Followers

Tuesday, January 10, 2012

Berbicara tentang awan

Bebuli pada tetikus ditarik ke bawah menghalakan paparan skrin untuk bacaan lebih lanjut. Iklan-iklan jawatan kosong kerajaan dan bukan kerajaan di baca satu persatu.

Terpandang iklan jawatan kosong di skrin rata tentang pencarian kru kabin bagi sebuah syarikat penerbangan yang terkenal di dalam negara. Mie hanya membaca isi kandungan iklan itu dengan senyuman sinis. Segala terma dan syarat dalam iklan tu dikajibanding dengan diri. Semuanya ada, tak satu pun yang kurang. Malahan lebih.

Pramugara. Salah satu cita-cita yang memang Mie gilakan satu ketika dulu. Kalau tak percaya sila rujuk entri yang berikut. [KLIK]


Bersama bakal-bakal doktor yang nak terbang ke India. 
We are looking forward to fly with you. 
Please enjoy the fascinating flight only with "Air Warisan".
(Mampo pakai costume rasmi macam ni?)

Tapi tu semua dulu, sekarang tidak lagi. Mie rasa Mie dah terlalu tua untuk mengejar kerjaya di awan tinggi. Suku abad; satu angka yang amat besar dan terlalu matang untuk belajar menerima sesuatu yang baru lebih-lebih lagi bidang yang kita sendiri bukan ahli. Orang selalu beranggapan suku abad tu muda lagi. Masih bergetah. Type-type yang masih boleh bela jadi anak ikan oleh havang-havang. Tapi tidak bagi Mie. Angka suku abad tu Mie jadikan penanda aras untuk Mie mula serius dengan kerjaya Mie dan mula melakar masa depan dan soal hidup dengan lebih tekun dan gigih.

Mie bukanlah takut untuk belajar tentang sesuatu yang baru ataupun mengambil risiko dalam setiap langkah Mie. Sebagai bukti, masakan Mie yang asalnya berteleku dalam aliran Sains Tulen boleh belajar dan menggelumangkan diri dengan akta dan fakta dari aliran Sastera. Secara teori mungkin kita boleh lontarkan itu dan ini. Tapi secara praktikalnya, jauh beda sekali. Cuma, Mie rasa Mie dah terlalu kertu untuk bekerja dalam bidang yang menuntut segala masa dan banyak pengorbanan ni. 

Kami akan berikan layanan terbaik kepada anda hinggakan masing-masing hanya mampu tersenyum kepuasan sampai tak mampu nak bersuara. Muahahahaha...

Mie bercakap dan berkongsi dengan korang dari pengalaman Mie sendiri. Pengalaman melihat, mendengar dan melaluinya sendiri. Apa? Mie pernah jadi pramugara kejap ke?

Hahahaha, tak lah korang. Tapi Mie ada pengalaman Mie sendiri. Mie yang sendiri rasa. Mie yang sendiri lalui. Pengalaman bercinta dengan kakitangan yang kini masih bekerja dalam Malaysia Airlines. Pengalaman yang banyak mengajar Mie untuk bersabar dan lama kelamaan makan hati. Tapi itu tidak bermakna Mie membenci atau serik untuk mencuba melangkah lagi. "Hai awak... Sambil melambai-lambai. Sorrylah bukan awak. Saya lambai kapten kapal yang dekat belakang yang bawak teedy bear besar untuk saya tu". Lalalala~ 
 
Mmmmuacks!!!

Namun Mie tak cukup sabar bilamana dia lebih pentingkan hal kerja dari Mie sendiri. Nak contact sehari pun harem. Lagi nak bertanya khabar ataupun calling-calling. Hidupnya lebih diabdikan untuk penumpang-penumpang yang menantikan perkhidmatan dan layanan mesranya. Dengan penumpang, dengan kawan boleh pulak melayan mesra. Dengan aku? Biarlah, benda dah lepas... Kitorang nama aje bercinta tapi selalu masing-masing buat hal sendiri. Mie yang terhegeh-hegeh mengharapkan itu dan ini. Dulu lah. Tapi sekarang tidak lagi.


