Followers

Thursday, March 31, 2011

Berlecak manapak air, tangan memayung hujan: Credit to Miss Amy Yaya

Selamat pengantin baru Afifi dan Miza. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan kebahagian dan anak-anak yang shumel lagi soleh dan solehah... Amin...



Sebelum cerita ni makin basi, baik Mie siapkan segera sebelum dihamuk dengan mak tiri Cik Amy Yaya yang nak sangat Mie hupdate cerita ni. Huhuhuhuhuhu. Ye la Cik Amy, kali ni space entri ni memang untuk anda. Huhuhuhuhuh.

Sabtu dua minggu lepas, telah berlangsung majlis persandingan antara Afifi dan Miza yang mana dua-dua ni merupakan kawan Mie. Afifi kawan Mie dari sekolah dulu. Kami sama-sama menari dari sekolah sampailah ke peringkat kebangsaan untuk dua tahun berturut-turut. Miza pulak Mie kenal dari persembahan masa MAHA. Sila check entri hujung tahun lepas. Huhuhuhuhu.


Nak dijadikan cerita... Pada hari perkahwinan Afifi dengan Miza tu, group kitorang dapat job persembahan kerja kahwin dekat tempat lain. So, macam biasalah. Dah nama pun job, mean peluang untuk dapatkan cash. Tapi masalah pulak timbul, nak meriahkan perkahwinan Afifi dengan Miza jugak. Macam mana ni? Takkan nak bekejar-kejar pulak? Sempat ke sebab pengantin biasa datang pukul 2...

Tengok punya tengok, lor... rupa-rupanya majlis tu bertentangan. Orang yang tempah persembahan tu dekat depan rumah Afifi je. So, tak de lah masalah sangat. Mie cakap, nak fair kang, kitorang menarilah tengah jalan. Rumah Afifi dapat, rumah orang tu dapat? Boleh? Lepas tu ko kena marah sebab ambulan tak boleh nak lalu. Dah la jalan ke sepital tu... Huhuhuhuhuhu


Pukul 2 kami dah stand by nak bergerak keluar ke rumah pengantin. Rancangan asal rumah Afifi dulu. Sekali entah macam mana sedang asyik kami catwalk kiri kanan kiri kanan, tetibe hujan turun mencurah-curah pulak. Tak berketetel lari semua dengan costume yang bagai-bagai tu. Last-last masing-masing dah tercongok bawah kemah. Bunga pahar dah basah, payung mahkota basah, tak tau nak buat apa. Nak tak nak, kena redha tunggu hujan teduh.

Hujan teduh aje, kami diberi arahan baru bergerak ke rumah depan pengantin yang satu lagi tu. Dah macam askor dah dok terime arahan segala ni. Actually, hujan tak la teduh betul. Masih turun lite-lite je. Then tengok tempat, spacing bagai, tetibe hujan turun lagi. Dah lari lagi duduk menunggu bawah kemah lagi. Tu le, cakap dengan abang penrantin -> "Bang, lain kali suruh pengantin baling spender atas bumbung sehari sebelum majlis". Dia ketawa mengekek-ngekek. Nak hilangkan tensen katanya...

Tetibe dengar pula sok sek sok sek pengantin nak sampai. Pergila stand by nak sambut. Eh, tak muncul-muncul jugak. Mana ni. Tetibe, Afifi dengan Miza pulak sampai. Macam mana ni. Last-last tak ada pilihan lain, lari balik pergi rumah Afifi. Pengantin dah jalan, yang buat sambutan dekat belakang. Boleh? Buatlah sambutan sikit kat rumah Afifi. Habis aje silat pengantin, rintik-rintik kasar turun balik.

Lari semula ke rumah depan. Dah la kawasan rumahnya berbukit. Thrill uols... Boleh patah heels kalo sepuluh kali aje berlari-lari turun naik bukit. Stand by rumah pengantin depan. Pengantin perempuan rumah depan dah siap, pengantin lelakinya tak sampai-sampai lagi. Apa foundation tak lekat ke apa ke, tak tahulah. Lama sangat siapnya. Tak lama lepas tu kompang pun berbunyi, pengantin pun sampai. Jadi buatlah sambutan dengan persembahan opening.


