Followers

Monday, February 28, 2011

Naam Sidi

Mie tak tahulah. Seronok sangat dengar lagu ni. Pagi-pagi dapat e-mail dari seseorang yang berada di Pantai Timur berbunyi -> "Awak, saya dah e-mailkan lagu tu. Harap awak suka..."

Suka sangat!!! Dari tadi lagi Mie asyik dengar lagu ni aje. So Mie ingat nak share la dengan korang jugak. Manalah tahu korang suka jugak... ^_^


Naam Sidi

Rabiul Awal dua belas bilangan
Ataupun sembilan dalam lingkungan
Rabiul Awal dua belas bilangan
Ataupun sembilan dalam lingkungan
Hari Isnin cahaye kecemerlangan
Lahirlah Nabi Saidina junjungan

Ya naam sidi Ya
Habiballah
Ya naam sidi Ya
Rasullallah

Waktulah Subuh zahir yang mulia
Bulan matahari larilah ia
Waktulah Subuh zahir yang mulia
Bulan matahari larilah ia
Malu menentang Saidul Anbia'
Nabi kekasih Tuhan yang kaya

Ya naam sidi Ya Habiballah
Ya naam sidi Ya
Rasullallah

Diputerakan Dia dengan kenikmatan
Bondanya Aminah Siti yang Mulia
Diputerakan Dia dengan kenikmatan
Bondanya Aminah Siti yang Mulia
Ayahanda Abdullah Saidina yang gagah
Halimatus Sa'diah penyusunya sebenar

Ya naam sidi Ya Habiballah
Ya naam sidi Ya
Rasullallah

Waktulah Subuh zahir yang mulia
Bulan matahari larilah ia
Waktulah Subuh zahir yang mulia
Bulan matahari larilah ia
Malu menentang Saidul Anbia'
Nabi kekasih Tuhan yang kaya

Ya naam sidi Ya Habiballah
Ya naam sidi Ya
Rasullallah

Rabiul Awal dua belas bilangan
Ataupun sembilan dalam lingkungan
Rabiul Awal dua belas bilangan
Ataupun sembilan dalam lingkungan
Hari Isnin cahaye kecemerlangan
Lahirlah Nabi Saidina junjungan

Ya naam sidi Ya
Habiballah
Ya naam sidi Ya
Rasullallah



Sunday, February 27, 2011

Add, Remove, Add balik, Remove balik

Facebook. Siapa sekarang yang tak ada Facebook. Pendek kata semua orang dah ada Facebook. Dari yang sekecil poet, hingga yang ketua bangka. Semua dah ada Facebook. Alasan: Nak mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhwah sesama makhluk. Kan ayat al-Quran dalam surah al-Hujuraat:13 membawa maksud, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan antara satu sama lain..." Wallahu a'lam.

Ok soalan Mie, apa perasaan anda apabila kawan yang anda kenal nak add anda sebagai kenalannya di Facebook. Mestilah seronok bukan? Lagi-lagi kawan yang anda tahu sekepala dengan anda. Dapat berkongsi macam-macam dengan dia. Betul tak?

Tapi apa pulak perasaan anda bila anda dapat tahu kawan sekepala yang sibuk send request nak kenal dengan anda tiba-tiba remove anda dari senarai kenalan Facebook anda? Sentap tak agak-agak? Tanpa anda ketahui sebab musabab dan punca asal anda diremove dari senarai kenalannya.

Anda dengan baik hati pergilah tanya dengan dia balik yang dia meremove anda kah? Dia kata tak. Ok fine... Dia hantar lagi request add anda jadi kawan dia dekat Facebook. Anda accept. Then anda berhubung baik dengan dia. Berjumpa dan bercerita seperti biasa.

Tiba-tiba satu hari anda periksa senarai kenalan anda, anda telah diremove sekali lagi. Apakah?

Adakah ini satu trend baru permainan Facebook. Adakah dengan kemunculan pautan group di Facebook anda boleh mengadd, meremove, add dan remove sesuka hati.

Fine, Mie sentap. So tunggu Mie block terus. Puas hati. Tak payah add remove add remove. Banyak lagi list menunggu untu di accept ok. Pening~ And please... please... please... jangan kata Mie yang menyombong ok.

Saturday, February 26, 2011

Pendapat korang: Confuse antara dua

Mie sekarang ni dalam dilema. Mie tak tahu nak pilih yang mana satu antara dua pilihan di bawah ni yang terbaik. Sebab masing-masing ada kelebihannya. Mie nakkan sesuatu yang tak menyusahkan dan menyenangkan Mie. Mie ada tanya pendapt dua tiga orang, tapi pendapatnya terlalu general. Mie harap sangat korang yang baca blog Mie ni boleh bagi opinion untuk Mie.

