"...sebab tu siapa yang bercinta dengan orang famous ni kena sedar. Dia tak boleh bercinta macam orang normal yang lain. Macam artist and politicianlah. Tengok pasangan masing-masing macam dikebelakangkan aje demi peminat and penyokong. But, hakikatnya... Pasangan itu still istimewa dengan caranya yang tersendiri..."
Mie tahu, entah dia perasan atau pun tidak blog picisan macam Mie ni. Tapi Mie yakin dan percaya, usai menonton klip ini korang semua akan minat macam dia macam mana Mie minat dekat dia. Perjalanan hidupnya tidak seindah yang kita fikirkan. Macam Mie cakap, hasil yang dituai dan dipetik selepas kesusahan itu lebih manis rasanya.
So kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, sebagai orang kampung macam Mie, Mie bangga dengan Datuk Siti. Selamat ulang tahun kelahiran. Semoga dipanjangkan umur, dimewahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan selalu dilimpahi dengan kegembiraan. Semoga Datuk Siti akan dikurniakan rezeki dengan anak-anak yanh soleh lagi solehah. Amin...
Apapun orang kata, "Tak hidup dek puji, tak mati dek keji..."
p/s:
Melihat klip ni, Mie banyak belajar...
Kredit to blog Bukan Kosong
Sudah setahun genap pemergian Allahyarham Mohd Hafizan bin Osman kembali kepada penciptaNYA yang tunggal. Mie cuma mampu menghadiahkannya bacaan Yasin dan al-Fatihah buatnya menyambung bekalan di alam sana. Mie titipkan juga pesanan untuk rakan-rakan allahyarham agar menghadiahkan al-Fatihah buat roh almarhum. Bagi yang membaca entri ini, Mie harap kalian boleh menghadiahkan bacaan al-Fatihah untuk almarhum. Semoga bacaan ikhlas kalian sampai kepadanya di sana. Tak ada apa yang mampu Mie lakukan selain ucapan terima kasih.
Semoga roh Allahyarham Mohd Hafizan bin Osman tenang di samping penciptaNYA. Al-Fatihah...
Bebuli pada tetikus ditarik ke bawah menghalakan paparan skrin untuk bacaan lebih lanjut. Iklan-iklan jawatan kosong kerajaan dan bukan kerajaan di baca satu persatu.
Terpandang iklan jawatan kosong di skrin rata tentang pencarian kru kabin bagi sebuah syarikat penerbangan yang terkenal di dalam negara. Mie hanya membaca isi kandungan iklan itu dengan senyuman sinis. Segala terma dan syarat dalam iklan tu dikajibanding dengan diri. Semuanya ada, tak satu pun yang kurang. Malahan lebih.
Pramugara. Salah satu cita-cita yang memang Mie gilakan satu ketika dulu. Kalau tak percaya sila rujuk entri yang berikut. [KLIK]
Bersama bakal-bakal doktor yang nak terbang ke India.
We are looking forward to fly with you.
Please enjoy the fascinating flight only with "Air Warisan".
(Mampo pakai costume rasmi macam ni?)
Tapi tu semua dulu, sekarang tidak lagi. Mie rasa Mie dah terlalu tua untuk mengejar kerjaya di awan tinggi. Suku abad; satu angka yang amat besar dan terlalu matang untuk belajar menerima sesuatu yang baru lebih-lebih lagi bidang yang kita sendiri bukan ahli. Orang selalu beranggapan suku abad tu muda lagi. Masih bergetah. Type-type yang masih boleh bela jadi anak ikan oleh havang-havang. Tapi tidak bagi Mie. Angka suku abad tu Mie jadikan penanda aras untuk Mie mula serius dengan kerjaya Mie dan mula melakar masa depan dan soal hidup dengan lebih tekun dan gigih.
Mie bukanlah takut untuk belajar tentang sesuatu yang baru ataupun mengambil risiko dalam setiap langkah Mie. Sebagai bukti, masakan Mie yang asalnya berteleku dalam aliran Sains Tulen boleh belajar dan menggelumangkan diri dengan akta dan fakta dari aliran Sastera. Secara
teori mungkin kita boleh lontarkan itu dan ini. Tapi secara
praktikalnya, jauh beda sekali. Cuma, Mie rasa Mie dah terlalu kertu untuk bekerja dalam bidang yang menuntut segala masa dan banyak pengorbanan ni.
