voluminous tie knots.

Two button spread
The wide band and high collar with two buttons at the neck work well for tall men who need coverage around the neck. It should always be worn with a tie.


The tie and the cufflinks

Do it right and these accessories are capable of injecting an instant touch of classiness to your overall outfit. First of all, here's how you knot a tie.

Shelby
The classic and most commonly used knot looks neat and is most suitable for most shirts and occasions. Start with your tie inside out and with the smaller end across the broader end. Wind the broader end around the smaller end. Tighten the knot by slightly tugging the broader end downwards. The broader end of the ties goes across the smaller end with the front of the tie facing out and pointing to the right. Thread the broad end through the loop. Tighten it in front to form an attractive knot

Single windsor
This symmetrical large knot goes well with business or office wear. The 30cm longer broad end is crossed once under the smaller one, pointing to the right. Put it over into the neck loop. Tighten the broader end slightly by tugging on it downwards. Cross it over the small one. Guide it from below through the front loop. Thread it through and tighten.

Double windsor
Match this decorative knot with a wide collar shirt
Make sure the broad end is longer by the smaller one by about 25cm. Cross over the smaller end using the broader end. Directly feed the broader end through the loop from underneat
h. Cross again under the small end and into the neck loop pointing downwards. Tighten the knot by tugging downwards at the broader end. Cross over the front knot and feed the broader end through the loop upwards. Thread through he resulting front loop. Tighten the knot by gently pulling the broader end downwards.


The bowtie
A bowtie is for formal occasions like balls and formal dinners.
Check that the left end of the tie should be about four centimeters longer than the right one. Cross the right end over the left one and feed from below through the hoop. Halve the front part of the shorter end, and from a loop holding it horizontally with the forefinger and the thumb of the left hand. Make sure that the longer end falls downwards in front. Hold the lower part of the longer end with the forefinger of the right hand and push it upwards behind the front loop. A second loop is created, which is pushed through the knot of front loop. Adjust the ends and tighten the knot.


Cufflinks
Having first appeared with small opening on the wristband that tied together with cuff strings, cufflinks have evolved to more decorative painted or jewelled studs connected by short links.
Cufflinks are designed especially for shirts which have buttonholes on both sides without any buttons. There are two types of cuff; single and double-length (French). And it may be worn either kissing or barrel style. Generally kissing cuffs are preferred.
With a wide variety designs, the most common style consists of a short post or chain linking two disc-shape parts. The most visible side is usually larger in comparison. It may be small to fit through the button hole like a button would; it may be separated and attached from the other sid; or it may have a portion that swivels on the central post. aligning with the post while the link is threaded through the button hole and swiveling into a position at right angles to the post when worn.
Most often than not, the visible part of the cufflink is decorated in a way or another. There are an array of styles such as novelty, traditional, contemporary, utility and humorous.


The maintenance
The duty begins the moment you take that newly purchased shirt out of the bag. Extend its longevity with these clear-cut tips.

Klik pada gambar untuk proses tumbesaran

So, lepas habis baca ni bolehlah pergi beli-belah dengan laki anda semua. So, bolehlah belajar jugak macam mana nak jaga baju suami anda dari rosak. Bagi yang ada lakilah, yang tak ada laki, menangis gigit jari ajelah. Shopping sorang-sorang Valentine nanti ye.

Sunday, January 30, 2011

Pilihan yang tepat-Part I

Hari tu Mie beli majalah Man's Health edisi Januari 2011. Haiyooo... Ko beli majalah sebab nak dapatkan info ke sebab nak belek-belek gambar? Sadap u!!! Hahahahahaha. Dalam majalah tu ada info yang sangat berguna sebenarnya especially for those who like to improve himself dan memetingkan penampilan diri.

Maaf ye, info yang Mie nak share kali ni berkenaan dengan tatarias dan penampilan kaum Adam. Bagi perempuan, nanti Mie cuba cari info yang berkenaan. Mie harap info yang Mie nak share kali ni berguna untuk lelaki-lelaki di luar sana memperbaiki penampilan diri masing-masing. Haih... Makin berpinorlah mate aku tengok orang-orang smart ni. Nanti mulelah aku jeles... =P

This type of suit has strong tailored waist line that follows the natural body contour. It is the original and must classic form of suits. The two slits at the bottom back of the jacket enable ease of movement and sufficient freedom when sitting down. The shoulders are only slightly padded. Another characteristic of this single breasted model is its plain lapel.


Its tailored, body hugging waistline makes small men seem larger. Of teh six buttons, only the center and bottom right hand side buttons are functional. The narrow cut on trousers may cause discomfort when sitting down. That said, this cut is an ideal for an elegant look.


The jacket differs from the six on two style by having wider shoulder pads and greater overall length. The only functional button, located at the bottom right side, give the wearer appearance of a longer upper torso. This style best suits tall men with long legs or comparatively short bodies.


The short length and lack of shoulder pads of this sports design make the jacket look strikingly square and box-shape. The back has a center slit and the pockets always have flaps. Another feature of this style of jacket is the soft waistline. This jacket was originally designed as a casual garment to be paired with jeans or chinos, but has gradually been accepted in corporate world.


Chest
Begin by horizontally placing the measuring tape across the chest area just below the armpits. Measure the most expansive part of the chest (usually across the nipples) and across the middle of the shoulder blades to find your correct size.

