
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Syukur Mie ke hadratNYA kerana pada saat dan ketika ini, Mie masih lagi dikurniakan nikmat Islam dan Iman serta dipinjamkan umur untuk meneruskan kelansungan hidup yang Mie rasa akhir-akhir ini banyak menguji kesabaran dan ketaatan Mie kepadaNYA sebagai seorang hamba. Syukur juga Mie panjatkan sekali lagi kerana diberi peluang untuk melakukan ibadah puasa yang mana di dalamnya penuh dengan nikmat dan pahala yang berlipat ganda bagi sesiapa yang tahu menghargainya...
Tentu ada yang tertanya kenapa Mie kembali menarikan tangan di atas papan kekunci ketika tibanya bulan yang mana segalanya diserahkan padaNYA untuk mendapatkan balasan pahala dan nikmat Syurga. Insya Allah...
Kalau nak ikutkan hati, memang banyak yang Mie nak perkatakan setelah lama menyepikan diri. Tapi biarlah apa yang telah berlalu itu Mie jadikan sebagai batas bagi yang tak elok dan pembimbing pada mana yang elok. Molek ok... ^_^ Huhuhuhuhuh...
Cuma bagi entri kali ni, Mie nak kongsi pendapat Mie sedikit sebanyak tentang diri kita dan Ramadhan.
Kalau kita peka pada perkembangan akhir-akhir ini, sama ada kita perasan ataupun tidak, ramai yang mula nak mendekatkan diri dengan pegangan dan agama masing-masing. Bukan kerana hampirnya Ramadhan, tapi Mie perasan perkara ni sejak dua tiga tahun kebelakangan ni. Alhamdulillah. Tu satu pendekatan yang baik. Ramai orang menggunakan pendekatan agama dalam setiap apa yang dilakukan.
Tapi sedar atau tidak, mereka bukan benar-benar mahu menghayati atau memahami apa yang mereka ucapkan sebaliknya hanya mempersendakan agama yang mereka pegang sebagai satu landasan untuk terus-terusan melakukan kemungkaran.
Maaflah. Mie bukan tak suka mereka berpegang teguh pada ajaran agama masing-masing, bagus... Tapi tolonglah. Agama itu bukan sesuatu yang ingin dipersendakan atau semata-mata ingin ditonjolkan yang kononnya kamu tu baik sangat dimata orang lain dengan amal ibadat berbakul-bakul. Tapi dalam masa yang sama masih melakukan kemungkaran dan kelalaian. Jangan dijadikan alasan agama tu untuk menarik perhatian orang lain dan menonjolkan kebaikan yang hanya munafik semata.
Bagi Mie, biarlah amal ibadat tu kita lakukan ikhlas kerana Allah untuk mengharapkan keredhaan dan pahala. Sambil tu mohon petunjuk darinya jika kita tersasar jauh. Mohon hidayah dan petunjuk dan kesempatan untuk kita kembali ke jalan yang sebenar dan bertaubat. Allah tu Maha Pengasih dan Maha Penyanyang.
Betul kita tak boleh nak menipu diri kita sendiri. Tapi sekurang-kurangnya janganlah jadikan alasan agama tu sebagai alasan untuk kita dapatkan sesuatu dan melakukan kemungkaran. Jijik tau tak... Lebih baik amalan kita, kita sendiri yang buat, kita sendiri dan DIA yang tahu. Bukan dicanang-canang untuk menagih perhatian dan menyembunyikan kebenaran disebalik amalan. Bak kata orang pakaian seseorang tu tidak melambangkan amalan yang bakal di bawa.
Jadi sempena Ramadhan ni, kita cuba perbaiki diri kita. Tingkatkan amalan dan perbanyakkan pahala. Mungkin dengan cara ini Nur tu akan datang pada kita. Secara jujurnya Mie bukan nak berkhutbah kata Mie baik segala, tapi Mie bertuah sebab Mie ada "dia" yang selalu ingatkan Mie tentang tanggungjawab Mie sebagai seorang hamba. Mie sendiri tak tahu bila Mie akan berubah, tapi Mie selalu mencuba agar Mie terus dipinjamkan nikmat iman dan Islam...