Kami akan berikan layanan terbaik kepada anda hinggakan masing-masing hanya mampu tersenyum kepuasan sampai tak mampu nak bersuara. Muahahahaha...
Mie bercakap dan berkongsi dengan korang dari pengalaman Mie sendiri. Pengalaman melihat, mendengar dan melaluinya sendiri. Apa? Mie pernah jadi pramugara kejap ke?
Hahahaha, tak lah korang. Tapi Mie ada pengalaman Mie sendiri. Mie yang sendiri rasa. Mie yang sendiri lalui. Pengalaman bercinta dengan kakitangan yang kini masih bekerja dalam Malaysia Airlines. Pengalaman yang banyak mengajar Mie untuk bersabar dan lama kelamaan makan hati. Tapi itu tidak bermakna Mie membenci atau serik untuk mencuba melangkah lagi. "Hai awak... Sambil melambai-lambai. Sorrylah bukan awak. Saya lambai kapten kapal yang dekat belakang yang bawak teedy bear besar untuk saya tu". Lalalala~
Mmmmuacks!!!
Namun Mie tak cukup sabar bilamana dia lebih pentingkan hal kerja dari Mie sendiri. Nak contact sehari pun harem. Lagi nak bertanya khabar ataupun calling-calling. Hidupnya lebih diabdikan untuk penumpang-penumpang yang menantikan perkhidmatan dan layanan mesranya. Dengan penumpang, dengan kawan boleh pulak melayan mesra. Dengan aku? Biarlah, benda dah lepas... Kitorang nama aje
bercinta tapi selalu masing-masing buat hal sendiri. Mie yang
terhegeh-hegeh mengharapkan itu dan ini. Dulu lah. Tapi sekarang tidak
lagi.
Mie akui Mie memang suka jadi perhatian, Mie memang suka bilamana setiap lenggang langkah diperhatikan orang, suka berhias agar nampak kemas dan sempurna, tapi bila membayangkan soal keluarga dan tuntutan masa dalam kerjaya membelah awan, Mie jadi akur memadamkan segala hasrat memeluk awan. Mie tak betah untuk dibebabani dengan tanggungjawab yang besar. Bukan tak mampu, tapi ada faktor lain yang mengahalangnya. Tapi
perkara yang paling penting bagi Mie adalah harapan dan restu ayahanda
dan bonda Mie yang mana kurang setuju dengan pilihan kerjaya terbang di
awan tinggi.
Memastikan kepuasan hati semua orang bukannya mudah. Kadang-kadang kita terpaksa mengorbankan keselesaan dan kesenangan diri demi kepuasan orang lain. Hal ini lebih-lebih lagi melibatkan keselamatan ramai orang. Orang selalu fikir kerjaya di awan tu mudah, tapi hakikatnya ia tidaklah seindah yang disangka. Terlalu banyak contoh yang dah dihidang di depan mata, tapi kadangkala kedegilan untuk mencuba menyebabkan Mie gagahkan diri melangkah juga. Namun rezeki tetap tak ada.
Cakap-cakap orang juga menambah kegusaran Mie terhadap kerjaya di awan. Kenaikan pangkat dengan mudah hanya dengan layanan mesra dengan mana-mana kapten kapal menjadikan Mie pikir banyak kali. Kalau nak melayan orang, lagi baik Mie jadi bini kapten kapal dari duduk melayan nafsu ramai orang. Haiyoooo... Terus feeling-feeling Izzah dalam cerita Ombak Rindu. Dapat suami cando macam Tuan Harriz lakonan Aaron Aziz, tak ke bahagia ko Nab? "Kalau encik nikahi saya, saya takkan tuntut sebarang hak seperti isteri-isteri lain..." Mampo?