Waist
Stand in front of a mirror, using a measuring tape, horizontally measure your waist according to your natural waistline. It may help to wear boxer shorts, as this undergarment's waistline strategically sits at the correct line.

Hip
If your waist measurement wasn't incentive enough, then this could serve as a motivation for the treadmill: measure around the largest part of your butt. Be sure that the measuring tape is placed in one straight line around your glutinous maximus.

Sleeve
It is not all that easy to establish the length of your jacket sleeve by yourself, better to enlist a little help. Begin at the base of the neck, then go along the shoulder and over the elbow right up the wrist.



Body shape
There area a variety of fits to choose from to flatter your manly figure: ideal, straight, narrow or wide. The following are some of the body types to help choose the correct size of jacket and trousers for your body type:

Athletic V
Your shoulders and hips form an upside down triangle. this build does not need shoulder pads and lines that follow the natural body form are the most flattering ones.

Beanpole
If your shoulders and hips are proportionally the same size all styles would be suitable for your body type.

Narrow
Shoulder pads can compensate if the back of your shoulders is narrow. On this body type, hips often appear wide, so long jackets are a must.

Wide
Wide bodies would usually need well-tailored suits to compensate for their stocky appearance. Tip: A waistcoat helps create the impression of a smaller middle section.


Jacket
Try on the jacket to make sure it fits properly. The collar should not stick out too far at the back of the neck, hiding the shirt. Horizontal creases below the nap of the neck indicate that the jacket is too tight. Another sign of a bad fit is creases between shoulder and upper arms. The length of the sleeve is perfect if the shirt cuff is just visible, allowing you to show off your cufflinks when your extend or bend your arms.


Trousers
An indication that trousers are too tight is when creases appear around the crotch and backside-areas. Trousers are the correct length if they rest on top of the shoes without hiding them. When sitting down, it should not reveal the skin above the socks or worse: sock suspenders! Knee high socks instead of anklets are recommended with trousers.

Saturday, January 29, 2011

Cara terbaik membuang pasangan

"Udoh-udohle menangis tu Nab oi! Burok bebeno aku nengok kamu," kata Wok pada Nab dalam logaht Perak yang pekat sambil mengusap-ngusap bahu Nab menenangkan ngongoiannya yang semakin kuat.

"Macam mane le aku tak menangis Wok, abang Semaon udoh ninggekan aku. Udoh tergila-gilakan janda dia yang lame tu Wok, ate ghope oranf gile talak aku nengoknye. Sedih aku Wok, sedih. Masa belum dapat aku, kemain dia kata. Akulah bintang akulah bulan. Sanggup buat apa aje untuk aku. Dah dapat aku, katanya aku milik mutlak dia. Bila aku mintak hak aku, dia senyap pulak" Kata Nab sambil mengesat lelehan airmata yang tumpah dengan hujung lengan bajunya.

"Sabo le Nab. Anggap ni semua ujian Tuhan untuk kamu. Kamu kene tabah. Cube kamu nengok tu. Anak-anak kamu kecik lagi tu ha. Deme semua perlukan kamu. Kalau kamu dok nangis kenangkan si Semaon tu, apa kamu dapat Nab?"

Esakan Nab bagaikan tak tidak menemui noktahnya. Tiba-tiba Nab bangun.

"Aku tau Wok, si Leha tu mesti dah gune-gunekan abang Semaon! Sebab tu abang Semaon jadi ghope itu. Sanggup ninggekan aku dengan bebudak ni semua." Marah Nab.

"Astaghfirullah al azim... Nab wei! Sampai ke situ kamu memikio. Istighapar Nab... Ya Allah... Ingat Tuhan." Pujuk Wok terkejut mendengar luahan hati jiran sebelah rumahnya itu.

"Sudahlah Wok! Entah-entah kamu pun same dengan si Leha tu. Gile ke abang Semaon aku," merapi Nab apabila Wok tidak sebulu dengannya.

Terkejut Wok mendengarkan celaan Nab padanya. Lantas selendang disebelahnya dicapai. Tanpa salam die meniti anak tangga dan berlalu pergi. Hiba mendengar tuduhan yang tak masuk dek akal itu...

*****

Ghope itulah Mak Nab dengan Mak Wok... Eh, cerita dah habis. Lupa pulak. Feelin dan pembawakan emosi dalam watak terlebih pulak. Macam faham sangatkan? :P

Ye lah, orang manalah yang tak sedih bila orang yang dia dah mula sayang meninggalkan dia macam tu aje terkontang kanting sorang-sorang. Ibaratnya korang kena cerai dengan SMS or e-mail. Terbongok aje sorang-sorang. Nak mintak penjelasan, haram nak bagi. Hawau punye orang. Masa sebelum kenal bukan main berjanji itu dan ini, tak boleh itu dan ini, cemburu itu dan ini, seolah-olah kita milik dia yang abadi. Bila dah mula nak bagi ruang kat hati, kena dump pulak ikut sedap hati. Ingat kita ni Patung Chendanakah? Tak ada hati perasaankah?

Lain kali kalau tahu tak boleh buat, jangan berjanji yang bukan-bukan. Emosi Mak Nab dalam diri sangat... Huhuhuhuhu.