Pilihan pertama -> Blackberry Torch 9800
Personally, Mie suka bentuk badan Blackberry ni. Nampak macam smart, elegen, dan berketrampilan. Huih... Kelas! Tapi Mie tak berkenan pulak dengan keypad die yang kecik poet sampai nak tekan pun terkial-kial. Dari segi application pulak Mie tak berapa pasti.

Pilihan kedua -> HTC Desire HD
Ada ura-ura yang kata HTC ni cepat habis bateri. Mungkin sebab HD kot, jadi banyaklah dia makan bateri tu. Ngap ngap ngap ngap.... Tapi ada yang kata model ni lagi bagus dari segi pixel untuk kamera dan rekod video. Video in HD uols~ Matilah feelin2 buat video dalam toilet. Tapi Mie tak berkenan pulak dengan bentuk badan dia. Application pun Mie tak pasti lagi.

Haih... Pening kepala. Orang dah spedo pun nak pening lagi kan?

Mie nak beli semak phone ni bukan nak show off ye. Mintak maaf banyak-banyak. Kalau Mie nak show off Mie tak beli smart phone ni. Mie beli terus yang ni...


Tapi Mie beli smart phone ni sebab nak memudahkan untuk mengakses laman sosial rasmi Mie, nak update apa-apa pun senang, nak bukak blog kat mana-mana pun boleh. Segalanya di hujung jari anda. Gituh!!! Tapi tulah... Mie pening nak pilih. Mana satu yang lebih elok... Ada jugak yang cakap suruh beli ni...


Tapi Mie dah tak ada hati dah nak pakai... Mencik... Lepas operator Maxis yang sombong tu bagi explanation, Mie terus tak ada hati.... Sekian, terima kasih.

Thursday, February 24, 2011

Terang bulan


Saya mengalami sindrom kemalasan menghupdate sebarang cerita sekarang ni...
Saya lebih suka memerhati dan berfikir sejenak...
Melihat telatah dan tingkah manusia...
Macam-macam perangai...
Sebelum saya mula...
Untuk berkata...
Kata...

Tuesday, February 22, 2011

Madu yang pahit

Terus buat opening stage dengan bangga dan jayanya
Wah!!!
Melets ko Timah...

Huhuhuhuhuhu...

Hari Ahad lepas, pagi Mie dikejutkan dengan berita seorang wanita telah dimadukan oleh suaminya. Ish, apalah nak terkejutnya. Dah sah-sah lelaki tu ada hak nak pasang sampai empat. Kuota dia pun masih ada lagi tiga. Memang layaklah dia nak pasang lagi satu. Tak peliklah. Tapi bila baca detail, rupanya... sila klik, dan klik.

Hurm, Mie sendiri tak tahu nak bagi reaction yang macam mana bila Mie baca artikel ni dekat paper. Nak respond on behalf yang mana satu pun Mie tak tahu. Mie terkedu. Nak sokong yang laki pun rasa macam ada yang tak kena. Nak sokong yang bini yang kedua dia tu pun, rasa macam ada salah jugak. Haih...

Sebelum Mie mulakan hujah-hujah Mie, baik Mie bentangkan sikit hukum berkahwin menurut Islam. Di dalam Islam, hukum berkahwin ada empat.

1) Wajib
Seseorang yang tidak dapat mengawal hawa nafsunya WALAUPUN setelah menahan diri dengan berpuasa dan beliau mengetahui dengan yakin bahawa sekiranya tidak melangsungkan perkahwinan maka dia pasti akan melakukan zina.

2) Sunat
Seseorang yang telah cukup syarat berkahwin dan tidak dikuatiri akan terjebak dengan zina atau melakukan kerosakan yang lain terhadap bakal isterinya sekiranya die berkahwin lewat atau bila-bila masa sahaja.

3) Makruh
Seseorang yang telah uzur seperti tua atau seseorang yang merasa ragu dan bimbang yang dia tidak dapat menunaikan hak serta tidak berlaku adil terhadap isterinya yang mana keraguan serta kebimbangan dia sebelum sampai kepada tahap yakin atau pasti.

4) Haram
Seseorang yang merasa yakin bahawa dia pasti akan melakukan kezaliman dengan mendatangkan kekerasan serta kecederaan terhadap isterinya atau dia takin tidak akan berlaku adil kepada isterinya dengan tidak menunaikan hak-hak dia sebagai suami.


Ok, sekarang pendapat Mie secara peribadi pasal perkara ni.

First, Mie suka nak sentuh dan cakap pasal bini baru dia tu. Hurm, banggakah dapat merampas suami orang ni? Mie tak tahulah apa yang dia rasa masa lelaki tu nak ambil dia jadi bini nombor dua. Kalau Mielah, dah tahu yang masuk melamar tu laki orang, Mie awal-awal lagi memang dah tak nak.