Mie sedar, sebagai seorang anak kapal kita akan banyak menghabiskan masa dengan kerjaya kita. Tugasan di tempat orang, berjauhan dengan yang tersayang, berjauhan dari keluarga, anak-anak, kawan-kawan yang kita rapat. Orang disekeliling kita, kalau tak orang yang sama, orang yang berbeza tapi serupa macam tu jugak. Bila dikaji-kaji semula, Mie rasa Mie tak mampu nak mengharung kejauhan dan rasa itu nanti. Lantas ku pendam, ku putuskan... Biarlah rahsia... Huhuhuhu.
Buat masa sekarang, saat entri ini dikeluarkan, Mie rasa bersyukur sangat kepada Allah SWT yang menentukan arah percaturan hidup Mie ni. Bagi yang tahu sedikit sebanyak kisah hidup Mie sekarang, mungkin akan bertanya -> "Mampu ke budak ni nak survive nak hidup dengan keadaan yang macam tu?". Mie dengan rasa rendah diri, Mie mampu jawab macam ni -> "Alhamdulillah, syukur. Mie masih mampu nak kurangkan beban keluarga Mie. Walaupun hidup Mie tak mewah dengan wang ringgit, tapi hidup Mie meriah dan mewah dengan gelak tawa dari keluarga Mie, dari kawan-kawan yang sekepala, dan yang paling istimewa, dari DIA... Mie yakin dan percaya Allah dah sediakan yang terbaik untuk Mie dalam hidup. Bumi Allah tu luas. Mie yakin rezeki tu ada dekat mana-mana asalkan kita berusaha dan itulah yang Mie buat. Walaupun usahanya tak semenggah mana, tapi Mie tetap cuba buat yang terabaik untuk diri Mie sendiri. Lagipun, percubaan dan usaha dari bawah itu lebih manis saat kita menuai dan memetik hasilnya."
Sekian...
p/s: Ceh! poyolah... Tangan di dada mata ke atas. Hahahahahahaha.
Labuh layar 2011 telah hampir lebih seminggu ditutup, kini menjelma tahun 2012. Haah, aku masih tekedek-kedek nak taip entri opening 2012 ni kan? Supaya apa. Nak kata kalender ko keluar lambat sikit? T_T... Walaupun 2011 telah seminggu lebih berlalu, namun tabirnya kadang-kadang perlu disingkap untuk membuatkan kita lebih mengenal mana yang haq dan mana yang silap.
Entri ni Mie keluarkan jugak ekoran pertanyaan dari seorang pembaca yang dok bertanya kenapa Mie tak nak buat review apa yang dah berlaku dalam hidup Mie sepanjang 2011. Haih, penat lah Mak Cik nak membongkar semula entri-entri lama. Apa kata anak baca sendiri. Mak Cik ni pun dah mula rabun warna ni. Hahahaha.
Memang betul, untuk tahun-tahun sudah, biasanya Mie akan buat imbasan apa yang berlaku sepanjang tahun 2011 dalam diri Mie. Tapi tahun ni tidak. Entahlah, serasa tak punya hati nak menyingkap atau menggali kenangan lalu yang mengusik hati kecik Mie. Mie nak biarkan ia berlalu ditelan waktu dan tersimpan kejap di layar ingatan Mie sendiri. Senyap tak bermaksud Mie akan lupakan apa yang pernah orang buat pada Mie, mengungkit pulak tak semestinya Mie benci. Silap korang jugak nak bermain dengan Sagitarius Si Pemanah Api. Huhuhuhu. Hidup perlu diteruskan selagi kita dipinjamkan nikmat Tuhan yang hanya sementara ini. Entah sedang elok menaip-naip entri gol, tak ke haru...
Bila masuk tahun baru, masing-masing selalu pasang azam dan jadikan tarikh tahun baru sebagai titik tolak permulaan bagi sesuatu. Namun, sejauh mana usaha kita dan istiqmahnya kita dalam merealisasikan impian dan hajat yang kita azamkan. Tapi kebanyakan orang selalunya hangat-hangat kelabu taik hanjs aje. Mula-mula tu berkobar-kobar cakap, tahun ni aku nak buat ni buat tu nak jadikan impian aku ni macam ni macam tu. Tak cukup dengan kepal-kepal penumbuk, meja pun sekali kena tepok sambil mengembang ngempiskan hidung tanda semangat yang berkobar-kobar katanya. Hins hins hins hins!!!