Oklah, kali ni Mie nak share something dengan korang macam mana nak buang pasangan yang korang anggap konon sehidup semati padahal tak menjanjikan apa-apa pun untuk korang.


1) Bersemuka kepala dengan kepala

Maksud Mie berbincang secara berdepanlah. Beranilah sikit. Bukan main masa bercinta ni text message berjela-jela, lautan api kan ku renangi bagai. Memanglah, lautan api tak ada. Kalau ada, sanggup? Nak berpisah bukan senang sebenarnya. Cara yang paling appropriate bersemuka. Janganlah fikir orang lain tak ada hati perasaan. Jangan fikir hati awak aje yang nak dijaga, hati orang lain tak payah. Berbincang secara matang dan telus. Orang kata be rasional. Kalau anda tak serumah dengannya, mungkin anda boleh melawatnya dan berbual secara tenang dan aman. Cuba luahkan mengapa anda minta hubungan anda diputuskan serta bagilah alasan yang kukuh dan munasabah agar pasangan yang anda tinggalkan tu boleh menerima dengan hati terbuka dan waras. Janganlah cakap nak mintak putus sebab I tak teransang tengok U. Ke U yang tak mampo~ Tibbe... Ape ke benak lah asalan ni. Dah tu, cakap bye tetibe, dah tu senyap. Ape ingat korang beli anak ayam. Anak ayam tu pun orang jaga elok-elok.


2) Jujur or telus or terus terang [Tak faham sudah]

Dalam peraturan hubungan memang aspek kejujuran tu di anggap penting. Kemain ni cakap ni, "I nak ke mana aje pun U pergi lepas ni bagitau I. Faham tak? Kalau tak faham I lempang U". Bila pasangan kita tanya balik, "Kalau U pergi mana-mana U kena bagi tahu I tak?" Dia pun jawab, "Tak!"

So korang rasa ada tak kejujuran dalam hubungan macam ni. Adil tak? Tak bukan? Kalau peraturan awal dalam hubungan ni pun korang tak boleh nak follow, nasihat Mie jangan cakaplah nak bercinta or sayang or apa-apa ajelah. Bernanah nak dengar.

Bila anda berbincang dengan pasangan untuk menentukan hala tuju hubungan anda, seeloknya anda jujur. Ni part penting ni -> MANA YANG BOLEH ANDA TEGUR DAN LIHAT DIA BOLEH PERBAIKI, ANDA KENA BAGI PASANGAN ANDA PELUANG UNTUK BERUBAH. Ni tak, tengok performance macam tak best aje, tak elok sikit, cakap nak putus. Dulu masa kenal dekat Facebook, sudah lama mencari lah, wajah umpama bontot kuali lah, eh sanggup. Bila dah couple, wajah dah licin umpama punggung bayi pun tak nak?

ANDA KENA JUJUR PADANYA. SETIDAK-TIDAKNYA APABILA DIA MEMULAKAN SATU HUBUNGAN YANG BARU, DIA TIDAK AKAN MENGULANGI KESILAPANNYA SEWAKTU BERCINTA DENGAN ANDA ATAU PUN ANDA YANG HAPRAK SEBENARNYA YANG PATUT BERUBAH BERHENTI MAIN-MAINKAN ORANG. So kait balik dengan part penting kat atas tu jugak. Anda bila dah clash tak payah pulak jeles tengok bekas kekasih anda happy. Anda kan yang nak mintak putus?


3) Lindunginya

Dah putus tak payah la nak pelok-pelok dia lagi. Lindungi dekat sini bukan tu ye maksudnya. Maksud Mie, secara natural bila anda dah putus, anda perlu teruskan hidup anda macam biasa. Untuk apa anda kenang pada orang yang langsung tak tahu nak menghargai kehidupan dan pengorbanannya pada anda selama anda berkawan dengannya? Bukanlah nak mengungkit, tapi hakikatnya memang anda buat macam tu. Dah boring. Apa yang dia buat semua dah tak seronok.

Lepas putus nasihat Mie janganlah tergesa-gesa tukar pasangan. Bukankah anda nampak seperti jalang? Ops~ Maaf terkasar bahasa pulak. Tapi tak mustahil jugak ada yang macam tu... Miss J. Dalam bercinta dengan orang lain, eh dia buat relation baru. Tahulah nak break. Tapi kot ye pun sabo lah dulu. Tak payahlah terang-terang bawak kekasih baru anda jumpa dengan bakal bekas kekasih anda tu. Setidak-tidaknya HORMATI perasaan bekas kekasih anda yang mungkin sedang sedih sebab anda putuskan hubungan dengannya tiba-tiba. Kalau mampu, bagilah kekuatan padanya untuk dia terus tabah. Ye lah, dah biasa dengan anda, tetiba anda tak ada. Mau tak meroyan. So, lindung-lindung sikit... Cover-coverlah. Adoi... Kan dah biasa kerja undercover ni...