Mie akui Mie memang suka jadi perhatian, Mie memang suka bilamana setiap lenggang langkah diperhatikan orang, suka berhias agar nampak kemas dan sempurna, tapi bila membayangkan soal keluarga dan tuntutan masa dalam kerjaya membelah awan, Mie jadi akur memadamkan segala hasrat memeluk awan. Mie tak betah untuk dibebabani dengan tanggungjawab yang besar. Bukan tak mampu, tapi ada faktor lain yang mengahalangnya. Tapi perkara yang paling penting bagi Mie adalah harapan dan restu ayahanda dan bonda Mie yang mana kurang setuju dengan pilihan kerjaya terbang di awan tinggi. 

Memastikan kepuasan hati semua orang bukannya mudah. Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan keselesaan dan kesenangan diri demi kepuasan orang lain. Hal ini lebih-lebih lagi melibatkan keselamatan ramai orang. Orang selalu fikir kerjaya di awan tu mudah, tapi hakikatnya ia tidaklah seindah yang disangka. Terlalu banyak contoh yang dah dihidang di depan mata, tapi kadangkala kedegilan untuk mencuba menyebabkan Mie gagahkan diri melangkah juga. Namun rezeki tetap tak ada.


Cakap-cakap orang juga menambah kegusaran Mie terhadap kerjaya di awan. Kenaikan pangkat dengan mudah hanya dengan layanan mesra dengan mana-mana kapten kapal menjadikan Mie pikir banyak kali. Kalau nak melayan orang, lagi baik Mie jadi bini kapten kapal dari duduk melayan nafsu ramai orang. Haiyoooo... Terus feeling-feeling Izzah dalam cerita Ombak Rindu. Dapat suami cando macam Tuan Harriz lakonan Aaron Aziz, tak ke bahagia ko Nab? "Kalau encik nikahi saya, saya takkan tuntut sebarang hak seperti isteri-isteri lain..." Mampo?


Mie sedar, sebagai seorang anak kapal kita akan banyak menghabiskan masa dengan kerjaya kita. Tugasan di tempat orang, berjauhan dengan yang tersayang, berjauhan dari keluarga, anak-anak, kawan-kawan yang kita rapat. Orang disekeliling kita, kalau tak orang yang sama, orang yang berbeza tapi serupa macam tu jugak. Bila dikaji-kaji semula, Mie rasa Mie tak mampu nak mengharung kejauhan dan rasa itu nanti. Lantas ku pendam, ku putuskan... Biarlah rahsia... Huhuhuhu.


Buat masa sekarang, saat entri ini dikeluarkan, Mie rasa bersyukur sangat kepada Allah SWT yang menentukan arah percaturan hidup Mie ni. Bagi yang tahu sedikit sebanyak kisah hidup Mie sekarang, mungkin akan bertanya -> "Mampu ke budak ni nak survive nak hidup dengan keadaan yang macam tu?". Mie dengan rasa rendah diri, Mie mampu jawab macam ni -> "Alhamdulillah, syukur. Mie masih mampu nak kurangkan beban keluarga Mie. Walaupun hidup Mie tak mewah dengan wang ringgit, tapi hidup Mie meriah dan mewah dengan gelak tawa dari keluarga Mie, dari kawan-kawan yang sekepala, dan yang paling istimewa, dari DIA... Mie yakin dan percaya Allah dah sediakan yang terbaik untuk Mie dalam hidup. Bumi Allah tu luas. Mie yakin rezeki tu ada dekat mana-mana asalkan kita berusaha dan itulah yang Mie buat. Walaupun usahanya tak semenggah mana, tapi Mie tetap cuba buat yang terabaik untuk diri Mie sendiri. Lagipun, percubaan dan usaha dari bawah itu lebih manis saat kita menuai dan memetik hasilnya."
Sekian...


p/s: Ceh! poyolah... Tangan di dada mata ke atas. Hahahahahahaha.

2 comments:

MISS WHATEVER said...

Post kali ni menarik tapi yang aku tak paham sangat, pasai apa setiap perenggan nak diselitkan dengan gambor korang bertiga ek???? Ko mampoooo muka sesekor cam haremmm.. ahaha

Fauzzan Helmy Anuar said...

Cik Yam: Eh haruslah... Kan kitorang bertiga ni pramugara Air Warisan Jah oi... Haruslah duta Air Warisan kena ke depan bagi mempromosikan dan melariskan marketing business kitorang. Tak lama lagi kitorang nak ambik contract dekat Orchid pulak. Kipas-kipas. Aircond!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...