Boleh tak korang bayangkan, tengah menari buat opening ni, hujan turun. Dia dah menitis-nitis kena muka. Penat aje make up. Dia pulak buat atas court badminton. Jadi air dah bertakung dah. Tema pengantin feelin-feelin Arabic, so ibaratnya kitorang menari tepi oasislah ni. Sabar ajelah. Kaki dah kembang terendam dalam air je. Kepala pulak dah basah. Baju tak payah cakap, agak lencun eh. Teruskan ajelah menari. Kami dibayar untuk memeriahkan majlis. Kalau ikutkan hati nak aje lari, tapi dah tanggungjawab. Kang orang persoalkan pulak duit yang kami dapat.

Lepas siap memepung tawar bagai, sekali lagi kami menari masa makan beradab. Adoi, dah la kali ni menari nak lompat-lompat, tendang-tendang. Kaki dah tercelup air, kenalah kawal. Pergh, yang gurls tak nak main duduk bangun plak. Kaki seluar memang kalau diperah dah dapat secawan airlah gamaknya... Habis aje menari, kami terus berlari semula ke rumah Afifi. Nasiblah time tu dah teduh.

Sampai sana, kene menari sekali lagi. Tu yang terserempak dengan Mak Tiri -> Cik Amy Yaya. Cik Amy Yaya ni salah seorang pembaca blog Mie. Mie pun tak pasti sejak bila dia baca blog Mie, and yang penting dia kata dia suka baca blog Mie. Entah, Mie ni kuat merapu dalam blog. Huhuhuhuhuhuh. Berbual-bual pun tak lama dengan Amy sebab dipanggil buat persembahan sekali lagi. Lepas tu sambung berbual lagi. Tu pun tak lama sebab kena ke hospital sebab seorang staff nurse ni kene mengadap sister dia. Lepas tu bergegas ke suatu tenoat lain amik payment. Memang pack gilalah hari Sabtu tu sampai pukul 6.30 petang baru siap.


Sebenarnya hajat hati nak balik semula ke rumah Afifi, nak makan lagi sebab nasi pengantin tu sedap gila and nak sambung buat ketupat dengan Amy, tapi memandangkan semua sepakat nak balik, Mie pun terus balik rumah. Tapi apa-apa pun pengalaman hari tu sungguh beharga. Kalau tak sebab tu, mana pernah rasa menari dalam air kan... Mampo? Huhuhuhuhuhuhu. Tapi part yang paling best, bila dapat jumpa pembaca blog yang slumber and gegila macam Amy Yaya. Nak kenal dengan dia, sila cari Amy Yaya di Facebook. Ops~ Kawan boleh menggtal tak boleh. Sebab dia bakal kakak saya lepas ni. Hahahahahahahaha. Larik!!!!!


Kesian Kak Su, tertintong kejap.
Faiz, tetap maintain dengan mak hayamnya... Gituh!!!

Dalam Botol

Arja Lee sangat encem and dia ada suara yang romantik!!!


Boleh tak belum apa-apa Mie bagai disampuk polong menjerit-jerit tengok muka Arje Lee yang encem yamat tu ha. Mie rasa Arja lagi elok die jadi watak Bidin dari watak Ruby. Please eh Arja, next time jangan bawak watak ni lagi. Huhuhuhuhu. Tapi apa-apa pun good job!!!

*****

Sudah! Jangan nak berangan. Arja Lee tu pun entah kenal hang entah tak. Ada hati nak bagi pesanan bagai.

Hari Sabtu lepas, memandangkan kebanyakan kawan-kawan tari Mie ada Bengkel Pengurusan Seni di Johor Bahru, dan latihan pusat pun tak ada, Mie pakat bertiga keluar dengan Faiz dan Maryam berjalan-jalan menghabiskan waktu yang terluang walaupun pagi tu badan panas akibat demam. Tapi sebab dah berjanji, tak elok pulak. Lagipun agak lama tak keluar dengan Cik Maryam tu.