4) Jangan cakap dengan kawan atau keluarganya

Dalam zaman IT serba canggih manggih ni, nenek pun dah ade Facebook uols~ So tak mustahillah masa bercinta dulu dia kenalkan anda pada nenek dan keluarganya melalui Facebook. Canggihkan? Tapi nashat Mie, selepas perpisahan cuba elakkan daripada berhubung dengan mana-mana kawan atau ahli keluarga yang rapat dengannya sebab anda dia dan orang tengah tu akan berada dalam keadaan canggung. Kalau ikut rate 9 daripada 10 lah. Bohong kalau ada yang cakap-> "Tak apa, lepas berpisah kita kawan macam biasa". Berapa ramai yang boleh buat. Anda mampo~

Lagi satu, tak payahlah menunjukkan anda tu sedih sangat sampai terbawa-bawa buang dia dari friendlist Facebook anda. Alasan anda, anda tak sanggup melihat dia bahagia dengan orang lain, tak tahan melihat wajahnya. Jangan tunjukkan kelemahan anda padanya. Anda kena tunjukkan yang anda pun mampu teruskan hidup tanpa dia. Mie pun tak mampo ok [sambil mengira berapa ramai Mie dah remove, owh sikit... Yang remove Mie, banyak... How? @_@]


5) Jangan cakap dengannya


Selepas berpisah, kalau boleh jangan bercakap dengannya. Bohong yang kononnya boleh bersemuka seolah-olah tak ada apa-apa. Pertemuan dan perbicaraan hanya menambahkan luka yang tersimpan. Ambillah masa perlahan-lahan. Mie tahu bukan senang untuk move forward setelah anda didumpkan oleh orang yang anda sayang. Tapi hidup perlu diteruskan. Ramai orang yang menanti beratur untuk mendapatkan kasih sayang anda. Anggap aje yang lepas tu rezeki untuknya. Perlahan-lahan, dan ambil masa untuk bangkit. Bukan untuk membalas dendam padanya, tapi untuk diri anda sendiri. Penjelasan atau bukti tidak akan menenagkan anda. So bertabah hatilah.

Anda harus ingat yang karma tu ada. Hari ini anda berbuat buruk pada orang. Tapi janganlah anda menyesal kalau orang berbuat buruk juga pada anda satu hari nanti. Jangan menyesal kalau bunga yang dipuja tu bunga tahi ayam. Apa yang anda sepatutnya miliki anda sudah buang. Menangis airmata arah pun, ia tidak akan dapat mengembalikan kegembiraan anda dan dia seperti sebelum ini.


So, hidup harus diteruskan...


Wednesday, January 26, 2011

Tips bercinta dengan blogger


Betullah kata orang, cinta tu boleh datang tiba-tiba tanpa kita duga dari kiri, kanan, depan, ataupun belakang.

Kadang-kadang kita boleh jatuh cinta dengan ayat-ayat manis yang disusun oleh sang penulis. Kadang-kadang kita boleh jatuh cinta dengan cerita-cerita yang disampaikan. Tak cukup dengan itu, kita boleh jatuh cinta dengan gambar-gambar yang dipamerkan. Lebih tragik lagi, bukak aje blog, terus jatuh cinta. How? Kuat sungguh ilmu mandrem mak esah dalam blog tu kan?

Tapi soalan Mie: Anda jatuh cinta dengan blognya kah, tulisannya kah, atau pun tuan blognya kah?

Kalau jawapan anda, anda sudah jatuh cinta dengan blog yang anda baca, tanpa segan silu hantarlah rombongan masuk meminang pada tuan blog. Cakap anda mencintai blognya. Harus tuan blog bagi blog tu pada anda sebab dia takut... "Yang datang rumah aku ni mereng agaknya". Terus dia beli laptop baru dan mengakses blognya seperti biasa hasil duit hantaran anda sepuluh ribu.

Kalau jawapan anda, anda sudah jatuh cinta dengan tulisannya, pergi jumpa penulis blog mintak dia menulis sesuatu atas kertas. Nak lagi dramatik, kertas yang penulis blog tulis tadi tu letak di sebelah kerusi pelamin anda. Nescaya terharu penulis blog sebab tulisan cakar ayamnya dicintai sedemikian sekali.

Tapi, kalau anda sudah jatuh cinta dengan penulis blog, dengar ni Mie nak bagi nasihat awal-awal. Anda yang mencintai penulis blog kenalah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk mengahdapi segala kemungkinan yang datang dalam hubungan anda.

1) Anda kena bersiap sedia untuk dimadukan.

Anda janganlah risau. Anda mungkin tidak dimadukan dengan orang lain. Mungkin ye, mungkin tak. Tapi anda akan dimadukan dengan blognya. Most of the blogger akan menganggap blog sebahagian daripada hidupnya. Walaupun dia lama tak menghupdate sebarang berita, tapi blog tu akan dijenguk jugak. Manelah tahu kot-kot ada surat cinta daripada peminat misteri pulak ke kan...

Blogger akan menghabiskan kebanyakan masa dengan blognya. Kalau ikut putaran jam; 8 jam akan dispend untuk bekerja. Tu pun tak tentu dia buat kerja. Kadang-kadang dia akan hupdate jugak blog dari opis, lagi-lagi kalau tengah geram dengan pasangan dia. Mulalah ayat yang bukan-bukan keluar dari tangan dia.

