Followers

Friday, May 20, 2011

Menunggu

Sekarang ni Mie ada di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan. baru sampai setengah jam yang lepas. Mie sekarang menunggu seseorang untuk pick up Mie dari sini.

Sedang asyik menunggu di balai ketibaan ni, Mie cuba detect WiFi dekat sini. Berjaya!!!

So sementara menunggu ni, Mie cuba update blog pakai telefon ni menggunakan software Blogdroid. Tak tahu lah Mie macam mana hasilnya. Kalau korang boleh baca dan tak ada masalah, meaning ok lah tu.

Owh ya, lupa pulak nak bagi tahu tujuan utama ke mari. Mie nak menonton persembahan Citrawarna esok. Jangan tak tahu Pojiepooh Abdullah masuk persembahan Kali ni eh. Mie tak masuk sebab penat pertandingan minggu lepas taj hilang lagi. Nak update cerita pun aje tak menyempat eh. Sibuk sangat. Penat... Otak nak digest cerita pun tak larat. Nanti lah. Perlahan-lahan.

Ok lah... Setakat ni dulu Mie nak bercerita. Kang senyap aje orang kata Mie mati pulak... Hua hua hua hua...

Take care. Have a nice weekends.

Mana lah orang ni ek? Bercinta tunggu...



posted from Bloggeroid

Thursday, May 12, 2011

Kesalahan menggunakan kamera 8mgp yang jelas walaupun dari jarak jauh apatah lagi dari jarak dekat

Nah ambik!!! Tangkap!!!

Tajuk entri Mie tak nak macam karangan pulak kan kali ni. Huhuhuhu...


Sepanjang beberapa minggu ni, malam-malam Mie selalu diisi dengan latihan tarian yang padat. Mana taknya, hujung minggu ni; 15 Mac 2011 Mie dengan rakan-rakan akan bertanding untuk Karnival Rakan Muda di daerah Kluang. Tahun lepas satu kategori, tarian Melayu. Tapi tahun ni dua kategori kami masuk. Tarian Melayu dan Cina. Mampo? Terpaksalah beli foundation nombor 01, kena pantis kening segala. Habis nak jadi Cina katanya...


So memandangkan latihan biasanya malam selepas waktu kerja, Mie decide untuk tak pulang sebaliknya stay. Satu hari, Mie cakap dengan kawan Mie nak makan burger. So dia pun cakap lah dengan Mie ada satu kedai burger yang best area Batu Pahat ni.

Sumpah Mie tak pernah tahu pun.
Menurut kawan Mie, kedai tu asalnya warung tolak roda tiga aje. Tapi sebab sedap, dorang dah conquer lot tepi jalan tu dan dok pelebaq kedai depa sampai jadi kedai makan. Ha, dari jual burger, dorang siap jual makanan goreng-goreng lagi. Siapa cakap jual burger tepi jalan tak boleh kaya. Yang lagi bestnya, kedai tu siap ada WiFi... Mampo? Mie pun tak pasang WiFi dekat rumah. Online pakai berukband sajork... U_U~

Nama kedai ni, D'Tanjung Burger. Mie tak nafikan kedai ni selesa dan secenery dia pun not bad lah. Huhuhuhu. Nak tahu kenapa? Meh sini Mie cerita... Teeetttttt!!!


Sampai-sampai aje Mie dekat kedai ni, kami dah bertentang mata. Haih... Tiba-tiba hati Mie terus jadi teruja. Rasa terenjat tengok dia. Dia pun tengok Mie. Taste sangat... Korang taste tak? Tak... Apelah korang ni, macam tu punya cute pun tak taste... Tapi Mie buat biasa aje. Jual mahallah sikit. Kang excited lebih kang orang kata gedix. So what?

Mie terus ambil tempat duduk yang Mie boleh nampak dia. Tak sangka, dia ekori lenggang langkah Mie dengan ekor matanya.

Mie pilih tempat duduk yang tak berbumbung bawah lampu kuning. Sambil memesan makanan, Mie sempat kerling-kerling. Ternyata dia mencuri pandang Mie senyap-senyap (statement ini disupport oleh kawan Mie. So bukan Mie perasan okeh). Dalam keterujaan, Mie keluarkan handphone Mie. Mie cuba snap gambar dia dari jauh dan zoom maksimum... Damn... Blur sikit, tapi bolehlah. Hebatnya kamera 8mgp...

Sebab kedudukan Mie tak selamat, Mie pass dekat kawan Mie suruh dia snap pulak. Kang kantol kang, terus kena angkut bawak balik macam mana? Satu dua tiga! Snap! Jadi... Tengok-tengok... Dia tunduk pun sweet... Alalalalalala~

Tiba-tiba, dalam seronok snap-snap tu, hujan mula turun gerimis. Kami terus angkat kaki cari tempat berbumbung... Damn. Ada dua meja kosong sebelah mejanya... Kami terus duduk. Dalam hati ni tuhan aje lah yang tahu berdevar...

Kawan Mie teruskan operasi snap-snap. Tadi jauh tak nampak sangat kan. So kesempatan yang dekat ni diambil. Dari zoom secara maksimum, kami zoom separuh dan snap!


Berjaya!!! Hallo... Korang ingat yang mana... Yang kuning ni lah, bukan yang biru... Ish ish ish...


Gambarnya kami snap lagi. Hahahahaha... Alololololo... Comeynye...


Comey kan... kan... kan...(sila jangan jeles eh...)

Kalau korang betul-betul perasan, cuba tengok dari gambar yang awal. Mula-mula dia pandang tempat lain. Then bila kami pindah, cuba perhatikan perpindahan body language dia tu... Ha, nampak tak apa maksudnya???

Teeetttt!!!!

Lepas santap, kami terus bergerak dan Mie layangkan kad atas meja... Hahahahaha. Cuba teka apa yang jadi lepas tu...

Lalalalala~

p/s: Since Abang Kesah tak nak main snap-snap, biar Mie pulak yang snap-snap. Hua hua hua hua...
p/s/s: Maaf, gambar anda Mie publish. Ngeee~

Monday, May 09, 2011

Selamat Hari Ibu


Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang

Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan

Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama

Kasih sayang maha suci

Betapa agungnya
Tiada ternilaikan


Oh mama Oh mamaku
Tiada cinta yang murni

Setulus cintamu

Ku suntingkan mama

Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku...

1) Selamat hari ibu buat Puan Hasnah binti Bahari
2) Dua hari berturut-turut Mie raikan mama sempena hari ibu ^_^
3) Hargai apa yang anda miliki sebelum segalanya hilang dan pergi

4) Esok Mie akan bercuti dan menuju ke Jempol, Negeri Sembilan...


Malas nak taip panjang-panjang. Kang orang tak faham...

p/s: Lepas balik beli bunga, TERbeli pulak benda ni. Huhuhuhuhu...

:P

Wednesday, May 04, 2011

Percubaan awal bulan Mei

Maaf entri ada sedikit unsur-unsur menegangkan... Nak baca sila mintak kata laluan ye pada email Mie -> aremie_021296@yahoo.com.my
Ngeee
Berjaya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...