Purpose utama kami keluar ni tak lain dan tak tak bukan sebab nak menonton wayang, cerita yang dikatakan kontroversi sangat. Karya terbaru Raja Azmi, XXX Dalam Botol.
[Baru Mie tahu, perkataan 'anu' tu sensitip. Orang Johor suka sebut anu, anu ni. Contoh: "Ala, budak yang anu tu, yang kerja dekat Kilang ST tepi Sungai Muo tu la... ". Mace oghe Kelate, dio oghe dok sebuk gituh. Dio oghe dok sebuk gotuh, gotuh which mean anu jugaklah... So boleh tak tukar title -> Gotuh Dalam Botol. Agak-agak lucah tak? Huhuhuhuhu]


Pergi beli tiket wayang pukul 3:50 petang. Masa menonton 5:20 petang. Tengok seat... Ya hampun... Cuma kami bertiga. Voley? Supaya apa tu? Nak cover-coverkan... Segan nak tengok cerita tema homoseks ni kan... Takut keluar panggung je, orang terus cop pkai stamp pad dekat dahi tu homoseks kan...


Padahal masuk La Queen, masuk BB dok mencocok lagi, terponggeng-ponggeng tak pe pulak kan... Supaya apa pulak tu? Ish, hipokrit... Saya Fauzzan Helmy bin Anuar... Saya artis budaya. Boleh? Teeeettt~ Jangan marah Abang Wan. Gurau je... Kalau marah, Mie mintak maaf awal-awal...

Dah puas makan, merayau cuci-cuci mata kejap, kami pun masuklah ke dalam panggung. Ingat bertiga je. Bolehlah memekak. Rupanya depan pintu dah ada yang menunggu. Kelibat empat orang wanita. Ulang suara wanita ye, bukan wanite... So, oklah kot. At least bukan kami bertiga aje yang masuk. Kira hitung congak darab bahagi, adalah dalam 10 ke 15 orang dalam panggung tu.

Komen Mie mengenai XXX Dalam Botol:
1) Cerita ni mengenai pengalaman sebenar yang dilalui oleh watak Rubi yang dilakonkan oleh Arja Lee. Tapi sayang, sebab banyak bebenor yang ditapis, jadi kesannya tak mendalam sangat.


2) Cerita ini pada hemat Mie, Faiz dan Maryam tidak sesuai ditayangkan di kawasan-kawasan bandar yang baru membangun seperti Batu Pahat ni. Lainlah macam Kolumpo tu ha. Kenapa? Kerana orang dalam panggung wayang masa cerita ni ditayangkan dok bergelak sakan walaupun aksi yang ditayangkan babak sedih. Yelah walaupun tak boleh nak diterima akal, "peponen jadian" menyembah kaki laki dia agar tidak ditinggalkan, tapi at least cubalah faham situasi tu kan. Bukan gelak sakan. Yelah bukan batang hidong korangkan?

3) Pada hemat Mie secara peribadi, siapa yang pernah ditinggalkan oleh laki yang tidak guna, tidak tahu menghargai, perangai macam haram, Setan, lahanat, haram jadah, harus tengok cerita ni. Kenapa? Sebab cerita ini akan memaparkan kebodohan kita semasa bercinta dengan pasangan kita yang macam Kambing Pundek tu. Kita serah aje segala-galanya last-last kene dump. So siapa yang nak carotkan laki-laki ke bini-bini yang perangai macam pundek tu elok tengok cerita ni.


4) Moral value cerita ni tinggi sebenarnya. Kalau nak dikaji-kaji balik, sebenarnya apa yang cuba disampaikan pada penonton amat jelas berkenaan kekhilafan manusia yang taksub sangat dengan CINTA. Pendek kata, mesej cerita ni untuk semua, cuma ianya dizahirkan pada watak lelaki yang berubah pada wanita. Sebagai contoh bila kamera dizoomkan pada pasangan lelaki dan perempuan yang sedang sakan berpelukan di dalam restoran. Jadi nampak tak permainan dia macam mana sampai Mie boleh keluarkan soalan pada Maryam -> "Yam ko rasa mana bodoh? Perempuan jadian tu ke perempuan tu?"