Balik rumah kalau tak jam jalan, sejam dah sampai. Kalau jam jalan, mau dua tiga jam terperangkap dalam kesesakan. Dengan teknologi canggih manggih, dia masih boleh blog dalam kereta jugak. Sampai rumah, mulalah dia buat aktiviti-aktiviti biasa. Masaklah, membasuh apa semua tu. Lepas tu makan malam. Haruslah makan tak sampai empat jam. Time tu je lah anda boleh nak tengok muka pasangan anda puas-puas. Lepas tu katalah berehat sambil tengok tv sebelum masuk tido jam 12. Cuba kira masa yang anda ada nak mengulit dengan pasangan anda. Empat ke lima jam aje. Tu anda kira beruntung tau.

Tak beruntungnya bila masa idea dia memuncak-muncak nak meluah tu. Harus dia cerita pada anda dulu sebagai orang terdekat. Tapi kalau anda sebagai pasangan buat muke tapai benyek anda pada dia, tak concern dengan apa yang die cakap, harus di naik tingkat atas duduk menghadap lappy bercerita dalam blog dari menghadap muka anda.

So, dalam tak sedar anda sudah dimadukan dalam senyap. Muahahahahaha... Sape suruh tak nak concern?


2) Jangan ringan tulang.

Bila kekasih hati anda sedang khusyuk menaip, jangan sesekali anda ringan-ringan tulang nak picit-picit bahu dia la, ringan-ringan mulut nak tanya sambil meleset-leset kucing miang "Ayang, taip ape tu? Meh sini abang tengok."

Mau tetibenye die senggol anda terjelepok kedebab ke bawah.

Kebiasaannya penulis blog suka bersendiri apabila dia nak meluahkan sesuatu perkara dalam blog dia. Anda bagilah tempat hingar bingar, memang dia tak akan mampu nak update cerita dalam benak dia. Silap-silap satu entri tu makan berejam jugak bila anda ganggu. Dia akan merasakan yang masanya terpaksa dibazirkan akibat anda dan dia terpaksa mengepam banyak draft entri dalam list dia. Sebab tu orang suka tulis blog waktu tengah malam. Kepala hotak dia boleh merapu lebih. Lagi satu tempat yang menjadi pilihan, Cafe. Dorang boleh dok berejam mereka cerita yang bukan-bukan walaupun kebanyakan cerita yang dia sampaikan tu orang dah tahu. Tak nak ketinggalan alasannya.

Lagi satu janganlah anda gatal-gatal nak sambung draft entri dia yang terbengkalai. Nasihat Mie, sebagai kekasih anda bagilah dia idea nak tulis apa. Biar die melakarkan karyanya sendiri. Mungkin anda ada access password untuk blognya, tapi tak payah gatal-gatal ye. Jika anda ditangkap menggodam blognya, mungkin anda akan baca ayat macam ni dalam entri terbaru miliknya -> "Maaf, blog ini bukan karya saya lagi. Sebarang update selepas ni adalah di luar lingkungan keupayaan saya. Saya akan follow anda di blog baru saya. Sila beri kerjasama".

Kekasih anda mungkin melayan anda seperti biasa, tapi tiap kali dia nak update dia akan pastikan anda sudah tidur nyenyak. Silap-silap anda pun tak tau blog barunya. Tahu-tahu anda telah dikutuk dalam blog barunya. Sedih~


3) Scandal dan peminat.

Nasihat Mie, anda tak perlu risau berkenaan perkara ni. Tak mustahil bila ada yang suka baca blog kekasih anda sebab dia dah terpikat dengan kekasih anda. Orang tu akan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kekasih anda.

Penulis blog sebenarnya misteri. Hallo!!! Dorang bukan pengamal ilmu hitam macam dalam Misteri Nusantara eh. Kehidupan dan hasil penulisan mereka yang misteri kadang-kadang buat orang tertarik untuk mengenali siapa mereka yang sebenarnya. "Alah, macam awak muda-muda dululah bapaknye... Tergile-gilekan kite sebab tulisan kitekan? Ish, buat-buat tak paham pulak..." Sebab tulisan jugaklah korang minat penulis blog tu kan sampai gigih mencari dia. Tup tup tup, dapat... kan...

Nak buat apalah korang cemburu dengan peminat-peminat kekasih hati korang tu. Dah sah-sah dia milik korang. Tak payahlah pikir bukan-bukan. Anggap ajelah kekasih anda ataupun si penulis blog tu macam selebriti-selebriti yang anda selalu tengok tu. Dorang yang baca tu minat aje, bukan nak memiliki atau pun merampas. Jadi tak payahlah risau. Lagipun kalau nak ikutkan, bukankah anda memang sudah dimadukan dari awal-awal lagi. Sila rujuk point no 1.


4) Sabar itu sebahagian daripada Iman.

Sebagai pencinta yang setia, bukankah anda sepatutnya sudah menerima kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan dia seadanya. Jadi, anda kenalah faham kerenah dia. Ada sesetengah penulis blog enggan sama sekali mendedahkan hal-hal peribadi mereka di dalam blog. So, tak mustahil kalau pembaca-pembaca blog kekasih anda tu tak tahu anda dan dia in relation. Kan?

Macam artis jugak, mestilah penulis blog tu nak ceritakan tentang kejayaannya, aktiviti-aktivitinya, dan bukan kisah peribadinya secara keterlaluan. Jadi tak mustahillah kalau dia nak cover-cover sikit berkenaan dia dan anda. So akan kedengaranlah laungan... "Kami teman tapi mesra"-Bob AF~... jari tu, jari tu... Jangan lupa goyang sikit ok. Huhuhuhuhu. Jadi nasihat Mie tak payahlah sentap. Sebaliknya anda bersabar ajelah. Banyak-banyakkan istighfar ye...

