Followers

Thursday, June 30, 2011

Pergi

Segala persiapan telah pun dilakukan. Apa yang pasti, hanya beberapa jam kaki yang melangkah pergi untuk meninggalkan bumi Malaysia buat seketika mencari sesuatu yang lebih menjanjikan ketenangan dan mungkin sedikit kejayaan. Doa mengiringi tiap langkah...

Monday, June 20, 2011

U_U~

Mencari kekuatan meneruskan hidup dan meneutralkan keadaan seperti biasa. Kena ambik masa. Bukan senang nak hilangkan sakit ni...

p/s: Hidup tak boleh diteruskan dengan penipuan...

Saturday, June 11, 2011

Baru


Salam...

Hari ni Mie hantar adik Mie; Cik Husna ke tempat baru baginya, bukan bagi Mie. Dekat mana? Cheras. Huhuhuhu. Nampak sangat hang suka duduk melepak malam-malam dekat Q Bistro yang terkenal tu sambil cuci mata kan. Hai Tasik Permaisuri. Hahahaha... Apalah niatnya tu?

So sementara nak menunggu Cik Husna buat pendaftaran beliau, Mie ambil kesempatan memuat turun satu aplikasi baru berkaitan blog iaitu  Blogaway. Mie survey aplikasi ni lebih menarik dari Bloggerdroid. So dalam bosan-bosan sebab messsage Mie tak di balas, Mie pun taiplah entri ni. Lagipun orang dah sibuk tanya kenapa   Mie tak update blog Mie lagi. Sik ghisaulah, nanti kamek update pasal kitak tok. Sik lupa janji kitak tok na. Huhuhuhu.

Tengah Mie duduk menunggu dekat tempat pendaftaran tu, Mie rasa tak senang duduk sikit sebenarnya. Sebab Mie rasa ada mata yang memandang. Tapi orang kata jangan gelabah tak pasal-pasal kan. Lagipun Mie pegang lagi pada janji. Bila Mie angkat kepala aje... Nah!!! Memang ada. Haih... Ape ni pandang orang macam nak telan ni. Nak Mie angkat jari tunjuk cincin beli sendiri ni ke? Huhuhuhu... Nasiblah Cik Husna buat proses pendaftaran tu tak lama. Phew!!! Tapi timbul pulak satu masalah; dia dah nampak Cik Husna. Eh, lantok le awok sana. Tak sior tenang memikionye...

Hurm, lepas ni Mie nak menangis-nangis pelok-pelok pulak dengan Cik Husna. Sedih ni nak tinggalkan adik perempuan yang sorang ni dekat sini. Dahlah tinggal dekat tempat orang, ni pulak kali pertama dia nak belajar berdikari. Haih, dalam hati cuma mampu berdoa supaya semuanya lancar dan selamat. Mudah-mudahan dia boleh berjaya dengan krusus yang dia pilih ni.

Oklah, Mie nak gerak ke asrama penempatan Cik Husna ni. Haih, kenalah pindah kerja area sini cepat-cepat macam ni. Awak, kalau dapat rumah nak area eh. Supaya senang ulak alik tengok Cik Husna ni. Huhuhuhu...

Take care korang.

P/S: Tak suka guna uolssss, iolssss. Tergeliat lidah. Banyak sangat S. Sesuatu sangat.

Friday, June 03, 2011


Bukankah semestinya
Cinta yang bisa membuat membahagia

Namun

Kau yang tak pernah mahu mengerti ertinya cinta


Tak habis ku berfikir
Sampai bila begini
Ku menanti

Rasakan indahnya cinta

Ku cuba selalu untuk mengerti
Tapi tak mampu bertahan lagi
Akan ku jalani hidup

Mengabdi cinta yang pantas untukku

Ikatan cinta sudah berakhir

Buah hati hatikan menjadi saksi
Hanya waktu menemani

Biar kenangan tersimpan di hati

Mengapa pertengkaran
Selalu ada antara kita

Dan begitu mudahnya

Kau ucap kata ingin berpisah


Seharusnya kau tahu

Takkan semudah itu

Bila memang kau tulus mencitaiku





Akhirnya aku ditinggalkan sebab kesian

Semalam birthday dia
Hari ni keputusan yang Mie kena terima
Terima kasih

Kesian kesian kesian
Tu semua alasan yang sengaja diciptakan
Hakikatnya...

Hidup umpama roda


p/s: Takkan update blog!

Terima kasih buat hidup saya kucar kacir

REST IN PEACE!


Thursday, June 02, 2011

Huarghhh!!!

Bulan dah berganti, tapi entri dalam blog macam tak berganjak aje. Hurm, lately cuma ada satu rasa yang Mie rasa. MALAS!

Malas nak pergi kerja, malas nak duduk dalam office, malas nak menghadap fail dan akaun-akaun yang kadang-kadang Mie sendiri tak faham mana punca dan untuk apa, macam-macam malas lagi. Balik aje rumah, Mie malas nak mingle dengan semua orang dalam rumah, duduk memerap dalam bilik, main telefon, mengedap lappy, main apa-apa yang boleh dimainlah. Mata pulak asyik mintak dipejamkan melayan kantuk yang entah datang tiba-tiba dari mana. Layaknya orang membawa isi dalam perut [rasanya budak lelaki dalam ni sebab malas aje].

Jangan kata nak buat kerja, nak bersiap elok-elok pun rasa malas semacam aje lately ni. Kalau dulu pantang nama nak keluar. Bersiap macam nak pergi buat show. Sekarang ni, nak pegang moisturizer cream tu pun malas ha. Memang tahap dewa malas ni. Lagi lah nak update blog. Bukak belek kiri kanan, baca update cerita orang lepas tu Mie tutup balik. Menaip. Hurm, tak ada maknanya. Idea tak mari lah.

Lagipun, sekarang ni tiap-tiap hujung minggu ada aje aktiviti yang Mie kena buat. Ni lagi lah musim orang mengawan ni, makin banyak orang mengawan makin banyak rezeki yang datang. dah lah Mie tengah malas pulak tu... Nak cerita ni pun rasa malas. Nanti lah ye.

Baby duduk diam-diam eh. Jangan main tendang-tendang ok.

Selamat Ulang Tahun


Semoga dipanjangkan umur
Dimewahkan rezeki
Dikurniakan kesihatan
dan selalu dilimpahi dengan kegembiraan...

Selamat menjalani peperiksaan
Semoga dipermudahkan segala urusan
dan beroleh kejayaan yang cemerlang.
Insya Allah...

Amin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...