5) Watak laki celaka, nak mapos berjaya dibawa dengan baik oleh Wan Raja walaupun Mie rasa gaya lakonannya perlu diperbaiki lagi. Nak tahu kenapa? Wan Raja membawa watak kekasih yang kononnya nak mnguji kesetiaan kekasihnya menyuruh si Bidin menukar dirinya mejadi Rubi. Bila dua bulan menghilang, Bidin kembali dalam keadaan Rubi, kekasihnya tu tak boleh menerima. Antara alasannya, dia susah dan Rubi hilang selama dua bulan. Lepas tu, dengan pundeknye dia menjual kereta yang Rubi bayar tiap-tiap bulan atas kesempitan wang dengan alasan kereta tu atas nama dia. Ha, part yang lagi celaka... Bidin tu dah nak kawin dah, dah nak kawin, si Wan Raja ni boleh datang jumpa mak Bidin dan tunjukkan surat operate dengan XXX yang ada dalam botol tu. Alasannya apa, tak nak orang lain tertipu dan dia perlu dedahkan kebenaran. Untuk apa? Untuk bela anak ikan lain selain Rubi.What the fish!


6) Moral of the story yang begitu kuat Mie rasa, kita boleh sayangkan orang yang kita sayang, tapi jangan terlalu hinggakan kita melebihkan dia dari segala-galanya. Bila tengok cerita ni, memang jelas sedikit sebanyak kekhilafan yang Mie buat pada diri sendiri dulu-dulu. Akhirnya kita akan menyesal dan mampu mengenang apa yang telah kita lakukan dan sia-siakan selama ni. Selisih... Jauhkanlah Mie dari menyakitkan hati orang yang sayang Mie, dan Mie sayang.

Lepas habis menonton, sebelum balik sempatlah membeli sesuatu untuk diri sendiri.


Huhuhuhuhu.

Tuesday, March 29, 2011

Jauh di sudut hati, saya rasa berbangga

Hari ni, bukak fesbuk terpandang satu link yang di'post' di wall. Dalam hati terus terdetik... Show apa ni? Bukak...

Lepas puas diamati, terhenti seketika. "Macam aku kenal baju pink jalur-jalur berkain hijau ni... Macam..."

Muka orang yang dipamerkan di dalam link itu terus di amati. Ya Allah, budak-budak ni rupa-rupanya. Tak sangka... Alhamdulillah, dapat jugak mereka pendedahan sedikit sebanyak. Link apa?



Dalam video ni, ada kawan-kawan sengakatan yang Mie pernah ajar mereka menari di universiti dulu. Terdetik sedikit dalam hati rasa bangga. Akhirnya mereka mampu melangkah jauh. Mungkin inilah perasaan puas yang orang selalu kata bila apa yang mereka cuba usahakan akhirnya membuahkan hasil. Tak banyak sedikit ada membuatkan Mie cukup happy hari ni.

1:55 - Nadia
2:27 - Suraya (yang belakang)
2:55 - Fiza (rambut Hantu Kak Limah)
2:55 - Jira (baju duit-duit)

Dan hingga hari ni, Mie masih pegang nasihat kata-kata Iza -> "Dalam secangkir kopi yang pahit, tetap ada rasa manisnya".


Thursday, March 24, 2011

Sekejap


Bila orang tanya Mie bila nak update blog, Mie tak tahu nak bagi jawapan apa sekarang ni. Bukan tak ada cerita. Ada cerita yang Mie nak kongsi dengan pembaca-pembaca blog Mie. Tapi honestly, bulan Mac tahun ni merupakan bulan yang agak memenatkan bagi Mie.

