Hamboi!!! Entri pembuka macam nak bagi ucapan pembukaan terpilih sebagai tokoh Maal Hijrah gamaknya. Mana taknya, orang excited ya amat katanya. Sampai lupa diri. Senoneng senoneng. Lemas-lemas!!! Air dah naik dekat kepala. Hahahaha. :D
Suka korang eh sebut air-air, kepala-kepala. Luku nak? :P
Ok berbalik kepada cerita hari ni yang mendebarkan. Apakah yang berlaku sebenarnya?
Hari ni, hari cuti. Maklumlah X'mas jatuh pada hari Ahad, jadi Isnin ni cuti ganti. Bila dah namanya 'CUTI', rutin harian Mie juga dah mula berubah sikit dari hari-hari biasa. Masa cuti ni lah masanya yang terbaik nak tengok matahari sejengkal atas kepala bila bukak aje mata. Maklumlah bilik Mie macam bilik pengantin. Asyik kelam dan malap 24/7. So nak membezakan hari siang ke malam lagi susah. Lagi-lagi kalau hari hujan. Tarik comforter gomol sakan teddy bear dekat sebelah yang ada. Hahahahaha.
Tapi hari ni, pagi Mie diganggu oleh bunyi deringan telefon rumah yang tak berhenti-henti menyanyi. Bunyinya berkali-kali. Lepas satu masuk dua masuk tiga masuk empat. Apa yang masuk? Incoming call lah gile!!! Aik, tak ada orang ke dekat rumah?
Dengan muka sememeh ni, Mie gigihkan diri jugak menolak comforter jauh dari badan. Rasa malas menyelubungi diri. Tapi deringan bingit tu mengahalang aktiviti menuju puncak dan kepuasan berehat di Holiday Season sepenuhnya. Dingin pagi lantas menyelubungi diri. Lantas Mie sarungkan gaun tidur ke tubuh. Maklumlah. It's X'mas B... Tak salahkan posing pagi-pagi macam ni. Hiks!
Dah! Jangan ko mimpi Nab oi!!! Tak ada maknanya aku nak tido dengan pakai baju tak cukup kain sampai tonggeng nampak tongkeng. Mie tido pakai kain pelikat aje uols... Mie kan orang kampung...
Koyak? Erk... ganas sangat agaknya... Matilah imaginasi. Maaf ye tuan punya kain. Mie rembat dari Google Images search... Hiks Y(^_^)Y
Dengan nada malas dan marah Mie angkat ganggang. Tapi senyap. Mie pun tak nak lah keluarkan suara jantan macho pagi-pagi. Tapi masing-masing dah senyap, Mie pun cakap. "Hallu, selamat pagi. 07-418XXXX bercakap. Siapa di sana? Ada apa-apa yang boleh saya bantu anda di pagi yang hening lagi dingain ini?", sambil tangan di dada mata ke atas. Harus kepit gangganglah kan...
"Urm, hello...". Jejans ko yang telefon rumah aku pagi-pagi buta. "Encik Fauzzan Anuar? (Helmy tak ada). Saya XXXXX (yang penting dalam mamai, sepatah haram pun aku tak ingat nama ko) dari Telekom Malaysia. Saya nak datang rumah encik untuk buat proses pemasangan WiFi encik". Terus terkedu Mie dengar apa yang disampaikan oleh Jejans tu tadi. Muka yang sememah tadi terus rasa tegang tiba-tiba. "Urm, encik nak datang pasang WiFi ye? Urm, bila eh encik nak datang buat pemasangan ye encik?", terus angkat telefon pergi depan cermin. Nasiblah cermin tak jauh mana dari telefon. Bagus jugak idea Mie letak cermin dekat dengan telefon. " Sekarang encik. Sekarang saya dah ada depan kampung encik. Urm, tiang lampu nombor berapa encik?". Erk!!! Terus tepuk-tepuk muka bagi tegang. Nasib aku tak selet dengan bedak sejok. Kalau tak jenoh nak mambasuh. Dengan confident Mak Jemah, Mie terus jawab "Owh boleh encik. Tiang nya no XX encik. Saya tunggu".
Apa lagi Mie teruslah mencicit capai ape yang patut. Yang mana nak kemas, kemas dulu. Yang teruk macam menyapu mengemop lantai yang mengerah masa tenaga sangat nanti-nanti. Haih, kelam kabut hidup aku dibuat budak Telekom ni. Ada ke pagi-pagi buta dah bertandang dekat rumah orang. Kot ye pun tunggulah masuk waktu Dhuha ke datang. Time tu haruslah rumah dah shantek untuk dikunjungi.
Tak lama lepas tu dia datang dan buat proses pemasangan. Time tu dengan muka konpiden bukak pintu dengan tangan lembap-lembap salam dengan encik tu. Kata si budak Mie ni ape? "Maaflah encik, baru siap bilas baju, tak dengar bunyi telefon..." Matilah!!!
So, diumumkan rumah Mie dah ada wifi. So kepada Berukband Celcom yang line hidup segan mati tak mau, Mie ucapkan selamat bersara. Mie hargai usaha anda menabur khidmat dan bakti yang entah hape-hape. Nak download pun kemain payahnya. Kesimpulan dari itu, saya akan online selalu. Hahahaha!!!
Sekian.
p/s: Selang



















