Alhamdulillah, dalam diam tak diam dah dekat dua minggu umat Islam menunaikan ibadah puasa. Kemeriahannya dirasai. Hurm, dalam orang lain sibuk bercerita pasal persediaan dan kemeriahan menyambut Ramadhan, tapi Mie pulak sibuk nak cerita pasal relationship. Dah lari musim ni. Ngeeee~
Ah, persetankan pendapat orang. Eh, bulan puasa nanti mana ada Iblis dan Syaithon. Tapi kalau nak tengok Iblis dan Syaithon sebenar, ha... Time-time puasa ni melambak. Tengoklah perangai masing-masing. Yang tak sabar dengan tak sabarnya. Panas baran dengan panas barannya, yang nakal noty-noty manja macam Mie ni tak payahlah nak cakap... Sentap!!! Hallo, Mie memang manjalah bukan gedik-gedik buatan ok. Dah memang perangai semulajadi. Ni bukan proses pembedahan plastik atau silikon suntik. Ops~
Tapi part yang paling sedih bila hari baik bulan baik macam ni ada yang mengambil keputusan untuk memutuskn jambatan silaturrahim yang kononnya dah dibina sejak sekian lama. Mie jugak tak terkecuali merasai bahangnya. Eh, siapa cakap Mie dah janda? Belum ok. Cincin dijari masih indah terlukis bentuk. Ya Allah, ish ke situ pulak... Bukan nak riyak, tapi hakikatnya macam tulah. Masih lagi dipinjamkan rasa dan nikmat kasih sayang yang Dia kurniakan pada Mie dalam hati. Kalau boleh Mie nak kongsi kasih sayang Mie pada semua orang. Tapi Mie takut Mie tak mampu dan menyakitkan hati orang. Tak nak mati menanggung dosa sesama makhluk. Dosa sendiri pun tak terpikul ni lagi nak memikul dosa orang.
Bila berbicara soal rasa sakit hati, entahlah lately dia kerap menyakitkan hati Mie. Mie pun tak tahu kenapa walhal Mie dah pun cuba yang terbaik untuk menjaga hatinya dan jambatan ukhwah yang kami bina. Mungkin ada yang tak kena tapi Mie sendiri tenggelam dalam punca yang Mie cari. Hinggalah pada satu hari Mie dapat tahu yang dia menjalin hubungan kembali dengan bekas kekasihnya. Mie tak kisah dan sedia undur diri kalau betul dia nak buat perbahan dalam diri dengan beralih angin. Tapi hakikatnya jalan hitam jugak yang dipilih untuk berubah.
Luluh hati Tuhan aje yang tahu. Mie anggap tu sebagai dugaan dariNYA untuk melihat sejauh mana kekuatan yang Mie ada untuk tidak berpaling dari DIA yang meminjamkan rasa kasih sayang ni. Sejujurnya, orang akan fikir yang hubungan ini terlarang dan akan dicampur dengan perlakuan sumbang yang menempatkan kami di Neraka Jahannam. Tapi salah tanggapan orang. Apa yang kami lakukan hanya berkongsi rasa sayang dan perhatian sesama insan. Kami cuba untuk tidak mencemari ikatan yang Tuhan pinjamkan dengan melakukan perbuatan sumbang. Alhamdulillah sampa hari ini kami kekalkan. Baru-baru ini dia pun pulang dari menunaikan ibadah Umrah dan perjalanannya di sana lancar tanpa sebarang halangan. Adakah itu cukup untuk membuktikan yang kami menjalani hubungan ini dengan aman?
Tapi bila mengenang dia menjalinkan hubungan dengan orang lain, Mie cuba optimistkan diri. Mie tak melenting membabi buta menyalahkan dia dengan apa yang berlaku. Salah satu kekuatan yang ada pada Mie hingga kini Mie optimist. Ye mungkin pada pandangan orang, Mie ni sekadar anak-anak ikan kampung yang senang nak diayam-ayamkan. Tapi silap. Sebenarnya banyak benda yang berlaku Mie dah dapat kesan bagi sesiapa yang rapat dengan Mie. Bohonglah Mie sebanyak mana, lambat atau cepat pembohongan itu akan dibongkar sendiri oleh tuan punya badan. Cuma Mie tak mahu menunjukkan kebodohan sendiri dengan melenting tak tentu pasal. Mie sabar, Mie senyum, Mie cakap elok-elok untuk menyelesaikan masalah-masalah pembohongan. Mie kaji semula apa kesilapan dia dan Mie kaji balik kesilapan Mie.
Ya, mungkin dia silap sebab menduakan Mie sedangkan Mie dah cuba menjadi yang terbaik untuknya. Tapi Mie selalu ingatkan pada diri, relationship bukan hubungan stu pihak tapi dua pihak yang terlibat. Jadi tak adil rasanya Mie menyalahkan dia untuk apa yang terjadi. Mie kaji kelemahan Mie dalam hubungan ni. Mugkin Mie terlalu percaya padanya atau mungkin Mie tak dapat meluangkan masa bersama dengannya. Jadi Mie buat keputusan untuk memberinya peluang kedua.
Mungkin ada antara pembaca yang kata Mie bodoh sebab masih teruskan hubungan walaupun dah sah-sah dia curang. Tapi Mie sedar dalam dunia tak ada yang sempurna dan masing-masing ada melakukan kesilapan. Jika Tuhan tu boleh memberi kita peluang untuk bertaubat, kenapa kita sesama manusia tak boleh nak bagi peluang pada orang lain untuk menebus kesilapan dan memperbaiki diri. Mie tahu mungkin ada yang jenuh memberi nasihat untuk Mie, tapi Mie tahu tiap apa keputusan yang Mie ambil, Mie akan berdepan dengan risiko. Mie dah bersedia untuk berdepan dengan segala risiko lagian dalam hubungan yang tidak jelas taraf ini apa kemungkinan boleh berlaku. Ada yang mampu bertahan dan tidak mustahil putus ditengah jalan. Segalanya permainan hati.
PELUANG KEDUA bukan semua orang mampu memberi dan tidak semua orang mampu untuk merasainya. Tapi kebanyakannya akan mengganggap peluang kedua hanyalah peluang untuk meneruskan kelansungan yang bisa menyakitkan dan menghibakan kerana mereka dah lali dengan kebiasaan itu. Tiada yang mahu mengambil kesempatan atas peluang yang diberi sebaiknya. Ingatlah ia hanya datang sekali seumur hidupmu... -Mie-