Bila orang kata sehari ada berapa jam? Memang kita ada 24 jam. Tapi dalam tempoh 24 jam dengan keadaan seperti sekarang ni, Mie tak rasa pun cukup untuk menyusun kata menghiburkan hati sendiri bila menulis blog dan membuat yang membaca blog ni rasa gembira. Jujurnya sebagai manusia biasa, Mie perlukan masa untuk diri sendiri bagi meneutralkan semua keadaan.

Dengan rasa nak demam sebab show lepas main dalam hujan, dah tu dengan aktiviti yang padat kemain, antibodi Mie bagaikan tintong seketika untuk melindungi Mie dari serangan virus-virus yang berjaya melemahkan Mie. Tapi nak atau tidak, Mie kene bertahan daripada serangan menggila ni. Kalau nak ikutkan rentak hayunan badan, memang layak terkulai di kamar peraduan mingidam yang bukan-bukan. Nak makan ayam goleklah, sup ayamlah, bubur nasilah. Haih...

Proses pengembangan badan juga semakin mencanak-canak menyebabkan tiap hari Mie banyak menghabiskan masa berlari-lari anak di tepian tasik. Orang kata tak payah nak payah, tapi payah nak jadi tak payah ni. Ha... tintong sudah.

Tak apalah. Mie kena hadapi semua ni perlahan-lahan. Mie cuba digestkan apa yang berlaku pada Mie satu persatu, dan mungkin ia mengambil sedikit masa. Harapan dalam hati cuma satu, biarlah semuanya tenang dan Mie mampu berdepan dengan apapun selepas ni dengan berlapang dada.

Friday, March 18, 2011

Terima Kasih Cinta

Dua minggu tak hupdate blog... Mana Mie pergi...

1) Mie sangatlah sibuk sejak pulang dari bercuti awal bulan hari tu. Hari ni pun masih sibuk. Tapi Mie cuba ambil kesempatan masa yang ada untuk menulis. Sedikit sebanyak nak mengurangkan ketegangan dalam kepala ni.

2) Apa yang Mie dapat rumuskan dari percutian awal bulan hari tu -> sangat seronok sebab dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan dan yang paling penting Mie tak pulang dengan tangan kosong.


3) Kawan Mie; Pojie yang shumel bagi Mie peluang main-main dengan LV die yang sangat nakal. Finally Mie dapat melawat kediaman baru Pojie sambil bermain-main dengan anak-anaknya. Owh!!! Tak lupa. Pojie bawak Mie cuci-cuci mata sambil menjamu nasi kukus yang "menyelerakan". Teeeettttt... apakah? :P

4) Mie jugak sempat meluangkan masa satu hari dengan kawan baru yang Mie kenal dari blog. Sempat makan nasi lemak, dan melawat kediamannya jugak. Tapi yang paling best bila dia sanggup bawa Mie tengok cerita Burlesque! Feelin-feelin uols~ Jadi Kistina Ajegilah. Hahahahahahaha...

5) Part paling best ni... Kawan baru Mie, Mr.J bawa Mie tengok teater Terima Kasih Cinta. Diserikan lagi dengan kehadiran Zul dan Pojie. Sempat jugaklah kami berjalan-jalan sekita tasik meninjau-ninjau kot-kot la terlanggar abang-abang Muay Thai yang kebetulan ada kat sekitar tasik tu buat kompetesen. Tapi rupanya... Nan ado... Terserempak kaka shantek yang lagi kekwat uols~


6) Teater Terima Kasih Cinta... Mie boleh kata Mie sangat berbangga dengan teater tu. Jalan ceritanya mudah difahami, props yang ringkas, lagu yang sedap-sedap didengar dan mampu menyentuh emosi. Dari lima bintang, Mie bagi 3 3/4 bintang sebab ada watak utama yang kurang menonjol seperti watak yang dilakonkan oleh Norish Karman. Watak yang superb tapi sikit, dan suara nyanyian Vincent Chong yang tak banyak kedengaran.