Lagipun cukuplah sekali orang salah anggap yang Mie kemorok sangat dekat laki dia yang penipu tu. Kalau laki bengong tu berani-berani suruh Mie tipu bini dia, so what do u expect? Silap haribulan aku pulak yang kena tipu. So, biar aku mainkan ko awal-awal dari ko main-mainkan aku esok lusa. Bini ko tu punyalah baik, ko yang tak nak. Mengong!

Awak cantik, ada rupa, kenapa laki orang jugak yang awak nak amik. Sebab dah cinta? Then sebab cinta tu awak fikir awak boleh rosakkan rumah tangga orang lain? Cuba awak letak diri awak dekat tempat bini dia tu. Sanggup tak awak kalau laki awak tu cari orang lain tinggalkan awak terkontang kanting? Patutnya awak nasihatkan dia. Ingatkan dia yang dia tu dah ada bini. Benda kalau tak dilayan, tak jadi wak... Ni awak pun melayan, tu yang jadi. Haih...

Hah, yang jantan ni pun satu. Biraaaaaaaaaaaaahhhh!!! Dah ada bini sibuk lagi nak makan kat luar. Kalau yang hang cari tu apam naik sendiri tak apalah jugak. Haih... Patutnya dah ada bini tu, jagalah bini tu elok-elok. Dah amik anak orang, jagalah betul-betul. Setakat laksanakan tanggungjawab, bagi nafkah zahir batin tu ingat dah cukup ke? Sebagai ketua keluarga, bukan kecik-kecik tanggungjawab abang oi. Besar... Sebagai ketua keluarga, sepatutnya jadi pembimbing. Ini lain pulak jadinya.

Nasib kawin belum ada anak, kalau dah ada anak macam mana. Tak ke budak-budak tu tertakan. Kecik-kecik lagi mak bapak dah cerai berai. Kasih sayang dan perhatian tak cukup. Tak kesiankah?

Sebab tu, Mie lagi suka nak nasihat. Nak kahwin, biar betul-betul bersedia. Jangan tengok orang nak kawin,kita pun sibuk nak kawin. Orang nak kek tujuh tingkat, kita nak lapan belas tingkat. Orang tukar baju tujuh pasang, hang nak persalinan sampai tiga puluh pasang berlapis-lapis bagai, lepas tu lemas kena timbus dengan kain. Kalau rasa diri tu tak yakin nak pikul tanggungjawab, baik toksah kawin. Jangan nak susahkan anak orang. Biar kita amik dia elok, jaga dia elok sampai mati. Ni amik pandai, dah sedap, tinggal. Kawin apa macam tu. Baik tak payah. Rasa Mie pun pernah cakap benda ni dulu, tak kuasa nak bebel panjang-panjang-> Klik sini untuk baca.

Sunday, February 20, 2011

Direction

Bila berbicara soal hati ni, Mie jadi takut. Mie sendiri tak tahu sama ada pilihan yang Mie buat ini pilihan yang terbaik dalam hidup Mie atau bukan. Mie bukanlah mengharapkan kesempurnaan, tapi Mie hanya mahukan kebahagiaan yang berpanjangan. Mie tak pernah risau dengan apa yang mampu untuk Mie berikan untuknya, tapi mampukah dia menerima Mie seadanya. Mie cuma takut kalau hati ini disakiti lagi. I don't want to play with tears anymore...


Dayung sampan berbelok-belok
Kemudi patah di air tenang
Yang di sini hati tak elok
Yang di sana hatikah tenang?

Friday, February 18, 2011

Tak dapat jadi orang Perak, belajar cara orang Perak masak pun cukuplah...

Semalam, usai kerja Mie bergegas balik ke rumah...

Soalan: Kenapa balik cepat?
Jawapannya: Maaflah saya ada date... Maklumlah hari Khamis malam Jumaat [sambil berbisik-bisik kemaluan =P]

Teeettttttttttttt!!!

Salah! Jawapan sebenarnya Mie kena balik sebab nak tolong mama buat hidangan pencucui mulut untuk dihantar ke masjid... Huhuhuhu. Pencuci mulut yang Mie maksudkan ialah bubur sumsum. Tau tak bubur sumsum tu apa? Tak tau? Meh sini Mie nak tunjuk dengan korang.

Menurut kawan Mie; Aizat Abdul Razak, bubur sumsum ni adalah makanan tradisi orang-orang negeri Perak. Wah, sedihnya... Terkenang tetibe... Jadi, memandangkan hasrat nak jadi orang Perak terbantut, ate dapat belajor buat makanan orang Perok ni pun beruntung bebeno le ghasenya...

Jom...

Bahan-bahan yang diperlukan:

Tepung beras


Santan kelapa

5 ke 6 helai daun pandan

Pewarna

Gula melaka

Dan air... Ate, air pun mike idok tau, toksahlah ke dapur yeob...



Bahan dah cukup, mari kita belajar pulak cara-cara nak membuatnya...