Ashadu Anla Ilahaillallah... Waashadu Anna Muhammadar Rasullullah...

Hoi!!! Tu mengucap, bukan istighfar. Macam mana la korang dulu boleh lepas dengan Tok Imam masa nikah.

Jadi anda belajar-belajarlah untuk jadi sepi macam pasangan anda tu ye. Jadi, janganlah melenting bila anda rasa seperti diabaikan oleh kekasih anda si penulis blog tu. Sebab dia nak anda merasai bagaimana hidup mereka yang selalu terkumat-kamit sorang-sorang depan komputer. Hehehehehehehe.

Selamat mencuba!!!
^_^

Tuesday, January 25, 2011

Awan nano


Awan Nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan... awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi... diri

Pabila kau dahaga
Sesegera hujan turun melimpahkan... kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencoba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walau tak akan tercapai jejarimu...

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tidak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu kasihku
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencoba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...

Mie nak keluarkan entri ni untuk ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat
- MZMZ yang berada di Sarawak yang ulang tahun kelahirannya jatuh pada 22 Januari yang lepas...
- Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohd Hafizan bin Osman yang ulang tahun kelahirannya jatuh pada 24 Januari semalam...
- Mama tersayang yang ulang tahun kelahirannya pada hari esok

Kesimpulan: Mostly orang yang Mie sayang lahir bulan Januari eh?
^_^

Thursday, January 20, 2011

G-Talk

Excuse me... Ni bukan Rancangan Bual Bicara Gayah and Friends eh. Ni benda lain. Langsung tak ada kena mengena dengan Mak Gayah, Mak Leha, dan Puan Misaeh.

Meh sini Mie nak perkenalkan sesuatu yang boleh menghubungkan anda dengan orang-orang yang tersayang. Mie perkenalkan-> G-Talk. Actually, G-Talk ni diperkenalkan oleh seseorang dulu masa Mie belajar. Almaklumlah, Mie ni buta sikit bab IT ni. Memang tak tahu menahu pun pasal G-Talk ni. Terima kasih. Yang Mie tahu cume YM tu ajelah.

G-Talk ni pembaca-pembaca sekalian, fungsinya lebih kurang aje macam YM yang biasa korang guna tu. Cuma YM ataupun Yahoo! Messenger gunakan Yahoo! Mail untuk kita communicate dengan orang. So kalau G-Talk, off courselah gunakan Gmail untuk kita akses. Pendek kata guna Google lah.

Kalau tak silap Mie, Mie pernah keluarkan entri untuk dapatkan setup untuk G-Talk ni -> Sila klik. Bila korang dah download setup untuk G-Talk dan run benda ni, bolehlah korang chat dengan Mie pakai G-Talk.

YM? Mie dah lama tak guna YM untuk communicate dengan orang. Bukan sebab apa, YM tu macam sesak semacam. Meaning dengan emoticons yang bersepah bagai, dah tu advertisement yang tetiba muncul. Semak mata memandang. Mie pilih G-Talk sebab ianya nampak lebih simple, smart dan praktikal untuk digunakan sebagai medium komunikasi. Kalau nak dibandingkan dengan YM, lebih kurang sama aje. Cuma G-Talk tak adalah webcam macam YM, kalau Mie tak silaplah. So, tak bolehlah korang nak tengok aksi-aksi merbahaya macam dalam YM tu. Huhuhuhuhu. Kalau setakat nak hantar file, nak call, nak buat voice-mail, boleh aje pakai G-Talk ni.

Meh sini Mie bagi sikit tutorial pasal G-Talk. Ni apa yang Mie tahu. Kalau ada yang tahu lebih, kongsi-kongsilah dengan pembaca-pembaca blog Mie yang lain ye.

1 tu adalah butang untuk anda add kawan-kawan anda yang ada Gmail
2 tu untuk kita view kawan-kawan kita yang ada dalam list sama ada nak view melalui namanya, availabilitynyakah, atau sebagainya mengikut pilihan masing-masing
3 tu butang nak menunjukkan jumlah mail yang ada dalam inbox Gmail anda
4 pulak butang untuk settings


Bagi memulakan bicara anda, senang aje. Pergi pada orang yang anda nak berbual. Warna hijau menunjukkkan yang dia avaiable. Macam YM jugak. Biasalah tu. Then die akan keluar seperti ini. Tekanlah butang chat.

Hasilnya akan terpapar macam ni. So di ruang yang ada garisan hitam macam ni-> |, anda bolehlah menaip apa yang anda hendak borakkan. Mudah ajekan?

Selain dari itu, Mie dah godeh-godeh sikit dekat bahagian settings. Dia akan appear macam ni.


Dekat sini, kita boleh set sendiri G-Talk kita bersesuaian dengan taste kita sendiri. Dekat sini Mie suka sangat godeh dekat bahagian 'Change Font'. Melalui 'Change Font', kita boleh ubah bentuk tulisan, saiz, dan sebagainya. Dia akan terpapar macam ni.


Satu lagi benda yang Mie suka otter pada G-Talk pada bahagian appearancenya. Bila anda klik pada appearance button, ia akan terpapar macam ni.


