Tapi lately ni, kekreatifan Mie semakin bertambah. Kalau dahulu hanya mampu membuat gerak-gerak pelik yang kadang-kadang tak masuk dek akal, mana taknya... Nak syncronizekan kaki dengan tangan, tu tak masuk ekspresi muka yang nak maintain shantek memanjang, tapi sekarang Mie mula berjinak-jinak dalam seni rekaan. Rekaan baju dan seluar dalam kah?
Ke rekaan baju perantin nak kalahkan Rizalman Ibrahim pulak [KLIK]. Matilah kita dek... Potong kain pun tak pandai...
Jah, ni bukan baju abang Rizalman hockey! Ko jangan pepandai tanya dia nak buat baju macam ni. Kang aku kene pelangkung. Ni aku Google sajork! (Tapi terus jerit: Abang Rizalman!!!! Kita minat sangat dengan design abang Rizalman!!! Nak tempah baju wedding boleh?)
Sebenarnya benda-benda ni semua berlaku sebab berkat usaha dan minat Mie yang mendalam dalam bidang seni tradisi ditambah pulak dikelilingi dengan kawan-kawan yang punya minat yang sama. Masing-masing sekepala. Pendek kata, kalau ditolak kepala sorang ke kanan, semua kepala pun tertolak ke kanan. Huhuhuhu. Mampo nak acting ghope itu? Pengalaman, modal persendirian dan citarasa masing-masing cuba disatukan lalu membentuk satu hasil seni yang baru buat kumpulan kitorang.
Mesti korang tertanya-tanya ape dia kan. Ni ha, Mie nak tunjuk sikit...
Tada!!!
Show sempena Pesta Tanglung di Tokong Tien Nam Xi
Show sempena opening UO Superstore di Batu Pahat...
Lor, ada ape aje? Macam kostum tipikal aje. Melambak kumpulan-kumpulan dekat KL ni buat macam ni. Tak ada yang beza pun? Sama aje... Apa yang uniknya? Terus mencerlung mata... Korang ni kan, langsung tak tahu nak menilai ape itu seni kan... Memang Muthu jugak yang kenal putumayam...
Sebenarnya, sebelum ini apa yang anda lihat dalam paparan di atas kini, tidak pernah wujud pun di dalam kumpulan tarian Mie. Masing-masing lebih senang dan selesa untuk mengenakan busana Melayu Johor yang tipikal iaitu (Mie malas nak taip, so korang klik baca or tengok sendiri) [KLIK SINI] dan [KLIK SINI]. Jadi berkat usaha dan kesungguhan masing-masing yang kerap dihimpit dengan ungdangan show dan tak termasuk tugasan kerja yang wajib dilaksanakan, Mie dan rakan-rakan cuba merealisasikan impian kecil kami.
Berpegang pada cogan kata alam -> "Bukan senang nak senang, tapi senang nak payah" kitorang mula dengan hiasan dan aksesori kecil-kecilan. Orang pun kata "Lebih baik ada sikit dari tak ada". Mungkin lepas ni lebihan duit show yang ada kitorang mampu untuk membuat sendiri aksesori lain. Siapa tahu? So teruskan berusaha kawan-kawanku...
Credit to Aiez, Shah, Kakak, Adik and tak dilupakan Miss Ventet [KLIK] Ops, Mie ada story panas pasal Miss Ventet ni. Tunggu next entri.
p/s: Siapa nak show, tak gheti-gheti mintak dengan Mie. Ha, korang boleh hubungi Mie melalui talian 012-XXXXXXX. Heh! Ingat senang-senang aku nak bagi? Korang mesti ada emailkan? Email ajelah pada Mie. Nanti drop no phone. Mie call korang yang berminat untuk show. Pakej kita bincang nanti. Huhuhuhuhu. Tak mahal... Sila tanya LELAKI YANG BANYAK KISAH NI [KLIK].










0 comments:
Post a Comment