Tapi percaya atau tak, tanyalah balik bulan 3 ke bulan 4 nanti, ish macam awal sangatlah pulak. Oklah kita bagi bulan 6, petengahan tahun. Cuba tanya balik macam mana azam dan impian yang korang pasang masa 1 Januari dulu. Dah jadi kenyataan belum. Ke korang dah lupa yang korang ada azam. Hahahahaha. Carotan!!!!
Sekian...
p/s: Impian dan azam Mie tahun ni nak bawak perut 9 bulan sepuluh hari dan masuk maternity operating room lalu bersalin. Korang agak, boleh tak impian Mie ni jadi kentyataan. Petir!!! Doommmmm... Sssss (Bunyi rentong!) XP
Dikenali juga sebagai pengasas Zapin Bentet [Ni tak termasuk dalam list zapin dalam negeri Johor] dan pengasas Joget Cacing Kerawit [Ni dia sorang aje yang tahu, tak turunkan lagi ilmu pada anak-anak didik ye]. Dia ni bekas penuntut jurusan massa di Shah Alam.
Sepulangnya ke Batu Pahat, dia berjinak-jinak menyertai bengkel tarian yang dikelolakan dan sekonyong-konyong itu jugalah terpilih sebagai penari di Batu Pahat mewakili Mukim 5, Penggaram.
Setelah puas di bebel oleh ibunya, dia mengambil keputusan untuk menyertai satu Event Managment Company dan seterusnya menjadi busy 24/7 sampai buang kitorang budak-budak menari ni. Mana taknya, "Yam, ada show sekian sekian. Boleh tak ko join?" "Babe, sorrylah aku ada eventlah hujung minggu ni..." "Yam ko nak lunch tak?" "Eh, aku tengah meeting ni." Busy-busy ya amat.
Tapi hikmah menjengah. Dek kesibukan dia yang ya amat tu, dia dijangkiti demam yang sangat teruk sampai hilang suara dan warded segala. Apa lagi, ibunya terus membunyikan siren dan mengangkat sign board stop dari sebarang kerja.
Dek kerana rasa bosan tu, Miss Ventet kembali kempada kami mengisi kekosongan dan keboringan hidupnya. Hahahahaha. Belut tetap pulang ke lumpur Yam oi!!!
Sebagai bahan bukti, Mie titipkan korang video come back Miss Ventet ni. Untuk mengenali beliau dengan lebih dekat dan menyelami kisah hidupnya, sila [KLIK] link ni. ^_^
Yang berbengkung merah on stage tu lah Miss Ventet... Ok, sekian...
Siapa yang follow blog Mie dari dulu lagi, dah haramaklumilah tahu yang Mie ni seorang penari kampung yang kerap buat show-show dekat luar tapi tak pernah nak join mana-mana badan budaya atau teringin menjawat jawatan sebagai Artis Budaya B17 dalam mana-mana jabatan kerajaan (Gila ko! Nak kena pelangkung dengan mak aku? Dihantar masuk universiti ambik degree nak jadi penari S17... Mak oh mak, halal ape.. Orang pun kagum tengok anak mak mampo menari gitu ghope) ^_^
Tapi lately ni, kekreatifan Mie semakin bertambah. Kalau dahulu hanya mampu membuat gerak-gerak pelik yang kadang-kadang tak masuk dek akal, mana taknya... Nak syncronizekan kaki dengan tangan, tu tak masuk ekspresi muka yang nak maintain shantek memanjang, tapi sekarang Mie mula berjinak-jinak dalam seni rekaan. Rekaan baju dan seluar dalam kah?
Ke rekaan baju perantin nak kalahkan Rizalman Ibrahim pulak [KLIK]. Matilah kita dek... Potong kain pun tak pandai...
Jah, ni bukan baju abang Rizalman hockey! Ko jangan pepandai tanya dia nak buat baju macam ni. Kang aku kene pelangkung. Ni aku Google sajork! (Tapi terus jerit: Abang Rizalman!!!! Kita minat sangat dengan design abang Rizalman!!! Nak tempah baju wedding boleh?)