Owh, lupa nak cakap. Mie masak ni by heart tau. So agak-agak sendirilah nak banyak mana. First, masukkan tepung beras tu ke dalam periuk. Then perahkan santan kelapa. Normally santan kelapa yang kita gunakan ni agak-agak boleh menutup kuantiti tepung tu.


Kalau agak tak cukup, perahlah lagi santan kelapa tu. Tapi ingat, macam yang Mie selalu kata. Nak perah kelapa kena ada teknik. Silap-silap perah, air je yang keluar...


Setelah tu, ambil beberapa helai daun pandan, basuh dulu daun pandan tu. Entah ade sarang spider yang korang selalu main lawan-lawan tu ke, habuk-habuk ke... Setelah itu, simpulkan dan campaklah ke dalam periuk yang ada bancuhan tepung dan santan tersebut... Masaklah di atas api yang sederhana besar.

Peringatan, jangan biarkan bancuhan ini. Takut berketul-ketul. Make sure anda sentiasa kacau sehingga ia pekat dan likat.


Ops! Lupa nak cakap... Sebelum tu bolehlah dicampurkan warna dalam bancuhan tadi. Tak nak warna pun boleh. Tapi bagilah warna, barulah datang taste. Ni kalau pucat aje, siapa pun tak lalu. Tak lupa juga sedikit garam sebagai perasa. Sikit aje. Ni bukan masak asam pedas nak cukup garam asam segala.

Setelah pekat bancuhan tu, masukkan ke dalam acuan dan biarkan ia mengeras dengan sendiri. Jadilah macam ni...


Dah siapke Tijah? Belum lagi Leha. Takkan nak makan alat-alat gitu aje. Dah tu gula melaka tu nak buat apa.

Ha, gula melaka tu akan dijadikan sirap sebagai sampingan kepada bubur ini. Caranya, ambil sebuku gula melaka, raciklah gula melaka tu hallus-halus. Actually tak nak racik pun boleh. Tapi lambatlah nak cair kalau korang masak. Masukkan gula yang diracik tu, dan bubuhlah air dengan kadar yang bersesuaian. Tak pekat sangat bila gula tu di masak, dan tak cair sangat sampai tak ada rasa.

Pendek kata jangan sampai mak mertua korang sound. "Ni air gula ke, air teh terlebih gula Nab?" Huhuhuhuhuhuhu.


Masukkan sekali daun pandan yang lebih tadi. Daun pandan ni berfungsi sebagai pewangi aje. Kalau susah nak jumpa tak bubuh pun tak apa. Sekadar naikkan bau dan selera.

Bila air gula dah siap, ambillah sedikit bubur tadi dan masukkan di dalam mangkuk. Kemdian, curahlah air gula yang korang masak tadi di atas bubur tersebut. Urm, kalau dekat Terengganu, Mie rasa ada jugak bubur sumsum ni. Tapi demo tok pangge bubur... demo pangge kuih lompat tilam. Eh! Kuih lompat tikamlah... Huhuhuhuhu.

Jadi, kepada yang ingin mencuba resepi ini diucapkan selamat mencuba.

Thursday, February 17, 2011

Owh Mak Kau!!!


Nah belum-belum terus pose Nasha Aziz
Hahahahahaha
^_^

Satu lagi entri yang Mie simpan berkepam dalam draft blog Mie. Huhuhuhuhu. Patutnya bulan lepas Mie dah publish, tapi Mie hold dulu. Tak de idea nak mengarang sebenarnya... Blurr...

Mie beli buku ni lepas nama Mie ditag oleh kawan baik Mie -> Pojiepooh Abdullah dekat salah satu album milik seseorang. Mie pelik jugak, apa yang ditag ni? Apa niat disebaliknya ni? Mie pun belek la gambar tu. Belek punya belek punya belek, Mie nampak description pasal gambar yang ditag atas nama Mie. Rupa-rupanya gambar tu gambar kulit buku yang berjudul -> Orang Macam Kita (selepas ni dekenali sebagai O.M.K.)

O.M.K. merupakan satu antologi cerpen dan esei mengenaik seksualiti alternatif di Malaysia. Seksualiti alternatif boleh diertikan sebagai homoseksual, biseksual, transeksual, trangender, dan dwikelamin. Ini termasuklah gay, lesbian, tomboy, mak nyah, dan khunsa. Label-label sebegini mungkin tampak sensasi atau klinikal. Namum cerita-cerita dan kajian di dalam buku ini mungkin mendedahkan sisi lain iaini sisi alternatif daripada tanggapan yang sedia ada. O.M.K. suntingan Azwan Ismail dan Diana Dirani memuatkan 25 karya dengan gaya dan pendekatan yang berbeza-beza; kisah cinta dan penerimaan yang mencuit, cerita pendedahan yang dramatik, kajian mengenai media, sastera, dan filem, dan ada yang melayang jauh ke alam surreal. Kepelbagaian ini turut diraikan. pendek kata, "Tepuk dada, tanyalah selera!" [Mie quote ni dari blog publisher buku ni -> Matahari Books]


Buku ini boleh dibeli dengan harga yang cukup affordable iaitu sejumlah RM20.00 sahaja. Namun, awal-awal Mie ingatkan. Buku ini tiada di jual di pasaran semasa. Carilah dekat Kedai Buku POPULAR, MPH, memang tak jumpa. Jeng jeng jeng...

