Followers

Monday, October 31, 2011

Ombak Rindu


Klik di sini -> Klik

Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rindu ku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hati ku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Akan menemui anda 1 Disember nanti
Jangan lupa 2 Disember Mie nak mintak hadiah
Awak kena make sure tak ada any flights on that day ok!!!

Tuesday, October 25, 2011

Happy Dewali


हैप्पी दीपावली

Pendam



Pendam - Shahir AF8

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah aku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

**********

Acapkali kita mendengar apabila orang selalu berkata

If you truly love someone,
Let him free to find what makes him happy

If he comes back, he is yours

But if he does not come back

Then he never meant to be with you

Hurts,

But it would be selfish and immoral

To have it any other way


Wednesday, October 12, 2011

Festival Zapin Nusantara Kembali

Festival Zapin Nusantara telah diadakan buat julung-julung kalinya pada tahun 1998 diikuti penganjuran Festival Zapin Nusantara II pada tahun 2008. Matlamat utama Festival ini diadakan adalah untuk menghimpun serta mempertemukan aktivis-aktivis seni, para penggiat dan tokoh seni tari zapin dari seleuruh rantau kepulauan Melayu termasuklah Malaysia, Singapura, Indonesia dan lain-lain lagi.

Pada kali ini, Stadium Bandaraya Johor Bahru akan menjadi saksi utama untuk kali ketiga bagi pertemuan 18 kumpulan peserta yang berkecimpung dalam bidang seni terdiri daripada 8 kumpulan dari Malaysia (johor, Sabah, dan Serawak), 6 kumpulan dari Indonesia serta 4 kumpulan dari Singapura. Sepanjang tiga hari berlangsungnya Festival Zapin Nusantara III ini, para peserta akan mengikuti sesi perbengkelan seni tari dan muzik, serta membuat persembahan mengikut jenis zapin yang akan dipersembahkan pada 15 dan 16 Oktober 2011.

Bagi Festival Nusantara III kali ini, Mie secara langsung terlibat sebagai wakil untuk kontijen Batu Pahat yang mana merupakan johan bagi Pertandingan Zapin Johor bagi kategori terbuka pada tahun lepas. Persembahan pada malam 15 dan 16 tersebut bukan sekadar menampilkan zapin yang terdapat di negeri Johor dan di dalam Malaysia, tetapi juga tarian-tarian serata pelosok rantau Melayu. Tak sabar rasanya nak membantu memeriahkan persembahan tersebut walaupun ada sedikit perasaan tidak senang. Mie ketepikan atas dasar profesionalisme seorang penari. Hal personal kita tolak ke tepi. Selesaikan apa yang patut dikerjakan.

Mie akan berada di Johor Bahru selama lima hari bermula dari hari esok hingga 17 Oktober nanti. Penginapan kali ni ditempah khas di Hotel New York, Johor Bahru. Menapak lagilah ke stadium gamaknya. Tak apalah, yang penting Mie tak keseorangan di sana nanti. Walaupun korum yang ada macam tahun lepas tu tak mencukupi, tapi serangkai yang tinggal tetap menghiburkan. Oh ya... Ni bukan pertandingan, tapi sekadar persembahan untuk memeriahkan acara.

p/s: Nak ke Universal Studio dengan hanya RM230 sahaja?
p/s: Maryam Ahmad, Adik, Kakak, Kak Ida, bestnya kalau korang ada... Kena join team lain pulak... CARMA sangat!!!

Friday, October 07, 2011

Purnama yang tiga

Banner di atas terus maju, meninggalkan segala entri yang dipandang lesu. Tiada sebarang ulang tahun untuk meraikannya walaupun menjejak ke angka kedua. Sedangkan ulangtahun kewujudannya tidak diraikan, masakan entri nak ditulis menambah bilangan. Segala percubaan itu bagaikan satu angan-angan yang jauh dalam jangkauan.


Kalau dulu, si bekas buah hati beriya-iya menghadiahkan telefon bimbit bestari untuk Mie menghupdate entri mana aje yang Mie pergi. Katanya "Saya suka baca awk punya entri... Lepas ni awak boleh menulis ke mana aje yang awak pergi...". Gembira hati bukan kepalang. Telefon bestari bakal mengisi masa senggang dengan entri merapu yang panjang-panjang. Tapi bila telefon bestari yang didamba dah berada dalam genggaman, pucuk yang di citakan bagaikan diracun dengan simbahan air suam. Layu dan lesu dipandang. Entri yang di tulis pun jarang-jarang. Jangan kata jarang, sebulan sekali pun belum tentu entri nak dikarang. Bila pembaca pun kurang langkah ditutup kepada umum menjadi pilihan dengan bekas buah hati pun tak boleh nak pandang isi segala kandungan.


Banyak masa dihabiskan dengan menonton tayangan dan paparan yang indah-indah di laman sesawang sosial pilihan. Terlalu sakan melayan banyak permintaan yang datang dari segenap ruang hinggakan terlupa tentang kewujudan yang pernah diciptakan. Kalau dahulu segala permasalahan akan diluah di layar putih terbentang, tapi kini segalanya banyak diluah pada rakan yang rajin menyapa kumandang. Tiada lagi bingkisan atau coretan panjang berjela yang ingin disampaikan.

Kesibukan dalam bekerjaya dan meneruskan tugasan sambilan sebagai artis budaya sebenarnya bukanlah halangan besar yang menyekat segala kemaraan dalam mencurahkan rasa atau berkongsi duka. Namun Mie sedar, suasana sekeliling Mie yang menghalang Mie dari bekarya dan meluahkan rasa yang terbuku dan terbenam lalu memilih jalan ringkas dan mudah untuk melupuskan apa yang terpendam. Jika segala tindak tanduk diperhatikan, waimah tangan tidak memegang sebarang kalam tanda sudah selesai segala pekerjaan, karya terbantut lalu menyimpan dendam dan menyumbat fikiran meluahkan perasaan.


Setelah hampir dua bulan Mie menyepikan diri, Mie memasang cita-cita dan angan-angan untuk menyelesaikan apa yang Mie kerjakan. Ini tanggungjawab Mie. Mie yang mulakan, dan Mie juga harus habiskan. Keputusan pun belum Mie buat samada mengekalkan atau menutup terus laman yang tiada pembaca ni. Ataukah ia sekadar disinggah untuk meluahkan genangan di tubir mata...

p/s: Entri pendek merapu macam ni pun
5 hari nak siap???
p/s: Deactivated Facebook bagi menghormati rasa hati...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...