Sebenarnya benda-benda ni semua berlaku sebab berkat usaha dan minat Mie yang mendalam dalam bidang seni tradisi ditambah pulak dikelilingi dengan kawan-kawan yang punya minat yang sama. Masing-masing sekepala. Pendek kata, kalau ditolak kepala sorang ke kanan, semua kepala pun tertolak ke kanan. Huhuhuhu. Mampo nak acting ghope itu? Pengalaman, modal persendirian dan citarasa masing-masing cuba disatukan lalu membentuk satu hasil seni yang baru buat kumpulan kitorang.
Mesti korang tertanya-tanya ape dia kan. Ni ha, Mie nak tunjuk sikit...
Tada!!!
Show sempena Pesta Tanglung di Tokong Tien Nam Xi
Show sempena opening UO Superstore di Batu Pahat...
Lor, ada ape aje? Macam kostum tipikal aje. Melambak kumpulan-kumpulan dekat KL ni buat macam ni. Tak ada yang beza pun? Sama aje... Apa yang uniknya? Terus mencerlung mata... Korang ni kan, langsung tak tahu nak menilai ape itu seni kan... Memang Muthu jugak yang kenal putumayam...
Sebenarnya, sebelum ini apa yang anda lihat dalam paparan di atas kini, tidak pernah wujud pun di dalam kumpulan tarian Mie. Masing-masing lebih senang dan selesa untuk mengenakan busana Melayu Johor yang tipikal iaitu (Mie malas nak taip, so korang klik baca or tengok sendiri) [KLIK SINI] dan [KLIK SINI]. Jadi berkat usaha dan kesungguhan masing-masing yang kerap dihimpit dengan ungdangan show dan tak termasuk tugasan kerja yang wajib dilaksanakan, Mie dan rakan-rakan cuba merealisasikan impian kecil kami.
Berpegang pada cogan kata alam -> "Bukan senang nak senang, tapi senang nak payah" kitorang mula dengan hiasan dan aksesori kecil-kecilan. Orang pun kata "Lebih baik ada sikit dari tak ada". Mungkin lepas ni lebihan duit show yang ada kitorang mampu untuk membuat sendiri aksesori lain. Siapa tahu? So teruskan berusaha kawan-kawanku...
Credit to Aiez, Shah, Kakak, Adik and tak dilupakan Miss Ventet [KLIK] Ops, Mie ada story panas pasal Miss Ventet ni. Tunggu next entri.
p/s: Siapa nak show, tak gheti-gheti mintak dengan Mie. Ha, korang boleh hubungi Mie melalui talian 012-XXXXXXX. Heh! Ingat senang-senang aku nak bagi? Korang mesti ada emailkan? Email ajelah pada Mie. Nanti drop no phone. Mie call korang yang berminat untuk show. Pakej kita bincang nanti. Huhuhuhuhu. Tak mahal... Sila tanya LELAKI YANG BANYAK KISAH NI [KLIK].
Hari ni kebanyakan sekolah dah pun memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2012. Seperti biasa, Jalan Sultanah di Batu Pahat pasti sesak dengan deretan kereta yang menanti anak-anak keluar dari bangunan sekolah Cina yang terletak di simpang jalan. Lagi-lagi waktu menuju puncak nak balik kerja. Masa nak mengayuh laju-laju tu lah, masa tu jugak anak-anak pulang dari sekolah. Jadi Nasihat Mie kepada semua pemandu, sila patuhi arahan keselamatan lalu lintas. Memandu dengan kelajuan 30 km/j apabila melalui kawasan sekolah.
Bila melihat anak-anak keluar dari sekolah, tersentuh hati Mie melihat keletah mereka. Naluri keibu bapaan dalam diri semakin tidak dapat dibendung. Maklumlah, usia pun dah meningkat. Sampai bila nak duduk jadi hadek-hadek aje. Teringin jugak jadi havang-havang walaupon hang lebih kepada mak-mak. Hahahaha.