Paling tak disangka terserempak dengan Fara Fauzana. Ingat nak ambil gambar dengan dia. pojie cuba tarik. Tak dapat. Tak pelah uols. Fara Fauzana sibuk. Tapi Fauzzan Helmy ada. Boleh snap-snap. [Hallu... Fauzzan helmy tu siapa? Femes ke uols?] U_U

7) Q-Bistro, Downtown Cheras merupakan destinasi yang baru dilawati. Terima kasih pada Pojie sekali lagi sebab melayan kerenah orang tak betul ni. Huhuhuhuhuh. Nasib aku tak beli lagi teddy bear. Huhuhuhuhu. Fenemena baru, pemandangan baru, dan ada sesuatu yang baru. Huhuhuhuhuhu.


8) Yang penting I'm feelin like in Heaven.


9) Sekolah Menengah Teknik Jempol merupakan destinasi seterusnya. Buat apa? Mie mengajar dekat sana. Huhuhuhuhu. Ajar apa lagi. Takkan ajar menukang or menyusun batu bata pulak. Ajar menarilah. Huhuhuhuhuhu. Sikit sebanyak menambahkan income di kocek. Saya memang gigih mencari duitkan. Huhuhuhuhu. Tetibe... Teeetttt~ Ada seorang student curi-curi tengok saya. Chop! Awak belajar dengan Cikgu Faiz gerak tari lelaki, cikgu nak ajar student perempuan punya gerak. Jadi sila pandang sana. Terima kasih. Selisih bias... Simpang malaikat 44.

10) Semalam, Mie juga telah dipilih sebagai Peserta Lelaki Bengkel Senam Seni 1 Malaysia terbaik. Gigih tak. Tiap-tiap minggu ada aje kerja aku merayau tinggalkan opiskan? Balik terus mengadap akaun dengan fail yang menimbun. How? Sebab tu jarang dah hupdate blog. Senam Seni 1 Malaysia lebih kurang J-Robik jugak. Tapi Mie amik bengkel ni untuk jadi juruletih bagi kem-kem PLKN pulak. So ni chances Mie jugak. Huhuhuhuhuh.

11) Salah satu sebab lagi, kebetulan minggu ni cuti sekolah. Jadi banyaklah pulak kerja kawin. Kawan-kawan Mie pun ramai dah kawin ni. Jadi bila dah ramai orang kawan, banyaklah pulak shownya. Jadi tak menang tangan nak duduk mengadap cerita merapu merepek meraban dalam blog ni. Huhuhuhuhuhuhuh.

12) Malam ni, Mie kena pergi latihan untuk show esok. Latihan baru pulak tu. Esok dah show. Alah, macam tak biasakan di bagi kerja-kerja last-last minit macam ni. So, memandangkan esok Encik Afifi Ariffin yang kawin, kawan setarian Mie, so kenalah perform.

13) Tapi dalam banyak-banyak benda selama dua minggu ni, paling penting Mie rasa bahagia sangat-sangat... Alhamdulillah. Finally Mie jumpa apa yang selama ni Mie cari. ^_^

Terima kasih kepada insan-insan yang membuatkan Mie gembira, dan bahagia.

Cukup dua minggu punya cerita.

p/s: Cik Amy Yaya, sila datang dengan laki anda esok di majlis kawin Acik. Saya nak buat ketupat dengan anda. Huhuhuhuhuh :P

p/s: Encik Aziz, saya sentap awak panggil saya gemok. Huhuhuhuhuhu... Baik mulai sekarang saya tak makan nasi... Saya makan Nasi Goreng Ayam, Nasi Padprik, Nasi Lemak Sambal Sotong, dan nasi-nasi yang lain. Nanti forwardkan alamat. Nak hantar "benda" tu.

p/s: Terima Kasih Cinta FH

Jerat


Kala pertama kupandang
Pesona diwajahmu
Saat itu hatikukan terpana
Tiada ragu lagi
Tiada bimbang lagi
Semuanya ingin kumiliki

Gelisah jiwaku ini
Dilanda bayanganmu
Kan mengoyak dinding keangkuhanku
Kau ciptakan rindu
Kau buat hatiku
Terjerat
Tali cinta

Resah... resah pun tiada menentu
Bila semalam pun tiada bertemu
Mimpi... mimpi kan terasa oh sepi
Bila kau tiada tampakkan senyumanmu...