Mie suka ubah die punya layout. Layout dia ada bermacam jenis. Anda pilih sendiri. Kotak kecil sebalah kiri bawah pulak akan preview macam mana G-Talk anda akan jadi. jadi, anda lebih mudah untuk memilih. So, Mie pilih Swiss Picture. Jadilah macam ni.


So, Mie ucapkan selamat mencuba bagi yang teringin. Lagipun, orang yang suggest dulu kata, G-Talk ni tak mudah putus macam YM. Sebab tu Mie suka chat dengan G-Talk. Since tak ramai, Mie tak kerap nak guna G-Talk ni. Balik-balik berborak di laman sosial rasmi Mie. Huhuhuhuhuhu. Jadi sesiapa yang nak cuba, bolehlah add Mie sekali melalui email -> fauzzanhelmy@gmail.com

So, selamat mencuba
^_^

Wednesday, January 19, 2011

Melakar rindu

Hari ni, genap 40 hari Allahyarham Hafizan bin Osman pergi. Mie cuma teringatkan dia...

Mie mintak jasa baik yang sudi baca blog Mie hari ni untuk sama-sama sedekahkan al-Fatihah untuk allahyarham. Semoga dia tenang di sana. Insya Allah... Terima kasih.


Terlalu singkat hubungan ini
Belum pun sempat melakar rindu
Baru semalam mimpi dicipta
Mengapa mendung melakar sukma

Kaulah segalanya maka digubah
Ketika cinta masih di dada
Punahlah jua kini akhirnya

Entah mengapa hati bertanya
Mengapa kasih terlerai kini
Ku tak salahkan dirimu sayang
Lantaran takdir sudah tersurat

MELAKAR RINDU

Do not give up

Dua hari lepas, bestfwen Mie -> Pojiepooh Abdullah telah mengepos [macam kelakar aje ayat. Cakap posted kan senang] satu link dalam wall Mie. Mie baca. Bla bla bla bla... Damn it! Dah keluar. Hei, bukan keluar benda lainlah. Sini bawah baca.

Keputusan KPLI bagi pengambilan Januari 2011 dah keluar. Entah apalah keputusan Mie. Berdebar, tapi taklah segumuruh dulu. Mie sendiri macam dah boleh agak dan jangka, apa yang akan berlaku. Mie pun kliklah pada link yang disediakan tu.

Mie pun tekan la nombor kad pengenalan dalam ruang yang disediakan. Dah siap, Mie klik pada butang semakan.

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Eh, lama pulak. Apa yang tak kenanya ni?

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Loading...

Mie tampo-tampo sikit kepala lappy ni sebab lambat bebeno. Tup-tup, keluarlah keputusannya...

Sila klik untuk tumbesaran. Soalan: Kenapa kecik sangat?
Aku merenung dengan tajam yang tanya
Sadap u!

Hahahahahahahaha...

Sebenarnya, tipulah kalau Mie cakap Mie tak sedih langsung. Sedih tu memanglah sedih sebab Mie tak dapat sebarang penempatan untuk ke mana-mana Institut Pengajian Guru Malaysia. Tak macam kawan Cik Yam Bentet, si Ruff tu. Kitorang pergi sama-sama tarikh cuma lain-lain tempat, dia yang dapat. Tahniah Ruff sebab berjaya. Belajar elok-elok. Jadi tenaga pengajar yang baik okeh! ^_^

Chop! Tengok kiri kanan. Mesti Mie nampak ada yang tepuk tangan sebab Mie tak dapatkan. Pojie!!! Stop it. Hahahahahahaha. Off courselah ada yang suka. Nanti mengata Mie macam-macam. Apa yang dorang kata, dah boleh set dalam kepala. Tapi Mie tak kisah kot sebab Mie lagi suka. Kenapa?

1) Mie ni nama aje dah tua bangka, boleh jadi bapak budak dah. Tapi peel masih macam budak-budak. So, budak tak boleh nak ajar budak. Nanti masuk kelas, entah apa lagi yang jadi. Silap-silap Mie duduk dengan dorang main batu seremban. Hahahahahaha.

2) Mie tak bersedia lagi nak meninggalkan dunia glamour. [Ceh!!! Riyak!] Flip the wig. Oh rembut pelesu ko Leha. Hahahahahaha. Mie masih nak main-main lagi. Nak bertandak segala. So, kalau jadi cikgu, Mie tak boleh nak bergalak lebih-lebih. Sebabnya? Orang mesti kata, awak tu cikgu. Mana boleh macam tu macam ni. Tak boleh macam tu, kang budak-budak ikut. Tak boleh macam ni, nanti merosakkan propesen perguruan. Nanti lama-lama Mie jadi cikgu yang membosankan. Nak?

3) Mie masih nak teruskan impian Mie sambung master. Lagipun, takut tak kena dengan bidang yang Mie nak sambung. Dah tu ko nak suruh aku apa? Silibus yang ko pegang BI, tapi dalam kelas ko ajar anak murid ko menari Mak Yong? How? Five six... Five six seven eight. Tulah trademark orang menari. Tak faham~

4) Mie tak bersedia lagi kot nak berhijrah. Bila dapat tahu kalau amik Bahasa Inggeris, penempatan akan diletakkan di Terengganu. Lah, tak naklah balik Terengganu. Boleh tak? Lagipun, nanti kalau kena posting mesti ke Serawak or Sabah. Dah dekat lagi dengan orang yang berkenaan. Tak mo jugak. Habis apa yang ko nak pandai!!! Nak dok kat Batu Pahat dulu. Lagipun mama ayah Mie pun macam tak ready aje nak lepaskan anak dia ni pergi. Haih~ [Izzed, sila jangan gelak kalau baca! Sadap!]