Bila tengok anak-anak berderet berengket-rengket keluar sekolah, terimbau kenangan zaman sekolah. Sekolah rendah, sekolah menengah. Alangkah bahagianya kalau dapat menjejakkan kaki ke sekolah semula. Mesti hidup penuh riang dan tawa.
Sekolah rendah Mie, memang happy. Mie dikenali satu sekolah sebab sikap Mie yang sangat sopan dan santun sampaikan cikgu pernah cakap, "Saya masuk kelas ni tenang sebab saya tengok muka Fauzzan ni... Senyum aje memanjang..." Sedekah. Tu kenangan tu.
Bila masuk sekolah menengah, lagi Mie happy kuasa kuda delapan. Mana taknya tershampak dalam sekolah satu jantina aliran. Banyak ngko jantan!!! Hahahahaha. Semua tempat ada jantan. Sampai aku rasa aku yang sorang perempuan jadian sesat dalam sekolah. Hahahaha. Tapi alhamdulillah. Kawan-kawan sekolah menengah taklah meletakkan sebarang diskriminasi perbezaan. Buktinya, Mie sendiri menjaringkan gol dalam permainan bola sepak. Walaupun sekali aje Mie turun padang main. Masa jasmani lain habis dihabiskan dengan menebeng tepi padang dengan alasan, "Baju kite tertinggal lah cikgu... semalamkan hujan..." Bis bis kobis.
Zaman ni jugalah zaman bintang Mie bersinar terang benderang ngko. Mana taknya, masa ni lah Mie satu kumpulan mewakili Negeri Johor dalam Pertandingan Rampaian Tradisional antara sekolah-sekolah menengah sampai peringkat kebangsaan tiga tahun berturut-turut. Ngko ade??? Tapi part paling best, ada abang ambik Mie jadi adik angkat, bekas pemain bola sepak... Nomnomnomnom. Lepas tu abang main takraw, lepas tu abang atlet balapan, lepas tu abang main rugby, lepas tu abang main badminton pulak... Semua atlet-atlet sukan belaka. Hang ada???
Chop! Chop! Mie, yang abang angkat ngko main badminton tu kan, ngko bukan form 5 ke time tu? Hostel mana ada budak form 6. Kan sampai form 5 aje? Biar betik... Urm... abang angkat bulan. Alah dia tua bulan dari Mie. Tua tu kira abang jugaklah kan. Ok lah, bye!!! Ngko ek... Suka pecah lobang!
Tapi tu semua kenangan yang Mie tak dapat lupakan. Masa berlalu cepat. Sekarang ni, dekat sinilah Mie. Yang lepas tu lepas, biarlah. Dah tak penting. Apa yang buruk kita jadikan sempadan yang baik jadikan tauladan. Akhirnya Mie jadi jugak "orang"... ^_^
Ni Mie nak nasihatkan hadek-hadek yang dekat luar tu, dengar ni Mie nak pesan...
Ni iklan yang wajib anda semua tonton. Tak kiralah hadek ke havang ke kakak ke waimah mak sekalipun...
Sorrylah, Mie tak dapat nak sambung entri ni... Syahdu... Pada yang masih ada mak dengan ayah, sayangi mereka sebaik-baiknya. pada yang dah tak ada, jangan berhenti doakan mereka...
Erkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Tu bunyi kenyang ke bunyi ape? Fitam X_X Sudah-sudah, ab initio (Latin Maxim which can be understand as back to beginning... like there was nothing happened)... Memang tak ada apa-apakan. Gambar tu boleh ditafsir macam-macam menurut pertimbangan korang. Alah lagipun korang sukalah tu. Laju aje korang bukak blog Mie eh kalau Mie bagi gambar-gambar macam tu. Dah tu kait-kait dengan muntah. Blog ni mahal tau. Bukan Murah. Sila tengok pada pautan yang paling atas sebelah kanan skrin anda. Sekian terima kasih.
p/s: Mie cuma nak cakap, weekend ni Mie nak muntahkan semua cerita yang Mie dah draft sebab minggu ni tak ada show. Ok nak tido. Selamat malam semua... Assalamualikum... Semoga semua dapat mimpi yang tenang... U_U