FH

Wednesday, March 02, 2011

Vacation

Hari ni hari last Mie kerja... dalam minggu ni.
Mie akan bercuti selama 2 hari
Khamis dan Jumaat + Sabtu dan Ahad = Meriah!!!

Eh, tak ada angin tak ada ribut, tetiba nak bercuti? Huhuhuhuh... Mie terpaksa curi-curi masa macam ni untuk tenangkan fikiran dan berhibur. Mie nak ke mana??? Huhuhuhuhuh... Tunggu Mie balik baru Mie cerita. Ok?

So pembaca-pembaca sekalian, Mie harap korang jaga diri, jangan buat benda bukan-bukan. Insya Allah, Mie akan bersiaran semula dengan cerita-cerita best untuk anda. Jom cuti-cuti. Segala-galanya ada di sini.

Jangan claim komisen pulak muka-muka yang ada kat sini... Huhuhuhu
^_^

Tuesday, March 01, 2011

Trilogi Cinta meningkat!!!

1.3 juta penonton yang mengikuti rancangan ini. Itulah penangan drama bersiri Trilogi Cinta yang masuk ke episod 27 untuk siaran malam ni. Maknanya ada lagi 13 episod sebelum kemuncak darama bersiri ini yang Mie jangka akan disiarkan pada 3 April 2011 nanti.

Ini merupakan entri ketiga Mie berkenaan drama bersiri Tilogi Cinta ni. Itulah penangan kimia Rosyam Nor dengan Sharifah Abu Salem. Memang bergabung meletop. Mie memang salute habislah sebab bukan senang sebenarnya nak menterjemahkan novel menjadi satu realiti. Lagi satu nak memenuhi kehendak dan permintaan penonton sendiri, sebab orang menterjemahkan novel tu mengikut imaginasi sendiri. Huhuhuhuhu. Jadi memang susah nak puaskan hati semua orang. Tapi dengan rating penonton 1.3 juta, ianya sesuatu yang boleh dibanggakan. Tahniah Raz Corporation. Tetibe~

Klik pada gambar untuk proses tumbesaran

Ini merupakan data yang Mie perolehi dari Nuffnang pasal carian yang orang ramai lakukan dan dapat access direct ke blog Mie. Cuba tengok, ranking pertama aje orang cari OST Trilogi Cinta. Sila rujuk balik entri Mie ->
OST Trilogi Cinta [klik]. Tempat kedua, orang cari pasal cerita Trilogi Cinta tu sendiri. Kagum...

Sila abaikan tangga ketiga dan keempat. Kita terus melompat ke tangga kelima. Orang mencari berkenaan Rahayudean Rahmat dengan lagu Lafazkanlah. Menjawab sekali soalan Cik Kasih Zulaikha berkenaan lagu Rahayudean Rahmat ni.

Sebenarnya Mie pun dah lama mencari. Kalau dengar dekat TV mesti lagunya tak penuh. Separuh-separuh aje. Mie puaslah mencari sampailah Mie terjumpa dengan Hairon Bee. Mie mintak tolong dengan dia terus direct dia tanya dengan Julfekar sendiri. Dia cakap Insya Allah dalam masa terdekat lagu tu akan dikeluarkan. So, sabar menanti je la Cik Kasih Zulaikha ye... Nanti kalau dah ada, Mie bagi tahu ok.


Klik pada gambar untuk tumbesaran.

So, malam ni jangan lupa tengok eh. Hurm, kalau tak silap Mie... Dah masuk buku kedua chapter 15 ke 16 kot... Huhuhuhuhu -> Sila klik.

p/s: Tak sabar nak tengok Ombak Rindu pulak yang dengar-dengar cerita heroinnya Maya Karin. Kalau diadaptasi ke drama bersiri, macam nak Fauziah Ghous jugak yang berlakon jadi Izzah. Huhuhuhuhuh... Nak tengok pulak gabungan Rosyam Nor dan Fauziah Asha'ari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...