Sekarang Mie nak buat sedikit review tentang content buku ni. Nak beli? Alah... Nantilah! Bacalah dulu cerita Mie ni...


3 cerita yang meninggalkan kesan di dalam diri Mie.

1) Tiga perbualan dan satu siri pesanan ringkas.
Karya: Nur Fadhlin binti Mohd Yusof

"...Mestilah boleh. Apa, kau berdua ingat orang macam aku ni main terkam sahaja? Perasaan cintakan sesama jenis ni tak semestinya berdasarkan nafsu semata-mata. Macam cinta hetroseksual juga, tak ada bezanya..."

Bagi Mie karya Nur Fadlin ni sedikit sebanyak mengubah persepsi dan tanggapan buruk yang orang selalu lemparkan pada golongan alternatif ni. Contohnya kalau pondan. Orang akan cakap selalu bersolek dan berdandan duduk di lorong sambil mencari pelanggan. Tapi tak semua pondan akan buat macam tu. Begitu juga lelaki memminati kaum sejenis apabila mereka berkawan dengan lelaki lain. Bukan semua lelaki tak normal bila berjumpa dengan lelaki lain akan memikirkan soal hubungan kelamin macam yang orang selalu fikir sampai takut nak berkawan dengan lelaki tak normal tu...

2) Sembang Ratu I
Karya: Nizam Zakaria

Bercakap pasal La Queen, noks... keji occay bila mak kat sana. Ko nak tahu kenapa? Ramai sangat adik-adik der muka Fair and Lovely kat sana. Haiyohhhh noquessss... nampak sangat nok muka satu-satu pakai whitening cream!
Harus Fair and Lovely bukak counter jualan depan La Queen atau Blue Boy. Tak pun, buat promosi ala-ala GRO jual beer dekat bar. Boleh gituh?
Muka ponen kalau pakai whitening cream, nampak sangat so unnatural. Ala-ala muka der putih tepung gomak...

Sembang Ratu II
Karya: Nizam Zakaria

...Cakap pasal lesbian ni noks. Mak ada chat dengan ponen ni. Noks, dia bagi gambar dia tengah posing lentiks. Ok, fine. Mak kawan ler dengan dia... Tapi nyeh, dia memang lembut....
...Kita kan kawan noks. Tapi dia tersuka dengan mak. Okaylah... mak bangga. Tapi mak kan dah berlaki. Nak larikan diri mak dari dia, mak kata mak bottom. Ye lah, sebelum tu, isu mak ni bottom ke top tak pernah mnjadi topik perbualan kami. Lagipun, perlu ke nok? Bukannya mak nak menduakan laki mak pon. Noks, dia kata apa salahnya. Sebab dia top!...

Hahahahahahaha. Mie tak boleh tahan baca cerita ni. Serius, Nizam Zakaria terbaek!!! Mie yang tengah menepek bedak sejuk kat muka ni, luluh semua bedak sejuk gelak berguling-guling baca karya Nizam zakaria ni. Tak boleh tahan... Korang kena beli jugak!!!

3) Rabak
Karya: Mohd Zaain bin Md Zain

...Dia terbeliak bukan kerana terkejut melihat wajah Remy yang kusut masai. Bukan juga kerana badan Remy yang kelihatan lebam-lebam. Tetapi kerana tergamam melihat Remy bertelanjang bulat tanpa seurat benang. Dengan asetnya yang masih tegak tercanak. Dia tunduk, memandang diri sendiri. Dia mula sedar dan perasan. Seperti Remy dia juga bertelanjang...

Membaca karya Mohd Zaain ni, mula-mula Mie rasa macam membaca sebuah novel yang tipikal. Maksud Mie macam novel-novel cinta biasa yang korang beli kat kedai-kedai. Pendek kata cara Mohd Zaain ni menulis membawa korang dalam satu dunia lain seolah-olah korang pun berada dalam cerita tu memerhatikan apa yang berlaku. Pendekatan yang dia bawakan dengan menyelitkan maksud-maksud dari potongan ayat al-Quran sedikit sebanyak menimbulkan seinsafan dan peringatan. Tapi tulah, sayang... Ceritanya tak panjang dan tergantung...

Haih...

Eh mengeluh pulak... Huhuhuhuhu

Ok, berbalik cerita tadi. Korang nak beli sangatkan? Ye lah, ye lah. Mie bagitaulah ni...