Sebenarnya, memang Mie tak bagitahu ramai orang pasal benda ni. Mie lebih suka senyap dari cakap dengan orang. Yang tahu pun cuma kawan-kawan terdekat dan rapat. 13 November Mie dapat panggilan untuk M-Test, pun Mie tak cakap dengan orang. Time ni beribu orang calon dalam Malaysia pergi test ni. Dengar cerita ada 50,000 orang.


Kawan-kawan Mie ramai yang masuk. Soalan dia ada kaitan dengan personaliti kita sendiri. Layak atau tak. Mie memang tak megharap apa-apa. Bayangkan, soalan add-math form 4, form 5 keluar balik. Mampo tak kau nak jawab? Dah la benda yang dah ditinggalkan 7 tahun lepas. Lepas tu sambung dalam degree yang tak ada kena mengena dengan kiraan. Lepas tu dengar rumous, kalau budak-budak Law ni bab mengira memang fail. Tapi Mie buat jugak. Pedulik hapa, janji Mie cuba yang terbaik untuk diri Mie. Orang nak cakap apa, lantaklah. Kalau berjaya, bukan untuk mulut orang

Tup-tup, result M-Test keluar. Mie dapat panggilan untuk ke temuduga KPLI ni dan secara tidak langsung mengenepikan 40,000 orang calon lain seluruh Malaysia ni. Bangga tau. Bukan senang nak menghadapi test ni. Ada calon yang empat lima enam kali ambik test ni, tapi tak lepas. Mie sekali amik terus lepas. Alhamdulillah...


Tapi, bila dapat tahu Mie layak, automatically Mie rasa down jugak. Sebabnya, sebab yang di atas tadi tulah. Tapi atas dorongan Izzed, Pojie, Cik Maryam Bentet, abang Fariz Izwan, abang Qamel, dan Jai Yusoff, Mie gigihkan pergi jugak interview ni. Abang Fariz kata, Mie kena cabar diri Mie sejauh mana Mie boleh pergi. Lagipun, Mie buat ni untuk masa depan Mie, untuk family.

Sampai hari temuduga, dalam group Mie semua perempuan. Mie sorang aje lelaki. Lagi? Sama macam keadaan masa study. Tapi yang lebih haru bila semua tu cikgu GSTT yang dah bertahun-tahun menyambung kontrak. Mie pulak tak ada pengalaman. Tapi Mie gagahkan diri jugak melangkah. Masing-masing keluar cerita pengalaman temuduga. Mereka kena menyanyi, menari. Dalam kepala, "Alah, menari? Kang aku bukak step Festival Tari. Boleh sejam aku dok dalam bilik interview." Hahahahahahaha.

Sekali masuk lain yang jadi. Pengalaman Mie ditanya. Setakat menjadi cikgu ganti untuk tempoh sekejap. Berbaloikah? Mie curahkan jugak. Dia cakap Mie ada degree dan masih muda kenapa Mie nak jadi cikgu [macam tak logik soalan, cikgu muda-mudalah bagus]. Mie jawab dengan yakin. Die tanya sijil-sijil seni Mie. Pun Mie explain sebaik mungkin. Penemuduga Mie tengok kagum. Dia kata sekolah-sekolah sekarang menekankan aspek seni. Dia dah cakap BM. Mie cakap BI jugak sebab Mie amik Pengajian Bahasa Inggeris. Tup-tup dia tanya surat pengiktirafan JPA. Damn! Tak ada sebab degree Law Mie masih beklum dapat akredetasi LPQB lagi. Mie explain. Dia kata akan take note. Dia ada tanya jugak soalan macam mana nak jadi cikgu BI yang bagus. Mie keluarkan semua pengalaman Mie. Nampak macam dia puas hati. Tapi sebelum Mie melangkah keluar, dia cakap dengan Mie macam ni -> "Fauzzan, i think u are more suit to standing front, i mean u will glowing more if u work in entertainment and marketing field." Mie dengar sambil tersenyum, dan Mie jawab "I still wanna be a teacher." Dia tersenyum jugak.

Tup-tup result keluar cam tu. Tapi Mie bersyukur jugak. At least, Mie masih ada setahun untuk nakal-nakal lagi. Lagipun sebelum orang mengata macam-macam, baik jangan. Hiks~

Tapi it doesn't mean Mie akan hentikan cita-cita Mie setakat tu aje. Mie akan berusaha jugak walaupun Mie tepaksa ambil masa. Ni demi masa depan Mie sendiri. Degree? Hurm, no komen buat masa ni. Lagipun, sekarang ni jangan memilih. Orang pandai makin melambak. Kalau nak tunggu yang sesuai dengan kelayakan tu, memang susahlah.

Lagipun bukan senang nak senang. Benda yang terbaik ni memang susah sikit. Berdoa, berharap, dan bertawakal untuk yang terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...