Followers

Tuesday, March 13, 2012

Tarik dan lepas perlahan-lahan

Apa-apa pun yang berlaku
Kehidupan kena jugak diteruskan
Walaupun sesukar mana
Rezeki Allah tu ada aje dekat mana-mana
Tinggal kita aje yang perlu berusaha tanpa asa
Untuk diri kita sendiri

Yang bulat takkan datang bergolek
Yang pipih tu takkan datang melayang
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Positivekan diri dan fokus pada apa yang perlu
:)

p/s: Sok-sek sok-sek katanya awal bulan depan nak ke Sipadan pulak
Ngeeee~
:P

Wednesday, March 07, 2012

Nak main line INTERNASIONAL, babai Malaysia

Finalist for Mr. Venezuela INTERNASIONAL 2000

Assalamualaikum...
^_^

Entri ni pendek aje. Tak nak tulis panjang berjela sebab curi-curi menaip waktu bekerja. Takut nanti ada yang mengata mempertikai segala, mana amanah waktu bekerja. Kenapa tidak ditunai dengan sempurna. Kang siapa nak jawab dekat Akhirat sana...

Entri ditaip sekadar nak memberitahu. Bukan nak bangga diri atau takbur, tapi nak elakkan kejadian minggu lepas berulang kembali bilamana Mie di cari-cari lepas tu di asak diperli bagai kesalahan yang Mie buat tu besaaaaaarrrr sekali. Gara-gara tak angkat telefon, tak balas message, tak reply Whatsapp dek kesibukan diri mengajar ke sekolah, meeting hingga ke peringkat negeri. Mie mintak sikit aje, tolonglah faham kesibukan diri. Mie masih tahu tugas dan tanggungjawab Mie dan itu tak perlu dipertikai. Kalau Mie dah masukkan dalam schedule tu, Mie tahulah tu tugas Mie. So tak payahlah nak mengentan sana sini pasal hal yang kecik.

Habis ko ni tak mengentanlah?

Eh haruslah Mie mengentan sekarang ni sebab Mie dah lama sabar.

Ok berbalik cerita asal, Mie just nak share yang minggu ni Mie tak ada di tanah air sebab terpaksa melaksanakan tugas ke luar negara sebagai duta kecil mewakili daerah Batu Pahat yang melakukan lawatan rasmi ke Riau, Indonesia. So tak payah nak birah tangan nak dail-dail ke, nak message-message Mie ye. Kalau nasib baik ada line WiFi, kita Whatsapp ajelah dari Tanah Seberang tu ye.

Roaming?

Jah, Mie bukan anak Datuk ke, Tan Sri ke, anak ikan Datin ke, hatta kaum kerabat Istana. Manalah Mie mampo nak bayar bil tu nanti. Maklumlah, Mie ni orang kampung. Penari-penari kampung aje Jah. Lagian, celah mana Mie nak gagau duit tu? Celah vedah ke? Matilah ko...

Sekian harap maklum. Lepas ni usah ditanya lagi. Letih dah mak cik nak jawab.

p/s: Riau tu dah dekat Singapure... Nak balik rumah Umi lah. Boleh? Hiks~
p/s: Bilalah nak pergi honeymoon ni? :(
p/s: Entri ni banyak mencarut sebab Mie tengah mengentan. Sekian...

Just keep deceiving




Terkedu Mie tonton video ni...
Haih, tiba-tiba rasa macam jatuh cinta pulak
Eh, tiba-tiba nak jadi lesbian pulak
Matilah... Fitam~
But u rock girls Y(^_^)Y
Rock ke?
Yeah yeah!!! 

p/s: I'm not lessy ok :P 
p/s: Bagi kita yang beragama Islam, haram ye nak ubah-ubah macam ni... Tapi Mie tetap kagum dengan kecantikan dan bakat yang dia ada. :)

Monday, March 05, 2012

Hijrah yang membawa dosa

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah, Tuhan yang maha Pengasih, lagi maha Penyayang

Tidak Mie sangkal, Mie memang dah terlalu lama membiarkan blog Mie ni usang dan bersawang di penuhi dengan entri-entri lapuk yang usang dan kosong. Entah kenapa, dunia maya ni semakin lama semakin bosan Mie rasakan. Entahlah, mungkin faktor peningkatan usia ataupun kekangan masa yang menghambat diri dari berkongsi apa yang Mie rasa. Tapi hari ni Mie gagahkan juga segala kudrat yang ada untuk menaip secebis bingkisan buat tatapan yang sudi membaca.