Sebarang pesanan boleh dibuat secara langsung melalui info@mataharibooks.com dengan harga RM20.00 (Malaysia)/ US$15 (Amazon).

Selamat membeli belah secara online...


Wednesday, February 16, 2011

Pendapat korang: Ucapkanlah


Situasi:

A dengan B berkenalan menerusi satu laman sosial. Mereka tak pernah berjumpa atau bersua muka. Tiap kali rancangan di buat, pasti tergendala. Hanya laman sembang sosial yang menjadi tali pengikat hubungan mereka. Kalau nak lebih pun, hanya telefon dan mesej pesanan ringkas mempereratkan mereka.

Perkenalan yang hanya pada mulanya sekadar kawan biasa. Tiada yang lebih atau yang kurang dalam hubungan mereka. Tapi lama kelamaan, perasaan itu bercambah dan mekar lalu memutikkan satu rasa dalam hati mereka. Hanya mereka yang tahu perasaan itu.

A sifatnya lebih suka memerhati, meneliti dan mentafsir apa yang dialami sebelum sebarang tindakan diambil. B pula seorang yang suka memperlihatkan apa yang dimiliki, suka mengambil tindakan melulu dan sukakan sesuatu yang jelas. Terdapat perbezaan sifat antara keduanya. B selalu mengucapkan perkataan sayang kepada A. A tahu yang B menyukainya. Begitu juga dia. Namun, A tidak sekerap B mengutarakan rasa sayangnya pada B.

Satu hari, B memberitahu A bahawa dia sudah memilih orang lain sebagai teman barunya. A langsung tidak terkejut dengan kenyataan yang diberi oleh B. Dia sudah dapat mengagak dari awal. Alasan B, A langsung tidak pernah menyurakan rasa sayang atau sebarang tanda pada B. B seolah-olah bertepuk sebelah tangan sepanjang hubungannya dengan A.

Menerima berita itu, A berkata dia akan belajar melupakan B, merelakan B memilih pasangan yang yterbaik untuk dirinya. B melenting memarahi A, katanya jika A meluahkan sedikit rasa sayangnya, pasti B tunggu A.

A terpempan? B patut memarahinya kerana dia tidak menyuarakan rasa sayangkah? Ataupun A yang sepatutnya memarahi B kerana dalam mereka menjalin hubungan, B sudah menduakan?


**********


Terus Mie buat satu lagi label baru; Pendapat Korang.

Entri macam ni tak bolehlah selalu nak buat. Kene buat sekali sekala aje. Bukan apa, asyik Mie aje yang membebel sorang-sorang. Jadi sekali sekala, Mie nak juga pendapat dari pembaca-pembaca blog Mie ni sama ada yang berani ke depan ataupun yang masih dok jadi silent reader tu.

Persoalan yang Mie nak bawak kali ni, berkenaan dengan ucapan cinta. Ada sesetengah orang kata, cinta tu tak perlu nak diucapkan selalu, ada pula yang berpendapat sebaliknya. Mie ada pendapat Mie sendiri. Mungkin korang ada pendapat lain dan secara tak langsung mengubah sedikit sebanyak persepsi Mie...

So selamat memeberi pendapat!!!


P/S:
Kepada Mr/Miss/Mrs. Anonymous, sila letak sekali nama anda...
Nickname pun boleh
^_^

Tuesday, February 15, 2011

Lelaki Sempurna



Sollah a'la Muhammad
Sallah alahi wassallam...

14 Februari - Sambutan Hari Kekasih Sedunia
15 Februari - Maulid Nabi S.A.W.

Kedua-dua tarikh besar ini hampir dan secara tak langsung meletakkan dilema pada orang-orang yang ingin meraikannya. Syukur...

Macam Mie cakap sejak beberapa peristiwa, Mie dah tak ada hati nak sambut Hari Memperingati Kekasih ni. Bagi Mie cukuplah 365 yang Tuhan dah pinjamkan pada Mie untuk Mie curahkan kasih Mie pada orang lain. Mie rasa tak perlu nak specifickan satu hari tertentu untuk berkasih sayang...

Kalau tak berkat teguran ANAK BILAL masa Mie belajar dulu, Mie tentu masih terhegeh-hegeh nak celebrate benda mengarut macam ni. See.. Kan Mie cakap. Walaupun secangkir kopi tu pahit, tapi tetap ada manisnya kan? Tak apalah... Fokus pada yang ada...

Tiap hari sayang... Hehehehehehe

Tapi Mie masih yakin dan percaya, masih ada lagi umat Islam yang menyambutnya walaupun tahu tentang larangan sambutan Hari Memperingati Kekasih. Kononnya nak tunjukkan sayang lebih. Nak memperkukuhkan dan mengeratkan rasa sayang tu. Tak apalah, Mie tak nak komen banyak.

