![]() | ||||||||
| Kristine Hermosa and Oyo Sotto's Wedding Impikan wedding macam ni. Meremves tengok Oyo Sotto ni... |
Ko dah gila nak I do, I do... Aku Islam lah... Nak konsep aje macam ni...
Seronok dipandang, seronok menjadi perhatian yang datang walaupun sehari, seronok berkongsi merai, walaupun penat berhempas pulas, segalanya tidak dipeduli asalkan hari yang dinanti sempurna dijalani.
Perutusan Raja Sehari
Undangan Walimatul Urus
Anakanda kami
Fauzzan Helmy Anuar yang bakal disaktukan dengan .....(nama dirahsiakan demi menjaga kepentingan dan mengelakkan maslahah yang lagi besar).....
Semoga kehadiran tuan puan dapat menyerikan lagi majlis.
Begitulah bait-bait yang dipetik dari kad undangan raja sehari yang semakin hari semakin menambun. Almaklum ajelah, bila tiba cuti sekolah, bila tiba musim tengkujuh, sekonyong-konyong itu jualah musim mengawan kembali. Bagai berjanji-janji. Orang kata musim sejok... Grrrr....
Akan tercananglah di sana sini anak si polan dinikahkan dengan si polan, anak si polan bermenantukan dengan anak si polan. Nombor-nombor yang tercancang di kalendar habis di tanda. Sabtu minggu ni lima tempat, Ahadnya pulak tujuh tempat. Sabtu Minggu depan lapan kenduri kahwin, Ahadnya empat. Sabtu minggu tulat penghujung bulan lagi banyak tempat, maklumlah kang kalau tak dibuat tak sempat nak menengok anak bersanding rapat, Ahadnya pulak dah tak menang tangan macam melayan peminat. Mana taknya... Risau. Kang hari ni tak pergi rumah orang, esok lusa anak kita kahwin kang orang tak datang, dah tak cukup quorum kendarat.
Tu baru cerita temapt belum lagi cerita bab berkat. Berengket-rengket bawak bungkusan nasi balik ke rumah, tak cukup dengan jajan, sumi yang dibagi ibarat budget tersekat. Bukan sikit belanja nak menjamu sekampung, bukan sekat belanja lainlah bermenantukan anak Agong. Bekas bermacam rupa, reben sana sini tak payah nak kata. Adoi... Meriah sungguh bagaikan pesta layaknya. Ibu-ibu tersenyum mesra mana taknya dapur tiga minggu tak berasap asyik memanaskan lauk pengantin aje. Meriah tak?
Ha, tu part yang datang bertandang. Tak kisahlah tu nak menjamu orang makan-makan, asalkan di mata para jemputan majlis yang dirancang tampak sempurna, dan mereka semua pulang dengan hati senang. Pendek kata jangan main belakang. Ops!!!
Tapi bagi part yang nak merancang, kalau boleh badan ni nak dibelah lapan. Satu bahagian fikirkan konsep apa yang nak dirancang, warna apa yang sepadan, pesen mana baju nak diperagakan. Pendek kata cari aje mana-mana agensi perancang perkahwinan kan senang... Eh, tak nak!!! Kahwin bukan banyak kali. Kahwin sekali jadi kalau boleh biar sendiri yang buat. Gigih...
Satu part fikirkan makanan ape yang nak dihidang. Makanan mesti kena dengan tema perkahwinan. Kang buat tema ala Cina hidangan roti canai??? Eh ape ke konsep tu? Kot ye pun Satu Malaysia, macam tu pulak.
Satu part lagi sibuk buat senarai tetamu yang datang. Gigih mengira ahli keluarga orang. Anak Pak Long ada sembilan, cucunya lagi dah lapan belas. Anak Pak Ngah dah tujuh, cucunya ada dua puloh. Ni kalau nak buat dekat hotel memang tak semua boleh datang... Rugi-rugi pakai cantik-cantik sikit aje yang pandang. Nak buat dekat Staduim pulak macam meriah sangat. Kawan-kawan dekat Facebook dah dekat lima ribu orang, Twitter dah dekat empat ribu orang. Mana gaya nak buat jemputan ni? Kad lagi... Argh!!! Onlinekan... Jimat pun jimat.
Satu part badan lain dok pikir nak buat hantaran. Haih nak hantar berapa dulang ni? Bincang dari bertunang sampai ke majlis kahwin, tak sudah-sudah nak mengira dulang tapi hantaran tak siap-siap jugak. Kalau boleh semua nak dibagi pada pihak yang satu lagi dengan harapan adalah dulang pengganti. Tak ikhlas ye... Huhuhuhu.
Satu part lagi sibuk nak pikir tentang jurugambar pilihan. Berderet-deret senarai jurugambar dah dibentangkan tinggal pilih mana yang berpatutan. Pekej gambar melambak-lambak dari frame sekecik alam sampai besar gedabak. "Papa, Mama nak yang nilah, boleh? Dia kata nak bagi satu gambar kita besar dinding, boleh letak atas kepala katil..." Gituh... Impian sangat kan. Tu tak masuk lagi photoshoot untuk pre-weding, nak bentuk video ke nak gambar yang berbicara. Majlis resepsi nanti macam mana. Nasib orang tak buat benda pelik pergi honeymoon pun nak photographer jugak. Mie nak buatlah, macam best aje. Hiks~
Krusus perkahwinan tidak dilupakan. Tu tugas lagi satu badan. Dok sibuk pikir tu pikir ni kang tak pergi krusus dah tak boleh nak kahwin. Pada Mie sebenarnya krusus ni macam tak perlu kot. Kes cerai-berai tetap berlaku dan meningkat tiap tahun. Mungkin sedikit titik sentuhan perlu diberikan untuk mengubah cara dan pelaksanaannya untuk bakal pengantin. Orang dolu-dolu tak ada krusus aman aje rumah tangga. Pendek kata pembawakan diri dan cara kita dengan pasangan yang menentukan kerukunan rumah tangga tu.
Lagi dua part persediaan remeh sebelum dan semasa acara. Kan ke cukup lapan semua tu. Huhuhuhu...
Rupanya nak buat preparation nak wedding ni lagi pening dari wedding tu sendiri. Haih...

Mata dah lebam...
@_@