Sebenarnya Mie benar-benar terpanggil nak berkongsi entri kali ni dengan semua selepas terbaca satu blog yang mana Si Penulis ingin benar-benar berubah lalu meninggalkan segala sisi gelap yang dia ada. Alhamdulillah. Satu penghijrahan ke arah jalan yang lebih di redhai oleh Allah. Semoga kamu akan beristiqmah dalam meneruskan penghijrahan kamu itu. Mie harap Mie tak kan nampak nama kamu lagi dalam mana-mana blog atau laman songsang, sebelum tapak kaki Mie melayang naik ke muka lalu menendang selayang pandang.

Mie tak suka ke? Lor, ada ke pulak Mie cakap Mie tak suka. Ye baguslah orang nak berubah, alhamdulillah syukur... Satu lagi makhluk Tuhan di bumi dah di berikan petunjuk dan hidayah menuju ke jalan yang benar. Kita sebagai rakan seharusnya memberikan sokongan yang penuh dan membantu beliau menuju kebenaran yang di cari. Bukan mencaci atau merendah-rendahkan niatnya yang suci.

Tapi dalam penghijrahan tersebut, ada sedikit perkara yang Mie tak berapa nak berkenan. Timbul pulak rasa jaki dalam diri bila memandang penghijrahan orang lain.

Mie selalu ulang ayat ni pada kawan-kawan Mie, "Setiap orang ada sifat nakal, dan sisi gelap masing-masing. Apa yang kita buat hanya Allah dan kita sahaja yang tahu. Tapi harus diingat, bila pandai makan pandailah simpan. Tak perlu dicanang pada sekalian alam apa yang kita kerjakan kerana kadang kala sifat nakal atau sisi gelap kita tu tidak semua orang boleh pandang". Faham perkaitannya? Yer, harus ada yang tak faham bukan...

Maksud Mie senang aje. Bila nak berubah tak payah lah nak di canang pada sekalian yang ada yang kita tu nak berubah. Berubah tu bagus, tapi Mie rasa tak perlu kot nak di hebah pada semua orang. Untuk apa kita bagi tahu kita nak berubah? Kalau dulu kita nafsu songsang lepas tu kita cakap nak berubah, persoalannya sejauh mana perubahan kita tu kita akan istiqamahkan dalam diri? Bukan nak pertikai, tapi sejauh mana pengamatan dan kajian Mie, perubahan tu tak lama... Sampai satu masa dan tahap, kita akan kembali semula pada diri kita yang lama. Nak berdakwah mengajak orang ke jalan kebenaran? Mie nampak niatnya dekat situ, tapi entahlah... Mie tak rasa yang orang boleh berubah sebab orang lain... Kalau nak berubah perubahan tu dari dalam diri kita sendiri. Pucuk pangkalnya hati kita bukan orang.

Sebab tu Mie cakap pandai makan pandai simpan. Kerana segala-galanya bermula dengan kita sendiri. Sebagai contoh macam Mie lah... Mula-mula Mie rajin lah nak update blog bagi orang baca... lepas tu Mie dah malas update, Mie mula sibukkan diri dengan hal dunia Mie sendiri... Orang pun dah mula kurang dan tak kisah... Lepas tu Mie terus senyap, dan lama-lama Mie nekad tutup blog. Orang tak perasan sangat... Bila orang cari baru perasan Mie punya blog dah tak ada. Masa tu kehidupan korang dah terisi dengan benda lain selain dari baca blog Mie. Jadi korang tak terasa sebarang kehilangan bukan. Kehilangan yang korang rasa tu jugak bukan satu yang menyakitkan hati korang.

Mungkin kadang-kadang sesetengah bloggers ni tak berapa nak perasan ataupun rabun sampai kena pakai kaca mata lapis-lapis baru nampak kot. Mereka tak sedar kadang-kadang hasil tulisan meraka diikuti oleh beberapa orang yang menganggap mereka unik. Mie sendiri tak dapat lari dari hakikat tersebut bilamana pergerakan Mie diikuti setiap masa dan katanya dah jatuh cinta pada Mie. Tu sekadar contoh sebanar yang Mie boleh bagi. Bila kita sebagai bloggers dah ada peminat tersendiri, kehilangan kita tu sangat dirasai dan kehilangan kita secara tiba-tiba dalam tak sedara kadang kala menyakitkan hati orang lain. Oleh tu, nasihat Mie mana-mana bloggers yang nak pergi, pergilah. Tapi tak perlu dihebah. Sedangkan kita sendiri selalu dengar, bila kita nak beribadat, lakukanlah ia seolah-olah tangan kanan yang menghulur, tangan kiri pun tak tahu.

Sekian...

Kesimpulannya: Mie tengah sakit hati dengan bloggers yang nak berhijrah tiba-tiba. Hei korang tau tak apa maksud "Losing Our Friendship". 

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... 

Thursday, March 01, 2012

Sawang

Satu labah-labah cuba panjat perigi,
Bila hujan turun labah cepat lari,
Terbit matahari air tiada lagi,
Dan labah cuba panjat sekali lagi

Fuhhhh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...