Tapi Mie ada soalanlah. Kalau korang sebut nama kekasih korang tu banyak kali, ada tak potensi untuk hubungan korang kekal? Silap-silap... korang punya balak tu rimas. Mana taknya asyik kena panggil je... Tup-tup... Korang kena tinggal. Dah menangis lagi...

Kelebihan berselawat

1- Barang siapa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sepuluh kali di waktu pagi dan sepuluh kali diwaktu petang, akan beroleh syafaat oleh baginda di akhirat kelak

2- Barang siapa berselawat kepada baginda, orang itu akan dicukupi urusan keduniaannya dan keakhiratannya dan baginda sendiri menjadi saksi terhadap amalnnya itu.

3- Barang siapa berselawat kepada baginda sekali, maka Allah akan berselwat kepadanya dengan sepuluh kali selawat dan menghapuskan sepuluh kesalahan serta diangkat sepuluh darjat kepadnya.

4- Berselawatlah kerana dengan selawat menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.

5- Barang siapa berselawat kepada baginda seratus kali sehari, akan didatangkan 100 pintu hajat untuknya; tujuh puluh di akhirat dan tiga puluh di dunia.

6- Barang siapa berselwat kepada baginda seribu kali sehari, maka ia tidak akan mati sehingga dikhabarkan khabar gembira untuknya di Syurga.

7- Memperolehi selawat dari Allah.

8- Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.

9- Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.

10- Menghapuskan dosa.

11- Mendapat pertolongan.

12- Tercapai keperluan hidup.

13- Mempunyai perbezaan dengan orang munafik dan kafir.

14- Memperolehi nur zahir dan batin.

15- Mendapat keselamatn dari azab Neraka, dan membolehkan memasuki Syurga.

16- Memperolehi ucapan selmat dari Allah.

17- Menurut ulama, membaca selwat akan memperolehi 30 faedah yang amat besar.

Ini adalah sebahagian daripada kelebihan berselawat. Jadi terpulang pada korang nak sebut nama kekasih korang yang tak pasti tu ke, nak berselawat pada Nabi Junjungan Ummah...

Allahumma solli a'la Muhammad, wa'ala ali Muhammad...

Link yang korang boleh lawati:
- Kelebihan selawat
- Kelebihan selawat
- Kelebihan selawat

Monday, February 14, 2011

14 Februari 2011


Sana sini sibuk canang Happy Valentine's Day
Tapi Mie tak sambut

Ekoran beberapa peristiwa
So agak muak

Tapi tak pe...
Sebagai tanda kasih sayang sesama makhluk

Untuk minggu ni
Mie akan sediakan sesuatu yang istimewa
Untuk korang yang teristimewa...

Apa?

Kene tunggu
^_^

Thursday, February 10, 2011

Granade



Easy come, easy go
That's just how you live oh
Take, take, take it all
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all i ever asked
Cause what you don't understand is
I'd catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya
I'd jump in front of train for ya
You know I'd do anything for ya
Oh oh
I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
yes I would die for ya baby
But you won't do the same

No no no no
Black black black and blue beat me till I'm numb
Tell the devil I said "hey" when you get back to where
You're from
Mad women, bad women
That's just what you are
You'll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all i ever asked
Cause what you don't understand is
I'd catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya
I'd jump in front of train for ya
You know I'd do anything for ya
Oh oh
I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
yes I would die for ya baby
But you won't do the same

If my body was on fire
You'd watch me burn down in flame
You said you love me you're a liar
Cause you never ever ever did baby
But darling I'll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya
I'd jump in front of train for ya
You know I'd do anything for ya
Oh oh
I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
yes I would die for ya baby
But you won't do the same
No no no no

If this what you call love, just forget bout it...

Wednesday, February 02, 2011

Hah... Mie meninggal? Betul ke?

Pagi-pagi lagi Mie dah dikejutkan dengan berita kematian diri sendiri. Rasa macam susah nak percaya. Dalam kain kapankah sekarag jasadku. Mie kat mana pulak sekarang ni?

Sila klik untuk tumbesaran

Kakak Mie yang ada di Kota Tinggi pagi-pagi lagi dah roger dekat laman sosial rasmi Mie sebab tak percaya dengan berita kepergian Mie. Lor, miscommunication rupanya. Biasalah tu. Selalu berlaku. Orang cakap lain kita faham lain, orang faham lain, kita menyampaikan lain pulak. Huhuhuhuhuhu...

So Mie berbuallah dengan dia. Mie smpat tanya, "Abis kakak XXX XXX cakap apa dengan XXXXXX tu?" So kakak Mie tu pu jawblah,

Hahahahahahahahaha...

Bila macam ni, Mie terfikir banyak benda sebenarnya. Tapi Mie lebih suka share benda-benda yang positif aje dengan korang. Part negatif biarlah rahsia, Mie telan sendiri.

1) Walaupun ada orang yang tak suka dengan Mie, tapi masih ada lagi orang yang suka pada Mie. Maksud Mie selesa untuk mengenali Mie dan berkawan dengan Mie. Sebab tu orang selalu cakap, Allah turunkan hujan dan berikan kita pelangi di sebalik kehilangan mentari.
2) Rasa sangat-sangat dihargai. Mana taknya, entri Mie yang panjang berjela masih ada yang sanggup baca dan ingat satu persatu ayat yang Mie lontarkan.
3) Rasa happy sebab masih ada lagi orang yang nak ambil berat pasala Mie, tak biarkan Mie rasa sorang-sorang.

Mie tak mampu nak kata apa, nak buat apa selain TERIMA KASIH. Lagipun banyak pembaca blog Mie silent reader. So, Mie tak boleh nak trace. Maaf ye... Bagi Mie, macam apa yang Mie sampaikan pada kawan kakak Mie tu->

"...hidup ni pendek aje. Kita pun tak boleh nak agak apa yang berlaku pada kita. So, kita hargai tiap-tiap benda yang datang pada kita apapun keadaan dia. Walaupun kadang-kadang kita tersungkur sewaktu berlari bersama, namun kita dah mencuba yang terbaik untuk menghargainya dan buat dia bahagia seketika dalam hidupnya..."

Tuesday, February 01, 2011

Rindu mengetuk hati

Entahlah, lately ni Mie rindu sangat nak jumpa mereka. Nak berbual bertukar-tukar cerita. Nak bemesra macam dulu-dulu sambil bergelak ketawa. Berkongsi hidangan suka sama rasa. Teringat keropok lekor, ikan keli masak sambal, Pantai Tok Jembal, Kampung Pak Tuyu...

Kerinduan ni memuncak-muncak kadangkala membuatkan Mie terfikir nak tabahkan diri menyeberang Laut China Selatan dan membelah Banjaran Titiwangsa. Entah apalah khabar mereka semua. Mie cuma berdoa dan berharap ada kesempatan dan izin dariNYA, Mie nak kumpulkan semua. Mie harap mereka semua dalam keadaan sejahtera dan bahagia.

Bila ingat balik time ni, semua kerja gila boleh dibuat sama-sama. Bila dah jauh, kita nak cari yang sekepala segila dengan kita pun susah... Haih... Rindoonya!!!

Jom sebarkan kasih sayang!!!

Nasihat buat Mie

Sebenarnya mood hari ni seriously memang tak stabil langsung. Rasa annoy pulak tiba-tiba. So, mood nak menghupdate cerita memang tak ada langsung.


So, sebab tak ada kerja hari ni, Mie pergilah merayau tengok Nuffnang. Manalah tau kot-kot jadi kaya, bolehlah beli sendiri tiket yang Mie memang idam-idamkan sangat tu. Tak payah nak mintak bantuan pada yang tak sudi nak membantu.

Check la satu-satu detail. Sampailah part keywords or kata kunci dalam bahasa Melayunya. Mie check detail untuk hari ini, minggu ini, minggu lepas, sampailah ke bulan lepas. Tup-tup... Terkejut! Nah kau, apa yang panjang sangat ni. Eh nama aku.


Mie scroll dekat nama tu. 31? Tengok jadual sebab takut silap scroll. Eh betullah 31. Maksudnya apa tu? Maksudnya orang dah tahu nama Mie -> Fauzzan Helmy. So lepas ni tak ada la orang silap spelling lagi contoh seperti Fauzan Helmy, Fauzzan Helmi, dan Fauzan Helmi. Huhuhuhuhuh. Takbur 3 saat. Kembang semua...

Tapi Mie fikir balik. Benda ni ada jugak keburukannya. Kalau orang nak amik kesempatan pada Mie memang boleh. Ish...

So Mie pun nasihat pada diri sendiri:
1) Sayang, dengar sini ok. Jangan nak berangan awak tu selebriti tanah air yang terkenal. Cukup-cukuplah awak jadi macam ni aje. Senang...
2) Baby, cuba awak tengok balik. Kalau awak jadi terkenal, awak langsung tak akan ada privasi untuk diri awak sendiri, dan awak terpaksa kongsi sebahagian hidup awak dengan orang lain. Nak? Nanti awak nak pergi toilet KL Sentral tu pun ada orang ikut. Nak? [Tak mo... U_U]
3) Dear, do not exposed yourself much. Ingat, zaman sekarang ni orang boleh buat macam-macam lagi-lagi benda yang tak baik. Awak buat baik pun, kalau orang niat jahat nanti awak yang tak tahu apa-apa orang tuduh sama. So hati-hati ok.
4) Muchuk muchuk atek kanet, listen ni. Tahu awak tu suka nak tolong orang, nak buat baik dengan orang. Tapi jangan sampai biarkan kebaikan awak tu orang perkotak-katikkan. So, plase eh... Pleaselah think bout yourself first ok...

So Mie pun jawab -> Baik!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...